BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Oh, suke eh korang bila aku membebel pasal perempuan. Nak bekap lelaki sangat konon. Bila masa aku bekap? Aku cakap, ignore jelah benda-benda kecik yang annoying yang boyfriend atau husband u ols buat. Setakat busy sampai tak sempat nak mesej, tak return call pun habis nak meroyan segala dah kenapa? Itu je. Tak bermaksud aku tulis macam tu aku bekap diorang. Sengaja nak bagi aku counter story ke hape?
Macamlah perempuan tak buat perangai annoying dekat lelaki. Padahal aku rasa perempuan punya perangai lagi dasyat. Macam hitu macam hini. Macam contoh - banyak cakap. Bunyi macam stereotype tapi sebenarnya memang betul pun. Lagi-lagi kalau duduk dalam group besties dia. Gosip tak gosip, semua orang pun mesti nak bukak mulut. Sebab tu orang selalu cop perempuan ni kepoh, becok, kaki gosip, suka membebel, tak reti simpan rahsialah hapelah. Dah, tak payah nak deny sangat. Memang bukan semua, tapi kebanyakannya memang macam tu. Sila terima hakikat. Perempuan memang suka bercakap. KAMI memang suka bercakap. Ye. Aku pun suka bercakap.
And kami jugak spesis yang sensitif. Nampak luaran macam tough, macam gagah. But we're actually not. We're lightweight. Ada masa kami rasa down yang teramat sangat sampai rasa hopeless dan helpless dan rasa macam nak bunuh diri, rasa macam nak terjun bangunan, rasa macam nak berdiri tengah-tengah federal highway pun ada sebab sensitive dan sangat emosi. And yes. We are very emotional creatures as well. Macam contoh, kalau boyfriend atau husband kau mengadu penat, pening kepala atau apa-apa jelah, kau mesti bajet cool je pesan suruh makan ubat, take a rest, padahal dalam hati kau punya risau, kau punya eager to take care of everything, which is jadi orang sensitive ni bagus jugak sebenarnya. Dia concern dengan orang lain, dia faham perasaan orang lain, dia penyayang, mudah simpati, eh, macam terlebih puji pulak kan.
Ok, satu lagi perangai perempuan yang agak stereotype padahal memang betul pun, diorang ni spesis yang suka berfikir banyak. Dah la banyak cakap, lepas tu banyak fikir. Semua benda pun nak banyak-banyak. But yes. We think too much. Too much sampai tak tahu nak cakap macam mana dia punya 'too-much' tu. Macam contoh eh, mak, kalau anak dia keluar rumah and cakap nak balik pukul 8 malam tapi actually pukul 7.00 lagi kepala dia dah start fikir yang bukan-bukan dah. Anak aku dah gerak balik ke belum? Anak aku ada singgah mana-mana ke? Jalan jem ke? Kereta rosak ke? Nampak tak aku punya cover line contoh kat atas tadi macam mana? Hah, kalau faham, korang memang osem. Tak faham takpe.
Ada lagi perangai perempuan ni yang cliche sangat jap eh, tak ingat. Ok. Perempuan akan share everything dengan kawan-kawan dia. Which is aku suspek lelaki agak scary dengan fakta ni. Oh no darling. I tak maksudkan everything tu is EVERYTHING. But the fact is perempuan memang suka bercakap kan tadi. So you can expect something laaa from that. Diorang bukan share apa benda pun. Berkongsi maklumat, berkongsi fakta, berkongsi pengalaman, berkongsi perasaan suka duka, and itu namanya BONDING, honey. BONDING! Atau dalam bahasa melayu, MENGERATKAN-SILATURRAHIM. Giteeewww. (ayat cover line lagi)
Which is, kalau aku jadi lelaki pun aku rasa scary jugak dengan perangai perempuan macam ni. Tapi tak semua 'perempuan' di atas adalah perangai aku or perangai kita kan kan kan. Depend dekat orang jugak sebenarnya. Ada je lelaki yang perangai macam tu. So, the point is... Aku pun tak tahu apa motif aku tulis entry ni.
Oh, actually just because entry sebelum ni aku ada pesan dekat perempuan, which is dekat diri aku sendiri, ignore dan maafkan jelah kalau boyfriend atau husband u ols dok buat perangai annoying something like this and like that kan. Tak payah rajin sangat nak meroyan. So this time, I pesan benda yang sama jugaklah dekat lelaki. Ignore dan maafkan jelah girlfriend atau wife u ols yang selalu buat perangai-perangai annoying di atas which is memang dah semulajadi perangai macam tu so nak buat macam mana kan. Tibe-tibe teringat lirik lagu P. Ramlee, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Dah, takyah nak gugel sangat. Bye!
Oh, actually just because entry sebelum ni aku ada pesan dekat perempuan, which is dekat diri aku sendiri, ignore dan maafkan jelah kalau boyfriend atau husband u ols dok buat perangai annoying something like this and like that kan. Tak payah rajin sangat nak meroyan. So this time, I pesan benda yang sama jugaklah dekat lelaki. Ignore dan maafkan jelah girlfriend atau wife u ols yang selalu buat perangai-perangai annoying di atas which is memang dah semulajadi perangai macam tu so nak buat macam mana kan. Tibe-tibe teringat lirik lagu P. Ramlee, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit. Dah, takyah nak gugel sangat. Bye!
p/s: anyway, i really love that sharing part. i really love when you share something (and kalau boleh everything) with me because it makes me feel special, it makes me feel loved, it makes me feel so close with you.
and suddenly i miss this.
bonding time alert!
bonding time alert!
No comments:
Post a Comment