Thursday, May 14, 2015

KnOcK kNoCk - LiStEn hErE, LeLaKi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



*warning: this is an essay-like-entry*




Kalau nak faham perempuan, senang je. Pergi dengar lagu Elizabeth Tan yang tajuk dia Knock Knock tu. As simple as that. "Mahuku perhatian". "Mahuku kau buktikan". "Jangan sakiti aku". "Jangan abaikan ku". "Haruslah setia". "Jangan cakap bohong". "Buatku tersenyum". Ohmai. Rabak poket ke nak buat semua tu? Rabak saving account ke? Seriously, itu benda yang susah, susah, susah, susaaaaah gila nak jumpa dekat lelaki zaman sekarang ni. Bila dah berkali-kali aku taip perkataan susah tu, maknanya memang susah gila nak jumpa la hoi!






Sejak break-up dengan Encik Domoi, baru aku celik mata pandang lelaki lain. Macam-macam jenis lelaki aku jumpa. Seriously. Macam-macam. Yang sorang ni nama dia aku letak Encik MA jelah ea. 29 tahun. Orang Johor. Kerja dekat Hospital Segamat. Kenal macam mana tu tak pelu ceritalah. Baru 6 hari breakup dengan girlfriend dia. Kesian. Sebab kita faham apa perasaan putus cinta. Tapi silap. Dia kenal aku, terus ajak couple. Yang ajak couple tu boleh tahan lagi. Tapi ni dok ajak aku buat apa yang dia dengan girlfriend dia pernah buat, I mean, exactly apa yang dia dengan girlfriend dia pernah buatlah. Dating dekat tempat ni, makan dekat tempat ni, dengar lagu ni, tengok movie ni. Tiga hari. Aku block nombor dia. Nak rebound pun agak-agaklah. I'm so kenot with this guy. Sebab aku tau dia belum move on dengan ex-girlfriend dia lagi sebenarnya.





Lepas tu  kenal Encik Chef. (actually aku tak ingat nama dia). Orang Penang. *again* Chef dekat hotel dekat JB. Umur dalam early 30s macam tu. (tak ingat jugak exactly). Also desperately nak bercinta sebab bagi dia umur da lanjut and dia nak settle down as soon as possible agaknya. Anak tunggal. So, the way he approached me like pretty much dengan cara dok mention pasal harta mak bapak dia sebab... yelah... anak tunggal. Repeat lagu Elizabeth. "Bulan bintang kau janjikan tidak aku teruja". I'm not interested dengan harta mak apak kau. Too much bragging and too desperate. So, aku blah.





Encik MS come next. Umur 27. Orang KL. Kerja dekat KL. (to be honest aku tak tahu dia kerja apa exactly) Yang ni lama jugak berkawan. Sebulan lebih camtu. Memang betul-betul kawan. Tak ada sayang-sayang, tak ada taching-taching, fefeeling apa pun takde. Pernah lepak tengok movie, makan-makan, jalan-jalan dengan dia. Everything ok. But somehow, ada something yang tak kena. Don't know what it is. Bila aku tegur, dia reply. Bila aku senyap, dia pun senyap. Yes. Sampai sekarang aku senyap. And dia pun senyap. Ntah. Tak ada chemistry agaknya. Dua-dua pun faham la tu. Tapi kalau ikutkan pengalaman, orang bila tak make effort, simple, maksudnya dia taknak. Dah. Jangan banyak tanya. Move on Natasha.




Then datang Encik MAS. Sebab dia kerja MAS. Orang Pahang. Dia tak desperate. Dia ok. Kitorang kawan. Sembang-sembang. Tapi aku jenis on off dengan dia. Malas nak beriya sebab umur dia sebaya adik aku. Adik wei. That's the only reason aku tak berminat. Sounds macam tak logik, hek eleh kawan je apa masalahnya. Tapi bagi aku kalau dah muda tu kau tetap muda. Dan muda daripada aku equal to, tak-mature. (sorry sebab stereotype dekat sini.) Tapi, kau mengakulah kau mature macam mana pun, aku jelak dah dengan lelaki bawah umur. I mean yang bawah umur daripada aku. So, ok bye!





Encik Detective pulak tiba-tiba tegur. 28 tahun kot umur dia. Orang Alor Setaq. Mula-mula dia ok. Tapi terlampau straight forward. Tak sampai 24 jam dia dah 'memintak'. Samalah macam sorang lagi ni, Encik JPJ. Sebab dia pulis JPJ. Sebaya aku. Umur 25. Muka macam Fizz Fairuz. Pergh, cair la kejap hensem bak retis kau. Ingatkan hado harapan. Sekali nak memintak jugak. Kang aku stereotype polis semua pervert kang haaa kena penampo free je kang. Maknanya, dua-dua pun aku block. Lepas tu ada sorang lagi. Pun sebaya. Engineer dekat Sony, Bangi. Sama jugak perangailah senang cerita. So, aku stop. Tarik nafas jap. Gimme a break!





Aku terus buat conclusion. Lelaki ni, baik macam mana pun, buruk macam mana pun, tua ke muda ke, dok mana-manalah, when it comes to women, dalam kepala otak diorang ni ada satu benda je. Nak bawak perempuan tu masuk bilik. Semua Encik yang aku sebut tadi, hah, kerat jarilah kalau aku cakap diorang ni innocent. Yes. Perempuan pun sama je. Kadang-kadang lagi extreme, kadang-kadang lagi advance. Tapi bila lelaki, gunakan alasan 'sayang' atau 'cinta' untuk dapatkan apa yang ada dalam kepala otak dia tu, yuno what guys? Korang silap. Korang silap besar. Selain daripada korang hilang korang punya 'innocent-ness' tu, korang juga hilang respect from us. Bukan kitorang tak faham, tapi belajar kawal diri daripada 'memintak'. (kalau dah kawen tu lainlah cerita)






Yang direct to the point nak ajak masuk bilik tu, ok la. Senang. Sebab dah tau intention dia awal-awal, So, boleh elak awal-awal. Ni bila dah masuk bab-bab feeling semua, dia dah jadi lain. Buang masa aku. Main-mainkan perasaan aku. *mode: terus rasa nak maki hamun semua lelaki*





Cukuplah sekali tu je silap aku bagi muka dekat seorang lelaki *pergh ayat*. I mean, it obviously shows that aku belajar daripada previous relationship. Lelaki lain yang datang lepas ni, I don't care kau baik macam mana, kau kaya macam mana, kau handsome atau kau kelakar macam mana pun. Once you disrespect me, you will lost my respect immediately. Maka sila lupakan perkataan 'peluang kedua' because I'm so sick and I'm so tired bila lelaki sekarang siapa-siapa and mana-mana aku jumpa pun, they hardly walk their talk yang diorang tau asyik nak ajak masuk dalam bilik je. Blergh.






Macam biasa, my full time penasihat akan comfort aku kaw-kaw punya. 
Tapi macam biasa, aku akan buat perangai degil kaw-kaw punya jugak.





Dan kalau ikutkan hati, aku nak je list kan satu-satu perangai diorang yang aku mention dekat atas tu tadi. Tapi bila aku cakap "lelaki-semuanya-sama" kang, aku pulak yang kena. Padahal, it's true. Jadi aku simpan their similarities tu buat collection. Bukan nak compare kan diorang to each other, tapi senang nanti di kemudian hari. Scan je dah tau. Oooh, dia ni macam ni, macam ni, macam ni. Ok bye. Lapa, Nak makan jap!





By the way... nah, knock knock.










1 comment:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

femesnya ocha.. ramai org nak kenal.

the history

Followers