BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT
Life isn't cheap. Manade orang sekarang kahwin semata-mata cinta wey. Paling-paling ada kerja tetap, dapat bagi dapur berasap, bagi anak bini makan, ada rumah nak berteduh macam hierarchy of maslow katanya muahahaha ok jangan bagi statement nonsense dekat aku walaupun aku perempuan, walaupun aku berkerja, walaupun aku boleh sara diri sendiri dan anak sorang (at least), tapi kalau ditakdirkan aku bercinta lagi nanti kau jangan ingat cinta itu memadai untuk aku buat keputusan nak sehidup semati dengan lelaki tu tanpa mengetahui status kewangan beliau sekian.
Itu pasal bila ada lelaki yang cakap, perempuan-sekarang-pandang-lelaki-berduit-je ahem, habis kalau tak berduit berani nak lamar anak orang nak bagi makan apa lepas kahwin? Ini nak sara diri sendiri pun tak lepas apa benda expect nak sara orang lain? Guys, be real. Nak keluar statement tu pijak bumi ni dulu. Wake up! Ini bukan abad ke 15 zaman kesultanan melayu melaka padi tanam belakang rumah mengail ikan pergi sungai. Ini bukan fairy tale yang perempuan miskin kahwin dengan putera raja boleh bahagia ada dayang-dayang istana orang gaji semua kerjanya bercinta sepanjang masa...
Well, eventually people will go for love jugak sebab itu sudahnya yang akan kekal dengan kita sampai ke tua makanya haruslah kahwin dengan orang yang kita sayang walaupun dia tak berduit yelah katanya duit boleh cari, susah senang sama-sama tu dah ada yang jeling-jeling dalam hati semua nak mengutuk nak mencerca mengeji nak mengata aku perempuan mata duitan perempuan materialistik ke camana ntah. Pergilah hidup dalam fairy tale sana. Putera raja kalau sentiasa jaga negara sampai tak ada masa untuk permaisuri pun boleh bercerai juga. Jadi, dua-dua pun kena datang serentak. Jadi, lelaki jangan cakap perempuan demand itu ini semata. Korang cari bini, jumpa tepi jalan terus pungut bawak jumpa mak ayah ke?
No comments:
Post a Comment