Friday, December 19, 2014

kE kEnDUri Ke KiTa Ke WeDdiNg Ke... (apa benda entah tajuk)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Girls and wedding mana boleh pisah. Cerita dari kecik sampai besar, dok main kawen-kawen, dok main mak-mak, suka sangat bajet dah berlaki dan beranak pinak memang sampai ke tua pun perangai macam tu. Well, sebab tulah actually I sukaaaaa sangat pergi kenduri kendara kawen-mawen ni rasa macam bestnyalah tengok orang kawen walaupun diri sendiri entah bila nak kawen ahem (bunyi batuk-batuk kronik kedengaran). 





Oh by the way next entry nanti aku cerita new answers for those yang selalu ditembak dengan soalan cepumas cemas jantung berdebar-debar dupdap-dupdap 'kau-bila-nak-kahwin' like one of the answers aku akan suggest is kau tembak balik dengan soalan dia 'kau-bila-nak-bercerai' haaa biar diorang menyesal hantar soalan macam tu dekat kau.Yes darling. Next entry, next entry. I'm not sure when tapi next entry la hoi!





Dan semenjak-menjak bebudak cuti sekolah ni memang banyak la invitation kahwin yang aku dah pergi konon-konon ambek berkat konon-konon bagi cepat jodoh kalau tuan rumah pengantin tu ada siapkan air jampi berbotol-botol bagi jodoh lekat ke apa memang aku akan jadi orang terawal sekali tapaw yuno tapi disebabkan aku dididik oleh mak bapak dengan keimanan yang teguh bahawa jodoh itu ketentuan Allah maka aku berserah. Giteeeewww. Bajet orang percaya aku punya nada berserah tu kah.




Tapi aku punya pesen perangai bukan jenis pergi wedding panjat pelamin orang bergedik-gedik bersanding sebab aku tahu pelamin aku lagi lawa nanti aku kahwin kau jangan jejak kaki atas pelamin aku itu beta punya singgahsana ok sudahlah aku tak heran dengan pelamin kau yang aku nak kisah ialah aku punya gambar yang ntah apa-apa ni aku rasa lagi lawa walaupun tanpa pelamin. Tapi lain-lain gambar I'm sorry, tak berapa nak appropriate. Ni pun yang paling senonoh aku boleh letak. (Perangai apa ntah pergi wedding ambek gambar tak appropriate)






Ni melantak cendol versi tak pernah jumpa cendol seumur hidop. 
Kalau nak ikutkan, ini kira sopan jugak ni.






Lepas tu paksa blood-brother sehidup semati berselfie konon-konon indah sangat buat muncung gitew nasib baik beliau faham setiap kali pergi wedding kakak beliau akan terkinja-kinja excited tanpa sebab. Maka beliau pasrah dan layankan saja.






Lepas tu fefeeling jadi raja sehari jap. Raja dua tiga empat hari pon boleh pasal inai ni agak tahan lama jugak dah kazen sendiri mengukir haruslah baik-baik punya request kaaannn. At least boleh berangan lelama. Sampai inai tu habis aku pun nyanyi lagu pelamin anganku musnah.Ok.






Dan ni jelah gambar kenduri yang aku rasa agak sopan sikit. Itu pun dok pakai kebaya dengan jeans dah apahal mentang-mentang sepupu-sepapat sendiri punya kenduri aku pun bantai pakai suka hati aku kang aku pakai baju pengantin kang tak ke melompat tuan rumah? Mana satu pengantin mana satu tetamu pengantin?





 
Ok. Finally ni yang agak-agak macam perempuan sikit sebab pergi wedding opismet pakai jubah yang meng-obvious-kan baby bump aku tu (hoi statement kau). Ok tak, tak. Tu sebab cameraman tak pandai bajet angle dah aku nampak kebesaran hai saba jelaa. Dah tu datang pun dengan opismet. Dah tu opismet boleh pulak sendondon sama kaler. Dah tu agak-agak kalau orang tanya 'husband-ke?' mahu aku tersipu-sipu malu nak angguk ke nak geleng ke nak buat tak tahu ke macamana?





Jadi, the conclusion is aku memang banyak pergi wedding tahun ni. Sebab lauk kenduri best. Kalau belah rembau lagi best pasal lembu, kambing, kerbau mesti tumbang punya maka inilah masanya untuk aku membuktikan bakat makan tiga, empat, lima pinggan yang terpendam selama ini. And tahun depan ada list nasi minyak dekat Pahang dengan Port Dickson, Rembau bila pulak? I dont know, nak makan nasi minyak Rembau masuk meminanglah tuan hamba. Giteeeewww. Ok bye. Panjang pulak cerita hari ni. Tata titi tutu.



2 comments:

Unknown said...

hahahaha....cantik gambar - arieff khalid

Unknown said...

dah pengantinnya pun santek kaaaaaannn... tempias gitew.

the history

Followers