BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
It is not easy to rebuild trust in relationship. Faham kan. RE-build. Nak letak balik kepercayaan tu. Bermakna kita pernah percayakan seseorang and that 'seseorang' khianat kita balik. Sakit. Seriously sakit. Even tengok pun sakit. Yang merasanya tak tahulah macam mana nak describe dia punya 'sakit'. She's one of my bestfriend. Baru kahwin berapa bulan entah. Tapi dia punya dugaan Tuhan bagi like seriously aku tak tahu macam mana nak cakap. If I was her, aku boleh end up bunuh diri agaknya.
Sebab bagi aku 'trust' tu benda yang paling basic for every relationship. Regaining trust in someone after betrayal is not an easy thing to do walaupun mulut cakap 'It's ok, I maafkan you' tapi dalam hati percayalah, it will last forever and things will not be the same anymore. Tak tahu macam mana kalau aku dekat tempat dia. Tak boleh imagine kalau Encik Domoi treat aku the way her husband treat her. Serious tak boleh bayangkan. Bergaduh sikit hari tu pun dah meroyan bagai nak rak, inikan pulak kalau kena macam dia.
As time goes by, kadang-kadang kita rasa uncertain, doubts our partner, kadang-kadang passion tu tak ada dah macam masa baru-baru kenal dulu, honestly, aku yang baru nak setahun in relationship ni pun ada rasa macam tu. Imagine orang yang dah bertahun-tahun. How? How they remain together tanpa rasa penat, boring, malas and bla bla bla? Benda-benda macam tu memang akan jadi dalam semua relationship. Tapi bagi aku senang je. Tanya diri sendiri, kenapa-kau-jatuh-cinta-dengan-dia? Dan kenapa-kau-pilih-dia?
Well, if you got the answer, then you know what to do. Stay. Semua orang buat salah. Kadang-kadang kesalahan dia memang tak ada seketul manusia pun atas muka bumi ni yang mampu terima. Tapi lepas tu sila sedar dirilah. Terutamanya kaum-kaum lelaki. Terutamanya kaum-kaum lelaki yang pernah buat salah. Terutamanya kaum-kaum lelaki yang pernah buat salah tapi masih tak sedar diri. Ingat please. Kalau korang pernah buat salah dekat pasangan dan pasangan korang memang jenis lembut hati, jenis yang senang bagi muka, they will never hurt you back, they will just probably have no choice but to leave you forever. Hati dia kuat. Tapi hati kuat tu takkan lama. It's just a matter of time.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan aku yang rajin sangat stalk belog ni atau sesiapa jelah yang kebetulan terbaca benda ni. I know the feeling, to love after it's been hurt is not easy. Trust is not there anymore, the feeling is not the same anymore, love is not alive anymore, nak bersangka baik dekat pasangan pun susah dah. Memang kita boleh menipu, cover apa yang kita buat sebaik-baiknya daripada pasangan. Tapi sampai masa Tuhan tunjukkan semua, benda akan berubah sekelip mata. Masa tu menangis, mintak maaf, berjanjilah apa pun, things will not be the same anymore.
Yes, apa yang aku tulis ni pengalaman aku sendiri. Bukan pengalaman aku dengan Encik Domoi (Alhamdulillah, so far we have no trust issues) I mean, pengalaman aku handle pengalaman orang. Kawan baik aku sendiri. Kawan baik yang aku nampak macam mana perjalanan relationship dia depan mata aku sendiri. It doesn't mean that we can't fix things. Just insaf dan bertaubatlah. Bila dah berjanji tu, tunaikanlah. Kalau masih ada rasa sayang tu, buktikanlah. Tunjukkan yang kita betul-betul sayangkan dia. Hargai dia selagi dia masih beri peluang dekat kita. Mungkin sampai satu masa Tuhan tutup hati dia... forever... who knows.
Suddenly rindu awaklah besfren...
No comments:
Post a Comment