Friday, March 7, 2014

i CaRe EnOuGh


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Masuk hari ketiga kelas, dah rasa simptom-simtom nak demam, sakit tekak segala bagai. Serius, baru semalam aku joging pusing satu tasik Shah Alam dengan penuh bersemangat, malam tadi lepas kelas Prof Chan tiba-tiba rasa tak sedap badan pulak. Tak mungkin begitu lemah tahap imunisasi aku. Yelah, kalau Allah nak bagi sakit, tak payah ambik kira semua tu kan? Bila-bila masa pun boleh dapat. So macam tulah. Aku punya mood lately pun macam asyik nak swing je. Sekejap up sekejap down. Kesian orang-orang sekeliling aku. Terjangkit meroyan sekali. Pembawakan budak agaknya.









I rasa I glowing sangat lepas joging semalam walaupun tak pakai mekap (geli). I tak minum air sejuk, tak minum air manis. I teguk air masak sebanyak-banyak yang boleh setiap hari. Tapi tak tahu macam mana sakit tekak ni boleh datang jugak. Haze barangkali. Jadi, silalah jaga kesihatan anda semua ok.





Lepas tu masuk pulak gosip yang paling hangat semenjak dua menjak ni isu rampas laki orang. Tak tahu macam mana malam tadi I dengan Linda, my rumet, boleh terbukak cerita lalu bergosiplah kami berdua pasal benda ni. Sampaikan entah dari mana datang dalam kepala otak, I came out dengan statement, "aku rasalah Linda, kalau aku kahwin nanti, it's just because dah sampai masa untuk aku kahwin kot" I mean, bukan sebab aku sayang dekat dia ke, bukan sebab aku boleh percayakan dia seumur hidup aku ke, lelaki sekarang bukan nisbah one in a million dah, tapi one in a trillion saja yang boleh dipercayai. Scary dah bertambah, paranoid pun dah meningkat, insecurities pun mula mendadak-dadak. Tengoklah, dah berapa banyak examples depan mata. Yang belakang mata tak tahu lagi.





Ditambah dengan situasi yang aku rasa sendiri semenjak dua menjak ni, semakin tak faham aku dengan makhluk yang namanya lelaki. I never thought that dealing with them will be this challenging. Agaknya tak pernah ada pengalaman kot. Tapi bagi aku setakat ni boleh lagi la. Setakat emosi yang upside down, yang sorang sibuk dengan kerja, yang sorang lagi paranoid tak sudah, yang sorang dengan family problem, yang sorang gedik nak attention macam budak kecik, mujur lagilah tak sampai ke tahap bertekak baling pinggan mangkuk ke apa. Ada sifat matang rupanya dalam diri. So, be patient sajalah. Bukan tak biasa. (Konon ayat macam dah biasa in relationship pulak padahal...)





Baiklah. Sorry Kak Ojai sebab ambek balik ubat yang Ocha bagi dekat akak semalam. Buruk siku pulak nampak gayanya. Tapi Ocha pun dah tiba-tiba tersimptom demam sakit tekak selsema semua, terpaksalah ye kak. Sorry to rumet or hosmet yang lain and to tomato jugak if ada yang tempias swinging mood I lately. Sorry to Kak Dy for making you worry so much. Sorry to you too. Who had enough trouble to handle and I keep bothering you, request nonsense things. I just miss the day we used to have.





p/s: seems like there's always someone who disapproves. hhmmm.


No comments:

the history

Followers