Thursday, March 13, 2014

It'S aNotHeR FuN mOmEnT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Orang sekarang henpon semua Mr and Mrs canggih. Rasa macam nak nanges mengenangkan betapa besarnya jasa klasmet aku si Zam Azima yang selalu bekorban dan bersusah payah menyumbangkan hampir semua gambar yang aku post dalam belog ni. Maksud aku, post pasal aku dan kawan-kawan master laaa. Sebab kalau nak harapkan nokia aku ni (ini pun pinjam ok) mahunya belog aku ni bersawang tanpa berita. Kalau tak ada gambar pon boleh letak berita jugak tapi berita yang tak berapa nak sensasi la sebab kalau ada gambar baru best sesi story telling.





Jadi, saya berazam untuk kumpul duit beli henpon yang ada kamera canggih. (muka serius)
Tapi kalau dah yuran pun 2k lebih??? (ok, muka hampa semula)





Oh, semalam ada talk bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dekat Dewan Agong Tuanku Canseleri dekat UiTM. Sekian lama tak fefeeling pergi talk dengan kawan-kawan kelas, kalau ada pun entah berapa tahun yang dulu yang semestinya pergi dengan terpaksa sebab kalau tak, tak ada markahlah, tak dapat kolejlah, kupon wajiblah, urgh, nampak tak seksanya zaman degree??? Tapi semalam, macam tak percaya pergi talk dengan rela hati. In fact, kitorang orang pertama kot daftar. In fact, Dr. M kot. In fact... Ok dah. Heee. Sajeee.






Bukti yang memang kitorang datang awal gila. Talk tak start lagi tapi gambar dah penuh dalam kamera. This one, taken dalam pukul 11 ke something padahal talk start pukul 2. Terserlah sangat area DATC lengang sebab semua orang pun bergambar macam tak sedar diri masing-masing dah layak jadi alumni UiTM tapi perangai macam budak semester satu masuk universiti.






Sama la dengan yang ni. Dah masuk dewan, tapi orang pun tak ramai lagi, krew-krew pun berkeliaran di sana-sini, MC siap duduk depan kami tulis skrip padahal kalau nak cakap hard-core sangat dekat Dr. M rasanya Kak Dyna (yang biru tu) je sorang yang beriya record talk and bawak buku Doctor in the House tu dengan penuh semangat. Siap nanges time sajak lagi. Tapi tak apalah. Tumpang eksaited sekali. (aku memang budak bahasa sejati sebab tulis belog pun berima okeh) - Tahniah Kak Dy, dapat autograph Tun.






Well, actually bukan nak highlight pasal Iema atau Kak Dy atau Peah yang tak join talk ni sebab kena kerja (yeay). Hari ni star I ialah Mama Irfan so called, Puan Anis. See, see, see, nampak tak perbezaan sebelum masuk dewan dan selepas masuk dewan masing-masing? Anis mekap okeh. Tengok bibir dengan mata saja dah tau. My God, kalau I pun tengok boleh terbeliak biji mata, bayangkan cik habang dia pulak tengok. Satu badan terbeliak. Agaknya. Ok. Statement ni macam something.






Lepas tu semua pun pakat-pakat nak bibir merah jugak. Meriah sangat. Tak pasal-pasal hakak jadi duta Revlon. Must have item for every woman. Love That Red. Cari lipstik itu kalau nak feeling gojes macam I ok. Mula la nak berkempen "Go Kissable!" ~ Amboi aku semenjak dua menjak ni. Tak tahu apa dah jadi. Sorry, I was affected by haze. Boleh tak nak salahkan jerebu tibe-tibe.






Then terus pergi kelas Prof Gurnam. Dah malam kot. Muka pun dah tak larat nak tacap apa lagi ntah. Bibir pun dah malap. Well, gambar ni I letak sebab nak masukkan Peah je. Kang tak letak, ada yang kena sindir kaw-kaw dalam kelas. Lagipun bak kata Kak Dy, kalau tak cukup lima orang rasa macam missing something. Oh, Kak Dy memang selalu suwit walaupun aku tersangatlah suka bila si Peah ni tak ada. Faham kan???




And last but not least...










Rasa bersalah pulak tengok gambar dak Anis ni.
Rasa macam mengajar orang lain ikut perangai dan ajaran sesat.
Anis, jangan buat macam ni lagi ok. Awak innocent sangat.
Kalau disebabkan saya awak jadi macam ni, please jangan kawan dengan saya lagi.
Oh, drama.





Anyway, well done Anis. You're hot!



No comments:

the history

Followers