BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Like seriously, last week we went to UiTM Sri Iskandar hantar Peah pergi meroyan, no, I mean pergi interview dekat sana. Alhamdulillah, she got the job. So, itu je nak bagitau. Yelah. Macamlah aku tahu macam mana dia kena interview, siapa yang interview, apa yang dia kena buat masa interview hapa semua kan. Dah tu, dayang-dayang pengiring semua ingat follow sesaje ke? Tak tahu ke betapa penatnya bergambar dekat UiTM tu (gayat sebab first time jejak Sri Iskandar ok) and panjat Kellies Castle kekdahnya semua tu hah? Opkoslah kena buat essay pendek je. Gambar lagi penting kot!
Well, after two years, I'm here again with my geng meroyan. Geng Puffey Twider. And told you so many times they're just like my sisters. Siap pesan dekat para kakak sekalian, nanti kahwin aku nak ambek gambar kat sini. So, jangan kacau Kellies Castle. Korang nak buat wedding photoshoot sila pergi tempat lain. Tapi masing-masing macam buat muka blur, buat muka feeeling-less, like seriously? Err, aku rasa memang agak gila jugaklah kalau semata-mata pergi Kellies Castle sebab nak ambek gambar kawen tapi kalau aku kawen dengan orang Perak haaa camne? Make sense kan? Tapi macam mana kalau bukan orang Perak? Macam mana kalau... Ok dah.
Lepas tu ambek gambar macam family picture.
Suka menjimatkan memory card sebenarnya.
Lagi ramai lagi fefeeling sisters kot.
Even selfie pun nak berjemaah.
Nampak tak dia punya bonding macam mana?
And walaupun tak berselfie or tak berempat, still nak fefeeling sisters jugak. Because you can see sepanjang semester ni gambar siapa yang paling banyak dalam belog ni kan? Like seriously, lepas ni tak tahu bila lagi dapat bergambar-gambar macam ni. Since kelas pun dah habis. Peah will start her new journey at Tapah. Iema pun. Gonna start her career in no time. Anis will always be at Subang but still I takkan datang and kidnap her like bila-bila-masa dan sesuka-hati saja. So, kenalah tunggu bila semua orang free serentak. And as for me, dah mula fokus dengan thesis and cari kerja in the meantime. Nak uruskan rumah tangga lagi...
And sure thing is, lepas ni takkan ada siapa-siapa tanya nak-lepak-kat-mana-lepas-kelas, bila-nak-submit-assignment, besok-siapa-pergi-library, siapa-ponteng-kelas-hari-ni, lecturer-dah-masuk-ke-belum, sumpah-seranah dan caci-maki dan sepak-terajang dan peluk-raba segala. Yes, memang la ada kejadah segala group whatsapp, facebook, twider, kekdahnya, tapi tetap takkan sama dengan live jumpa depan mata ok. Even dalam Skype pun. Tak sama, beb. Tak sama. So, I seriously will miss them all dan saat-saat meroyan together. Ok, Ocha. Jangan nanges!
Oh, ni bukti I dah check in UiTM Sri Iskandar ok. Kang tak letak kang tak caye pulak. Peah tengah interview masa ni. And credit to the camerawoman. Iema Zee. Uish, nama glamer.
And plus. Dah check in Fakulti Art and Design jugak. Sebab dengar kata student fakulti AD ni (kononnyalah) hot stuff belaka. Nak try jugak cari hari tu, tapi macam tak ada pulak yang berkenan. So I was like, cuba lagilah lain kali. Susah nak fokus sebab ramai sangat kot. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Ke I yang lagi hot daripada diorang? Ok, cricket moment.
Anyway, I know tadi kata nak tulis essay pendek je kan. But then, tak tahu macam mana dia end up buat essay panjang jugak. Kalau dah spesis memang suka membebel tak kira masa nak buat macam mana. Bakat semulajadi.
No comments:
Post a Comment