Monday, January 31, 2011

aNniVeRsaRy TeRaKhiR


Selamat satu Februari. Gemencheh, Negeri Sembilan dilanda hujan tanpa henti sejak aku balik hari sabtu hari tu. Serius tak tipu. Baru tadi angkat baju ampaian yang bunda sidai tiga hari yang lalu. Nak cakap dia punya teruk you. Aih, mintak-mintak la besok tak hujan. Banjir lagi la nauzubillah. Bukan apa, nak kena jemput beruang dekat asrama besok. Macam mana kalau kereta bunda hanyut kat tengah-tengah jalan tu. Choi si won! Eh, choy choy choooy.



As expected, balik rumah diet aku seratus peratus hancus. Hari pertama pulang ke kampung halaman dah terus melantak nasi dengan gulai lemak udang. Lemak jogging dua minggu yang lalu terus datang balik. Kalaulah lemak itu seperti semut api yang boleh mati selepas aku sembur ridsect bagusNYEEEEEE. (Buat muka teruja sambil pegang ridsect!). Terima kasih ridsect!



Ok tak ada kena mengena dengan tajuk. Apa yang aku nak bagitahu kat sini, sejak tahun 2008, aku akan sambut 1 Februari sebagai tarikh yang special. Ini bukan Valentine Day, chop! I tak main sambut Hari Kekasih. Apa barang, ok. It’s actually Anniversary with someone yang aku cinta sangat-sangat-sangat. Cinta? Apa tu? Waaah, dah tiga tahun sedar tak sedar diri ni. Setia habis. Tak percaya cuba bukak entry February, harus ada tulis sesuatu pada 1 haribulan yaw.



Tapi bila dah cecah tahun ketiga, barulah hati ni faham isyarat kepala otak kenapalah perlu jadi statue kayu untuk orang begitu. Cinta dah tak ada. Tapi setiap kenangan manis tu nak tak nak, sekali sekala dia akan singgah juga. Macam orang betul-betul bercinta. Ada masanya datang bahagia, ada masa derita macam nilah. (muka annoying konon baru mati laki)



Ok, whatever...



Sekarang aku betul-betul boleh cakap aku dah tak ada BOYFRIEND dah. Waaah, bunyi macam best je. Konon single and available. Tak weh. Maksud aku Boyfriend tu BOY FRIEND lah. Kawan yang kau boleh ketawa, menangis, kongsi rahsia, kongsi rasa hati in term of kawan yang BETUL-BETUL-BETUL-PUNYA-KAWAN. Dah dah, sesak nafas terus cakap pasal ni. Mana pasukan bulan sabit merah? Ada orang perlukan bantuan pernafasan di sini. CPR maybe. Dah. Mengarut lagi.



Ok. Satu dua tiga empat bff. Semuanya perempuan. Tak ada kumbang lagi dalam senarai my dot dot dot dalam handphone tu. Nak buat macam mana? Bukan saya tak mahu kumbang. Tapi kumbang yang tak mahu dekat saya. Ottokajo....?








p/s: perhaps, i'm too devil for him :O

Tuesday, January 25, 2011

MaLaM kU bErMiMpi


Sepatutnya aku harus menamatkan nota chapter 2 dan 3 subjek marketing di atas meja itu. Tapi entah hantu apa yang datang tiupkan segala anasir-anasir malas dalam diri ni sampaikan kertas A4 kuning itu sungguh suci tanpa secalit dakwat pen. Cemburu I tengok you kertas. (sambil menjeling sinis kepada kertas A4 di sisi.)



Onestly, aku tak ada motif nak tulis entry ini. Tak tahu apa benda yang aku cak cakap dan haruskah aku tulis semata-mata nak beritahu yang aku selalu mimpi yang bukan-bukan semenjak dua menjak ini. Antara contohnya; Aku mimpi aku tengah jogging sorang-sorang tapi jogging dalam hujan lebat siap ada ribut petir lagi. Lepas tu tiba-tiba ada orang datang suruh aku beli stoking. Pediaaa tengah jogging orang suruh beli stoking ni... Ada sesiapa yang proffesion dia tukang tilik mimpi? Silalah sms saya kalau dapat tahu apa alamat mimpi itu ye.



Tapi bukan tu je. Ada satu malam yang lain pulak, aku mimpi aku masuk hospital dan gossip girl aku datang melawat dengan muka garang gila macam nak telan orang. Okeh, nak telan aku la maknanya tu. Sumpah takut weh. Macam Rika Sumanto dalam cerita bawang merah bawang putih versi Indonesia. Alaaa yang bersekutu dengan nenek sihir yang selalu bikin dialog 'tatap-mata-saya' tuuu. Jadi sekali lagi, silalah sms saya lagi kalau tahu apa maksud mimpi itu kalau anda bijak bestarilah, KALAU...



Lepas tu lagi kan weh, aku selalu jugak mimpi cik abang tu. Alaaa, cik abang tu. Yang aku panggil Encik Mastermind tu. Semenjak dua menjak ni dia rajin tau singgah dalam mimpi aku. Rindu? Aish, janganlah tanye maluuuw. Mungkin kot. Logik apa. Dah lama gila tak tahu apa khabar berita. Sihatkah? Sakitkah? Makin hansemkah? Makin gila kentangkah? (Ayat biasa kalau tanya khabar berita.) Ok, whatever it is, mungkin dah sampai masanya untuk sesi telepathy. Sms saya okeh cik abang. Saya rindu awak. Teeeet.



Dah dah lupakan pasal mimpi. Lupakan pasal cik abang. Amboih gedik gila malam ni. Baiklah sesi menggedikkan diri dah tamat. Jadi pilihan di tangan anda. Nak sambung buat nota marketing atau nak tido? Saya semak undian sekejap ye...



100% memilih tidur. Oyasuminasai!






p/s: cakap jela memang nak tido kan senang...

Saturday, January 22, 2011

cHiNta HaTi SaYa




















Gambar-gambar di atas yang aku tayangkan ni bukan sebab aku nak bercakap pasal adventure tak adventure kitorang sambut Thaipusam dekat Bukit Cerakah. Bukan juga nak bagitahu sengal tak sengal otot tulang empat kerat kitorang naik basikal atau berapa kilo lemak yang telah dipecahkan pada hari itu. Entry ini jugak bukan sebab nak eksyen kitorang masuk rumah empat musim yang sekarang ni tengah winter konon-konon masuk rumah tu bila hembus nafas boleh keluar asap kat mulut tak tak. Bukan tu tujuannya. Entry ni tak ada kena mengena langsung dengan jjcm yang aku selalu tulis dan buat kau orang annoying dengan makhluk bernama Ocha ini baiklah aku takkan buat begitu lagi.


 Soooow,

 me and birthday girl...
 

...and birthday girl and me


"Ada cerita nak kongsi kat sini."



Sebab sebenarnya aku mahu tulis sesuatu khas untuk si BestFriendForever walaupun orang cakap mana ada istilah BFF tu semua tipulah mustahillah sampai kau kahwin dah beranak pinak nanti takkan dapat korang nak keluar sama-sama lagi macam ni tapi satu je aku nak cakap. ADA AKU KISAH? Biaq pi la dengan hasad dengki kau melihat kebahagiaan aku dan rakan-rakan aku nak sakit hati apasal? Haaa kan dah teremosional dah...


Jadi sebelum aku bukak segmen ‘OCHAMEMBEBELPANJANGLEBAR’ di sini, ingin aku warning, entry ini teramatlah panjang. Jadi sebelum kau orang muntah membaca, baik kau orang pangkah page ni dan pergi main jauh-jauh. Then barulah I’ll start my ‘MEMBEBEL’. 


Cerita ni tentang seorang budak kecik pendek montel yang aku jumpa masa Jun 2008 macam apa punya stail pun aku tak tahulah nak cakap bila nampak dia masa tuh. Ke hulu ke hilir ke depan ke belakang waktu minggu orientasi dekat UiTM Merbok suatu masa dahulu cheeewah ayat. Tapi part yang paling aku ingat ialah baju kurung biru corak abstrak yang ala-ala boleh kasi hypnotized mata aku kalau tengok lama-lama tuuu. Jadi keyword di sini, baju kurung biru corak abstrak yang boleh kasi mata aku hypnotize.



Seminggu kemudian. MMS dah habis, bukan kredit aku habis tak boleh mms tu short form untuk Minggu Mesra Siswa lah. Dan masa tu masing-masing kusyuk hangkut barang dari F4 pergi F1 maksudnya dari blok Mahsuri Empat ke Mahsuri Satu dan sepanjang perjalanan ulang-alik tu aku ternampak budak kecik pendek montel yang pakai baju kurung biru boleh kasi mata aku hipnotized tu lagi dok gendong bantal sebanyak-banyaknya sampai aku nyaris fikir adakah bantal itu berjalan sendiri sebab langsung aku tak nampak muka siapa yang membawanya. Okeh kuang hajau! Tapi siyes part ni yang paling aku ingat ada seekor teddy bear pink terselit antara bantal tu. Jadi, keywordnya Teddy Bear Pink! PINK PINK!


OMG yang maksudnya OHMYGUCCI, bila aku dah naik bilik, rupa-rupanya teddy bear pink itu dah tercatuk diam-diam dalam bilik aku. Tapi mujur bukan katil aku. Dan macam mana itu berlaku? Keywordnya, itu adalah takdir cinta kami. Hamoih ayaaaaaaat lagi. Ok. Cukuplah aku ceritakan macam mana aku boleh perasaan budak kecik pendek montel itu. Nak tengok siapa yang aku maksudkan, ini dia...


Budak kecik pendek montel tiga tahun yang lalu.




Tengok, sikit punya suci dan murni gambar masa Asasi Part One sampai Hani pernah mention dia takut nak kawan dengan aku. Tapi lama-lama bila dah kantoi perangai aku yang serupa hampas ni barulah kimia itu bergabung dan bersatu kerana masing-masing punya perangai pun rupanya sama hampas juga. 






See. Nampak perbezaannya? Mana muka suci masa part one kau cakap!



Seperti contoh, masa part 3 tu, bila hanya dua kepala yang mendominasi bilik, barulah tahu betapa liat rupanya kau nak bangun pagi dan betapa malasnya kau nak kemas cadar kasi tegang sampai orang tengok pun takut nak duduk. Masa tu jugak barulah tahu kau kalau makan tak ada cili api memang tak kick dan kalau botol sos cili tu sekali tuang dalam mulut pun kau boleh habis. Masa tu jugak baru tahu kalau bab makan memang masing-masing hantu dan kalau keluar hujung minggu, kepala masing-masing automatik boleh bersatu.



 Tak percaya jugak aku tak tahulah.

FYI which means four your information hebatnya part 3, masa itulah terdetik dalam hati aku, ‘DIA-KAWAN-AKU-SAMPAI-MATI’. Ok, tak mahu cerita bab Haajar lagi walaupun sepatutnya kepala yang bersatu itu bukan dua tapi tiga. Sebab ini Edisi Birthday Girl, jadi saya harus letak satu heroin saja faham ye Haajar. Tunggu birthday kau nanti aku buat dokumentari macam Majalah Tiga pulak.
  
 Dah, tak payah nak buat muka macam tu.




Dan walaupun kadang-kadang terasa hati tersentap-sentap terlepas cakap apa semua itu biasalah. Suami isteri pun mana ada yang aman damai sentiasa inikan pulak kawan-kawan. Cuma masa kat Kedah dulu agak kurang sesi sentap-menyentap ni. Kat Shah Alam je dia berleluasa sikit. Okeh, bab tu dah banyak kali tulis dalam blog jadi hari ni kita cerita happy-happy sahaja.





Ada beberapa benda yang aku nak share tentang Birthday Girl ini. Kalau ada yang lupa aku ni bekas Mahadiah, haruslah kau orang tahu aku ni tak pernah kawan dengan orang yang free hair. So Hani is the first free hair’s friend of mine. And she’s also the first roommate that I had. She’s the only girl yang gunakan panggilan ‘kite’ dengan aku sampai sekarang. Dan dengan dia jugak, aku langsung tak kisah nak tunjukkan semua kekurangan diri. Hani langsung tak berkira dengan aku. Kalau keluar, she’s the best fashion advisor after my mom. (Refer gambar di atas) 


Dan yang paling aku adore, dia sangat gempak dalam study. Perangai hampeh macam mana pun, pointer tetap first class. Tapi itu langsung tak buat dia pandang rendah dekat aku walaupun result aku ni tak setaraf dia. Aku pun walaupun kadang-kadang rasa rendah diri gila bila kawan dengan dia, tapi aku tahu dialah kawan yang akan ketawa dengan aku dan juga kawan yang akan pinjamkan bahu untuk aku menangis. Dan aku memang tak silap... 

She really is!!! (muka kagum!)

Hani, ada masanya buat aku annoying juga. Haruslah mengaku. Mana ada manusia yang perfect. Tapi dia sangat lembut hati dan percayalah bila aku kata dia lembut hati, MEMANG HATI DIA BETUL-BETUL LEMBUT bukan maksudnya kau tikam dada dia rasa organ dia tu lembut ke tidak, maksud aku kalau bab taching mentaching ni memang dia agak mengungguli carta. Dan aku pun mana boleh tahan nangis bila teringat betapa susah dia nak handle dia punya love story. Dahlah, aku rasa macam nak menangis betul-betul so kita tukar cerita lain.


Makanya, selepas tiga tahun aku habiskan masa dengan dia, apa yang aku boleh cakap, aku betul-betul tak boleh kehilangan dia. Sebab tu bila masuk Shah Alam aku jadi agak selfish bila tengok orang lain rapat dengan dia. Chop, Haajar tak termasuk. Maksud aku orang lain tu ORANG LAIN LAA. Itu sebab aku rasakan tahun pertama degree memang agak mencabar. Part one dan part two sangat susah nak adapt dengan suasana dan terima hakikat bahawa aku harus kongsi Hani dengan orang lain. Sumpah sangat susah dan perasaan tamak sangat berleluasa ketika itu. Hikmah Tuhan aku tercampak kos lain rupa-rupanya amat besar. Kalau tidak aku rasa hari-hari aku akan heret Hani dekat kelas sama-sama.



 
Dan bila masa yang menentukan segala-galanya, aku rasa semua yang berlaku memang betul-betul berhikmahlah. Dan ujian Tuhan selama ini, adalah sangat bermakna dalam hidup aku. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir dan aku pun tak mahulah jadi macam budak-budak hingusan lagi. Aku dah ikat hati aku dengan nama itu. Jadi biarlah dia pergi ke mana dengan siapa pun, aku langsung tak kisah dan langsung tak peduli sebab aku tahu hati dia juga ada nama aku amboih dah macam orang bercinta dah aku dengar.



Sekarang cukup segmen kita sampai di sini. Ambik kau tulah siapa suruh tak bagi warning dekat aku tadi. Jadi in conclusion, 


“Sempena birthday hanee yang ke 21 ni, kite doakan semoga Allah panjangkan usia Hanee, murahkan rezeki Hanee. Hanee dah besar dan 21 tahun dah boleh mengundi dah so haruslah berperangai seperti 21 tahun walaupun kebarangkalian itu agak tipis kan budak kecik. Dan jangan lupa, walau apa pun yang berlaku, harus ingat bahu kita sentiasa ada untuk Hanee menangis dan jangan sesekali ingat kite kawan untuk ketawa sahaja ok. Sekuat mana pun dugaan yang datang ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan jangan sesekali berputus asa dalam hidup ye sayang..."


Dan ini budak kecik itu beberapa hari yang lalu. Tiga tahun kemudian





Tuhan, jagalah sahabatku ini sebaik-baiknya,
Lanjutkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami,
Limpahkanlah kasih dan sayangMu kepadanya kerana dia selalu menjagaku,




p/s: suatu hari nanti, kita akan bukak balik entry ni dan tunjuk dekat anak-anak kita. masa tu kita gelak kuat-kuat okeh!

Tuesday, January 18, 2011

cRuSh fObiA BuT It's JuSt Me...


Kalau kau tanya apa benda yang aku paling fobia dalam dunia ni, jawapannya ialah ULAT. Tak kiralah apa jenis ulat pun. Ulat bulu, ulat gonggok, ulat mentadu, ulat sampah, ulat buah pun aku boleh menjerit bagai histeria kalau bertemu mereka. Jadi disebabkan dah kantoi, lepas ni jangan pandai-pandai kau orang mempertemukan aku dengan makhluk itu walau dengan apa cara sekalipun sumpah aku bagi kau sumpah nanti.



Jadi apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah sebenarnya aku tak suka lelaki sebab lelaki tu macam ulat. Okeh, bukan tak suka. Tapi takut sebenarnya. Takut yang macam mana tu errr, macam CRUSH. Sebab dari kecik sampai sekarang tak pernah miss daripada CRUSH dengan someone. 



Nampakkan kegatalannya di situ? 



Tapi kadang-kadang best jugak sebab time tu lah nak tunjuk skill jadi stalker terhebat. Semua benda pasal orang tu pun kau tahu sampai boleh buat dokumentari macam majalah tiga dan sebagainyalah kan. Dan ada lagi part yang kritikal, bila CRUSH kau tu macam bagi signal dan kau pun mula perasan like ‘eh-kenapa-dia-pandang-sini?’ ‘dia-pandang-aku-ke?’ ‘dia-senyum-kat-aku-ke?’ hoi-hoi perangai apa tu? Maaf , hari ni rasa macam dewasa sikit. Sebab bila ada angka '2' kat depan umur tu konon matanglah dah tak layan benda-benda macam tu lagi.



Jadi berdasarkan pengalaman, CRUSH ni amatlah sakit. Simpan, pendam dan tahan perasaan sorang-sorang. Sampai satu tahap tu antibody dah jadi terlalu kebal dan bila hormon untuk menjadi stalker orang itu datang aku rasa marah dengan diri sendiri rasa macam annoying dengan dri sendiri rasa macam kenapa kau ni Ocha? Hidup tanpa CRUSH tak boleh ke? YES. Dulu aku memang suka tergedik-gedik cakap aku suka orang tu tanpa segan silu. Tapi sekarang it’s no longer fun to say. NOT FUN AT ALL!!! 



Apa perasaan sekarang? Rasa macam hati dan perasaan aku ni sangat murah. Sangat tak setia. Sangat senang dipermainkan. Sangat lemah dan tak berguna. Aku tak boleh nak belajar. Tak boleh nak fokus. Tak tenang. Gila dan STUPID! Seriously, I FEEL THAT WAY! 



Tapi aku tak cakap korang or siapa-siapa yang ada CRUSH tu cheapweakstupidcrazy macam aku jugak. It’s JUST ME...



DAN untuk motivate diri sendiri...




HEY BOY, 
YOU'RE NOT THAT EXPENSIVE 
TO MAKE ME FEEL SO CHEAP!!!




Abang David, nyanyi sikit untuk saye. Tenkiuueeww...










p/s: sayew benciew hariew sabtuew

Sunday, January 16, 2011

u'Re jUsT aNoThEr PicTuRe To BuRn!

Serius aku nak cakap benda ni dah lama. Sumpah teramat lama aku diamkan je sebab aku fikir weh pasal ni pun nak tulis kat belog ke? Kang orang cakap macam bodoh keanak-anakkan la pulak. Tapi sebab aku rasa tahap kesabaran aku dan perangai annoying kau tu sudah memuncak, aku rasa aku harus cakap jugak ‘idontliketextingyou’. Okeh lagi sekali. I DON’T LIKE TEXTING YOU. Clear?



Nak clean n clear lagi pon boleh. AKU-TAK-SUKA-MESEJ-KAU-LAH. Aku rasa buang masa gila bila tekan-tekan henfon melayan ayat-ayat merepek kau dahlah buang masa aku, buang duit makbapak aku topup tiap-tiap bulan, apa yang aku dapat? Kalau straight A’s for final, sanggup jugak aku. Ni haramjadah apa ntah.



Sorry lah weh. Ayat la aku macam mana pun tunggu lah aku berapa lama pun, hati aku tetap no entry untuk kau. Puas dah aku tahan tapi malaslah nak gedik sangat pasal benda kecik macam ni pun nak update dekat belog kasi semua orang baca.  Ntah apa-apa. But I’m pretty sure there’s nobody knows you but at least you know that you’re the one I’m talking here. Peminat setialah katakan.



Cukup dah, jangan buat aku annoying lagi. Tak perlu text aku lagi dan tak perlu sesakkan nafas aku dengan ayat-ayat geli geleman itu.  I appreciate enough kalau kau sanggup lakukan itu semua. Kerjasama anda amat saya hargai. Sekian. Sila blah...







Saturday, January 15, 2011

aZaM Si MoNteL


Aku sudah mengenal pasti individu-individu yang sayang pada aku dan mencintai aku dengan setulus hati dan sanubari woih ape geli sangat ayat neh. Ok chop chop! Ayat first tu sila abaikan tak ada kena mengena langsung dalam cerita ni. Aku dah gemok kan weh kan? Apa korang tak baca entry yang lalu ke? Tak nampak pipi montel itu ke? Siapa cakap aku kurus memang...



"Memang nak kena penumbuk nih?" ujar Kak Fira aicheh bikin dialog sendiri padahal aku pon tak tahu bila masa dia posing macam tu.




Anyway kalau nak ikutkanlah, dengan tinggi dan berat (BMI) badan aku sekarang, NORMAL je. Tak la over weight sampai layak masuk the biggest looser tu. Tak jugak under weight sampai tahap macam model-model project runway tu. Tapi normal ni yang actually kategori soow-soow hampir sampai ke peringkat over weight jadi kita tak mahulah itu berlaku kan. Of course I'm concern with my body weight I perempuan okeh. Single pulak tu kang kalau gedempol sangat siapa yang nak? Kau nak?



Haaa, tapi itu jangan salah faham pulak. Tu bukan bermakna hormon gatal I sedang meningkat ke apa, cuma kesedaran tu datang tiba-tiba maka haruslah rajin bersenam setiap hari. Actually memang takkan dapat berjogging setiap hari punya tapi I'll try my best to make it everyday lah okey annoying tak dengar? Tak sangat kan...



So thanks to these people. Petang saya lebih bermakna dengan adanya mereka.



To Kak Anie, Kak Yda dan Kak Fira,


Actually kitew malu nak cakap. Tapi kitew rasew unnies semua tak ada bezanya dengan totally spies kitew. Walaupun diorang tak nak teman kitew jogging petang-petang, tapi dengan adanya unnies semuew kita rasa sangat fun dan mengecapi kegilaan sekejap sama macam kitew rasew bilew dengan merekew. 



KAMSAMIDA...!!!!!



Itu saja sesi mentachingkan diri sayew pada hari ini. Perhatikan sayew dan kak fira punyew posing. Aaaaww, comelnye. (Biarlah aku nak perasan, siapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan diri sendiri.)



Babak comel 1. Kak Yda teratai pon cumel.



Babak comel 2. Kak Yda teratai pon masih cumel.



Babak comel 3. Ok kak ani sudah merampas kecomelan sayew.



Jadi semangat nak kurus sudah datang. Masuk hari ni sudah empat hari sayew tak makan nasi dan lauk dan air sejuk. Kita tengok resultnya sebulan dua lagi macam mana. Kalau tak berbeza jugak sila gelakkan saya beramai-ramai. Sekian terima kasih.




Nantikan perbezaannya. Chekidaut yaaw.





Once again, special thanks too...

Fisrt line supporter: Kak Ani, Kak Waida, Kak Fira. (Sebab jogging sama2, peluh sama2, penat sama2) Second line supporter: Honey Barney, Ajaa, Kak Yuyu. (Sebab tak join jogging, support dari koridor bilik masing-masing je. Meow sungguh!)

Wednesday, January 12, 2011

kEraNa MaSaMu BeGiTu BeRhaRga


Hello, hello, mari beli mari beli, jualan murah di kamdar sedang berlangsung tapi kamdar ni tak jual kain dia jual jam haaa macam tu pun ada. Takpe jangan fenin-fenin fikir fasal tu kalau you allz fenin I pon fenin sebab tiba-tiba termuncul dalam kepala hotak apasal semenjak masuk sem baru ni rajin sangat jadi promoter. Sekejap dok promote ulu bendul sekejap dok promote boot sekejap dok promote sherbet. 


So hari ni meh I perkenalkan stok I yang baru sampai dalam belog ye bukan baru sampai dekat rumah tu nak meninggal namanya. Bagi sesiapa yang berminat dengan lebel-label designer terkemuka seperti OMEGA, bukan omega yang brand telur ayam tu ye, ini OMEGA jenama jam tangan jangan salah faham. Boleh tengok-tengok gambar sikit seperti 








Haaa, tunjuk sikit je. Kalau nak lebih lagi boleh kelik di website omega ni untuk keterangan saksi kejadian lanjut. Sila kelik jangan malu-malu. Kalau nak malu jugak lantak kau la.



Den ('dan' versi slanga) seterusnya, sesiapa yang berminat dengan FOSSIL aaah sudah fossil zaman dinosor mana pulak kau nak tunjuk ni. Ya, I tahulah fossil tu apa tapi ini fossil versi jam tangan okeh. Jangan banyak tanya kalau nak tengok gambar-gambar macam ni, 







Sila kelik Fossildotcom ni untuk maklumat yang lebih mantap dan jitu dan padu itu saja terima kaseh.



Dan juga kepada sesiapa yang rasa macam nak tengok jam pelik begini...








jangan malu jangan buntu I ada link dia. Kelik sini untuk kategori jampelikdotcom kategori ape tu weh? Tak tau malas nak layan.



Lastly cuz I dah semakin malas nak search satu-satu brand so semua brand buat reunion dekat website ni which is watchshopdotcom. Memang macam-macam jam buat reunion kat situ Armani Exchange ada, DKNY ada, Seksy ada, ICE ada, D&G ada, Guess ada, Versace ada, Celvin Klein ada HAISH APA BANYAK SANGAT NI senang cerita dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya LAAAH. 


Harap maklum semua kategori ni I dah asingkan dan you all boleh tengok macam ladies design, klasik, new, luxury, sport oh yang sport ni memang funky I sukeeeeww...

















sampai I jatuh cinta pada ini 


aiyoook tak tau kan dah terbesar.



Ok dah habis. So jangan lupe kelik dekat setiap kategori yang I cakap tadi dan ingatlah...



KERANA MASA ITU BEGITU BERHARGA.
(sebenarnya nak cakap, 'kerana dirimu begitu berharga' tapi kang jadi iklan L'Oreal dah tak thrill dah.)


p/s: hani untuk awak.

FoR My BeSt FriEnD

Although we had a small argument yesterday,
Let's laugh, hug, embrace each other today,
Alright, let's make a promise,
You're my best friend,


Even if you worry may seem trivial,
Don't keep it to yourself,
Share it with me,
Promise me one more time,


Whenever you laugh I'm happy too,
Whenever you sad, my eyes tear up too,


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


I'll always be by your side,
I'll always be your strength, I'll always be,
You my best friend forever,


I f we find a good movie, a good song,
or a good guy make sure to tell the other,
Let's promise each other,
Let's not think of it as a waste
and buy each other delicious meals,
Let's pinky promise,


When you are not here I feel lonely,
When you sick, I can't fall asleep and worry about you,


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


I won't be afraid of anything
as long as we hold hands and have faith,
The word friendship may sound awkward,
But I think the word is created for us (my friend),


There's no one else in the world like you my friend,
You are my joy and my soul,
I'll continue to treasure this preciousness,
I swear to the heavens forever,
I love you my friend,


You're my life present, my friend,
You're my jewel, my miracle,
I'll protect my appreciative heart,
Once again I swear to the heaven,
I love you my friend,


We make pretty nickname for each other and play around,
Sometimes we share our cool clothes,
You're my number one in my speed dial,
You'll always be my best friend,


Forever you're my friend,
You're my only one my friend,
Forever you're my friend,
You're my only one my friend...



the history

Followers