BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Memang kalau spesis suka update entry lambat-lambat tu namanya akulah. Tapi biasalah. Tuntukan kerja dan kerjaya membuatkan aku cuba mencuri-curi masa menghapdet setakat mana yang boleh (muntah). Nak buat essay sampai bermuka-muka surat tak bolehlah. Jadi, nak ringkaskan cerita, hari tu ada dinner rakan sekelas di Flamming Steambot Shah Alam. Dinner sendirian berhad je. Sebagai memperingati musim terakhir untuk sebahagian daripada kami semester ini (muka-nak-nanges-sebab-aku-bukan-sebahagian-itu). Tapi tak apa. Pointnya nak bagitahu dinner ini dibuat sebagai gathering dan juga kenang-kenangan mana tahu lepas ni dah tak jumpa lagi kan.
So basically, nampak macam ramai kan. Tapi actually lima belas orang je kelasmet aku. And sembilan orang je yang dalam gambar ni yang betul-betul klasmet ai. Tak termasuk abang kapten (baju merah paling kiri) tu sebab dulu masa part one je dia ada lepas tu dah tak sambung lagi dah. Wife dia (yang sebelah tu) je yang teruskan perjuangan chewah. Yang lain yang tak datang dinner, biasalah masalah rumah tangga macam-macam alasan tak larat nak list kat sini. Untung gamaknya jadi orang bujang ni. Sakan keluar masuk rumah.
Suka gambar ni sebab tengok pose Irpan. Terbaik tau oren kat mulut sambil buat peace.
Tu lah anak si Anis. I think ni gambar Irpan yang pertama dalam belog ni kot.
Anis mesti bangga.Tu dah buat muka riak dia dah.
Tau la anak u tu hot.
Tak cukup setakat makan, celebrate cik belated besday girl yang tak tahu kali ke berapa entah. Aku ni jadi tukang support idea orang je. Tak buat apa pon. Dah la tak bagi hadiah. (buat-muka-mintak-simpati) Happy Belated Birthday Cik Iema yang selalu bagi pinjam kamera henpong megasale yang gojes.
They claimed each other BFFE - Best Friend Forever Everrrrrrr. (huruf 'R' tu bagi tebal sikit)
And I call her BCE - Best Classmate Ever. Masa degree dulu tak dapat okeh. (feeling loser)
Encik Kamal pun which I take him as a teman gila seperjuangan jugak.
Yang depan I tu tak payah kenalkan lagilah.
Tibetibe rasa nak transform belog ni jadi ala-ala beautiful nara kejap.
So this is the pasangan kontroversi. And mesejnya di sini, jangan kacau besday girl ok.
She's taken.
T.A.K.E.N
Jadi secara automatiknya, I sorang jela yang available. Yang paling kanan tu kalau nak declare single jugak memang aku bagi dia makan apa sahaja objek berhampiran yang sempat aku capai. Peah and Iema basically taken. Tapi selagi tak sah, boleh je kalau nak mencuba. And as for me, (cricket moment begin)
Well, belum pun sampai penghujung sem, tapi aku dah fefeeling sedih nak berpisah dengan korang tau. Tak tahulah macam mana kita boleh bonding dengan begitu cepat dan kuat dan rapat. Rasa macam sister sangat sebab dengan korang je aku boleh jadi AKU. Promise jangan leave group 'bunga-bunga' dekat whatsap ok! I want to keep update with you guys no matter where you guys are. Nanges. Tak boleh sambung tulis lagi sebab taching terlampau. (padahal actually tak tahu nak tulis apa lagi - hantukkepalakatdinding) Ok. Bye!
No comments:
Post a Comment