BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Dalam minggu ni saja, dua accidents dekat highway PLUS aku jumpa I mean setiap kali aku lalu highway mesti ada accident. Sekali masa pagi isnin lepas on my way nak pergi kerja, sekali masa nak balik semalam. Both heading to north, I mean, heading to KL sebab highway KL-Seremban. Memanglah tak mengganggu perjalanan aku sebab masa tu aku tuju ke selatan tapi kadang-kadang geram sebab bila ada kemalangan, kepala otak aku automatik akan fikir what will happen to each and every head yang tersekat dalam jam yang disebabkan oleh accident tu.
Yuno, perempuan. Biasalah, segala benda nak fikir. Agree to disagree, bayangkan setiap orang yang lalu dekat highway tu ada destinantion masing-masing. But because of the accident, ada yang lambat sampai office, ada yang lambat masuk meeting, delay appointment dengan client yang nak bagi tender juta-juta ke, terlepas flight ke, nak hantar ahli keluarga sakit pergi hospital ke, nak propose kekasih sebelum dia akad nikah dengan orang lain or whatsoever memanglah kita boleh cakap, malang tak berbau, sesapa pun tak nak tempuh kemalangan... Tapi kemalangan takkan berlaku kalau kita behave atas jalan raya.
Yes, memang entry kali ni bunyi macam skema sket sebab tetiba cerita pasal kemalangan jalan raya dah kenapa kan kan kan??? Aku pun tak dibayar untuk tulis blog ala-ala kempen kesedaran ni. Cuma please, jangan selfish atas jalan raya. Fokus sepenuhnya masa memandu even nak text benda penting ke apa lane paling kiri tu ada jadi kalau nak kemalangan pun at least dia kemalangan kat tepi ini dah la bawak lane paling laju lepas tu accident masuk pulak highway bertentangan tak ke harok dua-dua arah? Menyusahkan orang sungguh!
Ok, katalah accident bukan disebabkan memandu sambil texting, tapi boleh jadi accident disebabkan memandu melebihi had laju ke, memandu sambil bukak radio kuat-kuat sampai tak dengar hon atau siren ke, memandu sambil borak sakan I mean over excited dengan kawan-kawan ke, memandu sambil lepas tangan ke, sambil makan ke, sambil pakai make-up ke, sambil goda boyfriend ke lepas tu boyfriend tak fokus lepas tuuu, eeerrr... ok, things could happen even kita dah fokus-sefokus-fokusnya. Yes, kadang-kadang bukan salah kita. Boleh jadi salah orang lain tapi kita yang jadi mangsa keadaan so my point is, once kita dah berada atas jalan raya tu, mata, telinga, semua deria kena alert! Paling penting baca doa sebelum mulakan perjalanan. Tak tau baca doa naik kenderaan, sila gugel sekarang...
Bak kata ayah, "bila memandu, kita kena jaga orang, bukan orang jaga kita." Sebab orang kadang-kadang selfish, dia rasa dia ada kuasa atas jalan raya, dia rasa semua orang kena takut dengan dia, respect dia, bagi laluan dekat dia even they're rule breakers. Yes, aku pun rule breaker jugak. Tapi tengok tempat dan keadaan ok kalau tengah-tengah malam pun kau nak berhenti time traffic light merah masa jalan raya tengah lengang and sunyi gila memang hantu atas pokok pun tergelak agaknya tengok kau masa tuuu. Cuma atas highway please... paling aku pantang. Seriously, makan curse aku wahai orang yang tak behave atas highway!
Sekian, pesanan ini dibawakan khas sempena tomato is finally got her driving license last week. Congrats bam bam. Tak payah nak bebajet fast and furious sangat kay dengan kau kau sekali aku curse kang. Please to all driver, again, jangan menyusahkan orang.
Yang benar, road gangster yang paling behave, dah la behave, comel, hot, gojes pulak tu
oh, dan adik beliau yang baru dapat lesen. Ok bye!
No comments:
Post a Comment