Friday, August 9, 2013

HaRi RaYa ThE tEaSeR



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Kalau tengok tajuk pun, sudah semestinyalah tidak lain dan tidak bukan aku akan bercakap pasal hari raya. Sebab tahun lepas if you guys notice, aku tak ada entry pasal raya pun. I mean, memanglah ada pasal yang konvoi hari raya dengan kawan-kawan tu, tapi tahun ni, entry raya aku is more to kampung style. Kau belum tengok lagi aku berhari raya dekat Rembau bagaimana kan kan kan? Baiklah, ini teaser sahaja. Nanti aku upload gambar banyak-banyak, lepas tu kau muntah la banyak-banyak...hahah.




Introducing my sister. Artis jemputan untuk teaser kali ini.




















Oh by the way, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI you ols. Memang beraya dekat Rembau always terbaik macam lagu Rembau Most Wanted yaw tu. Tapi, for more craziness, sila setia for another update. Sekian terima kasih. Internet dekat rumah lembap macam siput kura-kura haish. Internet pun pergi raya ke???

Sunday, August 4, 2013

OuCh OuCh OuCh



BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Pagi tadi I pergi pasar dengan mummy. Beli lauk-pauk untuk stok seminggu dan stok hari raya. Next week pasar besar tutup yuno. So dah balik dari pasar, tengok-tengok daddy tengah basuh pagar depan rumah. Berus-berus, sental-sental, lap-lap, oh my god, rajinnya daddy. Then lepas I turun daripada kereta, I pun jerit,



“Amboi, rajinnya pakcik omar pagi-pagi dah mengemas.”



Hajat dihati sajelah nak bagi daddy senyum lebar. Biar koyak-koyak mulut sikit kembang punya pasal kan. Sekali jawapan dia...



“Biasalah, bakal menantu nak datang raya.”



(Telan ayaq liyoq)



Ouch...







Sekian, nak nyanyi lagu dendang perantau sekejap.



Thursday, August 1, 2013

sYaRaT mEnJaDi LeLaKi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Bukan nak cakap apalah, tapi saya ni kolot sikit orangnya. Saya suka benda-benda yang tradisional, yang kampung-kampung. Dan disebabkan saya kolot, tradisional dan kampung, saya suka tegakkan pendirian saya yang mungkin tak banyak orang akan setuju iaitu lelaki walau apapun mesti kena duduk kat depan, kena jadi ketua, kena pimpin orang lain walaupun saya tahu zaman sekarang ni perempuan dah maju dah boleh independent, strong, kuat, gagah perkasa. Itu pasal saya jadi lemah bila jumpa dengan lelaki yang malu-malu yang segan-segan yang pendiam yang penakut rasa macam nak jerit pakai speaker hoi hoi kau ni lelaki ke bukan?




Saya lantang bersuara ni bukan apa. Sebab dah terbiasa voice out dengan semua orang, terbiasa cakap lepas je. Being independent dan latih diri sendiri jadi kebal, (tapi depan perempuan sajalah). Almaklumlah, saya ni emosional sikit. Sensitif dan lighweight. Jadi kena praktis jadi gagah daripada sekarang. Nanti besok-besok kalau orang reject bila saya masuk meminang, senang bulih buat muka kayu je membawa dulang hantaran pulang ke rumah tanpa perasaan. Jadi, jangan layan saya sebagai seorang perempuan pasal nanti saya akan kekok seribu.




Sebab tu bila bercakap tentang lelaki, jangan sebut kriteria pendiam, penakut, lemah, lembut, gemalai dan sebagainya. Ibarat meminta rembatan kencang daripada saya. Percayalah, jangan sesekali hapuskan persepsi saya tentang lelaki sebagai kaum yang kuat dan gagah selama ini. Mereka diciptakan begitu dan akan selamanya begitu. Mereka tempat saya bergantung harap, mereka tempat saya berlindung, mereka tempat saya menunjukkan kelemahan dan kemanjaan yang tidak saya tunjukkan kepada kaum perempuan. Ok lah ok lah. Entry tiba-tiba macam tak ada masa depan. Maklumlah, nak cari Lailatulqadar tak berkesempatan lagi.




Jadi sebagai pesanan terakhir saya kepada Encik Lelaki,




1) Saya tak suka awak malu-malu.


2) Saya tak suka awak penakut.


3) Saya mahu awak berjiwa lembut tapi tak lembut gemalai.


4) Saya tak nak rambut awak jatuh sampai ke kening.


Kalau dapat yang pacak begini pun dah ok dah.
Tak payah nak k-pop sangat lah ye. 
Bukak dahi tu terang-terang.
Senang nak baca.




5) Saya tak suka awak cakap suara perlahan.


6) Saya nak awak independent, bukan dependent. Esp dekat perempuan.


7) Saya nak awak sentiasa utamakan agama, keluarga dan diri sendiri. Jangan biarkan orang lain senang-senang je buli. Be tough.




because I'm a lightweight so I need you the one that strong for me.




Itu barulah namanya lelaki. Misi menghindari alergik dalam jiwa raga ialah misi mencari calon suami yang ada ciri-ciri seperti di atas. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum wbt. Saya harap awak faham entry ini. Bye!


Wednesday, July 31, 2013

iT iS wHaT iT iS


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




It's hard to be happy with little,



but it's impossible to be happy with a lot!



Whatever I have, I know it is what it is.



Even I still chase success,



a more comfortable life,



and a bigger bank accounts,



but I don't think that when I reach that some magic point,



my life will suddenly become a never-ending party.



Because the real said is to be happy



with what I have,



even I'm still chasing more...




Yah, I'm living such a happy life.
(sekadar gambar hiasan)



Syukur Alhamdulillah. Bye!

Tuesday, July 30, 2013

MeReKa daN iMaGiNaSi FanCy-FaNcY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Setiap hari tengok budak-budak. Jumpa budak-budak. Luangkan masa dengan budak-budak. Kadang-kadang tak sedar, perangai pun macam dah terikut jadi budak-budak. Mula-mula suka layan diorang borak-borak je. Dengar cerita-cerita diorang walaupun sekadar satu ayat, "Teacher, semalam saya selsema." Ok fine. Takkan aku nak cakap "so?" pulak kan. Jadi paling-paling busuk pun aku mampu reply, "Iye? Dah makan ubat dah?" dan si budak mengangguk dan sampai di situ saja. Perbualan pun tamat. Itu masa mula-mula lah. Sekarang dah banyak.




Lepas tu bila Monday blues datang, or maybe Tuesday blues menyinggah, biasalah, mood mesti lari lintang-pukang upside down dia punya facial expression sampaikan takut nak bukak mulut takut-takut kalau tersakitkan hati orang. Tapi bila duduk diam-diam, perhatikan apa budak-budak ni buat during their break hours, serious it can be the best medicine ever untuk merawat simtom yang blues-blues tadi. Bayangkan macam mana bekas mainan yang bentuk bulat-bulat itu boleh jadi tapak bazar ramadhan? Jual ikan-ikan mainan jadi ayam percik? Lego boleh menjadi nasi kerabu? Pecahan-pecahan jigsaw puzzle boleh menjadi duit nak jual beli dekat bazar ramadhan tadi? Hebat imaginasi diorang ni. Sampaikan teacher sendiri leka macam tengah tengok filem hindustan dalam panggung wayang. Serius, ini betul-betul kagum.




Tapi bila flash back masa zaman kecik-kecik dulu, yes, role play is one of the best favourite game to play. Lagi-lagi kalau dapat geng seramai-ramai kampung. Main masak-masak. Main mak-mak. Main pondok-pondok. Main kahwin-kahwin. Main cikgu-cikgu. Main polis-polis. Omaigod, senang betul jadi kanak-kanak. Create nama game pun pakai kata ganda. Sekarang baru sedar, memang itulah fakta. Sebab tu tak boleh nak marah, bila diorang sangat excited bermain role play, macam pelakon tengah menjiwai watak. Memanglah geram sebab mainan bersepah-sepah, tapi at the same time, geli hati jugak menengok karenah diorang ni. Kecik-kecik dah pandai berlagak jadi mak, jadi ayah, tapi alah, kita pun pernah buat masa kecik-kecik dulu. So chill jelah. Tak payah nak sekat imagination diorang. Biarkan je.




Budak-budak ni, diorang senang ikut. Diorang senang meniru. Apa yang diorang tengok, diorang akan buat. Like everything is new. Nampak something yang kagum sikit, terus like "WOW-canggihlah". You know, kalau masa kecik-kecik dulu, dapat pensel tekan yang shaker tu mesti rasa bangga gila. Sama la macam kalau hari raya pakai kasut ada lampu kelip-kelip dekat tapak. They never stop admiring, asking, wondering yang hanya budak-budak sahaja tahu bagaimana perasaan itu walaupun bagi kita benda remeh macam tak ada apa-apa. Rasa nak hek eleh je dekat semua benda kan?




Itu pasal la kadang-kadang, pengaruh kuat daripada puak majoriti ni, membuatkan teacher pun dah tak boleh nak mantain cun, mantain jelita dan dewasa. Sebab walaupun dah 23 tahun, tapi bila tengok pensel kaler yang sekotak besar tu dengan variety of colour dia, seriyes rasa geram sangat. Gatal jugak nak pegang so kertas putih pun menjadi mangsa.





Mampu ke kaler kambing biri-biri kaler biru purple pink? By the way, this is my very first lukisan yang aku warna sejak meninggalkan dunia colouring like berbelas-belas tahun lamanya. Sumpah rasa sangat tua sekarang. Dan ini bukan cerita dongeng! Sebab tiba-tiba boleh datang idea meroyan bilalah nak ada anak sendiri nak main kaler sama-sama macam ni. Hewhewhew. Tunggu tujuh tahun lagi.





Dan ini bazaar ramadhan yang aku cakap tadi. Kau tahu diorang punya jerit, "nasi kukus nasi kukus nasi kukuuuuusss". Lepas tu yang gerai sebelah pulak jerit "nasi lemak nasi lemak nasi lemak nasi lemaaaaakkk". Aku tak tahu nak kata apa dah tengok diorang ni. Speechless but at the same time enjoy sangat.




Sebab tu orang cakap, seronok jadi budak-budak. Tak payah pikir masalah. Happy memanjang-manjang. Tapi walaupun tak dapat nak jadi kanak-kanak balik, pretend jadi kanak-kanak pun ok lah. Macam contoh pergi masuk Popular, pergi dekat kids punya accessories section, buat-buat la kagum bila jumpa pensel box power rangers yang boleh bukak atas dan bawah tu. Fuyoo kan jelah, kalau ada button-button yang boleh kasi sharpener compartment terbukak sendiri for example. Tak pun, instead of usya-usya novel cinta, apa kata baca komik-komik naruto, pokemon, even doraemon ke dekat situ. Life is short. Bila lagi nak buat benda-benda macam tu kan kan kaaaaannn?




Dan kebetulan jumpa video ni few days ago. Tapi baru tengok tadi.





 Hah, layanlah. Memang matching sangat.





Eh, iye ke dekat Popular ada komik doraemon?

Monday, July 22, 2013

SeLaMaT bEr'tWeNtY tHrEe'


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tadi aku pergi kedai sebab nak beli top up dan nak beli cermin. Nak beli cermin tu sebab nak bagi sedar dekat diri sendiri. Kau tu dah tua, dah dua ploh tiga angka yang kalau zaman mak dulu, dah ramai orang masuk meminang dah. Tapi angka yang sama pada zaman ini, jangan kata nak datang meminang, nak berkenalan pun belum tentu orang nak. Jadi nampak tak motif sangat beli cermin sebab nak cermin diri sendiri? Lepas tu beli top up pun sebenarnya tak tahu kenapa. Walaupun kredit dalam masa tujuh hari ini PERCUMA tapi I don't know what happen to my sense. Kesian kawan-kawan aku ditinggal dan diabaikan begini. Bian. Saya bukan orang yang jenis bersembang tak tentu hala. Tapi kalau ada gosip baru, please do tell me. Miss called pun tak apa nanti I call you balik ok. (untuk 8pax members sahaja ^_^)




Ok, it's almost like 3 weeks aku menghabiskan masa dekat BSP ni. Minus weekend balik rumah. And to be honest, aktiviti aku sangat pasif. Pasif like apa eh kalau dekat zoo tu orang panggil? Unta? Biadab tak cakap diri sendiri macam unta? Ok fine. Sebab memang tak ada kerja lain kalau aku bagitahu apa aku buat lepas habis kerja kau mesti akan setuju dengan statement aku tadi. So aku tak nak cakaplah.




Dan untuk membuatkan entry ini pendek, aku cuma nak highlight kat sini yang walaupun kawan-kawan aku tak ada untuk celebrate birthday aku ramai-ramai, like buat barbecue night macam dekat Melati last year, or buat event baling-baling tepung ke, tapi tahun ni still ada yang buat aku terkejut sampai menangis bila aku tengah serabut nak calm down budak-budak tengah hari tu, tiba-tiba anak-anak murid bukak pintu kelas and diorang nyanyi lagu happy birthday ramai-ramai. Siap echo lagi. Siap hug secara pukal lagi. Lepas tu balik rumah, buat muka tak tahu bila isu umur 23 dibangkitkan.




Gambar ni bukan pada hari kejadian.
Just nak buat wakil je, one of the sweetheart dekat sini.
Kawan gaduh hari-hari.
Syarifah Nur Hana 




Dan kepada yang mengucapkan selamat sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-23 yang lalu, terima kasih saya ucapkan. Tak kiralah by pesbuk ke, by call ke, by sms ke, saya minta maaf sebab tak dapat nak reply one by one thru your wall sebab tahun-tahun lepas memang tradisinya begitu. Tapi tahun ni, ucapan terima kasih secara pukal dulu. Nanti bila dah free sket I post to your wall ye sayangs. Kena ada 's' sebab dia plural.




So, sekian, wabillahitaufik walhidayah. Kau apahal tak pergi terawikh ni?

Monday, July 15, 2013

SaBaR oH SaBaR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




As you guys already know, hari ni dah enam Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih berikan kesempatan untuk terus berpuasa menikmati manisnya bulan untuk umat Nabi Muhammad SAW ini walaupun kadang-kadang sayu mengenangkan berpuasa jauh daripada keluarga. Mengada kan padahal every week pun balik.




And as you guys already know, it has been two weeks since I'm staying here at Bandar Saujana Putra, which is tempat yang sangat asing bagi semua orang sebab bila aku cakap BSP je semua orang pun mesti macam akan terpinga-pinga weh-kat-mana-tu? Hai, sabar jelah. It is somewhere around daerah Kuala Langat. And kalau lalu dekat highway elite tu, lepas exit HICOM, then akan lalu exit Putra Heights and then barulah akan jumpa exit to Bandar Saujana Putra. Tiba-tiba tak puas hati sebab semua orang tak tahu Bandar Saujana Putra kat mana. tsk. tsk.




And today as I'm starting this Monday with such a feeling sebab pagi-pagi subuh tadi texting dengan hmmm I don't have any idea nak describe 'dia' as Encik apa. Encik Ramadhan boleh tak? Ok, pagi tadi texting dengan Encik Ramadhan. So then bila masing-masing saling berpesan 'sedekah-banyak-banyak-hari-ni' to be honest I feel like ok, nak lumba dengan dia siapa paling banyak buat sedekah. ^_^ So I was like, now-it's-time-to-smile-to-everyone. Agak berkesan. Seriously. Sebab senyum itu kan sedekah jugak. So that bila anak-anak buat perangai, tak nak dengar cakap ke, ajar banyak kali tapi masih tak dapat-dapat jugak ke, I can only smile and cakap dalam hati, sabarlah. Malaikat tengah catat tu.




Oooh, berkesan rupanya cara nasihat-menasihati ni. But it depends on the person jugak actually. Eh, am I falling in love? Already? Eh, macam cepat sangat je. Eh, tak tak. Encik Ramadhan tu masih lagi misteri. Inside and out. I don't know much about him but already, he impressed me a lot. Impress tang mana tu nanti sampai masa yang sesuai aku akan cerita. Yang penting, bukan sebab dia, tapi sebab nasihat dia. Kena jadi optimist kan!




So basically, bulan Ramadhan ni memang banyak benda yang datang dan banyak benda yang menguji kesabaran. Walaupun mulut rasa nak menyumpah-nyumpah, tapi tahan sajalah. Maybe sebab dekat sini tak ada insan sekepala dan segosip. Maka kebanyakan sakit hati atau perkara-perkara yang menjelikkan dan meluatkan hati, aku diamkan saja. Atau paling-paling marah pun, simpan dalam diary saja. Nak tulis dekat belog pun dah tak boleh. Stalker di mana-mana. Kadang-kadang, orang yang menyakitkan hati itulah yang menjadi stalker setia. Tapi bagus juga. Selamat daripada dosa mengumpat. Selamat daripada deduction pahala puasa. Ya, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Tahu.




Rasulullah S.A.W pun dah bagitahu,




"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". 

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)




Tapi lagi best sebab sekarang bulan Ramadan. So daripada diam semata-mata, baik jugak kalau baca Al-Quran. Bukan sebab kalau bukan bulan Ramadhan tak baca Al-Quran. Tapi sebab ganjaran yang berganda-ganda tu Ya Allah, dosa tak buat, pahala pulak bertingkat-tingkat.








Alhamdulillah. Seronoknya heart cleaning progressing well ^_^


Tuesday, July 9, 2013

aNd I pRaY aNd I pRaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




 “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi” 




“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”.




Ya, Allah, kau terimalah amalanku pada bulan yang mulia ini. Limpahkanlah kasih sayang dan rahmatMu kepadaku, agar aku dapat merasa nikmat manisnya beribadat dan kembali menghambakan diri kepadaMu setelah sekian lama aku tersasar.




Ya Allah, aku mohon kemurahan rezeki daripadaMu. Yang halal buat diriku dan insan-insan kesayanganku. Jauhkanlah aku daripada hutang dan ketamakan harta dunia. Ya Allah, aku memohon segala kebaikan di atas muka Bumi ini, terimalah amalanku, terimalah aku.




Ya Allah, aku sering menjauhiMu. Sering menyimpang dari suruhanMu. Sering mengikut telunjuk hawa nafsuku. Biarpun aku tahu dan akur apa perintahMu, apa laranganMu. Namun Ya Allah, Kau tidak pernah berpaling dariku. Kau tidak pernah menghampakan permintaan dan harapanku. Lalu dengan serendah-rendah hatiku, aku mengharap keampunanMu. Ampunkanlah aku Ya Allah.








Ya Allah, sekiranya niatku ini Kau perkenankan, maka berkatilah perkenalan ini. Jauhilah aku daripada niat-niat songsang, peliharalah maruahku dan keluargaku. Serta, Kau kuatkanlah hatiku mendatangi apa jua yang bakal Engkau tetapkan di kemudian hari. Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah. Memohon yang terbaik untukku, untuk dirinya, dan untuk keluarga kami.








Ameen,




"Salam Ramadhan Al-Mubarak."
-Ain Nathasha Omar-


Monday, July 8, 2013

DuHai KeKaSiH RaMaDhaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

(Al-Baqarah ayat:183)




Dan jadilah sebahagian daripada orang yang bertakwa itu.








Alhamdulillah, 1 Ramadhan dah ditetapkan pada hari Rabu ni. Dan Allah seperti mendengar kata hati aku yang berniat untuk bertemu dengan 'Kekasih Ramadhan' awal minggu lalu. Sebab itu bila Dia datangkan seorang insan dengan niat untuk mengenali aku dan hati budi hati jantung hati paru-paru aku dan sebagainya, aku tiba-tiba rasa sebak. Wei, seriyes ni. Macam nak nangis sebab aku tahu Allah itu Maha Mendengar, apa yang aku nak nangiskan bila dia memakbulkan niat dalam hati aku kan? Mungkin terlalu awal untuk aku bercerita, tetapi lumrah aku memang macam ni. Tak ada masa untuk memendam rasa. Maka aku berceritalah.




Dan perbualan kami terhenti dengan akhir kalam, bertanya tentang diri masing-masing. I guess, if the physical appearance yang menjadi ukuran dia, aku tak yakin yang perkenalan ini akan berlanjutan. I'm honestly like a bawang yang kalau orang tak berani nak peel one by one, then they won't know who's the real me. Tapi bila dah kenal, mungkin air mata akan menjadi saksi perpisahan dan masa tu mulalah aku akan jadi orang yang paling emosional dan susah nak kawal diri. Sebab itu, aku tak mampu nak sayang orang dengan sepenuh hati.




Well, aku mungkin bukan bertudung labuh seperti yang dia dambakan. Dan aku juga mungkin bukan calon peneman hidup yang dia impikan. But once I become a wife, I know what should I do and what I shouldn't do. It could be a little bit sweet if he can accept me now and after. Eh tak. That actually will be the sweetest thing ever. Like mummy and daddy. Ingat senang ke nak cari orang yang boleh terima buruk baik kita zaman sekarang ni? No. I don't expect things to be more than that. And I don't expect him to be my 'kekasih' for this coming Ramadhan. Tapi tak tahulah, kalau Allah mengizinkan...



He just added me petang tadi. Harap-harap dia tak online dan tak baca post ni. Because it's like making a confession yuno...




Ok lah, serahkan segalanya kepada Allah. He's the best planner of all. Dan selamat berterawikh juga!


Thursday, July 4, 2013

SeTtiNg Up mYsELf


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ramadhan semakin dekat, tapi bila chek-chek balik preparation untuk Ramadhan, hmmm, sedihnya rasa. Berkali-kali sebak rambut lepas tu tarik-tarik sampai gugur. Lama-lama kang botak pulak. Gelang-geleng kepala Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni. Buat maksiat, buat benda lagho, tak payah disuruh. Laju je. Tapi kalau nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan pun, kena tunggu dua kali Ramadhan baru bulih. Seriously, recall balik tahun lepas punya Ramadhan, when I was in PPD, nak menangis pun ada sebab kalaulah manusia itu tahu untuk bersyukur dengan nikmat dipanjangkan umur untuk sampai balik Ramadhan tahun ni, memang bulih menangis yuno.




Daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)




Dan tahun ini, sekali lagi aku bersyukur sebab masih diberikan kesempatan untuk merasai Ramadhan, walaupun kesempatan itu sebenarnya belum betul-betul sampai lagi, ya, aku tetap bersyukur. Maka aku set up niat aku awal-awal, untuk jadikan Ramadhan ini Ramadhan terbaik yang bakal aku lalui. Sebaik aku ketika waktu sekolah dahulu. Tak lekang dengan Al-Quran, tak lokek bersolat sunat, tak berat untuk bersedekah. Oh, rupa-rupanya semakin aku pandai berfikir, semakin jauh aku menyimpang dari laluan Tuhan. Entahlah, nak faham diri sendiri pun susah.




Lalu aku minta pada Tuhan, agar secebis iman dalam dada ini dikekalkan. Semoga bercambah dengan lebih banyak. Semoga bermanfaat untuk insan disekeliling yang sangat aku sayangi.




Sekarang sejak dah tak duduk Putrajaya, aku semakin tenang untuk berfikir, untuk memuhasabah diri, untuk reflection daripada Januari sampailah Julai sekarang ni. Mungkin juga sebab cuti semester dah bermula, maka ketenangan itu rasa bertambah-tambah. Ops, kakak-kakak dekat Putrajaya jangan kecik hati ya. Tak rasa pun duduk dekat sana sebagai beban atau sesuatu yang menyusahkan. Malahan sampai termimpi-mimpi sebab rindu punya pasal. Cuma bila sorang-sorang dekat sini macam-macam benda nak fikir. Macam-macam benda nak buat. Lebih kosong kepala otak. Lebih dekat pulak dengan manusia dan alam berbanding mengadap perihal kerja, laptop dan buku 24 jam. Dulu laa, cerita masa semester pertama budak sarjana tuu...




Chaos




Nak cerita pasal tempat baru, memang banyak nak cerita. Banyak benda nak share dekat sini. Allah berikan kesusahan dulu, kemudian bila datang nikmat kesenangan, aku sampai terkedu mengalir air mata sebab aku rasa terharu dapat nikmat macam ini. Oh, sebak tiba-tiba.









Nak sekian dululah. Macam dah out of topic pulak tiba-tiba. Seronoknya kalau ada siapa-siapa sergah aku suruh mandi dan solat maghrib sekarang ni. Hoish! Tak sedar diri lagi rupanya...



Wednesday, July 3, 2013

EntRy SeMbaNg-sEmBaNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




One thing about me, that most of my friends know is that I can't pretend. I can't say that I like for things I don't like. I can't say that I want, if I actually don't want it. I can't say that I can if I know that I actually can't. I am what I am.




Kalau satu hari nanti, kita dah tak kawan lagi, aku harap kau tahu kenapa itu berlaku. Tahu tak, I got so many reasons to argue about our relationship tapi aku selama ni buat dono je. Buat tak tahu berharap agar aku berjaya jadi seseorang yang pandai hipokrit. Sebenarnya aku bukanlah baik sangat nak care pasal semua orang. Tapi kalau aku tak care, tak bermakna aku marah ke merajuk ke atau ada niat memang nak putus kawan terus. Aku cuma belum ada reason untuk tegur kawan-kawan aku itu saja.




Itu pasal bila aku acuh tak acuh reply mesej orang, orang terus salah faham cakap aku sombong. Tak apalah, susah nak jadi orang yang memahami kan. Aku pun sedar yang aku ni bukanlah orang yang layak sangat nak diingati semua orang. Cukup aku sedar diri sedar yang aku masih ada mak ayah dan tak pernah lupakan diorang.




Dan kalau suatu hari nanti jodoh aku sampai, dah berlaki dah beranak-pinak, memang aku rasa bilangan kawan-kawan pun akan makin kurang. Nak tengok, siapa yang betul-betul boleh pegang title BFF tu. (throat-clearing)









Sekian, entry ni sebenarnya tak ada apa-apa motif. Saja cari mood nak menulis kembali. Ramadhan pun dah dekat. Nak siapkan diri dengan ilmu nanti boleh share dekat blog dengan kawan-kawan. Sebenarnya, aku dah jatuh cinta (sekali lagi). Dan bila aku jatuh cinta, mulalah hidup pun jadi tak tentu arah dan masa tulah nak kusyuk duduk dekat tikar sejadah lama-lama.








Ok lah. Jaga diri. Nanti kita sembang lagi ok. ^_^

Sunday, June 23, 2013

YaNg NaK SaNgaT cEriTa paSaL kaLuMpaNg Tu, NaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Memang aku suka update cerita-cerita klasik tau. Macam sekarang ni. Pasal nak buat macam mana kan, dah adik-adik demand. Cerita 24 MEI yang bersamaan dengan Wesak Day beberapa minggu lalu or shall I say it sebulan yang lalu baru nak update sekarang? Haaa, memang terserlah sangat kebizian Kak Ngah kau ni menghadapi hari-hari beliau sampai pernah dapat 13 miskol daripada Mummy and Daddy pasal tak sempat nak call rumah, oh bersalahnya rasa.




Dan sekian, layan jela permintaan budak-budak ni. Diorang ingat, masuk belog aku ni bulih pemes agaknya. Nak story macam mana pun aku dah takde idea dah. Setakat yang aku boleh komen, tempat tu which is Kalumpang Resort, not bad jugak. Kalumpang okeh not Kulampang or Kulempang dah lain meaning dah tu dik. So, it's actually an awesome place for having a big gathering. Picnic is always the best thing to do. Lagi-lagi pulak kalau pergi dengan kepala seperti mereka di bawah ini...




Kolaborasi yang tak pernah tak menjadi.
Crazy like always. Especially yang paling kiri dan yang paling kanan.
Pasal Kak Long dia kan kakak, so, dia behave sikit laa.
Kau wanita melayu terakhir kan kak...;)




Ini nak dijadikan cerita, on the way nak pergi Kalumpang Resort tu bas kitorang tersesat sampai ke hutan Amazon. Semuanya gara-gara pakcik bas nak elak traffic jam la sangat almaklumlah cuti Hari Wesak yaw, kereta dekat highway pun haruslah mampat-mampat belaka kan. Maka disinilah berakhirnya kisah Kalumpang Resort I hari ini. Ok, bye. Entry dah habis...




Nampak sangat menipu. Ok, finally we reached there. Nampak sign dekat batu belakang tu? Pasal kepala besar sangat aku bagitau kat sini apa dia tulis.

"KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE"

Dah, itu je.




Sesi warming up di 'markas' kami. 
It was so fresh and clean and sangat-sangat hijau rasa macam kalau nak compare jerebu hari ini dengan udara yang nyaman di Kalumpang Resort itu sebulan yang lalu oh, Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya berada di sana kan Kak Long, kan Roy, kan Yaya kan kan kan...




Thanks to our Nasha-Aziz-like photographer yang memang sporting habis snap pictures budak-budak gila macam kami kau tengoklah siapa dekat front line kan?




Time for bara-bara-bere-bere. Omaigod korang sangat happening. Pening dan silau aku tengok 'benda' yang warna merah jambu itu. (kalau korang ingatlah 'banda' apakah)




Sesi barbeque sedang dijalankan.
Look who's the busiest?




And now, masa untuk belajar berenang. Yang ni memang muka-muka gigih nak naikkan kaki almaklumlah first step nak belajar berenang kena kasi berenang-renang ketepian. Haaa, ketepian sangat dah tuu.




Dah pandai berenang, baru bulih buat renang berirama macam ni.
Yang ni, renang berirama FREE-STYLE nama dia.




Yang ni pulak nama dia nama dia renang berirama HIDE-AND-SEEK.
Haaa, jeles la tuu tak reti buat macam kitorang kaaan..




Kembali menikmati suasana mandi-manda. 
Feeling makcik-makcik sedang basuh baju ditepi sungai gitew.




Dan itu sajalah.
Kak Ngah dah penat menaip dah dik. Dari subuh semalam bawak ke maghrib hari ni.
Sila buat Domino Delivery dekat I sekarang sebagai upah.




Well, sebagai penutup, I would like to thank to MCC for inviting us, mantan u ols yang tak berapa nak siuman ni. We had so much fun there. And of course, kalau ada event macam ni lagi, we're more than happy to be part of the crew. As long as tak kena bayarlah eh...haha.




Sekian, kita kembali ke sri pentas.

Thursday, June 20, 2013

iT's TiMe FoR pLaYgRoUnD..!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I really appreciate those who are willing to listen to me. Especially when I keep talking about my work, how delightful I am spending time with those ahli syurga. Sebab memang ada yang annoying bila aku bercerita about all that like tak apalah kalau tak nak dengar, tapi tak payahlah cakap yang aku ni dah terpengaruh dengan budak-budak seolah-olah budak-budak tu bagi effect negatif pulak dekat aku. Thanks for your concern. But they bring no harm for me in fact they really made my day.




Urgh, I don't expect people to like everything I like. So lantaklah. At least I got some reason to smile especially bila balik dari kelas malam-malam and feel so penat and macam nak mati sangat kan, yes yes yes, I'm basically died while living. Memang itu ayat yang paling kena sekali dengan condition aku sekarang. Tapi tak apalah, yang mati tu aku, korang sihat walafiat kan Alhamdulillah, hargai nikmat sihat yang Allah pinjamkan tu. Cakap Alhamdulillah sekarang!




And cerita terkini, aku tak jadi ke BSP. Atas alasan Kak Yana (one of the teacher here) took a long leave, so aku akan stay di Putrajaya sampai early of July sebab center dekat sini kekurangan teacher apatah lagi teacher macam I yang menjadi feveret kids dekat sini (bolehbelah). InsyaAllah. Lagipun, for some reason, I'm quite happy stay dekat sini lama-lama. Masih boleh makan nasi arab dekat Cyberjaya, masih boleh lepak dekat Alamanda dan buang duit dekat sana, masih boleh duduk dekat rumah yang feel like home sangat ni. And of course yang paling penting, boleh berkasih-sayang lebih lama dengan my boyfriends and girlfriends dekat sini...




Oh, lupa nak kembali ke landasan tajuk. It's time for playground hari ni. Bawak anak-anak buat outdoor activity. And below, some pictures to remember. I'm smile happily right now walaupun besok ada test and next week ada timbunan assignment nak submit. Ada aku kisah?




Tengok budak-budak ni lagi bahagia.
Nampak tak kreativiti diorang ni memanfaatkan playground macam mana?
Skrol bawah lagi kalau nak senyum kambing macam I.




Aqeef, what happen to your face? 




See, I told you diorang ni kreatif.




 And critical thinking as well.
Instead of main playground semata-mata, main pasir pun best jugak.




Atau memusnahkan bunga-bunga majlis pembandaran Putrajaya ke kan Farhan.




And Imani pulak boleh buat teacher cair bila posing macam tu okeh. 




 Menghabiskan air dalam tumbler teacher.
(mujur capacity bekas ayaq tu besaq)




Instead of turun slide ke bawah, dia naik ke atas. Oh Faiq. Sabar jelah I dengan you ni. 




The ladies. 
Posing mesti mahu vogue eh Dhiya and Arissa.
(vouge apakah aku pun tak tahu.)




Another creative thinker. Gasak koranglah nak main macam mana pun.




Yang muka sedih-sedih pun tapi gigih jugak nak pandang teacher dia kat belakang. Tak jadi nak candid. 




Lepas tu semua orang pun request for candid yang tak berapa nak candid. 




Yang ni apahal posisi mencurigakan ni?
Haha, suwit you ols ni.
Ok lah. Nak tido dah. Last sekali.




Yang paling suka menyakitkan hati, yang paling suka membuli dan dibuli oleh teacher, nama dia Amirun Muhaimin.




Sekian, good night you beautiful people. Terima kasih sebab hilangkan stress teacher hari ni and hari-hari jugak. I love you and always...

Tuesday, June 18, 2013

KaLaULaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tau tak yang sekarang ni aku rasa kepala aku dah makin membesar macam kepala alien workshop yang dulu masa kecik-kecik pemes sangat budak lelaki dok suka jadikan idola diorang masa sekolah dulu. Semua benda pun nak alien workshop memang iconic sangat. Yuno right? So, aku bukan nak cakap pasal alien workshop tu, tapi about kepala aku kononnyalah dah jadi macam tu. Just imagine jelah sebab bukan betul pun. Nak cakap kepala otak dia banyak sangat benda nak pikiaq sampai jadi besarlah agaknya.




Weh, kalau nak cakap pasal pressure, enamratuslapanpuluhsembilan page pun aku boleh tulis pasal pressure. Tapi tadi aku jumpa video lagu ni terus buat nawaitu aku nak potpet pasal pressure terbatal. Bukanlah nak cakap pressure aku terus hilang, tapi aku boleh tergelak sorang-sorang jugaklah instead of nak layan running man yang sejam lebih tu. Yang ni pun bulihlah.








Tibe-tibe terminat pulak dekat Altimet.
Omaigod! Cuba dengar lagu Pak Pung 2013. Aku suka jugak!

Thursday, June 13, 2013

UnSTaBLe


ASSALAMUALAIKUM WBT



Baru je semalam cakap pasal menipu. Hei, pantang betul kalau cerita pasal benda-benda emosional macam ni. Tapi memang sometimes akan ada masa aku jadi emosional rasa macam semua benda nak buat jadi upside down. (Pinjamkan sedikit kesabaran-Mu kepadaku Ya Allah) - Aku memang tengah emosi sekarang. Entah. Nak cakap point penting dia yang mana satu pun aku tak tahu. Disebabkan pak guard uitm tu gedik dengan aku pun mungkin. Disebabkan classmate pun mungkin. Tadika yang chaos lately pun mungkin jugak (Kak Zai, sihatlah cepat!). Atau maybe jugak sebab assignment yang melimpah-ruah. Yang pasal susah sangat nak mintak tolong dekat orang pun boleh jadi one of the reason jugak. Tak tahu. Lantaklah. Yang aku pening nak sibuk tolong orang, orang lain sikit pun tak peduli nak tolong aku. Tak kuasa nak melayan. Tengok running man lagi bagus.




Dah tu kalau aku cakap aku ok, aku tak emosi, aku happy go lucky like always, memang aku pun tak ada bezalah dengan liars and fakers yang konon aku benci sangat tu. Baiklah, now I'm telling you this. I'm not ok. I'm not in a stable emotion. I'm not in a good mood. I'm not a good liar. Daripada aku berlagak macam ok, macam tak ada apa-apa, macam cool sangat dengan segala huru-hara yang melanda dan yang menyakitkan hati, baik aku diam. Biar aku tahan sakit hati sorang-sorang daripada menipu orang. 




Time-time macam ni, tolonglah bersabar dan becareful dengan aku. Salah cakap, salah approach, habislah semua aku tunggang terbalikkan. Sekian terima kasih.




Sure Mr.Twain




p/s: ini emosi bukan sebab datang bulan ok. 

Tuesday, June 11, 2013

i DoN't KnOw, WhaTeVeR..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan macam orang lain yang bijak pandai yang sekali baca buku boleh terus masuk like zupp ingat forever after eh eh aku kalau tak lunyai buku memang bodoh banganglah jawabnye. So bila aku dah jumpa mood dan feeling untuk merajinkan diri menelaah nak buat assignment dengan penuh semangat dan keyakinan, tolonglah jangan sesekali bermain dengan emosi aku sampai aku rasa nak pandang buku atau buat apa-apa kerja tanpa perasaan. Or maybe worst, nak pandang kau pun aku tak sudi. Aku ada tiga assignment due date minggu ni. Dan persoalannnya, kau memang saja nak down kan aku dengan mengganggu emosi aku atau memang tak sengaja menggedik 'bergurau' dengan aku macam tu.




Aku benci dengan orang yang suka menipu. Apa yang kau dapat hah?








i don't know, whatever...

the history

Followers