the author

My photo

Still writing. Still surviving. Still the same selfish arrogant wicked royal lady.

Monday, September 28, 2015

My RuLe Of "typing..."


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Texting can be sooooo much fun! Yes... instead of talking on the phone sebab kadang-kadang sembang dekat telifon lagi susah berbanding taip mesej. Sebab kadang-kadang kita bukan ada segala idea nak bersembang. Sebab kadang-kadang kita bukan ada segala masa free untuk fokus dengan orang yang kita sembang tu. Sebab kadang-kadang kita bukan dekat tempat strategik segala nak bercakap kadang-kadang kita dekat tempat yang kena senyap, kadang-kadang kita dekat tempat yang terlampau bising, jadi texting is the bestest choice (selagi tak terdesak) bagi aku. Nak nak lagi kalau text dengan orang yang kita suka, orang yang kita sayang even dengan orang yang kita paling annoy sekalipun texting can be so much fun fun fun sebab kadang-kadang rasa macam main game nak lumba-lumba sumorang pun nak cakap, nak 'typing'. Haaa, gaduh dengan laki pun camtu jugak laaa. Kenapa laki?






BUT! Texting WITH ME can be at risk. Silaplah kalau kau ingat aku ni seketul manusia yang suka membebel dekat watssap dan sebagainya. It takes a lot of reasons untuk aku have fun bersembang dengan orang dekat whatssap. Atau mana-mana texting area (wechat, facebook, im, skype, email) sebab aku bukan jenis suka sembang-sembang kosong tanpa ada benda nak cerita. Dan juga I am not a conversation starter. Jadi kalau aku tegur kau dekat whatssap tiba-tiba, percayalah, kau harus bersyukur sangat-sangat sebab itu benda yang paling susah aku nak buat. But just don't do these things while texting me or I'll be pissed off IMMEDIATELY.





Satu! Jangan reply dengan satu perkataan. "K". Or reply dengan jawapan semata-mata. "Dah makan ke? - Dah" "Kat mana tu? - Umah" "Bizi ke? - Tak" Padahal dia yang text kita dulu nih! Haaa, lepas tu kita pulak yang sibuk-sibuk kena fikir soalan nak tanya dia apa tak hangin? Ok. Dan aku pissed off. Terus lantakkaulah!





Dua! Jangan "typing" masa aku tengah "typing". Unless kalau kau tau aku memang tunggu kau "typing" mungkin setelah sejam atau dua jam tunggu kau tak reply dan silakan "typing" sebelum aku "typing" kau dengan karangan atau essay atau khutbah atau mungkin juga thesis.





Tiga! Jangan send sepuluh texts bertubi-tubi. Atau sepuluh baris ayat dalam satu text. SEPULUH! That's my limit. Bagi aku orang yang send text bertubi-tubi ni desperate. Haaa, aku selalu buat jugak. Masa gaduh. Dengan ex(es) dulu-dulu tak payah cerita laaa. Sekali aku dah meroyan, here you go my karangan... But I'm not talking about meroyan itu lain cerita laaa. Ini text biasa. Please, text bertubi-tubi? Apa ni apa niiiii...





Empat! Jangan ambil masa berjam-jam untuk reply. For me, THAT IS RUDE! Kalau dekat whatssap tu lagi senang kita dah nampak 'last seen' dia, blue tick dia, onlie ke tak online ke, so please, reply. Whatever your reason is bagitau laaa. Ini baca, tapi ignore. Kuajaq tak kuajaq?





Lima! Wei, I might be born in 1990, but using toooooo many abbreviations ohmai, that's tooooooo much for me ladies and gentlemen. Aku ni kadang-kadang tak paham apa yang kau cakap sebab maaflah dulu belajar bahasa memang tak biasa guna short form mort form segala bagai ni. And lagi-lagi kalau mesej atas urusan formal hadoooiii, mana kau belaja taip mesej dengan bos guna short form smiley bagai ni weeeiii... so please, jangan short form sangat. 'skt' tu sakit ke sikit ke sakat ke sekat ke apa ntah?





Enam! Sembang dalam group cerita pasal isu semalam. Atau isu tujuh lapan jam yang lepas. Haaa, ni lagi sorang kalau spesis lambat baca mesej tu orang lain dah sembang sakan lepas tu bila orang dah habis baru kau nak masuk, sorry, bukan kerja aku nak melayan kau. So, daripada kau sembang benda yang dah expired, baik kau diam terus. Itu peraturan dia. Just do it!





Tujuh! "typing" tapi tak send mesej. Ini lagi sakit hati. Kita punyalah beriya tunggu dia "typing" dah berapa lama daripada tadi, sudahnya tak ada mesej apa pun dia hantar. Ok. Aku consider this is RUDE TAHAP MAKSIMUM. Faham tak perasaan bila tengok orang "typing" and kita  macam expecting apa-benda-dia-ni-typing-lama-sangat, sekali tunggu-tunggu tak ado! Kalau "typing" lama, tapi reply dia pendek aku boleh terima lagi. At least dia send. Ini langsung tak send. Biadab gila!





Lapan! Uish, boleh tahan banyak aku punya pantang larang texting. Haaa, tapi aku pun selalu buat jugak benda ni. What? Screenshot text orang. Takat screenshot untuk simpanan sendiri aku rasa boleh lagi kot, tapi yang dok pi hantar dekat orang lain, atau post dekat blog, atau update dekat moment atau insta tuuu. Haaa, ni tengah cakap depan cermin. Ye. Aku tau laaa aku pun sama. Unless mintak kebenaran, atau rahsiakan nama sender... itu bagi aku considerable lagi.





Sembilan! Jangan text masa dating. Atau masa tengah lepak dengan kawan. Aku tak kisah kalau keluar ramai-ramai actually aku pun selalu je text masa tengah lepak dengan gegirls aku semua. Tapi kalau dating berdua atau lepak berdua dengan sesapa, avoid texting as much as you can sebab bagi aku inipun agak rude jugak. Tak beradab. Yelah, kalau ramai-ramai tu boleh tahan lagi. Kawan ni tak nak layan, kita boleh tarik kawan lain. Tapi kalau dah date berdua? Haaa, mind that... tak baik macam tu. Ignore kawan. Layanlah dia. Kesian dia nak cakap dengan siapa? Cuba kalau dia text masa kau tengah borak? Haaa, apa kau rasa?





Sepuluh! Ok dah laaa, ini last. Walaupun banyak lagi, tapi aku jadikan ini yang last. Please, jangan bincang isu-isu penting dekat text. Contohnya nak setelkan masalah rumah tangga. Atau nak bergaduh. Atau nak break up. Atau nak propose. Apa ni? Kamon. Benda-benda penting macam ni, cakap depan-depan laaa. Melainkan memang tak ada pilihan macam aku dulu jauh weh takkan nak drive lima jam pergi jumpa dia semata-mata nak cakap "i-nak-break-up" kan so agak-agaklah. Tengok kesesuaian masa dan tempat dan keadaan. Just kalau tak boleh nak dielakkan, nak buat macam mana...





Macam aku cakap tadi, texting seriously can  be so much fun kalau kita buat dengan cara yang betul. Admit it guys, korang pun sama kan. Suka kalau orang reply dengan "K"? Or "X"? Or korang suka kalau orang tu bluetick mesej kita tapi tak reply? Haaa, benda ni tak payah belajar dekat sekolah pun. Tapi this is so-called unwritten-rules yang rasanya sesiapa pun akan agree jugak kot...





Ok, siapa tak agree dia gay!





I feel you minyen...


1 comment:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

aku sama macam kau. tapi aku ada tabiat yang kalau org tu tgh typing, aku pun nak typing gak. bagi aku, org tu penting untuk tau ape yg aku nak bgtau dulu.. hahaha

the history

Followers