BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Minggu ni minggu kedua aku cuti sekolah a.k.a cuti sem. Baru nak masuk minggu kedua ok belum genap dua minggu lagi. Tapi honest (buat-muka-honest), aku gelisah gila. Tak senang duduk. Rasa restless. Rasa macam ada something wrong bila tak buat apa-apa. Tambah pulak bulan puasa ni. Nak makan gamaklah pulak. Nak keluar shopping jalan-jalan agaklah kalau setakat Gemencheh ni apa benda nak shopping hoi? The best decision, jadi suri rumah sepenuh masa. Menyapu, mop lantai, sidai baju, lipat baju, shopping kain sendiri, gunting sendiri, jahit sendiri, fitting sendiri, seriously, ada potensi menang anugerah suri rumah terbaik (muka-riak).
Tapi, part dapur aku tak usik lagi. Setakat ni, mummy je yang jadi bos kat situ. Setiap kali nak masak untuk berbuka, position aku setakat assistant chef je. Belum naik makam lagi. Setakat seminggu ramadhan ni, lauk grand-grand semua mummy tapau. Aku paling best pun takat goreng ikan masin. Dan goreng ayam. Dan jugak goreng sayur sawi jepun dengan sos tiram. Dan jugak masak nasi. Dan jugak bancuh air. Dan jugak perangat balik lauk-lauk tu semua time sahur. Eh, ke mummy yang perangat? Ok. Dah.
So, aku mula rasa tak puas hati. Apa ni tak mencabarnya tugas? Hah. Nampak statement berlagak? Sekali kang mummy baca belog ni dan-dan dia pencen nak masak lepas tu order masak gulai lemak cili api, masak kari, segala asam pedas, lauk tiga, empat, lima, enam rasa dia tala kat aku. Hah, menggelabah nak gugel segala benda. Mulalah terkedek-kedek puji, air tangan mummy the best lah, tak ada siapa masak lagi sedap daripada mummy lah, padahal kau malas sebenarnya kan kan kan. (kalau mak mertua baca pun masak jugak aku ni).
Ok. The point is, aku tibe-tibe teringat yang aku dah lama tak baking (tukar-topik-nak-cover-line). Like seriously. Last aku buat kek masa birthday mummy hari tu kot. Eh, no. Masa wan buat kenduri hari tu. But this time tak tahu apasal mengidam nak buat cupcakes tibe-tibe. Lepas tu nak deco omel-omel. Tapi ada satu masalah. Tukang makan dah balik Mentakab. So, siapa nak perabihkan cupcakes tu semua kalau aku buat nanti? Was thinking nak mintak daddy bawak kat masjid. Bagi orang makan-makan lepas terawikh. Wah, lepas terawikh makan cupcakes chu ols. Bukan kuih-muih, roti jala, bubur lambuk ke hapa. Cupcakes ok cupcakes!
Well, ni baru niat je. Tak tahu lagi bila nak mem-baking. Tapi yang pasti memang mengidam sangat nak buat. Pembawakan budak agaknya. Ok bye. Kalau jadi nanti aku blog. Nak resipi pon boleh. (bajet-kek-aku-deliches)
But don't expect they will turned out like these laaa.
Sepuloh tahun bertapa kat dapur pun belum tentu siap satu cup.
Sepuloh tahun bertapa kat dapur pun belum tentu siap satu cup.
pics source:
No comments:
Post a Comment