BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Ok. Mula-mula sekali kena mintak ampun dan maaf dekat sisters sebab lama gila ambek masa nak update belog pasai trip ke Penang hari tu like almost seminggu kot baru naik entry. Biasalah, busy mengalahkan orang yang sepatutnya busy. Nak mintak gambar dah kena tunggu dua hari, nak pilih gambar makan masa sehari, nak edit gambar sehari lagi, upload gambar sehari lagi, sampai masa nak tulis mukadimah dan intro terus macam jemu sebab kenyang tengok gambar yang melimpah ruah tu dan bersedialah dengan lambakan gambar di sini sebab ini baru part one, coming soon ada lagi part two part three part four kalah sekuel ironman pulak dah.
Honestly, niat utama nak mai Penang is sebab nak touchdown dekat second bridge ni je. Which is hajat dah tercapai and kalau ikutkan memang nak u-turn and patah balik Shah Alam tapi macam mengarut sangat drive 3 jam lebih semata-mata nak touchdown and patah balik kan perangai apa ntah orang gila pun tak buat macam tu tau. Sia-sialah sesat dekat ss18 subang semata-mata nak pergi Penang 2nd bridge and patah balik. Haila perangai so tak jadi nak buat u-turn.
So, we continue our journey. Memang aku
suka buat essay panjang-panjang, assuming that semua orang pun suka baca
tulisan aku padahal dalam hati masing-masing dah niat nak buat solat
hajat agar aku insaf dan bertaubat.
Baiklah, gambar on the road ni aku letak banyak-banyak sebab aku suka sangat tengok different mimik muka masing-masing esp Irfan (obviously) and was feeling like a real family vacation bayangkan saja pergi bercuti dengan kakak and abang ipar and anak buah and sisters yang lain. Tak ke bunyi macam bahagia tu...
Walaupun bukan kaki selfie tapi terpaksa selfie sebab masa ni kakak-kakak tengah tido lepas checked in dekat homestay. Anis and abang ipar pulak pergi workshop pasai kereta breakdown sebaik sahaja touchdown alahai mencabar sungguh perjalanan. Tapi tak mengapa. Mengidam nak pergi pantai punya pasal, pukul 3 matahari terik pun sanggup jejak kaki tepi Tanjung Bungah ok. Silalah faham rintihan hati beta.
Lepas kakak-kakak perasan I nyanyi lagu Amelina 'pasiaq putih tepi pantai' dekat twider, barulah diorang insaf dan sedar diri dan join I sekali. Maka bermulalah selfie secara berleluasa. Like seriously banyak gila gambar selfie masa ni sampai aku tak sanggup nak upload.
Okbai.
And gambar kat bawah ni, jalan-jalan dekat street art after kereta pulih seperti sediakala. Alhamdulillah.
And tuan rumah finally called me petang tu, so that's why gambar I tak ada dekat basikal.
Actually... Ada... Tapi... Oh, nebermind...
one word
J.E.A.L.O.U.S
(but yuno i'm happy for you kan kakak)
(but yuno i'm happy for you kan kakak)
by right nak tunggu anak aku besar macam Irfan ni, masa tu umur aku pun dah almost 30 kot.
so, fefeeling mummy dekat anak orang pun boleh laaa.
Irfan panggil I 'mummy ocha' ok.
(mukabangga)
Seriously I think Irfan takkan ada masalah untuk berdepan dengan kamera di masa hadapan. Just look at his aunties pun dah tau kan. Mintak je dia buat gaya macam mana pun, tadahal beb.
Well done baby!
See... I told you.
And semua pun nak fefeeling Monroe.
Hambeklah.
Ok, because I perasan gambar-gambar di atas macam bias tak banyak kakak and abang ipar I and walaupun jealous and puas memendam rasa sebab laki I jauh (sarcasticnyastatement) tapi tak apalah, because I sayang you macam I sayang kakak-kakak yang lain so it's not fair lah kalau gambar you tak banyakkan Anis. Walaupun the truth is gambar post-wedding you melambak gila kot. Tapi eh banyak sangat 'tapi' ni dah kenapa?
Dah maghrib. So anggap sajalah ni gambar last untuk first day at Penang. Actually our plan was like nak pergi night market dekat Feringgi malam tu. Tapi sebab hujan, tapi sebab tour guider tak ada, tapi sebab masing-masing pun penat, tapi sebab banyak sangat alasan sebenarnya ok, actually boleh je pergi bak kata pepatah nak seribu daya tak nak beribu sesalan hah dah kenapa keluar lagu jaclyn, shila, ning tibe-tibe?
Ok, cukuplah. Nanti I post second entry pasal Penang ok. Mintak maaflah, entry ni tak boleh jadi guideline untuk sesiapa yang nak buat trip to Penang. I bukan vacation blogger. Saja nak share personal moments sahaja. Google kan banyak...heee.
Anyway, kalau nak tengok gambar dengan lebih banyak, boleh link ke fb I, Ocha Omar. And ada link ke fb Cik Iema Zamri (kalau tak friend, kena add dululah nampak gayanya) because her folder was like a real timeline sepanjang vacation we ols ni so tak payahlah I bersungguh sangat nak upload semua gambar kat sini eh. Sekian, see you next entry. Thank you for reading this. Bye!
No comments:
Post a Comment