BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Ok, habis cerita raya belah mummy daddy. Now cerita raya rumah mertua pulak gitew statement tak sabar nak bermertua gamaknya... No, ni cerita jalan-jalan raya je. Tak de dah lepak-lepak makan buah lagi. Nak raya rumah boyfriend kang kena ambek pakej raya tiga hari tiga malam. So, masuk hari raya keempat masing-masing dah meroyan dah tak tau nak pi jalan raya mana lagi dan disebabkan cuti pun tak lama, maka aku ambek keputusan bawak anak-anak ni berjalan raya, shopping, pastu pegi makan, memboling and makan, lepak tepi pantai, sambil makan-makan, haaa nampak berapa banyak perkataan makan dia dok ulang tadi?
And masa ni, soalan yang terlintas dalam kepala otak? "oohhh-dah-boleh-makan-ea-siang-siang?" Effect puasa penuh agaknya haish. So sebab dah lapar sangat, and Vivo pun depan mata, malas nak fikir banyak. Vivo pun Vivo lah! Yang penting, makan!
Sanggup ok tukar meja like dua tiga kali pindah tempat semata-mata nak duduk sebelah cermin besar macam ni. Sebab nanti senang nak berprojek selfie kan. Nilah perangai budak-budak zaman sekarang. Mintak maaflah. Memang tak dapat nak dicegah lagi dah.
And yang ni muka geli.
Dah skrol bawak lelaju!
Gambar ni I letak sebab Peah yang pegang camera...
And gambar ni pulak, tomato yang pegang camera...
So kesimpulannya, gambar yang mula-mula aku letak tadi yang paling cantek sebab tu camera belakang and sebab tangan gojes aku yang pegang. Tu muka tak puas hati apasal?
Penat makan, ni lah yang aku cakap tadi. Memboling.
Or ayat yang lebih tepat is memboling ke longkang.
Hebat bebudak ni punya skil melongkang chu ols jangan tak tau.
Then also layankan fefeeling buat video clip tepi pantai.
Sambil nyanyi lagu Amelina yang pasir-putih-tepi-pantai tuuuuu
Lepas tu tetibe baju dah bertukar.
Lepas tu tetibe I rasa at certain angle, muka I ni ada macam ada iras sambadi pulak. Hhhmmm... Sambadi who? Ok lah. Habis dah cerita jalan-jalan raya. Banyak pulak cerita raya aku tahun ni. Sila tabahlah wahai pembaca sekalian. Harap takde penyakit kronik yang datang. Ok. Bye!
No comments:
Post a Comment