Monday, October 11, 2010

FeLiCiTaCiOnEs hErMaNo









Mucho felicitaciones a mi hermana, Hizatul Suzaini Aris a.k.a Kak Nini who just finished her convocation. Omedeto, omedeto kakak!





Itu pertukaran kod bahasa daripada Spanish bawak ke Omputih lepaih tu bawak ke Nihongo dan akhirnya bawak ke bahasa Ibunda kembali. Bukan aku cakap pasal Felisa Kosmetik okeh. Atau pasal Encik Hermano ntah siapa punya jiran ke. Kau jangan pandai-pandai buat assumption tajuk post ini. Aku sumpah nanti.


"Hamboi kemain kau omedeto orang segala kau bila lagi?" Aku mengambil masa beberapa hari memikirkan soalan itu. Sampai sekarang pon aku masih tak dapat jawapan juga. Sebab pihak UiTM belum menetapkan tarikh konvokesyen saya. Jadi saya rasa keliru rasa macam nak berduet nyanyi lagu keliru ciptaan Ajai itu.


Baru SEM 2 apa kau ingat kau tak boleh fikir pasal konvo ke? As usual, I dah mula jadi Jenin tapi ini versi yang berwawasan punya. Bukan Jenin kosong, hampeh, asbestos. Wanna see what I see? 



Dua tahun lagi...

I'm gonna be at  Dewan Sri Budiman,
Standing beside My Bunda N My Ayahanda,
With a smile and proud of their daughter,
Together also with Angah and Adik,
Just like Kak Nini...

Dua tahun lagi...

Wan and Atok, will also standing with me,
Smiling with proud,
Of their granddaughter in a convo cloak,
Holding a bouquet and scroll and degree certificate,
Just like Kak Nini...


Dua tahun lagi...


My picture will also appear on the screen,
(UiTM ada macam ni ke? No idea.)
Yang penting, my name will be announced and the MOST i want is,
my father's name to be heard by each and everyone of the audiences,
Just like Kak Nini...

Dua tahun lagi...

Is my turn to throw up 'the topi',
Together with my girls, 
(Nanti jap. Korang budak law lagi hebat dari aku so tak boleh baling topi sama-sama)

Never mind, I'll do it with my kakaks and abangs,
Sambil melompat-lompat macam monyet.
Tak kisah la. Janji monyet masuk universiti.
I can feel it guys! AND I can't wait for it!


For another two years... yang paling penting sekali... 


This certificate will be MINE...!!! 
Bukan cap UTHM, 
tapi dari APB, UiTM, 



Kau rasa aku boleh lihat angan-angan itu jadi kenyataan tak weh? Kau rasa tak apa yang aku rasa? Aku rasa macam nak stop entry ini sampai di sini. Dah kau jangan ingat aku boleh dapat ANC dengan menekan kekunci ini duapulohempatjam.




To Kak Nini...


Once again, congratulation to you kakak. And gracias mucho for giving me support and strength and motivates me all the time especially when we meet together at kampung. Though Along, Ayong and Abang Ali had graduated earlier, but this time on, U burst  me up so strong. Ape nih, ape nih, aku tau la aku cakap nak berenti tadi. Kejap, nak emosi sikit je lagi. N harap, kakak akan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga rezeki kakak sentiasa melimpah-ruah. Semoga kakak kahwin cepat. Ehem, jangan cepat sangat la. Nanti N punya 'geng anak dara' kat kampung dah kurang committee members.  


Oleh itu, sebelum berpisah... Terimalah...







Credit to mukabuku ini, 4 da pict. Kak Nini, sorry tibai gambar sekeping dua. Tapi ada copyright don't worry bebeh~

Saturday, October 9, 2010

LoOkiNg FoR sTuDy MoOd. oChA, BaSya!





OowH dear, 
I wish I could be like them, 
Who never stop studying, 
No matter how tired they are,


Ocha,
Kenapa malas sangat ni?
Nak kena rotan ye?


Friday, October 8, 2010

StUcK LaGi. JaDi SaYa MeRePeK LaGi.

Just ANOTHER WEEK before STUDY WEEK and FINAL WEEK till it makes me feel soOoO WEAK and FREAK! Apa kejadah entah aku mengarut lagi tengah-tengah malam begini. Ayat bajet nak anafora segala. Macam tak biasa again and again my kepalahotak can't perform so well tonight. Sebab tu segala assignment terpaksa di 'DELAY' buat sementara waktu. Macam nak jujur saja. Okeh, tak terpaksa lah. Memang sengaja DELAY bagi puas hati sikit.


Sebab semua orang dah habis presentation, semua orang dah habis assignment, semua orang dah boleh fokus pada final saja dan semua orang juga dah boleh start buat nota ringkas atas kertas A4 warna warni tapi saya masih dok bukak microsoft word 24 jam taip hitu hini potostat hitu hini print hitu hini ada nampak ciri-ciri dean list tak di situ? Jawapan, it's complicated. 


Whoo, it's complicated weh. Seriyes cakap pasal complicated kan, tiba-tiba macam nak admit sesuatu malam ni. Okeh semua orang dengar ni I nak buat announcement. There's someone in my faculty who's already stole my heart. Aaaaw, thidhak, thidhak, thidhak. Thidhak mungkin itu sedang berlaku. But I can't lie myself that I REALLY-REALLY-REALLY-INTO-HIM. Huwaa, punye dasyat punya pengakuan ni. Jujur dan ikhlas dan tulus lagi suci dan murni. Pergh. Habislah kalau kak T I baca post ni konfirm sampai lubang cacing dia gali nak tau siapa makhluk itu.


So, I can't describe more. Sebab itu bukan FIRST-SIGHT-LOVE. Sebab FSL itu bagi I merepek. Memang bukan keturunan begitu agaknya yang sekali pandang terus tidur malam termimpi-mimpi, makan tak keyang walaupun tak sedar dah habis satu rice cooker and mandi tak basahlah konon padahal housemate bagai nak rak ketuk pintu bilik air suoh keluaq. Haa, bukan-bukan. Dah jangan tanya lagi. I tak suka provocation like this.


Sebab I tahu lambat laun perasaan tu akan hilang. Jadi I sudah biasa dengan mainan jiwa ini dan I confidentially berkata I boleh mengawalnya dengan baik tanpa mengabaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Jadi sampai di sini saja nightline saya. Kita kembali ke sri pentas. Sekian terima kasih.


Thursday, October 7, 2010

MoRaL VaLuE fRoM aPb


Rehat kejap. Cause I'm trying hard to concentrate on finishing this freaking essay analysis. Rasa macam lemah gila iman bila online je tak boleh kontrol untuk kelik pada fesbukdotkom seolah-olah sudah menjadi pengguna fesbuk yang tegar. RECENTLY, RECENTLY. Bukan hari-hari.



Okeh sekarang I peruntukan tigapulohminit untuk taip entry ini. Tepat pukul 2 AM kejap lagi wajib offline dan sambung buat essay analisis. Jadi I tak boleh fikir panjang untuk menaip entry ni, tak boleh dok berangan lama-lama fikir ayat sedap-sedap macam kudap-kudapan yang kita selalu makan sambil tengok akustik raya pada petang raya. Bantai jela apa yang keluar. Ini tak ada backspace punya entry. Percayalah.



I'd spent my last precious weekend with APB. Dua hari berturut-turut bayangkanlah. Sabtu dengan program mentor-mentee while ahad projek masakan kuih tradisional aka our group assignment yang kalau rasa-rasa malas nak join, 20 percent of your mark will fly away just like dat. Phiew... Jadi I wajib korbankan masa tidur, masa balik, masa terperap di bilik pada hujung minggu itu dengan bergiat aktif di Kenanga, APB dan Hotel Management punye Kitchen.



Kitchen Hotel Management yang besar, gedabak dan ber'air-cond' rasa macam gayat pulak masuk dapur begini.



And that was the time I realize how people around me actually are. Observing their attitude, knowing them closer, talking and cooperating each other, I can conclude many things in that 'not-exactly’ two days. Cause at first, I realize that life experience of mine mostly are through my eyes.



Second. It so touched when you also realized there’s a lot of a person who really love you and always take care of you. My kakak Tia, she's one of them.


muka muchuk keshayangan kalau sehari tak cubit pipi memang tak sah.



Third. I was surprised for knowing that there's a lot of 'oghe pantai timur' in my faculty. Bukan dalam kelas I sahaja which I thought apa-ini-semua-rakyat-kelantan-terengganu-seolah-olah-dah-pakat-nak-padatkan-shah-alam. Mana orang selatan? Mana? Mana? MANAAA...???




Antara sample wajah-wajah kelantanese and terengganuese. Tapi ini sikit saja. Nak lagi, lain kali.



Four. But I don't really care about it actually. No problemo. No fue nada. In fact, it makes me automatically fluent to 'kecek klate'. And I've no idea, HOW. Mu tokse nok tanyo guano ambo tau. Betul ke grammar ambo ni abe?



Okeh, five. I also have to admit there's a weird feeling toward somebody. Sudah lama. And I did try to get closer with him, but at the end, he failed to make my heart keep on hit. Thus I decided to turn back, to my origin criteria of my prince charming iaitu, 'CARILAH LELAKI YANG BERIMAN.'




Ada sesiapa lelaki beriman di sini? Okeh, nanti I survey.



Six. So I come to conclusion, all men are almost the same. ALMOST saja. Tak payah nak cop I ni stereotype sangat la. I have to say my gratitude cause knowing him closer do make myself clear and mature to understand 'their species' much better. Banyak moral value saya dapat dari situ. Thanks to you sayang.



Well, broken heart is nothing as long as you know where you can turn to heal it. Lucky me for having comfort shoulder to cry on. My family, my sisters, my girls. But there's an exception for boyfriend. Plus, what happened last week, was actually fun and awesome and I really can't describe it jadi sila continue...



Seven, I do realize that my 'kawan-kawan-bahasa' are really BERBAHASA. Sumpah, I never heard any 'dirty-words' come out from their mouth. Boys and girls. And I feel like 'Biar-betul-depa-suma-nih' Sumpah seranah langsung tak pernah singgah kat telinga aku. Even sesama diorang pun they use 'awak-saya-and-their-own-name-instead-of-kau-aku' what the kurang ajar diri aku ni kalau nak dibandingkan dengan mereka. Yes. Tolong la percaya. Lelaki dengan lelaki pun mereka gunakan panggilan macam tu. Walaupun not everyone of course.



Eight. And I'm so shame with myself when they can shout my name out loud macam diorang suma dah bertahun-tahun kenal aku padahal aku buat muka terpinga-pinga tanya 'err-ni-nama-siapa-ek?'. Sekarang dah boleh beza antara orang budiman dengan orang tak budiman kan? No wonder Kak Tia sayang marah I sebab tak kenal kawan-kawan batch sendiri walaupun dah hujung part two. Sorry kakak. And thanks for scolded me. Insaf, insaf.




The moment I ambik gambar ni, sumpah tak tau langsung sapa nama diorang. But now, I do. Jadi, jangan marah I lagi ye kakak.



Nine. Program APB hari tu make me find out, orang yang aku selalu pandang dari jauh, yang aku selalu kutuk, umpat-umpat, was actually nice and absolutely affectionate. Sorry, I can't avoid judging a book by its cover. Once I noe him/her closer, again rasa macam mahu sorok ini muka bawah bantal sahaja. Malu la malu. Semua kawan-kawan LG saya sangat peramah dan baik hati. Bukan macam saya yang busuk punya perangai ini.



Ten. And I'm so respect for their strong relationship bond towards each other. Last night, semua kawan-kawan saya ajak datang rumah sewa boys dekat seksyen 7 tu where they held 'bacaan tahlil' untuk ayah salah seorang kawan kami yang baru meninggal dunia last Saturday. Al-Fatihah for his late father. Insaf lagi sebab bayangkan kalau saya ditempat dia, I really don't know how could I be. Lagi-lagi bila nak final ni.




Tuhan, aku mohon, jangan uji aku begitu walaupun aku dikelilingi dengan loving friends seperti mereka.



And lastly. I must say all my lecturers were actually 'GILA-GILA' just like their students. Dr. Norizah yang sangat rugged naik Harley Davidson with her husband. Aaaw, kontranya dengan Dr. masa dalam dewan kuliah. Cik Saliza yang selalu serius and straight dalam kelas pulak, for the first time I realized how jovial she was actually.





Dan Encik Mail juga. Betapa loyar buruknya dia masa program mentor-mentee hari itu. Till I almost forget he's the same lecturer yang selalu perli orang dalam kelas dimana situasi itu adalah amat menakutkan.





Then, Cik Sri yang sangat ROCK dan suka cari pasal dengan aku walaupun bertudung labuh tu, yes she never change. Malah makin menjadi-jadi pulak. Sabar jela melayan kesengalan beliau.



While Puan Azita yang sangat sempoi even though I tak pakai sport attire waktu projek masakan tradisional hari tu sampaikan banyak mata dok jeling-jeling buat muka macam nak sound aku 'WEH-KENAPA-KAU-TAK-PAKAI-SPORT-ATTIRE-HAH?' Memang. Memang I selalu ingkar pada arahan.


Dengan bangganya melanggar arahan sambil buat muka tak bersalah.



Okeh, sekarang apa sudah jadi. I dah terlajak sampai 2.50 am. Memang bahan sumpah seranah invigilator kalau masuk dewan exam buat perangai macam ni. Time's up. Pergi submit essay ini sekarang. Butang 'publish post' I click u now...~




p/s: siapa percaya aku tulis entry ni dalam masa satu jam setengah memang laa~

Monday, October 4, 2010

tHrEe MoRe To Go bEfOrE tUrN tO FiNaL mODe

October already say hello to me. Tiga assignment besar masih belum submit. Insctructional design which come along with presentation and my satay project yang like damm-pedia-aku-dok-buat nih? Lucky me cause there's no final paper for this course. Paling-paling pun Mr.Azhar yang macho hensem bergaya mutu dan keunggulan itu akan memberi komen positif like "so-far-saya-puas-hati-dengan-kerja-awak-semua" see, siapa yang tak happy go lucky bila dengar kata-kata begitu walaupun masing-masing tak faham apa yang dikopipies dan dihantar sebagai esaimen dan itupun kalau layak dipanggil asignment.


While project paper for sociolinguistics still in progress. Make me feel better dengan adanya bantuan rakan taulan walaupun nak kena submit tiga hari lagi. Thank God, I couldn't imagine how disaster I am without kamu semua. Bukan senang okeh nak buat borang soal selidik, pergi interview responden, kira frequency, buat peratusan, masukkan data maklumat dalam graf, buat essay analysis, ini memang part yang paling menggerunkan kalau tak takkan nak buat assignment pun kena koyak kertas dan cabut undi siapa buat pendahuluan siapa buat research method siapa buat analisis siapa buat kesimpulan dan sebagainya. Bertuah la I dapat part analisis kajian so memang tersenyum lebar sepanjang masa memerah otak haramjadah ini.


For public speaking skill, again need to research for 'isu-gejala-sosial' for my speech as a chief organizer for 'kempen-membanteras-gajala-sosial-peringkat-kebangsaan-2010' pedia nak berucap konon-konon I'm in real ceremony sampai kena sebut segala 'ampun-tuanku-beribu-ribu-ampun-sembah-patik-harap-diampun' kalau tak ampun aku tak tahulah. Tapi tak apalah, tak rugi pun tahu segala etika itu. Bukankah orang Melayu itu kaya dengan budi bahasa. Takkan dengan Sultan pun nak main 'wo-wussup-tuanku' kan. That's for my own good jugak mana la tau kot-kot one fine day you really got the opportunity jadi organizer bah, tak sia-sia la kau study subjek ini. Ya, special thanks to Encik Mail. Well, still wondering how come people say that they prefer grammar subject than this.


Yelah, memang I selalu contra dengan semua orang.

Thursday, September 30, 2010

I'm TaLk aBoUt LoVe!



Kadang-kadang bila hati terjentik rasa yang bukan-bukan, automatik otak pun akan fikir yang bukan-bukan. Eh, jangan nak beluw sangat ye. Semua ini datang dari dalam hati lantas menghantar isyarat pada jari untuk menekan kekunci. Malu nak luahkan. Sangat malu.

Tapi tanyalah siapa-siapa pun, tipu kalau semua orang mengaku mereka bahagia menjadi single duapulohempatjam. At least dalam satu hari, sekurang-kurangnya pasti akan terdetik dalam hati dia seminit, 'bilalah aku nak ada boyfriend', 'bilalah aku nak ada girlfriend.' Lepas tu dah, dia buat dono, huha huha dengan kawan-kawan, fokus pada studi balik, sambung basuh kain, atau terus tido. Kan weh?

Motif nak cakap, dalam tempoh duapulohempatjam bagi individu yang single tak sama dengan tempoh dupulohempajam individu yang berdua lebih baik. Cheh, bajet nak setuju dengan lagu acha septriasa. Tapi kau orang pun individu juga. Bebas untuk berfikir. Buatlah apa saja kesimpulan pon like ada-aku-kisah? Ya, maaf. Saya hormat pendirian anda.

Ada orang cakap, jodoh itu seperti jambatan. Membantu kita menyeberang untuk sampai ke gerbang cinta sejati yang berkekalan, aicheh ayat aku. Maksud ayat tu macam ni la. Kalau panjang jambatan tu, lambat la jodoh kau. Kalau pendek jambatan, cepat la sampai kad jemputannya nanti. Tunngu jela abang posmen tu kat depan rumah kalau tak sabar sangat.

Jadi, jangan risau. Semua orang ada destinasi cintanya sendiri. Semua orang ada jambatannya sendiri. Cuma kita tak tahu sama ada jambatan itu panjang atau pendek. Kalau nak tahu sangat, pegi ambik pembaris, ukur sendiri.


Ini jambatan saya yang panjang dan jauh dan bermakna jodoh saya masih jauh. Masih underage jadi tak boleh bercinta masa kecik-kecik nanti cikgu marah.


Ini jambatan awak. Sebab awak tak payah jalan jauh-jauh sekejap je dah sampai dah jumpa jodoh. Jadi awak dah besar nak bercinta cikgu pun tak marah, malah lagi galakkan.



Jadi kita sambung lagi. Puan Azita, pensyarah Malay Cosmology saya pernah cakap dalam kelas, ala-ala beginilah ayat beliau.

"Kalau kita perasan, anggota tubuh kita ni semuanya berpasang-pasangan. Kita ada dua telinga, dua mata, dua tangan, dua kaki, pendek kata semua anggota yang tepi-tepi ada pasangannya. Tapi bahagian yang tengah cuma satu, tunggal dan ganjil. Itu sebabnya kenapa Allah jadikan kita berpasangan supaya pasangan kita itu akan melengkapkan anggota tubuh kita yang tunggal itu."

Dah, jangan fikir terlampau banyak anggota 'tunggal' tu. Ambik 'mulut' je sebagai contoh. Kalau tak percaya lagi, pergi bukak tafsir al-quran, nah, ni dalil, surah Adz Dzaariyaat (51): 49

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah."

Biarlah lambat jodoh kita sekalipun asalkan kita mendapat Mr.Right yang betul-betul right daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman, yang haram jadah, yang menghabihkan boreh yo di kemudian hari nanti.

Lagipun, kita selalu tersilap dalam mentafsir kehidupan ini. Kita selalu ingat, aku-konfirm-bahagia-kalau-dapat-dia-ni. Tapi bila kita benar-benar dapat 'dia' yang kita nakkan sangat-sangat tu, macam-macam masalah join sekaki. Mulalah nak menyesal, main tarik-tarik rambut, tarik-tarik muka, nasib baik tak main tarik-tarik tali.

Jadi sebelum I stop memberi ceramah motibasi ini, ingatlah, semua insan layak merasa kebahagiaan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan kita itu dalam setiap sujud dan doa kita. Bukankah Tuhan kita Maha Mendengar, kawan-kawan.

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

CERAMAH DAH TAMAT

Dipetik dan dikupas dan dimodified dan diubahsuai dan direnovate dari SINI. Jangan malu-malu, kelik saja untuk maklumat lanjut. Terima kaseeey...

p/s: Untuk 'my sayang', cinta juga boleh berkomunikasi melalui fikiran. Kita boleh menghantar isyarat cinta dan gelombang kasih sayang tu melalui gelombang fikiran kita. Lakukan secara berterusan dan jangan berputus asa. Insya-Allah, cintamu itu akan berjaya. So, please try this at home. Arigatok!

Wednesday, September 29, 2010

TaG mEnGe'TaG'



Ucapan penghargaan untuk my reps sister yang cumel. Oh my, dipagi selasa yang sejuk dan beku dan mengantuk ini, mahu sahaja aku balik semula ke melati untuk berbungkus di dalam comforter soft pink yang sangat heaven itu. Tambah-tambah lagi hujan lebat begini. Sumpah rasa geram ya amat kepada warga UiTM Shah Alam yang tidak ada kelas pada pagi ini. Bencinyaaaaa...!!!

Tag daripada kak T, I think is the most fun thing to do right now. Lupakan orang yang sedang berbungkus dalam selimut macam telur bungkus itu, lupakan orang yang tak perlu bertungkus lumus meredah hujan semata-mata nak pergi ke kelas hari ini, lupakan orang yang rasa 'kering' sentiasa sebab pakai rexona macam iklan model sari yanti tu, ye, I tak pakai rexona sebab tu rasa 'basah' sentiasa...

OK, SEKARANG MARI MENGE'TAG'

1.Dimanakah kamu berada sekarang?
- Kenanga, bilik 206.

2.Apakah warna baju anda pakai sekarang?
- Oren + Kardigan kelabu = Okake. Kau ada?

3.Bila kali terakhir anda menonton tv?
- Hari raya.

4.Kamu belajar/bekerja dalam bidang apa?
- Bidang perubatan bahasa. Siapa tak geti bahasa meh sini.

5.Lagu yang anda sedang dengar?
- Gossip daripada classmate.

6. Ke mana kali terakhir kamu keluar umah?
- Pagi subuh isnin minggu lepas sebab nak balik UiTM.

7. Benda yang kali terakhir anda beli dengan duit sendiri?
- Selagi belum bekerja, semua tu duit mak ayah.

8. Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
- Balik rumah.

9. Seseorang yang kamu teringin sangat nak jumpa?
- Bunda ayahanda. Rinduuu...!!!


10. Apakah berita terbaru yang anda baru dengar?
- Final exam start 25 haribulan. Gossip classmate tadi la ni.

11. Kalau diberi 1,000 sekarang, nyatakan apakah barang yang anda ingin beli (sekali beli je, bukan banyak2)?
- Camera digital macam ni. Sebab w508 i punye camera sangat hampeh.

12.Rakan friendster yang terakhir anda jumpa?
- Friendster pon dah lama tak jumpa.

13. Pukul berapa sekarang ni?
- 4.40 a.m waktu Kaherah. Malaysia, 8.16 pagi.

14. Tadi anda makan apa?
- Semalam ada la. Nasi putih + tomyam ihsan kakak rumet. TQ kak ani..:D

15. Tag:
- Silakan, Ajaa, Yana, Lindan, Eezy, Maie, Beha, Alya, Fay Yeyo! Dah, cukuplah. Itu saja.


Terima kasih...

the history

Followers