Tuesday, April 7, 2015

mOviNg iN, mOviNg oN, MoViNg Up uP Up To ThE sKy!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Dua tiga hari ni busy. Actually, miggu lepas busy. Macam-macam jadi. Biol kepala. Ahad, tayar kereta meletup langgar bucu boarder jalan. Isnin tukar tayar. 140 hengget itupun selepas puas gedik-gedik dengan abang kedai tayar. Malam tu pulak, teman Kak Wan pergi KL. Honestly, that was my first time pergi UTC. (yang selalu nyanyi-nyanyi 'U.T.C, U.T.C, dekat tv tuuu). Selasa rasa macam dah loya-loya. Morning sickness datang balik agaknya. Rabu pergi teman Miss Neela cari kasut untuk wedding photoshoot dia. Fefeeling bridesmaid sekejap.





Khamis rasa macam nak angkut barang sikit-sikit pergi rumah baru, tapi pengsan jugak. Punyalah malas. (pembawakan budak kali ni teruk sikit. kembar agaknya). Jumaat, dating dengan Kak Wan lagi. Perempuan tu meroyan habis nak tengok Fast 7 tak dan nak tunggu gaji gigih booking tiket online cabut pergi Seremban terus lepas kerja (dengan alasan pakai baju kerja nampak macam wanita berkerjaya rasa nak lepuk je dengar jawapan macamtu). Sabtu, pergi opis macam biasa lepas kerja shoot Subang celebrate belated birthday bestfriend and boyfriend told you I was so busy. Itu saja summary seminggu. Tapi sebenarnya nak cerita pasal pindah rumah je.





Yang hari khamis tu la katanya nak angkut barang sikit-sikit. Actually plan nak tunggu semester bukak dengan niat bila anak-anak dah balik boleh la kerah sorang dua bujang-bujang sado tu mengangkut barang. Tapi spesis manusia yang takda kesabaran dan keimanan macam aku ni memang tak sanggup nak tunggu semester bukak even Encik Fatburner (nanti kita story behind the scene of fat burner tu kay), siap offer nak datang Nilai tolong pindah barang semua tapi dari Khamis nak ke Isnin tu rasa macam lamaaaaa gila tak boleh nak tunggu dah so aku pindah je sendiri. Khamis, Jumaat, Sabtu angkut barang. Ahad mengemas. Ada isu dengan access card sikit tapi alhamdulillah now dah settle. (thanks to Lala and abang-abang jiran)





So, my rumah basically...






I think, complete dah semua jenis rumah aku pernah duduk. Teres. Single story. Double story. Flat. Rumah kedai. Now aprtment. Next time, nak duduk rumah papan, rumah panjang, rumah atas air pulak. Tak complete lagi. Tapi basically semua jenis rumah pun dah pernah rasa. So, lepas ni kalau mati, tak terkilan sangatlah.






Ni siap dengan swimming pool bagai. Mulalah berangan nak kawen cepat, nak beranak cepat, nak main campak-campak anak dalam swimming pool, piknik-piknik, tak payah pergi holiday memana dah bawah rumah pon boleh fefeeling. *tasaba-berangan*






And ini rupanya bilik sebelum dan sebelum. Nak tengok keadaan bilik selepas? 
Sorry, untuk simpanan peribadi sahaja.
(sebab sebelum dan selepas tak jauh beza. kah)






And the very first morning. The very first view dari balkoni rumah. The day yang mengemas bagai nak gila. Dari tingkat berapa? Kiralah sendiri. Dengan ini, sekian sahaja entry pasal pindah rumah. Sebab sekarang dah mula berfikir secara serius demi masa depan diri sendiri, suami dan anak-anak. Family first. Ni nak ambek mood berkeluarga agaknya. Dah sampai seru? Agaknya. Agaknyalaaah...



No comments:

the history

Followers