Monday, February 8, 2010

OooH kEmBaRe...~

Selamat petang semua.. bertemankan ujan di kala ini, (terperangkap kat kenanga, so x boleh la nak balik melati), saye dengan penuh sentimentalnye menaip sebuah entry untuk tatapan sendiri.. korang sume x payah bace..! biarlah kisah menyayat hati ini saya simpan di dalam hati dan blog ini.. korang jangan baca tau...! x payah...! pegi bukak buku, buat asgment, cari artikel and apa2 jelah yg patut.. faham..? okeh, kalo faham, bagus la tu..!





So, ocha dengan hati yg sentimentel lagi sekali, mula la menaip. (walaupun asgment lain x 'tertaip' smpai la ni, weyh) Kembara owh kembara, aku memang sangat happening walopun depan orang len 'ala, boley la', 'best la jugak', 'urm, boleh tahan je'.. hik3, but the truth is, THE BESTest...! wink3.





Hello sayang, i nak bagitahu u ni, starting KECAK aritu, sumpah x best... beberapa orang komander da masuk dalam list 'ANTI OCHA' da pagi tuh.. aku anti mereka, mereka tu x tawu la anti aku ke tidak..hik3. but, thats ok, perjalanan berjalan lancar.. sungguh hep 'pening'.. dalam bas pon harok.. and the best part is, dengar 'syameow2' main gitar n nyanyi lagu2 sabahan n ntah hapa2 lagu lagi yg mostly aku sumpah x penah dengar n hafal n konfirm x bole masuk 'jgn lupa lirik' versi diorang tu.. ek..?





Ok, setibanya di tapak perkhemahan, (aicheh, ayat spm tu), bas xleh masuk, thus all of us have to carry all the 'khemah', 'barang2 dapur' and segala macham logistik *dont noe y they used that term,* sejauh beberapa kilometer dan kilogram jauhnye, dik. emosi agak tidak stabil kerana sedang mengalami masalah 'wanita' pd waktu tu... dan semuanya kembali lancar, selepas dating dengan En.Tan. That easy..? Pergh...!





Lepas tu ada la taklimat sikit, ceramah sikit, kuliah tntang 'apa itu khemah', whohoho, ayat nak gempak je.. Sik da la.. Just a reminder from all commanders there. Intro to 'What is outdoor activities', 'what type of them' and bla3'.. Stop..! Lepas da habis, kitorang pon start buat khemah, eh silap, dirikan khemah, lunch, smbahyang dan sume2 yg patut dibuat lah time tu. Then, petang pulak, sesi belajar pon bermula.. Macam2 ikatan, simpulan, hapa kejadah tu sume aku belajar dr pukul dua sampai la pukul petang..ngeehehe. Syok... Ada rasa ala2 pengakap la pulak eh.. Whoho, tetiba teringat Mr.Ikhwan, my fav scout teacher..ngee =D





Masuk pulak sesi kedua, erm, i mean after done mandi, sembahyang, kuliah mghrb hape sume, kitorang ada pulak 'Malam Kebudayaan' haish..! Sekali arab daa.. Part ni, x mo cerita la.. Sumpah malu ya amat, dik. Okeh2, tapi overall best la.. Enjoy sangat. Kalo ada permintaan nak re'dance' lagu 'Ali Baba' tu pon, still boleh consider lagi kot..hik3. Gediknye ocha..!





Sudah la tu, our next activity ni, aku x leh la nak report panjang.. Coz, since i was not in an allowed condition an.. Paham2 yela.. Orang macam i ni, memang faveret hantu2 kat sana.. So, untuk keselamatan diri, i buat keputusan untuk 'TIDUR'... ngahaha (gelak jahat coz x jadi mangsa hantu2 tiruan di sana) Eeeeeeleh.. x komersial punye hantu..





Sekian dahulu cerita pasal hantu ye. So now, kita beralih kepada topik pagi.. (Chewah, da macham radio pulak). Pagi2 subuh da kena beratur. Biase la kalo da namanye ber'camp', kan. Then kitorang pergi joging.. Dont know how many kilometers that we had go through.. Tapi yg pasti, busuk jugak la sweater akak tu, dik. Seronok dan x seronok, always datang silih berganti.. Eeeh, jgn x tawu ek, ingat jonging tu seronok all the tyme ke..? Tambah2 lagi kalo jogging dengan Komanderrrr... Pergh, nak seronok sendiri, joging kat pusat sukan laaa... kat MELATI ke..hee =D





Lepas joging, kitorang jungle tracking panjat Gunung Nuang tuh.. Quite adventure la jugak sebab bila dengar word 'PACHAT' and 'LINTHAH' tu an, automatik nerve system ni jadi x teratur.. all the negative thought pon akan datang mencurah2 di lubuk fikiran.. Ntah apsal ntah fobia nih masih x berenti2 sampai sekarang... But never mind la. Semua tu lakonan semata2. Aku pon pelik apsal kem kali ni sebijik pacat pon x sudi nak hinggap kat aku.. hmm, wonder girl, plez wonder bout this case ye..!





Okeh next point is, lunch hour.. makan air tangan Cikgu Tun.. Dua kali dapat makan ayam tau..haha. And kerana aku sangat tamak, so aku tapau lagi ayam masak kunyit tu.. Sedap memang sedap.. Tapi x tau nape x abis di makan..heee. Lastly i decided nak buang je sebab nk kejar masa, an? Sekali... Haish, kantoi pulak dgn komander Fik.. 'Ocha, habiskan ayam tu'... Hahah, padan muke aku..! Terkulat2 telan daging dada ayam tu sume sampai habis..





Sudahlah kau, diamlah kau.. aku yg kegelisahan ni x tau mane nak campakkan diri dari kenanga nihaa... hujan masih x berenti2.. haa, now and sekarang, dipersilakan lah untuk menutup entry ini dengan kisah majlis penutupan 'KECAK' tu.. Erm, x banyak yg aku ingat, juz the best part is, our platun got the best war cry, and bong got the best 'siswa', and not to forget air 'secret recipe' yg dibancuh khas oleh komander2 sume..huh. Ntah hape2 feeling pon aku x tawu la waktu minum air tu.. yg pasti... aku kagum kot dgn diri aku sendiri.. (hahaha, syabas ocha).





Kemudian kami bergerak pulang... Kaki yg krem, tidak menghalang mulut aku drp bergossip dengan alya dan anisah di dalam bas.. siap karoke lagi tau.. mujur x menari sekali..hik3. (Ada hati lagi tuuu)





Itulah dia... Coret coret kembara yg sempat aku tulis di sini.. comin soon, i'll post the pictures pulak ek.. wait la kalo nak wait... peace no war, my heart will go on, u took my heart away... Adios sayang2 ocha semua.. jumpe lagi lain entry ok.. tataaaa... Muah100x...!



Monday, February 1, 2010

hApPy AnNiVeRsArY...!







WiSh U,

HAPPY 2ND ANNIVERSARY MY DEAR,
WhAtEvEr OuR rElAtIoN iS,
I wiLL OwEyS LoVE yOu..

because

THE BEST PART OF ME IS

YOU, yOu, YoU
& FoReVeR yOu


P/S: hE's My bEsTfReNd EvEr...

aKu x TeNgOk 'JUARA LAGU' laa...

Salam semua...

Entry ni yang terakhir untuk Januari. di samping nak cukupkan lima belas entry, aku nak kongsi something sebenarnye di sini... berkongsi bahan2 ilmiah sikit... eh, ni ilmiah la ni... benda yang x tahu, kita bagitahu... kalau dah tahu, maknanya kita da ada penge'tahu'an... (terbentuk drp mofem bebas 'tahu' dan morfem terikat penge-an..haha. masuk grammar sikit ye)





So, malam tadi bace la post kawan aku dari mesir ni. bese la, ex-maahad ahmadi... agak alert benda2 macam ni. Tapi excluded aku... Onestly, aku ni bukan la 'produk' maahad yang sejati dan berkualiti. Tapi masih ada nilai2 komersial yang tersendiri. So, jangan nak nafikan ye...! Aku sayang maahad tau...





Ape kes kau merepek ni ocha...? Baiklah, x mau merapu like ikan kerapu masin di sini, so lets talk about juara lagu yang aku dah lama miss a long tyme ago... Ini fakta, anything about anugerah2 or reality show like 'Akademi Fantasia, Malaysian Idol, My starz LG, Anugerah juara lagu, anugerah skrin, anugerah kecemerlangan pelajar... (eh, termasuk ke?) Oh, yang tu tidaklah... Rancangan2 yang aku cakap tu, memang x termasuk dalam senarai 'wajib tonton' aku... kalau 'Barbie'... Itu senarai wajib jugak... 'wajib x miss'...!





So, ape benda yang kau nak cakap pasal ANUGERAH JUARA LAGU ni...? Kalau aku, setakat tahu, juara, naib juara, suda la... Coz memang x pernah tengok, kan... So, nak komen ape lagi...? But kawan aku sorang ni, yang aku cakap kat Mesir ni, x pasal2 buat aku seram sejuk... Apasal ek...? Senang cerita, if you love your Islam, lets check this out...


terima kasih...

"cuz i care about you, thats why i share"

Sunday, January 31, 2010

KaLaU bALiK uMaH x bUaT kEk X BoLeY kEr..?

Eeeh... i punye suke lar.. Today, i ade kat rumah, so buat macham rumah sendiri la kan...ngee. Setelah 3 minggu x jumpe bilik tidur kesayangan, akhirnya kerinduanku sudah terubat... Aicheh...

And not to forget, atas permintaan adik2 i yang 'beruang2' belake tu, yaaah, ocha pon menapak lagi ke dapur deh... Menapak, menapak, menapak...

MENAPAK KAU MASUK DAPUR...!!!

Kali nih, resipi saye diberi nama, KEK LUMUT. (Komersial ea nama tu) Resipi ni dah lame, tapi baru 1st time nak post dalam belog... Sebab nak bagi dia komersial macam kawan2 dia kek coklat, kek gulung, kek pelangi dan kawasan2 yang sewaktu dengannye tu kan... So, pleez scroll down and kita mulakan dengan bahan2nyer...

owh, senang je nih... Ade tepung, nestum, horlicks, gula, planta, telur, kaya, susu, esen vanila sket dan juga pewarna hijau. kalau biru orang x panggil kek lumut ye, perhaps orang akan panggil, kek nila, or kek laut ke, or... (Diam kau)

kemudian nak habaq mai kat hangpa suma, horlick dengan tepung, dengan nestum tu, kita satukan dalam mangkuk dan gaul rata, ok... Kacau sampai sebati.. Selalunye, step ni, 'beruang' i yang paling kecik tu suke buat... ntah ape yang seronok kacau bende nih, x tawu lah i...

step seterusnya, ialah part 'beruang' i yang second tu punye faveret... sila leburkan semua bahan2 anda ke dalam mixer... cheh, bab ni yang buat aku naik hantu nih.. x pe, mujur step lebur melebur tu wujud dalam resipi nih... nak maklumat lanjut, layari laman web www.tanyelahochasendiri.com okey...=D

Next, tuang dalam achuwan, dan balut dgn aluminium foil dan kukus. Hoho, senang je deh.. Mu jange riso, selalu kalau teringin sangat nak makan kek lapis sarawak, mesti agak keberatan kan..? mybe sebab harga yg mahal mengalahkan kek secret recipe atau leceh nak buat atau susah nak dapat selain hari raye atau pape jelah, menjadi faktor korang kempunan kan3..? so, bile dah tawu buat kek ni, x payah pegi sarawak... rasa dia memang macam kek sarawak.. cuma x de 'lapis' je... x caye..? torai laa...


Weewit, komersial an pict...?
Tengok la sape yg snap...huu.

Akhirnyee, end of the moon January ni (awat tibe2 jadi bute mat saleh ni ocha?), okeh abaikan tu. Yang penting, hari ni, ocha telah kembali ke pangkuan keluarga terchenta. Terubat rindu nak makan masakan bunda. Rendang ayam maman, sambal petai udang, kangkung goreng belacan, ikan goreng, ayam goreng, spaghetti, sume tu jadi menu untuk dua hari nih... Haa, x lupe jugak kek ni dan buah oren 'kong si pacai' dirembat khas oleh ayahanda dari mane ntah.. Hehe, konfirm 'beruang2' dalam umah ni akan merembat limau2 tu sume bawak balik asrama... asrama sekolah ke, asrama universiti ke, aaah, samah sajah... Bunda pulak akan dapat kotak limau je...hehe. Sume beruang2 nih punye pasal...

(xpe, bunda kan ade kebun limau sendiri..hik3)

Ok la, sekian dulu laporan dari saye...
'OCHA'

Saturday, January 30, 2010

GoD kNoWs BeSt...


"God Knows Best" He knows what's best for us, So why should we complain, We always want the sunshine, But He knows there must be rain, We love the sound of laughter And the merriment of cheer, But our hearts would lose their tenderness If we never shed a tear. He tests us often With suffering and with sorrow; He tests us, not to punish us, But to help us meet "tomorrow." For growing trees are strengthened When they withstand the storm; And the sharp cut of the chisel Gives the marble grace and form. God never hurts us needlessly, And He never wastes our pain; For every loss He sends to us Is followed by rich gain. And when we count the blessings That God has so freely sent; We will find no cause for murmuring And no time to lament. He loves His children, And to Him all things are plain; So He never sends us "pleasure" When the "soul's deep need is pain." So whenever we are troubled, And when everything goes wrong, It is just God working in us To make "our spirits strong."
~ Helen Steiner Rice ~

Sunday, January 24, 2010

oChA, sAbArLaH...


Setiap sem, mesti akan ada satu hari untuk didatangi perkara2 macam ni. Jentik sikit je, terus hilang semangat. Terus rasa nak balik rumah. Terus rasa nak menangis sambil peluk2 bunda dan cerita semua dari A sampai Z without miss a single part.

Dia kawan aku yang sangat baik. Yang rapat dan senang bila bergaul dengan dia. Bila orang lain buli aku, dia akan hantar sms, pujuk aku and cakap "nak aku suruh dia nyanyi lagu 'maafkan kami' depan aspuri..?"

Orangnya sangat suwit. Hitam manis. Sukee sangat ketawa and makes others laugh too. He tackles my mom alreday. Mujur dah ada buah hati. If he's not, (ok, dont ever think about it).

Selama ni, bila aku cakap apa2, x pernah pulak dia marah sampai macam ni. Kau cakap lepas macam mana pun, x kan dia marah punya. Sebab dia punya 'lepas' pun, boleh tahan jugak. Ntah macam mana kali ni... Erm.. lain sikit. Mungkin kesibukan imtihan membuatkan dia agak sensitif dengan kata-kata aku. Stress or in pressure, perhaps. I'm trying to think about all his kindness and try to write it down here. Sebab ada satu kata-kata ni;

Ketika sahabatmu melukaimu tulislah di atas pasir agar terhapus oleh angin. Tetapi, bila kebaikan yang dilakukan, pahatlah di atas batu agar tidak terhapus oleh apa sekalipun...

Tapi kadang2 bila hati sedih dan pedih, susah nak ingat kebaikan orang tu. Kalau jumpa pasir pun, bukan nak tulis, tapi nak campak pasir tu kat muka dia. Come on ocha, fikirkan lagi kebaikan dia...

Hmm.... He's just kind. He's just a sweet person. He got the beautiful voice, beautiful handwriting, beautiful manners. I just loves him. Aku x nak dia benci aku. Aku x nak hilang seorang sahabat seperti dia. There's a lot of moment and memories that we used to shared together.

YA, ALLAH... Aku sayang dia. Jangan kau pisahkan ikatan persahabatan ini hanya kerana satu kesilapan yang aku tidak sengajakan... Maafkan aku, sahabat. Andai aku bukan yang terbaik, perbaikilah aku. Aku juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan...

ocha, sabarlah. benda2 macam ni memang selalu didatangkan untuk kau. untuk menguji sekuat dan setabah mana hati kau. u're a big girl. u know him very well. dont make this tiny mistakes mess up ur friendship. promise me, u'll be strong. just 5 words; S.A.B.A.R.

Thursday, January 21, 2010

ChEcK tHE SiMiLaRiTy AgAiN..HEHE.

My girl's birthday 2009
at TESCO, Sungai Petani






My girl's birthday 2010,
at JUSCO, Klang





Siapa boleh bagitau jawapan 'similarity' tu,
i belanja aiskrem kat DC...hik3.

Dear Hani,
once again, your birthday is due,
hoping this birthday u'll find the great happiness in ur life,
wish u will stay 'teen' everyday in every way,
may u be loved every time,
by ezwar, by me, B, and all those u hold most dear,

may all your wishes come true,
and may this year make you grow wiser too

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR
remember these word

"I WILL ALWAYS LOVE YOU..."

ThiS iS 4 u, HoNeY...!!!








I'm not finished yet. Wait for the exclusive one... next post, ok...!

Tuesday, January 19, 2010

AkU sUkEeeee...!!!



Sejak kes dia hangat kat paper baru2 ni kan... bertambah2 suke akak, dik.
Korang x minat..? Korang meluat..? Ah, pedulik hape akak...

Monday, January 18, 2010

iNtrOduCiNg, My 'new' mAtE


Assalamualaikum, wbt...


Sihat...? Dah makan...? Ada kelas hari ni...? Aku pon ade jugak. Tapi dah habis. Makan pon sudah. Makan waffle dengan Zura dekat fakulti dia tadi. FSG. Zura? Pulak dah siapa lagi yang aku nak introduce ni.




Ni haa, aku nak kenalkan la ni, Zura...








Atau nama penuh dia SITI NURNAZURAH HAMDAN. Kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, after PMR berpisah kejap. (Aku masuk maahad n zura masuk sekolah sains). Then, after SPM, masing2 tercampak kat KEDAH. (Aku asasi law kat sungai petani and zura dekat matrik kulim). Hinggalah seterusnya, kami bertemu jodoh semula di UiTM Shah Alam semula. (Okei Zura, tolong tahan mual ko untuk menatap muka aku selama tiga tahun lagi.)




Aku dengan zura ni sekampung. Rumah dia dekat ya amat dengan rumah aku. Rempit 2,3 minit, sampailah kau. Sebab tu kalau tak satu sekolah pon kau tak heran sangat. Bila cuti sekolah ke cuti sem bila-bila masa boleh je lepas dekat kedai abc depan rumah kau bayangkan perasaan muak itu macam mana.




Since sekarang aku dengan zura dah satu Shah Alam, maka lagi kerap la kitorang jumpe. Nama je duduk rumah sewa, tapi every weekend muka dia harus terpacak depan pintu bilik aku. Takpe aku suke kau main pacak-pacak ni.



So itu saja. Sekian...

Saturday, January 16, 2010

LiSt To Do... @ besday bobo


Saturday & Sunday...!!! Owh, weekend memang hari untuk bermalas-malasan bagi aku...

After subuh tadi, sempat lagi aku upgrade hitu hini dalam belog ni ha. Thanks ZURA, coz sudi temankan aku since aku kehilangan roomate..hihi. Hidup sangat gembira dengan adanye kaw orang semua...!

Siapakah...? Of course Zura, yang satu sekolah dengan aku dari zaman free hair, sampai ke zaman tudung labuh and now, zaman tudung tanpa had.. I mean, kejap labuh, kejap pendek, tapi so far masih bertudung. Ucapkan alhamdulillah, thnks zura...=)
I love weekend..!

Dan thanks juga dengan kehadiran buah hati intan payung busuk masam dan bacin aku, yeww, aku x de boyfriend untuk tujukan ayat itu semua ye, so di sini, i dedicated those words, to my beloved girls, 2H, HANI n HAAJAR. Tanpa korang, aku akan jadi manusia paling LOST di sini.. (Hey, budak bahasa x hot macam korang tau..!) Arigatou Gozaimasu, anata... haik...!!!

Then, the best part yang aku suka kat sini, ialah... dengan adanya AYAHANDA terchenta, yang ku sanjung tinggi segala pengorbanan beliau yang tidak berbelah bagi demi untuk melihat aku berjaya di sini... Don't worry ayah, i won't disappoint u.. PROMISE..!!! (Azam dah berkobar2 ni, bila nak approve bagi pinjam kereta..?)

HEHEEE... Boleh2, x de hal...
Tapi sebelum tu, kenalah siapkan sume HOMEWORK di bawah ni;

Assignment APB 450 (Academic Writing)
"Thinking Skills Among University Students"
make a complete draft, and submit by next friday...!
(bosannye tajuk...)

Assignment BM 422 (Linguistik Am)
Define 'BAHASA' dan 'LINGUISTIK'
5 definisi setiap satu; discuss, compare and find out philosophers, thinkers or any great men's opinion about both 'BAHASA' and 'LINGUISTIK'.
meaning sumenye ade 10...!!!
padahal aku cume kenal ZA'BA je kot. Itu pun bau2 bachang...
(Haish, bosan lagi)

Then, by next monday, need to prepare 4 'FONETIK' chapter, 'jenis-jenis morfem dalam MORFOLOGI' in tatabahasa. Nak completekan buku log 'KESATRIA KEMBARA'. Weyh, sape ade lagu KEMBARA...??? Ok next, nak print sume past year question yg di momok-momok kan oleh lecturer aku sebagai paper MAUT...!!! (Aku dah tengok sikit2, well agak maut jugak la...)

Dan yang paling penting, this week gonna be extremely extra vaganza, bonanza, avanza buat orang yang paling aku benchi dalam dunia nih. Kau tahu kan, idea2 jahat sentiasa berlegar dalam kepala batu aku ni... Tak tahu la kenapa terlalu banyak aura red devil yang singgah. So, walau anti macam mana pon aku dengan Man Utd, tapi bab idea2 macam ni, aku x anti... Kau memang x serik2 dengan aku, kan..? So, sabar dan tunggu la nasib kau nanti...!!!



Alaa, setakat jahat macam Choon Yang, ape la sangat, kan...???
Tapi, macam mana kalau up 'sikit' jahat tu...???
Hahahahahahahahahahahahaha...!!!
(gelak jahat macam hajar...=))

Oh, by the way... Lupe nak cakap,
"HAPPY BIRTHDAY, BOBO"
Disebabkan kau lahir 1991, aku benchi kau,
sebab kau lagi muda dari aku,


Ok weyh, enjoy ur last 'teen'
aku da nak berangkat masuk twenty tau.
(ish, x sukenye kawan dengan orang mude nih...)

Friday, January 15, 2010

To bE LiKeAbLe...


Be COURTEOUS and POLITE,

Be FRIENDLY and SINCERE,

Be PLEASANT and CHEERFUL,

Be PATIENT and UNDERSTANDING,

Be HUMBLE and TOLERANT,

Be HONEST and RELIABLE,

Be HELPFUL and KIND,

Be CONSIDERATE and THOUGHTFUL,

But 4 me, the most important is,

BE YOURSELF...=)

just...

YOURSELF

LIKE THEY BE THEMSELVES...
YEAH...!!!

Wednesday, January 13, 2010

i PoN aDe FeVeReT cArToOn...

kalau boys suke robin hood, i suke yang ni,

kalau boys suke samurai, i pulak suke yang ni,

peterpan...? i prefer yg nih..

4 sure x kan ade boys yang suke tengok gambar nih.
but i do..

adik2 barbie...
jangan harap nak dengar boys say; 'how cute...'
even dalam mimpi,

tarzan...? no i suke yang nih...

disney pixar car...? lightning mcqueen...?
this is better..

hmmm, power rangers...?
this is the three musketeers ok..

and barbie in Christmas carol yang olways buat i menangis setiap kali tengok cerite nih
ntah hape2, kan..?

but thats the truth... dulu2 minat jugak 'wink' 'totally spices', 'mickey mouse', 'Disney princess' and bla bla bla sume tu.. But as for umur makin meningkat nih, sume tu da luput plahan plahan dan plahan. But this, series minat sampai sekarang...

so jangan nak mempertikaikan hati dan perasaan i ni.. i dah x sanggup menipu lagi..isk3.

(kau ni suke buang mase ah, dah, logout sekarang...!)


U aLL SaMa TaPi X sErUpA...

Hey2... Kali ni post i memang membosankan... So, x payah baca, pegi la bukak page lain... Dari 'A' sampai 'Z', entry kali ni, semuanya berunsur sinikal... Tanpa kata2 berlapik, tanpa meminta izin dari u, hey x perlu kot... I dah muak ah asyik ikut cakap u je.. So, sekarang, u duduk diam2. Apa yang i tulis ni u tolong bace dan faham... Supaya...? Supaya takkan jadi bahan sumpah seranah i lagi lepas ni... I memang dah penat, letih, capek, mual, meluat sangat dengan perangai u... Sejak hubungan ni bermula, sampailah sekarang... Fine, u kekasih i... Yang i heret ke hulu ke hilir... Berkepit twenty four seven... Oh, plezz, u're a big boy.. I'm not ur mom to treat u like a baby, ok... Be matured la, sayang... Tolak tepi la semua sifat sensitive u tu... I rimas yang teramat rimas nih... U know what...? Kalau i x fikirkan u tu as a human, yang ada perasaan, yang ada hati, hey3, i dah lama say 'goodbye' dekat u tau... So, appreciate sikit kehadiran i ni di sisi u...

Fine, i try to accept ur childish behaviour yg sentiasa nak duduk bawah ketiak i ni...? Apasal hah..? Maybe because i anak sulung and sifat matured i ni lebih menyerlah dari u, kot... Anak bongsu la katakan... But, hello... U x segan ke bila i selalu comparekan u dengan my girls 'S' n 'B' tu depan u...? Honestly, i did it intentionally tau... Sakit hati ke...? I dont care what u feel rite now, just accept jela kata2 i ni... Yang pasti, everytime bila i mention their name in fornt of u, expression u macam orang yang x ada perasaan... Apasal haa..? X rasa tercabar ke, u...? I x rasa u jeles... Yelah, buat apa nak jeles dgn my girls friend, right...? Kalau i comparekan u dengan lelaki lain, i boleh consider la... Memang layak u nak cemburu... Tapi ni perempuan la sayang... Hey, x rasa tercabar ke, bila i panggil u cengeng, sememeh, childish, mummy boy... Hah..? hah..? hah...?

Ok, fine lah kononnye lagi... So, sekarang i memang nak kasi u betul2 hangin dengan i... Lepas ni kalau nak clash, terpulang... Up to u, coz i dont care...!!!

Ok, baby (u memang baby, kan?) Be quiet now, coz im gonna keep 'membebel' lagi... But before that, i nak tanya u something... Ok, no... Many things actually... Do u still remember the date we met 4 the first time...? I pakai baju ape...? I dengan siapa masa tu...? Siapa yang tegur siapa...? U ingat lagi semua2 tu...? Sudah, x payah susah2 nak refreash balik kepala otak u tu kalau birthday i sendiri pn u x penah ingat... Tergamak u, nikan..? Ada hati nak minta sayang i, cinta i, tergamak suruh i panggil u 'bee', 'sayang', 'mama papa...?' Hah, yang tu memang nak kena flying kick se'maksimun' mungkin dari i la tu... Sengal punye manusia...

Hoi2, u ingat, i sayang dekat u, i baik dengan u, so u boleh jadikan i ni macam hamba abdi u lah, ea...? I boleh buat tu, i boleh buat ni, x boleh itu, x boleh ini, call i sampai lima minit sekali... Tebiat apa u ni...? Hey, even i nak keluar makan dengan gossip girl i pon u nak sekat seboleh2nye... Apsal dengan u ni...? Just because u had a car, so u boleh hangkut i keluar dari uitm ni bile2 mase yang u nak...? Or just because u anak orang kaya, loaded mengalahkan sultan Brunei, Hassanal Bolkiah tu, so u boleh beli i...? Halang pergerakan i...? Sekat aktiviti i...? Control segala-galanya pasal i...? Apa, u ingat i ni kereta kontrol yang u bawak kat circuit every week tu ke, hah...?

Bosan la hidup dengan u ni... I rimas tau x...? Macam x ade space nak bernafas... Semput, mengah, lelah, macam dalam tin sardin bila dok dengan u... Unlike with my girls... Lupa terus nama u... Nombor telefon, lagilah haram... Bahagia sungguh i... Kenapa...? U x independent la sayang... Macam budak x cukup umur... Padahal u dah besar... Lagi tua daripada i... Sepatutnye, u kena lagi matured dari i, tapi tak... Perangai u, sumpah buat i rasa macam nak termuntah hari2... U anak bongsu ek...? My girls dua2 orang tu pon bongsu jugak... Tapi independent toksah cakap ah, memang tahap dewa... Kitorang penah buat giler, plan nak pegi CS tapi tibe2 straight pegi penang... Kitorang independent cari jalan2 sendiri walaupun x pernah datang tempat tu tau... I x penah bagitahu u, kan...? Ok, sekarang sila ambik tahu... And dont forget, compare kan dengan diri u yang selalu bergantung dengan kad 'touch n go' dari papa u tu, ea...

Lagi...? U cakap u x boleh 'in' dengan kawan2 you yang duduk dekat kampung2 ek...? Hey, i ni laagi kampong, ok. Apasal you x banyak bunyi...? Lepas tu kutuk kawan2 i, cakap diorang budak kampung...? Hey, boy, 'budak kampung' yang u cakap tu dari 'MELAWATI' ok, and 'MELAKA' yang almost satu negeri tu bandar, u tau...? X penah pegi sekolah ea...? X blaja geografi...? Oh, lupa pulak... Dulu masa sekolah, u duduk asrama and selalu nak balik every week, kan...? Walaupun weekend tulah satu2nya masa yang cikgu u ada untuk buat extra class 4 geografi, rite sayang...? Manja yang x bertempat... U lah tu, gedik...!

U sama je macam i, macam kawan2 i... And sometimes, kitorang lagi hebat dari u, tau... Girls power u know... Biase la tu... Fine, then i meluat lagi bila u dengan riak dan takabbur membanggakan kawan2 u depan i, for exmple: cakap kuat x hengat dgn kawan2 u dalam phone, x respect langsung i yang tercangak depan u ni tengah study ke, concentrate buat kerja ke, call kawan i ke... I pon excited jujak bila call kawan2 i... Ingat u sorang je yang pandai bab2 macam ni...? Lepas tu x geti la nak guna bahasa sopan santun sikit dengan kawan2 u tu... Ape ayat yang you cakap semalam, 'Bai?' 'Dowh?' 'Siot?' Yunk, siapa kata i x pernah guna words tu semua...? Tapi agak2 lah, i ni girlfrined u... X kan dengan i pon u nak panggil 'bai'... Apakejadahnye dapat boyfriend macam u nih...? Cakap speaking nak berhabuk je... Tapi toksah la nak mat saleh sangat... I tau muet u dapat band 6... Tapi kalau dah kulit melayu tu, melayu la jugak weyh... Kot betul grammar x pe jugak... Silap2, i lagi hebat dari u... Hah, nak bet ke main sahiba...?

Ok, kes ditutup... Court memutuskan i x boleh talak dengan u selagi kontrak kita belum tamat... Tapi i boleh mogok lapar, mogok suara, mogok dating or whatever yang i suka sampailah u ubah dan buang semua tabiat buruk nak mampos u tu... U know, hakim pon cakap dia meluat dengan u... Tapi since kita dah ada contract, well, x apalah... Bukan lama sangat pon... Dua tiga bulan lagi tamatlah relationship kita ni, kan...? Sabar ea sayang... Kalau i boleh, x kan u x boleh...?

p/s: boleh blah...

Monday, January 11, 2010

mEsTi ToRai YuNk Ni...

Walaupun kau hanya mempunyai masa satu hari setengah, (12.00 hari sabtu sampailah hari ahad) untuk pulang ke rumah, tapi tiada alasan untuk kau tidak men'torai' buat kek coklat moist ini kerana bahan2nye sentiasa terpampang di depan mata seolah2 memanggil kau untuk membancuh mereka semua.

So, disebabkan teringin sangat, lepas setelkan semua urusan uitm yg x selesai sebelum ni...

YEAH, OCHA PON MASUK KE DAPUR...!!!

See, punye senang ingredient dia... Apa yang korang nampak, itulah dia... Kau nampak, kan... Aku ada, minyak jagung daisy, susu cair f&n, serbuk koko, soda bikarbonat sikit, baking powder sikit, esen vanila sikit, garam halus sikit, telur 3 biji n yang dalam mangkuk tu, tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak... Haa, nampak buku nota tu...??? Itu namanya chef pro... Haha, lantaklah... Yang penting, setengah jam kau dah siap bancuh dan satu jam pulak kau kukus... So, satu jam setengah la total masa untuk siapkan kek ni... X percaya...??? Chek, this out...

Ok, kau putar telur dengan gula (ops, aku x sebut gula kat atas tadi, kan?) x pe, kau putar dua2 ekor ni sampai kembang. Erm, around 20 minutes, dengan syarat mixer kau tu high speed la, ek...

Sementara tunggu mereka kembang, apa kata kau pergi siapkan bahan2 lain. Pegi la ayak tepung ke, bancuh susu dengan air suam (ops, air suam pon x sebut, kan?) Sorry... Hah, x pelah, pastu pegi siapkan kukus ke...

See, bila cukup je 20 minit kau cmpak je sume bahan2 yang kau dah siapkan tadi, and masukkan dalam loyang yang dah siap lancer dengan marjerin... Kukus korang dah tenggek awal2 tadi, kan? So, balut loyang tu dengan aluminium foil mcm kat atas ni, pastu masukkan dalam kukus...
(Step ni boleh dikatakan almost 10 minutes jugak laa)

Taraa...!!! Simple, but nice... Bukan nak puji diri sendiri, walaupun rupa kek ni agak huduh (but for me not at all la), yang penting rasa dia memang sedap... Bukan nak suruh puji aku, tapi Cik Mat yang post resipi ni dalam belog dia kat link tepi aku ni haa... Carilah, 'Dapur Cik Mat.' Banyak kek yang dia yang aku dah try..hihi.
TQ cik mat...

Siyes, kek ni sangat sedap... Sangat moist, sangat mouth watering, sampaikan aku pon sangat kagum ah dengan diri aku sendiri... Chewah, siyes weh, x sangka aku buat kek sesedap nih... I bet u 2 try... Sumpah kau boleh bukak bisness kek...

Whoohoo, macam xde proffesion lain...!

Thursday, January 7, 2010

6 Jan 10

first day masuk kelas.... my first impression... subjek yang menarik... walaupun dengar macam, "ala bahasa melayu, kacang je tu..." hoho, kacang ea...???

kacang botol, kacang buncis, kacang tanah, kacang kuda, kacang apa sekalipon, kalau dah campur darab tolak tambah dalam kepala batu kau tu, agak2 kacang tu serabot x...? Okeh, be positif saje... Jangan nak merepek lagi... InsyaAllah, segala2nya akan berjalan dengan lancar kalau kau betulkan niat, tanamkan semangat beserta usaha untuk menjadi yang terbaik...

dan sekarang, duduk tepi diam2... aku nak cakap pasal kelasmet ni... ok tibe2 x mau... baru hari pertama, ocha... sabarlah... mana boleh judge orang by its cover... xkan baru sekali masuk kelas, kau dah tau macam mana perangai 11 orang kakak dan abang tu sume..?

tunggu 2,3 hari dulu la ea... kalau kau masih x sedap hati dan rasa macam x kan sedap, okeh, silalah campakkan semua sumpah seranah kau kat sini... buat as 4 now, be cool je...

hidup x semuanya senang, x semuanya seperti yang kau harapkan dan x semuanya akan sentiasa berjalan lancar... if that so, huish, bosan la, kan...

x mau ah sedih2... everything wiil be fine tu... sabau lah yer, ocha

p/s: Dari ocha, untuk ocha...:)

Wednesday, January 6, 2010

jAlaN-jALaN CaRi MaKaN mUsIm BaRu DaH mULe...


We're back... with the gang jalan2 cari makan... and last night was sooo, "pecah mental" as i've got a greatest tyme even it was just an 'aktiviti buang masa that is lepak2 depan DC'

what the...

Ok, and as 4 now, x mau ah cakap banyak2, so ocha presenting...

JALAN2 CARI MAKAN, SEASON 3, EDISI SHAH ALAM...
(sekali panjang da tajuk)

Lokasi lepak yang mendapat undian sms tertinggi: Pizza Hut (kfc boley blah)
Host: The Gossip Girls (V,S, B la 4 sure)

So, bermula dengan...
Nah, ambek kau muka x puas hati gara2 menu yg di order x terprovided sepenuhnye.
dengan server yg x abies2 nak 'nyanyuk' jer...
nasib baek pandai ngaku sndiri..heh.


Mujur B masih sudi nak buat muke pure2 CERIA...
Dasar kau nih..

And what so special bout this 1st episode, x tau kenapa nafsu kami sangat jahat sampai add on more than one meals... aisheh, bese la tu... but this tyme, masing2 terserlah sangat nafsunye... aku la tu, haish... Orang dah order satu, dia pon nak order jugak...

Nah, ambek ni...

yang aku gedik sangat nak mintak tu...
chicken meatball baked cheese
yes, very, very, very rich with the CHEESE
konfirm fatty layer aku bertambah tebal nih...!

Ordered by B n S, x tau sapenyer selera...
But very nice... At least better than sungai petani lah..
Yeah, i give 'A' for this...
S yang mengidam kot...
Bernafsu betul dia pusing2 garfu kat spegety tu..hahah.

And others, as usual la... x kan x biase makan pizza kot...cheh korang nih.

Okeh, marilah kita pulang wahai kawan2..

Wah, dah makan pizza, muke B otomatik teros jadi kerek...hmm.
x pe, dalam hatiku, kerek pon kereklah
asalkan i've got the greatest tyme with both of u...

p/s: Weh, jom pegi DC pulak...! hihi, xoxo, nama pon gossip girls, kan... meh la gosip2 jap...:P

Friday, January 1, 2010

bEauTy & ThE bEaSt In 09


Thousand 9 akan berakhir a few more hours... Semangat 2 thousand 10 da mula meluap2... Hwaaa, semuanya gara2 aku menerima offer letter untuk menyambung langkah yang tersadung dekat pangkal pokok.. .. .. .. Twit, twit, twit... Apejekadah aku merepek ni... Bukan, bukan.. .. .. Sebenarnya, untuk aku menyambung langkah meneruskan perjalan aku dalam medan jihad ini... Aicheche... Woit, menuntut ilmu itu jihad tau. Kalau kau mati semasa kau menuntut ilmu, kau pon boleh dapat 'title' syahid... Al-Syahid Soghirah tawu...

Done, so owleh kerana aku ter'over' happy arini... Dengan segala bangganya, beta mawu belanja makan on 'belanja makan' dalam facebook...wahaha. Pilih, pilih, pilih je yang mana satu idaman kalbu...haha, merepek lagi kau nih.

Well, cenggini ceritanya... two Thousand nine da nak abis kan, so hasrat di hati achelly nak preview balik suka duka sepanjang 2009 nih. Tapi oleh kerana masa sekarang ni agak dengki dgn i, so i decide utk preview the whole year of 2 thousand 9 ni next post la ea... Yang dekat sini, i just nak letak satu dua perkara je la yang i rasa the best part bagi i... esp end of this year...

1) Akhirnya, hajat untuk mendapat lesen kereta sebelum umur mencecah ke angka 20, tercapai jugak... Seronok, rasa mcm magic je bila kau dapat lulus ujian jpj tu dengan begitu mudah sekali, sedangkan sedara mara kau, kawan2 kau yang lain bermandi peluh di bawah terik mentari dan berhemas pulas membanting tulang di litar ujian... (amboi, ayat...) Alhamdulillah, syukur sangat2.

2) For the 1st time in my life, aku akhirnya dapat jugak memiliki handphone yang menjadi idaman aku sejak azali... azali achik aku... Bukan ah, sejak sekian lama, haa senang citer... Sebab selama ni, handphone yang pernah aku pakai, suma pilihan mak dan ayah... Chewah, ni handphone pilihan ke, bakal suami pilihan nih...? Alhamdulillah, syukur dan sayang sangat2 handphone tu.

3) Seterusnya, aku sangat gembira x terkata bile dapat degree offer few days ago... And it doubles happiness when the campus was in shah alam... Meaning, i still have the opportunity 2 'menggedik2' depan my S and B... Wa aidhan, qarib jiddan ma'a kullu asdiqati, kullu ikhwati and the others opportunity... Sekarang, ucaplah alhmdulillah, syukur kita kepada Allah... Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

4) Not 2 forget, the most unforgotten moment i've been create with my B n S, thru the whole sem of part 3... YEAH... KITA REPEAT IN SHAH ALAM, YEEEE HAA...!!!

Tapi x semuanya seronok tau... (apahal tiba2 je nih?)

5) Yela, especially bila kawan2 di maahad, almost semuanya terbang ke Mesir... I'm soo, sunyi last raya... (dah macam sekual i noe whut u did last raya la pulak) Sangat sedih mengenangkan kesengalan diorang setiap kali datang raya rumah aku every year...

6) And pertama kali dalam hidup, aku menerima gangguan dari hantu, syaitan dan devil yang hampir membuatkan aku masuk ke tanjung rambutan... semuanya gara2 stupid semarak. aku trauma weyh... hope dekat shah alam x ada ejen kereta sewa busuk lagi macam mereka2 di merbok tu... Yaa, hundred percent not, because ayah da bagi green lite utk pakai vios beliau.. YAAA BEDA BEDUUU....

7) And lastly, topik hangat nih. Setiap tahun x pernah miss dari cerita cinta... Bukan filem CINTA arahan Kabir Bhatia yang pelakon dia rita rudaini, syarifah amani, nanu baharuddin tu sume.. Ni cerita cinta aku, aichecheche... So, same goes to 2009. Tapi tahun ni graf agak meningkat berbanding tahun2 sebelumnya. Disebabkan perasaan tu, aku hilang seorang kawan baik. Aku jadi macam orang yang x ada perasaan. No feelin 4 couple. No feelin to build a relationship. BOSAN. X suka couple. Because its complicated... VERY, VERY, VERY COMPLICATED...!!!

(maaf, tiada niat untuk menyindir sesiapa)

Cukuplah 7 dulu,
ADIOS, AMIGOS...
all the best kawan2...!!!
Wish all of u a very HAPPY NEW YEAR,
may this thousand 10 brings the best of our life,
and finest things our way,

~AMEEEN~


p/s: HEY 2 THOUSAND 9, U ROCK...!!!

the history

Followers