Wednesday, January 7, 2015

LeSsOnS Of ThE YeaR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Tapi actually rasa macam tak best pulak kalau tak overview tahun 2014. Hah! Aku dah agak dah perempuan ni! Mesti korang nak cakap macam tu kan...? Eh, tapi ni versi lain sket. Overview 2014 yang aku nak buat ni, lebih kepada lessons sepanjang tahun lepas. Azam tahun baru takdak. Aku tak reti la nak berazam-azam ni. Sebab memang aku tahu takkan jadi punya. Jadi, lesson yang pertama, jangan mudah jatuh cinta! Hah, bunyi macam apa tu? Macam menyesal sebab dah jatuh cinta kan?





Ok, sabaaa. Siapa yang pernah rasa, dia faham. Sebab jatuh cinta tu, is a 'jatuh' yang paling best sekali. Sakit. Tapi sakit yang kau sanggup nak tanggung. Dapat pulak spesis macam aku. Senang sayang kat orang, senang percaya kat orang, senang la segalanya. Ingat lagi kan aku pernah mention 2014 is tahun 'cinta' bagi aku (geli). Kenal orang tu kenal orang ni, so, bila dah kenal macam-macam orang, maka banyak la pengajarannya. And jujur aku cakap it was a fun experience. Nangis, gelak, marah, meroyan, semua ada. Ok laaa... just, don't be too easy.





But being in relationship is actually not that bad. We learn about trust, give and take, responsibilities, care about each other, patient, passion, appreciation and many many many many many aish banyak lagilah nak cerita. Sebab kalau in relationship, even sekecil-kecil benda pun boleh buat kita meroyan. Kita tu maksudnya akulah. Macam, "kenapa-u-letak-status-macam-tu?", "u-buat-apa-tido-lambat-semalam?", "seminggu-tak-contact-u-dah-tak-nak-kat-i-ke?" hah masa tu mulalah fikir yang bukan-bukan, paranoid tak tentu pasal, meroyan, menangis dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...




Just don't always jump into conclusion. (cakap-dengan-diri-sendiri). Jangan mudah assume yang bukan-bukan. Because it indicates your level of trust. Lepas tu, jangan mudah sangat mengiakan pendapat orang. I mean, kalau kita tak suka, cakap tak suka. Kalau tak nak, cakap tak nak. Kalau dia salah, cakap salah. Tak perlu korbankan perasaan sendiri untuk buat orang lain happy. Sebab nanti kalau menyesal, tak adalah nak tuding jari dekat siapa-siapa. Sendiri punya keputusan kan. Hah, pandai-pandailah...





Oh ya, one more thing. Family first. Apa-apa pun, dahulukan keluarga. Kita tak ada siapa dalam dunia ni melainkan family. Sayang macam mana pun dekat kawan-kawan, dekat boyfriend, dekat kucing meow meow, remember, family lebih kenal kita daripada orang lain. Susah senang, gelak nangis, semua family yang tahu dulu. So, jangan sekali-kali membelakangkan family. Tapi tak bermaknalah sebelum ni tak utamakan family. You know, the influences. Dan jugak, jangan berkira!




Ok last (kot). Bila dah bercakap pasal sayang-sayang tadi, mulalah nak masuk sikit part 'sayang-sayang' jugak. Alaaaaa, korang faham kan. Kalau dah namanya manusia. Itu fitrah. Itu natural. Itu normal. Do bitchy things doesn't make you a bitch. And do innocent things doesn't mean you're innocent. Hah, ni lesson baru. Serious. Aku belajar ni masa 2014. Orang yang bersongkok berkopiah bertudung labuh, kau jangan ingat dia tak pernah ajak buat maksiat. Ada. Malas nak cakap banyak, pengajarannya, lepas ni sila berhati-hatilah...





So, at the end of the day, ikut cakap hati. Buat je apa kau nak buat. Eeerrr, kadang-kadang kita buat benda salah, kita buat benda yang tak sepatutnya kita buat. But again, kita manusia. It's natural. It's normal. It's human. Hhhmmm, paham kan? Ok. It's my lesson. Yours, I don't know. But we're human. I guess, we're just the same. Ok bye. Tak ada benda lagi nak cakap. Itu je lesson yang aku ingat setakat ni. Mungkin ada lagi nanti... mungkinlah.





This is my new year resolution.
Boley?



2 comments:

Kak Wawa said...

Salam,

jangan dikenang kisah yang duka..hihi

Kak Wawa said...

Salam,

jangan dikenang kisah yang duka..hihi

the history

Followers