Thursday, November 10, 2011

ToLoNg LeMPaNG SaYa


ASSALAMUALAIKUM WBT


Sudah masuk hari keempat cuti sekolah (hari raya tak kira ok), dan setakat ini progression assignment saya...




Dah khatam season 1




Glee season 1




 Glee season 2




My Princess.
Khatamkan dua episod terakhir yang tergendala sebelum bukak sem hari tu.
(The only korea yang aku layan cuti ni)




Dan my favourite. Hawaii Five-O.
Harus tercangak depan AXN untuk menatap McGarret kesayangan.



Itu sahaja perkembangan assignment saya setakat ini. Sekian, tolong lempang saya dengan kelajuan tujohpuluhsembilankilometersejam. Kita kembali ke sri pentas. Terima kasih abang google atas tajaan gambar... ^_^

Wednesday, November 9, 2011

BaiK KaU CaKaP iNi ReD vELvEt Ke ReD dEviL?


Assalamualaikum wbt


Dan sebab dah terlalu letih menunggu upload gambar yang tak berapa senonoh di bawah ni maka darjah kerajinan aku untuk menulis sudah pun menurun. Finance aku terbengkalai lagi tu kau tahu semata-mata nak post pasal Red Velvet ini.




Ok, biarkan dulu. Kau ingat lagi last entry yang aku tulis pasal jalan-jalan cari makan dekat The Manhattan Fish Market dengan Baskin Robin sebelum ini? Aku lupa nak mention kakak aku yang sorang itu sebenarnya mengidam Kek Red Velvet. Tapi puas pusing-pusing satu Subang Parade masih jugak tak jumpa. Dan kesudahannya aku tak tahu sama ada beliau masih kempunan lagi atau tidak. (harapnya tidaklah)




Maka disebabkan itu, petang tadi aku tiba-tiba terajin untuk beli bahan-bahan kek tersebut. This is my first try okeh SEUMUR HIDUP maka rupanya memang kalah habis-habisan dengan secret recipe lah fine aku tak nafikan kejujuran kau orang dalam menilainya (tu dia ayat). Apapun, mummy approve rasa dia yang memang best apatah lagi disaluti krim keju yang berlapis-lapis dan disimpan pulak dalam freezer pergh, memang kenikmatan berganda dan lemak kau pun berganda-ganda.




ni gambar sebelum potong




dan ni gambar selepas potong.




Itu je yang aku mampu caption. Sebagai baker amatur dan sebagai percubaan pertama, aku boleh katakan kek ini BERJAYA dari segi rasa. Mungkin aku tak biasa decorate kek sebab tu rupa dia jadi DEVIL lagu ni. Ok Hani Afiqah, sila jangan seriau kalau jumpa Red Velvet dekat mana-mana lepas ni mereka tak bersalah. Nanti once I improved, I'll bring it to you. Sila jadi juri saya yang pertama ok. You too Haajar.




p/s: it's actually agak merah jugak. tapi biasalah camera akuuu...

Friday, November 4, 2011

gOsSiP GiRlS YaNg SoO cOoL LiKe IcE-tEa, Wo aAi Ni SaMPai MaTi


Akhirnya, aku keseorangan di UiTM ni.
(tajuk entry aku panjang gilo kan weh?)




ASSALAMUALAIKUM WBT




Semua orang dah balik kampung. Ye, aku tahu. Raya Haji dah dekat. Aku sepatutnya post pasal Raya Haji atau sesuatu yang sewaktu dengannya seperti mantai, semolih lombuu, bagaimana nak memasak nasik impit, rendang, kuah kachang dan sebagainya tapi aku tak mampu dik. Memang Melati ni sayang nak lepaskan aku rupanya. Anyway, kepada yang sudah selamat tiba di samping famili jangan lupa sinsing lengan tolong mak abah di rumah. Jadilah anak yang baik yang tak menghabihkan boreh ok.




Dan kepada insan yang bertuah itu, 


TERIMA KASIH BANYAK WEH KORANG AKU YANG DAH SEPARUH MENTAL NI TERUS HIDUP SEMULA BILA DAPAT KELUAR DARIPADA SHAH ALAM PETANG TADI AND SUMPAH BEBAN MASALAH AKU HANYUT TERUS DAH HILANG SEMUA KUSUT SERABUT MEMANG KALAU KANAK-KANAK RIANG DI HARI RAYA, AKU LEBIH RIANG DARIPADA MEREKA. SEKIAN.




Maka, tips-tips menghilangkan tekanan hari ini, macam biasa, JALAN-JALAN CARI MAKAN edisi yang ke berapa aku tak tahu sebab memang dah lama gila tak gigih keluar bersama. Maka wajib terharu bila plan dua minggu lepas telah terlaksana jua akhirnya. (kesat air mata)





THE MANHATTAN FISH MARKET bersama duta beliau Cik Siti Wan Haajar, akhirnya lokasi we oll hari ni. Bukan sebab duit masing-masing tengah berkepuk dalam poket so dengan meriahnya kau nak melabur duit mummy and daddy di situ tapi sebab memang nak makan di situ. Tak payah blogwalking past entries sebab memang tak pernah JJCM di sini so this is the first time dan memang gayat habis kau tak payah tanya.




THE MANHATTAN FISH MARKET bersama expert Cik Siti Wan Hani merangkap kakak, merangkap tukang order merangkap driver merangkap ketua rombongan dan memang semua benda kau merangkap-rangkaplah kan gila!




Kan dah cakap memang wajah gayat sangat teserlah. Hani Apikah je behave dengan senyuman manis bak bergula bermadu bercreamer dan sebagainya sebab sebagai kawan kepada duta dia harus mengekalkan imej The Manhattan tersebut. Well done Hani! (tepuk tangan dengan meriah)




The duta again. Ok, the very nice pose. (aku tak tahu tang mana yang nice) Muka berseri-seri bak bulan mengambang. Memang sah aku tak faham motif tulis begini. Haajar kau comel. Ok bye!













So, bercerita apa yang dimakan, ringkas saja murid-murid...




Mine and Hani, Small-grill-set (wakil satu gambar je ok Hani.)
Small grill - Dori, prawns, cuttlefish, fries and vege on top of the rice
With regular soup and fizzy seperti beberapa gambar di atas.




And for Haajar, Small-flame-set,
Small grill - with dori (tapi gabak sikit daripada aku la)
Also with prawns, fries, vegetables on top of the rice.
Dia kasi flame live depan mata ok!




And each, forRM29.90 only tapi BEFORE tax. 
Kalau aku tunjuk resit kang takut kau pengsan pulak so tak payahlah.




Kau jangan risau ibu-ibu bapak-bapak sekalian, walaupun tidak sesedap air tangan ibu di kampung tapi kau takkan menyesal sampai keluar air mata darah apabila makan di sinun. Maka silalah datang ke THE MANHATTAN FISH MARKET di outlets yang berdekatan. Macam mana Haajar? Boleh aku sain kontak jadi duta after kau tak?




Ok sekarang round 2!




(Aku tak tahu kenapa tapi aku suka GILA gambar ni)




Mungkin sebab senyuman kau berdua begitu tersirat tapi aku suka dah ok, seperti yang aku katakan di awal rancangan tadi tentang tips-tips mengurangkan tekanan (nak kasi hilang terus memang takkan la), so this is the best method bagi aku. Kau suakan saja apa jenis cap aiskrim pun, memang aku takkan pernah tolak. And fine cup aku yang paling besar (refer gambar atas) maka sudah terang lagi bersuluh lagi bersilau lagi berkilau maka akulah yang paling tension di kala itu. Hanya gossip girl yang tahu behind the scene jadi untuk keterangan lanjut sila tanya mereka kalau kau memang busybody.




Percaya dah?



Dan sekarang sesi...
Mencari duta BASKIN ROBIN

















Dah tapayah susah-susah semua considered as qualified.
TAHNIAH ANDA BERTIGA.




Actually mood aku sangat swing hari ni. Kalau nak mention satu-satu memang kau boleh kenduri depan laptop ni makan, minum, segalanya di sini nak kasi khatam tapi cukuplah aku ringkaskan bahawa mereka berdua sungguh tak dapat ditukar ganti. Kau bagilah aku rumet dengan siapa pun, still takkan ada seperti yang ini...








Ai wan nobadi nobadi bat chu tak-tak-tak (tak-tak tu sound effect). Ok, aku ada krisis dengan rumet lately. Double it with club-mate, neighbour-mate, class-mate, subject-mate haaah apa lagi MATE kau nak letak? Dan, aku cuma nak keluar dari Shah Alam ni. Tak ada yang tak stress dekat sini. Tak ada yang tak serabut dekat sini. Itulah definisi Shah Alam merujuk kamus anamekudotblogspot edisi keempatbelasratos sila dapatkan di pasaran sekarang. TQ.








Sebagai penutup, THE ONLY ONE, self-camera with three of us sebagai bukti GOSSIP GIRLS IS STILL ALIVE! Siapa cakap aku dah berpaling-tadah? Siapa cakap aku dah lupa kawan? Siapa yang cakap aku dah berubah? Kau yang bermulut manis di sana tu, sila renung-renungkan dan selamat beramal. Depa the best girlfriend ever. KAU MAMPU?




SEKIAN, WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH.




SELAMAT MID-TERM BREAK
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT SEMBELIH LEMBU
tapi jangan lupa dating dengan buku ok!




BONUS
(walaupun tak faham motif dan objektif)




p/s: takjub dengan kejaiban bilik after balik jjcm tadi. tepuk tangan untuk diri sendiri.

Thursday, November 3, 2011

MaRi JiWaNg BeRsaMa-SaMa


Assalamualaikum wbt


Again, it's Wednesday and it's a rainy day. You may say it's such a heaven when you don't have any class today. (refer to rumet depan bilik aku ni). Ahaaa, untung diaaa. Sementara aku, dengan menggelabahnya pergi kelas tak mandi pasal nak kejar presentation pagi tadi sekali tak cukup masa so postpone lepas raya oooh, sebal hati hanya Tuhan yang tahu.




Begitu juga dengan petang setelah gigih aku bersangkak-sanggak menghafal dialog bahasa arab untul oral hari ni tapi Ustazah bilang mau postpone juga lepas raya. (Nampak gaya, macam tak raya je aku nanti.) Fine, fine, fine!




Maka sebab mood agak gembira hari ni sebab baru lepas rembat dua pasang kasut dari jiran sebelah bilik yang tiba-tiba terjah bilik tadi, begini ceritanya...




Izzah: KAK O , KAK O (nama glamer short form daripada Ocha and only Izzah yang panggil.) 




Aku: (Dengan muka comel yang tak jadi) YE, ADA APA IZZAH?




Izzah: NAK TENGOK KASUT TAK? KAWAN KITE JUAL.




Aku: KASOOOOOT????? (Dengan gaya mata bersinar-sinar mengerlip-ngerlip bagai bintang di langit)




Aku campak novel yang aku tengah hadap tu. Aku gagahkan diri keluar daripada comforter yang tengah melingkar badan aku tu. Aku keluar berkaki ayam pi terjah bilik sebelah (nama pun bilik sebelah kalau nak pakai kasut jugak tak taulah kan), dan inilah diaaa...





Selamat menjadi hak milik kekal abadi Cik Ocha Omar.
Memang adik aku si Izzah dan kawannya itu nak kena rembat kaw-kaw dengan aku.




Well then, as long as it's KASUT, I'm fine with it (sengih lebar sampai mulut koyak). Nak buat macam mana, bak kata ROY and LEEYA, bagi kad kredit pun boleh over limit macam ni. Tunduk kepala bertafakur. Aku faham weh, aku faham (muka insaf)





And don' be surprise, Haajar turut terjebak dalam kancah ini tadi. Cuma tak sempat snap gambar si purple itu saja. Begitu juga Linda. But just not in time. Size dia tak ada.




And anyway, itu bukanlah pointnya yang aku nak cakap di sini. Sebab aku just nak sampaikan pesan dekat gossip girl aku, itu saja. Dan pesanannya berbunyi...




Walaupun kita masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, tapi tak ada siapa boleh halang kita daripada saling merindui. Yes, I miss you sooooo much and every single moment we used to spend together. Tak kiralah kau lihat aku rapat dengan siapa, pergi mana-mana dengan siapa, camwhore dengan siapa, jjcm dengan siapa, tapi still, there is no other than you. You know who you are. XOXO.




SEKIAN, KITA KEMBALI KE SRI PENTAS, 
NAH...!








p/s: ayat jiwang pasal mood malam ni memang tengah jiwang. so, mari jiwang bersama-sama :)

Sunday, October 30, 2011

EhEm, NeGeRi SeMBiLaN tU NeGeRi SaYa


ASSALAMUALAIKUM WBT




Saya nak cakap sikiiiiit je hari ni.


Saya lahir dekat KUALA PILAH.


Kampung saya dekat GEMAS dan REMBAU.


Rumah dan sekolah saya dekat GEMENCHEH.


Tempat shopping saya pulak dekat TAMPIN.


Kalau rajin nak jalan jauh, saya pergi SEREMBAN.


Sekolah adik-adik saya dekat BATU KIKIR


Dan walaupun saya tak kuat makan cili api,


Tapi saya NEGERI SEMBILAN dan spain sejati..


ALHAMDULILLAH, Abang Hai-O dan Kunalan dah kasi kembang Tuanku Besar,


Aku memang dah sedia kembang, ok bye!



Kandid by Haajar malam tadi.
Tak mampu pegi stadium, Mek Ayam Goreng pun jadi.
Kau mampu?



p/s: my secret of confident = eyeliner... (tibe-tibe)

Friday, October 28, 2011

FiNaNcE, Aa Aa AiSHiTeRu...


Assalamualaikum wbt



Memang macam nak gila aku bila fikir test this coming Monday. Dan-dan terus menyesal tak sambung law sebab kau bagilah kitab tebal mana pun aku tak kisah as long as menghafal dan pandai-pandai kaulah nak kasi faham macam mana kan. But this FINANCIAL MANAGEMENT punya subjek seriyes kasi aku senggugut yang kaw-kaw punya even aku datang bulan pun tak pernah senggugut haaa macam mana nak buat tu?




Memanglah kalau nak cakap faktor aku amat rajin ke kelas FINANCE ni agak banyak jugak like aku as a class rep wrap kena standby awal dekat kelas. Ambik projector dekat cempaka. On call sentiasa kot-kot Sir bagitau yang dia akan lambat masuk kelas (even he always earlier than me). Nasib baik Sir FINANCE aku SUNGGUH COMEL. Sungguh tak ada faktor yang lebih kukuh untuk aku datang ke kelas FINANCE selain daripada itu. Sungguh weh sungguh!




Sekarang aku baru habis baca chapter 3 out of 4. Baru habis BACA padahal kau harus faham bila FINANCE punya subjek maka it's automatically has nothing to do with reading kau faham kan kan kan? Then kalau begitu, latihan kira-kira semua topik tu kau rasa aku dah buat sampei mana yaw? 




Oh Tuhan, minta nyawa, minta nyawa...




Gambar ditaja oleh Encik Google
(Untung la kalau ada ada pria in accountancy or business yang sudi dekat aku. Boleh cari alasan nak dating.)

Thursday, October 27, 2011

BeRsEdErHaNaLaH SaMbUt DeEpAVaLi

Assalamualaikum wbt



Macam hapa ntah aku bilang begitu pada tajuk entri hari ini. Kau tahu betapa aku ingin sangat menulis dan menceritakan every single thing yang aku buat setiap hari tapi macam tak senonoh pulak kan perangai. Tapi fine, sebab kali ni memang tak rajin pun nak ber'hand's talking' sangat maka saya tujukan kepada CIK HANI AFIQAH yang MEMANG DAH LAMA GILA TAK NAMPAK MUKA DALAM BELOG NI maknanya dah LAMA GILA TAK JJCM LA KAN tapi tu bukan bermakna Linda yang sering tertera di sini menggantikan beliau NO LAH NO NO, beliau tu hos jemputan macam biasalah kan bila dah seKOLEJ so keluar pun nak seSAMA yuno. 




Linda kau jangan sentap no intention here just nak kasi CIK ANI BELOVED sorang tu yang pagi-pagi dok 'GUD MORNING SUNSHINE' dekat aku tapi batang hidung bapaklah lama gila tak nampak tu haaa sedar diri sikit bahawa berkurun sudah dia menghabaikan aku yang sebatang kara dekat melati ni haaaa kau tengok Jah bagaimana aku punya introduction kata je malas nak tulis tadi...


So lokasi terpilih kali ini ialah EAT LAUGH SHARE sempena hari rabu (hari tiket murah cinema semalaya) dan juga Deepavali. (terima kasih haajar sebab kotakan janji kau untuk tak makan pizza ini tanpa aku terlebih dahulu.) Jadi beginilah cara kami menyambutnya.




Pergi PIZZA HUT yang agak-agak cukup untuk minyak kereta sewa viva yang tengah mengerlip itu.




SACC MALL menjadi pilihan walaupun kau memang takkan nampak any evidence bahawa itu adalah SACC MALL. Fine!




 
Dan camwhore dengan rakus seperti tiada manusia lain yang wujud di kawasan kejadian.




Makan dengan penuh berselera ditambah lagi dengan choco shake itu. (betulkah itu namanya choco shake aja?)




Terus tukar tempat sebab kesian ajaa ambik gambar solo.




Terus merakuskan diri lagi. Linda kau sangat cumel dalam gaya ni sumpah!




Buat gaya model nak kasi cover line aksi cumel tadi. Dan aku tercabar dengan bakat model kau itu sila jangan buat perangai begini lagi lain kali ok.




Si single tadi yang masih tak puas camwhore. (Tolonglah pilih beliau sebagai teman hidup supaya tiada lagi gambar single begini.)




Motif gambar? Tak faham kenapa semenjak dua menjak ni aku jatuh cinta dengan kau Haajar. Hani Afiqah masuk line cepat sebelum aku songsang terus...!!!



p/s: bila buat nota tak siap-siap maka itulah faktor entri seperti ini wujud. tq

Saturday, October 22, 2011

ReMiNd Me..! ImMaLsO a hUmaN GeT iT?


Assalamualaikum wbt



Sikit je nak cerita pasal sentap dengan member sendiri. Bukan member la. It's more to 'team' member and obviously you know what 'team' that I in recently. MCC yeah that's definitely the only one I mean. Memang lumrah manusia kan kalau buat baik berjuta lemon epal stoberi banana orang sikit tak mau pandang apatah lagi nak appreciate. Tapi a single little mistake U did bagai nak terkeluar bijik mata dok canang perli-perli kasi mesej sentap menusuk kalbu dan jiwa raga whohooo I honoured sumpah!




Kak, lain kali dengan saya ni kasi direct je. I do remember my duty dan anak-anak buah yang seangkatan dengannya. If there's sudden lack about that, KOL! Bukan CALL nak bazir-bazirkan your precious credit, it means ALERT in term of mine. Tak kiralah dengan apa cara sekalipun as long as it direct towards me. Yuno, it did happened sometime especially when you feel terrible with something around. And tak dinafikan it's my duty to remind my mentees blah3 macam budak kecik and so on tapi kalau dah manusia lah namanya kan, I do forget and do mistakes.




Untung la kau dapat balik every week tak macam aku rumah jauh nak mati weh so sometimes kalau sistem saraf gagal berfungsi dengan normal sebab eksaited terlampau itu kau harus faham. Another word, be straight to me cause I'm naturally behave that way. Jangan sampai disebabkan aku annoying dengan kau aku annoying dengan satu team ni. 




p/s: mood nak balik dah spoil... demmmmm!

Thursday, October 20, 2011

OnEGaiSHiMaS...!!!


Assalamualaikum wbt


Masih nak cakap pasal minggu lepas sebenarnya. Ya, memang banyak benda nak cakap. Birthday daddy and bestfriend jatuh pada hari yang sama itu you ols tahu kan? Tapi ada sorang lagi yang aku tak pernah mention dekat sini birthday siapa yang jatuh pada hari 15 oktober itu. Donghae oppa. Kau kenal kenal lah. Tak kenal sudah lah. Aku masih mengaku kau kawan aku jangan gundah gulana disebabkan hal kecik begitu. Ok wish entry yang ketiga aku tujukan kepada,




LEE DONGHAE 
yang ke-25




Tak sempat nak edit konon ambik gambar ni sama-sama dengan abang Donghae la padahal google je. Ok no further komen sebab kawan-kawan tertentu je tahu siapa itu Lee Donghae bagi aku. Anyway, terima kasih kepada encik google. Lebiu.




Jadi begitulah secara ringkasnya. Lain kali beruang dalam kepala 15 OKTOBER adalah sambutan birthday yang paling ramai committee members nya iaitu DADDY, BFF dan DONGHAE. Macam gila tak perangai bila nak sambut birthday committee yang last sekali tu? Ok, gomen. Natural Ain Natasha memang macam tu sila bawak bersabar.




Seterusnya 15 OKTOBER hari tu juga adalah hari di mana 2 event yang aku join berjalan serentak. A DAY WITH MCC as Biro Promosi dan Publisiti tapi tak berapa nak promote sangat la kan dan juga tak ada gambar obviously sebab aku busy sebelum event je. And pada hari kejadian aku cabut pegi another event which is Japanese Festival aka J-FEST (which the one that I joined) alaaa as Biro Makanan je. Tapi kalau dah Japanese tu apa lagi, sushi, onigiri, mee jepun segala (yang aku tak tahu nama) of course la menjadi makanan sepanjang hari baik kau cakap bahagia ke tak bahagia?




Thanks to fay ex-rumet saya (the one on the left) sebab invite me to be part of the committee.




Dan for those yang rasa familiar dengan beliau, itu Wani. 
BLS part 3. Also committee partner yang tukang kepal-kepal onigiri.




Moral of the story, kalau join apa-apa program, jadilah biro makanan. Daebak!



Dan memang taklah aku nak list satu-satu game yang ada sepanjang hari tu. So, in conclusion, pertandingan cosplay adalah yang paling best sebab tengok contestant pakai costume character anime yang memang satu haram pun aku tak kenal nama dia. Kang aku letak snow white, repunzel, little red riding hood kang ?????



Tak tahu




Tak kenal




Tak sempat nak baca komik dia




Tak faham




Tak minat




Tak minat jugak.




Tak tahu apa motif.




Ok yang ini sebab saya memang sayang dia muah muah muah seribu kali. Bukti? Kelik sini tenkiew...





Dan sebab tak sempat nak merasa pakai yukata begini...
Sekali lagi terima kasih encik google.




Pakai ini pun jadi. Dan pun tak tahu apa nama dia. Teruk kan perangai? Ada hati pulak nak mengaku committee Japanese Club. Gelilah woih.



Dan akhir sekali, saya cuma nak cakap saya dah pandai buat sushi...!!! (hidung kembang kempis)

Wednesday, October 19, 2011

NuRuUuUuLLLL.... kOL...!


Assalamualaikum wbt u olls...


Serious weh aku rasa bersalah dekat budak sekoq ni. Dah la aku tak wish birthday dia hari tu. Fesbuk tak, mesej tak, kol apatah lagi. Kuang hajau kan? Lepas tu bila dia kol, memanjang je aku nak bizi. Sampai last dia siap pesan, kalau kau free miskol la. Itu pun aku tak mampu nak buat. Yang ni baru boleh kau nak cakap KAU MAMPU dekat aku. Memang seriyes dasat punya perangai seorang BFF kepada BFF nye yang lain macam ni. (Muka sadis)




To Nurul Nabihah aka BIBAH.




Sebab birthday kau sama dengan daddy so of course aku harus utamakan entry untuk daddy bukan, nanti kalau tak ada duit belanja nanti menangis kau siapa nak jawab? Kau sila buat-buat terharu walaupun entry ni aku tulis dengan tergesa-gesa dan nak kata penuh perasaan itu tidaklah sebab tu aku tak rasa aku boleh buat kau terharu dengan beberapa perenggan ini. Aku seriyes sibuk yang teramat. Makan minum terabai. Kesihatan pun terabai. Nak buat macam mana tak ada orang nak beri kasih sayang. Sadis lagi tak?




Maka aku buat keputusan, entry khas untuk kau aku postpone dulu. Sebab 24 jam aku bukan untuk aku lagi dah. Menangis diari aku pasal banyak gila page kosong. Postpone-postpone jugak. Tapi aku still nak wish dekat kau









Dah. No further comment. Selamat mendaftar SPR!

Saturday, October 15, 2011

pEsaN DaDdY


Satu. In term of relationship.

  • Walau sibuk macam mana pun, jangan lupa jenguk atok wan, nenek,, mak pak sedara kau. Sok kalau kau susah diorang la tolong. 
  • Macam mana bergaduh pun dalam adik beradik, jangan tak bertegur.
  • Tolong mak kat rumah. Jaga adik-adik.




Dua. In term of saving.

  • Duit tu jimat. 
  • Jangan rajin shopping. 
  • Beli makanan. Isi perut tu. 
  • Tak cukup duit telefon ayah. 
  • Jangan pinjam duit kat orang.




Tiga. In term of safety.

  • Pakai seatbelt. 
  • Pegang stereng betul-betul.
  • Nak melintas tengok kereta kiri kanan. 
  • Kalau nak jalan jauh, check minyak hitam dengan air.
  • Jangan seronok-seronok time tengah bawak kereta.




Empat. In term of study.

  • Belajar sungguh-sungguh.
  • Ayah sentiasa ada di belakang along.
  • Tunjuk contoh untuk adik-adik.




Lima. In term of future.

  • Sok kau kahwin tak payah membazir, buat yang wajib je.
  • Tak payah cari orang jauh-jauh.



^_^

Daddy, wish you 

Happy 52nd Birthday!

minta ampun sebab tak dapat balik buat kek untuk ayah. next week along promise!

stay strong and healthy,
i love u <3

the history

Followers