Saturday, January 25, 2014

LaDiEs NiTe OuT - pUjUK HaTi SeBaB RP kEnA ReJecT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Antara perkara yang paling membahagiakan aku dalam dunia ini ialah menghancurkan hidup Fariha Diyana. Walaupun dia termasuk dalam senarai bestfriend aku, tapi sebab tahap imunisasi maki dia yang paling tinggi antara kawan-kawan aku yang lain, maka aku rasa bahagia setiap kali aku buat dia sakit hati. Sambil aku menaip entry ni pun, gelak-gelak syaitan aku sedang terngiang-ngiang. Membayangkan betapa puas hati aku bila Fariha Diyana atau gelaran geli-geleman yang beliau bagi dekat diri sendiri iaitu Peahlofa (muntahsebaldi) membaca entry ini.






But its not all about Peahlofa. Sebab semalam keluar dengan geng library sehidup semati and Iema pulak datang dengan kawan seangkatan I masa degree dulu, Kak Ijan yang mantain petite sebab dulu bernaung di bawah supervisor yang sama, Encik Azhar Kumbang, itu pun kalau ada yang ingat la entry meroyan pasal thesis dulu (memangsukatulistakpakaifullstop). Sempat la gosip-gosip tanya khabar masing-masing. Terus meroyan cakap dekat Kak Ijan, bestnye kalau dapat Supervisor macam Encik Azhar lagi. Tapi memang dalam mimpi jela. Habes Chan nak letak mana? Pppffftt..






Ok, back to Peahlofa. Memang ini musuh paling tradisi. Kalau dapat peluang nak bahan memang aku bagi kaw-kaw punya. Apalah sangat setakat tulisan-tulisan sopan dan berbudi bahasa aku ni kalau nak dibandingkan dengan caci-maki-carut-sumpah-keji yang dia bagi sepanjang bertentang mata semalam kan. Gambar di atas ni aku letak sebab aku dah cakap, aku lagi kurus daripada kau Peah. Kau jangan ingat kau pakai kebaya, kau punya cutting pun macam ratu kebaya ok. Boleh belah. Tengok pipi pun tahu dah.






Stop maki sekejap. Ni dinner sementara tunggu movie. Nak bagitau ahli jemaah je. Malas nak introduce banyak-banyak kali. And by the way, semalam we ols tengok Frankenstein. Serius tak tahu nak komen macam mana. Cuma rasa bersyukur sebab akidah tak terpesong tengok cerita tu. Ok cukup. Yang rasa-rasa nak tengok, batalkanla niat awak tu. Tengok Jai Ho lagi best kot.






Dah bagitahu lama dulu. Lama sangat. Bakdatanglah umur kau berapa. 24, 25, 26, kalau spesis yang tak ada cermin besar dekat rumah, memang macam nilah hasil perangainya. Dan aku memang sengaja letak gambar ni sebab Peahlofa tak pandang camera. Tapi rasa terhina sikit sebab berdiri sebelah American Top Model. Nanges.






Mantan APB.
Kredit to Mama Irfan sebab tolong ambek gambar ni. Shadow awak pun masuk sekali Anis. Fair enough :P Peah tak ada. Dia tengah meneran masa ni. Tak payah banyak-banyak, bagi aku P3 pun cukup. Ok Peah.









Memang kalau tak ada Peah, gambar tu la yang aku letak paling banyak sekali.
Eh, dah bagitau ke tadi?









Gayat dapat tengok view begini sebenarnya. Sebab tu dia macam meroyan letak gambar bagai nak rak. So, lain kali kalau pergi Sunway Pyramid, park kereta dekat open roof area ok. Siang-siang tak payah la. Masak pulak kang masuk dalam kereta.






Makcik-makcik tengah kira hutang, bayar hutang, kutip hutang
Peah tak pandang kamera lagi.
Aku bahagia.



And all above all, terima kasih banyak-banyak dekat tuan henpon Galaxy Mega Sale sebab selalu jadi penaja utama memenuhkan entry dalam belog ini. Ayang awak Cik Iema muah muah muah.






Ini profile picture dekat fesbuk.
Ok bye!

3

2

1

Nak terjun bangunan.
Bertukar jadi Catwoman!

No comments:

the history

Followers