Monday, July 15, 2013

SaBaR oH SaBaR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PEACE BE UPON HIM PROPHET MUHAMMAD SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




As you guys already know, hari ni dah enam Ramadhan. Alhamdulillah Allah masih berikan kesempatan untuk terus berpuasa menikmati manisnya bulan untuk umat Nabi Muhammad SAW ini walaupun kadang-kadang sayu mengenangkan berpuasa jauh daripada keluarga. Mengada kan padahal every week pun balik.




And as you guys already know, it has been two weeks since I'm staying here at Bandar Saujana Putra, which is tempat yang sangat asing bagi semua orang sebab bila aku cakap BSP je semua orang pun mesti macam akan terpinga-pinga weh-kat-mana-tu? Hai, sabar jelah. It is somewhere around daerah Kuala Langat. And kalau lalu dekat highway elite tu, lepas exit HICOM, then akan lalu exit Putra Heights and then barulah akan jumpa exit to Bandar Saujana Putra. Tiba-tiba tak puas hati sebab semua orang tak tahu Bandar Saujana Putra kat mana. tsk. tsk.




And today as I'm starting this Monday with such a feeling sebab pagi-pagi subuh tadi texting dengan hmmm I don't have any idea nak describe 'dia' as Encik apa. Encik Ramadhan boleh tak? Ok, pagi tadi texting dengan Encik Ramadhan. So then bila masing-masing saling berpesan 'sedekah-banyak-banyak-hari-ni' to be honest I feel like ok, nak lumba dengan dia siapa paling banyak buat sedekah. ^_^ So I was like, now-it's-time-to-smile-to-everyone. Agak berkesan. Seriously. Sebab senyum itu kan sedekah jugak. So that bila anak-anak buat perangai, tak nak dengar cakap ke, ajar banyak kali tapi masih tak dapat-dapat jugak ke, I can only smile and cakap dalam hati, sabarlah. Malaikat tengah catat tu.




Oooh, berkesan rupanya cara nasihat-menasihati ni. But it depends on the person jugak actually. Eh, am I falling in love? Already? Eh, macam cepat sangat je. Eh, tak tak. Encik Ramadhan tu masih lagi misteri. Inside and out. I don't know much about him but already, he impressed me a lot. Impress tang mana tu nanti sampai masa yang sesuai aku akan cerita. Yang penting, bukan sebab dia, tapi sebab nasihat dia. Kena jadi optimist kan!




So basically, bulan Ramadhan ni memang banyak benda yang datang dan banyak benda yang menguji kesabaran. Walaupun mulut rasa nak menyumpah-nyumpah, tapi tahan sajalah. Maybe sebab dekat sini tak ada insan sekepala dan segosip. Maka kebanyakan sakit hati atau perkara-perkara yang menjelikkan dan meluatkan hati, aku diamkan saja. Atau paling-paling marah pun, simpan dalam diary saja. Nak tulis dekat belog pun dah tak boleh. Stalker di mana-mana. Kadang-kadang, orang yang menyakitkan hati itulah yang menjadi stalker setia. Tapi bagus juga. Selamat daripada dosa mengumpat. Selamat daripada deduction pahala puasa. Ya, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Tahu.




Rasulullah S.A.W pun dah bagitahu,




"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". 

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)




Tapi lagi best sebab sekarang bulan Ramadan. So daripada diam semata-mata, baik jugak kalau baca Al-Quran. Bukan sebab kalau bukan bulan Ramadhan tak baca Al-Quran. Tapi sebab ganjaran yang berganda-ganda tu Ya Allah, dosa tak buat, pahala pulak bertingkat-tingkat.








Alhamdulillah. Seronoknya heart cleaning progressing well ^_^


Tuesday, July 9, 2013

aNd I pRaY aNd I pRaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




 “Sesungguhnya aku menghadapkan wajahku ke wajah Allah yang menciptakan langit dan bumi” 




“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah”.




Ya, Allah, kau terimalah amalanku pada bulan yang mulia ini. Limpahkanlah kasih sayang dan rahmatMu kepadaku, agar aku dapat merasa nikmat manisnya beribadat dan kembali menghambakan diri kepadaMu setelah sekian lama aku tersasar.




Ya Allah, aku mohon kemurahan rezeki daripadaMu. Yang halal buat diriku dan insan-insan kesayanganku. Jauhkanlah aku daripada hutang dan ketamakan harta dunia. Ya Allah, aku memohon segala kebaikan di atas muka Bumi ini, terimalah amalanku, terimalah aku.




Ya Allah, aku sering menjauhiMu. Sering menyimpang dari suruhanMu. Sering mengikut telunjuk hawa nafsuku. Biarpun aku tahu dan akur apa perintahMu, apa laranganMu. Namun Ya Allah, Kau tidak pernah berpaling dariku. Kau tidak pernah menghampakan permintaan dan harapanku. Lalu dengan serendah-rendah hatiku, aku mengharap keampunanMu. Ampunkanlah aku Ya Allah.








Ya Allah, sekiranya niatku ini Kau perkenankan, maka berkatilah perkenalan ini. Jauhilah aku daripada niat-niat songsang, peliharalah maruahku dan keluargaku. Serta, Kau kuatkanlah hatiku mendatangi apa jua yang bakal Engkau tetapkan di kemudian hari. Ya Allah, hanya kepadaMu aku berserah. Memohon yang terbaik untukku, untuk dirinya, dan untuk keluarga kami.








Ameen,




"Salam Ramadhan Al-Mubarak."
-Ain Nathasha Omar-


Monday, July 8, 2013

DuHai KeKaSiH RaMaDhaN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA NABI SAW
ASSALAMUALAIKUM WBT




“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

(Al-Baqarah ayat:183)




Dan jadilah sebahagian daripada orang yang bertakwa itu.








Alhamdulillah, 1 Ramadhan dah ditetapkan pada hari Rabu ni. Dan Allah seperti mendengar kata hati aku yang berniat untuk bertemu dengan 'Kekasih Ramadhan' awal minggu lalu. Sebab itu bila Dia datangkan seorang insan dengan niat untuk mengenali aku dan hati budi hati jantung hati paru-paru aku dan sebagainya, aku tiba-tiba rasa sebak. Wei, seriyes ni. Macam nak nangis sebab aku tahu Allah itu Maha Mendengar, apa yang aku nak nangiskan bila dia memakbulkan niat dalam hati aku kan? Mungkin terlalu awal untuk aku bercerita, tetapi lumrah aku memang macam ni. Tak ada masa untuk memendam rasa. Maka aku berceritalah.




Dan perbualan kami terhenti dengan akhir kalam, bertanya tentang diri masing-masing. I guess, if the physical appearance yang menjadi ukuran dia, aku tak yakin yang perkenalan ini akan berlanjutan. I'm honestly like a bawang yang kalau orang tak berani nak peel one by one, then they won't know who's the real me. Tapi bila dah kenal, mungkin air mata akan menjadi saksi perpisahan dan masa tu mulalah aku akan jadi orang yang paling emosional dan susah nak kawal diri. Sebab itu, aku tak mampu nak sayang orang dengan sepenuh hati.




Well, aku mungkin bukan bertudung labuh seperti yang dia dambakan. Dan aku juga mungkin bukan calon peneman hidup yang dia impikan. But once I become a wife, I know what should I do and what I shouldn't do. It could be a little bit sweet if he can accept me now and after. Eh tak. That actually will be the sweetest thing ever. Like mummy and daddy. Ingat senang ke nak cari orang yang boleh terima buruk baik kita zaman sekarang ni? No. I don't expect things to be more than that. And I don't expect him to be my 'kekasih' for this coming Ramadhan. Tapi tak tahulah, kalau Allah mengizinkan...



He just added me petang tadi. Harap-harap dia tak online dan tak baca post ni. Because it's like making a confession yuno...




Ok lah, serahkan segalanya kepada Allah. He's the best planner of all. Dan selamat berterawikh juga!


Thursday, July 4, 2013

SeTtiNg Up mYsELf


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ramadhan semakin dekat, tapi bila chek-chek balik preparation untuk Ramadhan, hmmm, sedihnya rasa. Berkali-kali sebak rambut lepas tu tarik-tarik sampai gugur. Lama-lama kang botak pulak. Gelang-geleng kepala Ya Allah, apa nak jadi dengan aku ni. Buat maksiat, buat benda lagho, tak payah disuruh. Laju je. Tapi kalau nak khatam Al-Quran dalam bulan Ramadhan pun, kena tunggu dua kali Ramadhan baru bulih. Seriously, recall balik tahun lepas punya Ramadhan, when I was in PPD, nak menangis pun ada sebab kalaulah manusia itu tahu untuk bersyukur dengan nikmat dipanjangkan umur untuk sampai balik Ramadhan tahun ni, memang bulih menangis yuno.




Daripada Umar bin Khathab RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya segala amalan itu tergantung pada NIATnya. Dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya. dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)




Dan tahun ini, sekali lagi aku bersyukur sebab masih diberikan kesempatan untuk merasai Ramadhan, walaupun kesempatan itu sebenarnya belum betul-betul sampai lagi, ya, aku tetap bersyukur. Maka aku set up niat aku awal-awal, untuk jadikan Ramadhan ini Ramadhan terbaik yang bakal aku lalui. Sebaik aku ketika waktu sekolah dahulu. Tak lekang dengan Al-Quran, tak lokek bersolat sunat, tak berat untuk bersedekah. Oh, rupa-rupanya semakin aku pandai berfikir, semakin jauh aku menyimpang dari laluan Tuhan. Entahlah, nak faham diri sendiri pun susah.




Lalu aku minta pada Tuhan, agar secebis iman dalam dada ini dikekalkan. Semoga bercambah dengan lebih banyak. Semoga bermanfaat untuk insan disekeliling yang sangat aku sayangi.




Sekarang sejak dah tak duduk Putrajaya, aku semakin tenang untuk berfikir, untuk memuhasabah diri, untuk reflection daripada Januari sampailah Julai sekarang ni. Mungkin juga sebab cuti semester dah bermula, maka ketenangan itu rasa bertambah-tambah. Ops, kakak-kakak dekat Putrajaya jangan kecik hati ya. Tak rasa pun duduk dekat sana sebagai beban atau sesuatu yang menyusahkan. Malahan sampai termimpi-mimpi sebab rindu punya pasal. Cuma bila sorang-sorang dekat sini macam-macam benda nak fikir. Macam-macam benda nak buat. Lebih kosong kepala otak. Lebih dekat pulak dengan manusia dan alam berbanding mengadap perihal kerja, laptop dan buku 24 jam. Dulu laa, cerita masa semester pertama budak sarjana tuu...




Chaos




Nak cerita pasal tempat baru, memang banyak nak cerita. Banyak benda nak share dekat sini. Allah berikan kesusahan dulu, kemudian bila datang nikmat kesenangan, aku sampai terkedu mengalir air mata sebab aku rasa terharu dapat nikmat macam ini. Oh, sebak tiba-tiba.









Nak sekian dululah. Macam dah out of topic pulak tiba-tiba. Seronoknya kalau ada siapa-siapa sergah aku suruh mandi dan solat maghrib sekarang ni. Hoish! Tak sedar diri lagi rupanya...



Wednesday, July 3, 2013

EntRy SeMbaNg-sEmBaNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




One thing about me, that most of my friends know is that I can't pretend. I can't say that I like for things I don't like. I can't say that I want, if I actually don't want it. I can't say that I can if I know that I actually can't. I am what I am.




Kalau satu hari nanti, kita dah tak kawan lagi, aku harap kau tahu kenapa itu berlaku. Tahu tak, I got so many reasons to argue about our relationship tapi aku selama ni buat dono je. Buat tak tahu berharap agar aku berjaya jadi seseorang yang pandai hipokrit. Sebenarnya aku bukanlah baik sangat nak care pasal semua orang. Tapi kalau aku tak care, tak bermakna aku marah ke merajuk ke atau ada niat memang nak putus kawan terus. Aku cuma belum ada reason untuk tegur kawan-kawan aku itu saja.




Itu pasal bila aku acuh tak acuh reply mesej orang, orang terus salah faham cakap aku sombong. Tak apalah, susah nak jadi orang yang memahami kan. Aku pun sedar yang aku ni bukanlah orang yang layak sangat nak diingati semua orang. Cukup aku sedar diri sedar yang aku masih ada mak ayah dan tak pernah lupakan diorang.




Dan kalau suatu hari nanti jodoh aku sampai, dah berlaki dah beranak-pinak, memang aku rasa bilangan kawan-kawan pun akan makin kurang. Nak tengok, siapa yang betul-betul boleh pegang title BFF tu. (throat-clearing)









Sekian, entry ni sebenarnya tak ada apa-apa motif. Saja cari mood nak menulis kembali. Ramadhan pun dah dekat. Nak siapkan diri dengan ilmu nanti boleh share dekat blog dengan kawan-kawan. Sebenarnya, aku dah jatuh cinta (sekali lagi). Dan bila aku jatuh cinta, mulalah hidup pun jadi tak tentu arah dan masa tulah nak kusyuk duduk dekat tikar sejadah lama-lama.








Ok lah. Jaga diri. Nanti kita sembang lagi ok. ^_^

Sunday, June 23, 2013

YaNg NaK SaNgaT cEriTa paSaL kaLuMpaNg Tu, NaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Memang aku suka update cerita-cerita klasik tau. Macam sekarang ni. Pasal nak buat macam mana kan, dah adik-adik demand. Cerita 24 MEI yang bersamaan dengan Wesak Day beberapa minggu lalu or shall I say it sebulan yang lalu baru nak update sekarang? Haaa, memang terserlah sangat kebizian Kak Ngah kau ni menghadapi hari-hari beliau sampai pernah dapat 13 miskol daripada Mummy and Daddy pasal tak sempat nak call rumah, oh bersalahnya rasa.




Dan sekian, layan jela permintaan budak-budak ni. Diorang ingat, masuk belog aku ni bulih pemes agaknya. Nak story macam mana pun aku dah takde idea dah. Setakat yang aku boleh komen, tempat tu which is Kalumpang Resort, not bad jugak. Kalumpang okeh not Kulampang or Kulempang dah lain meaning dah tu dik. So, it's actually an awesome place for having a big gathering. Picnic is always the best thing to do. Lagi-lagi pulak kalau pergi dengan kepala seperti mereka di bawah ini...




Kolaborasi yang tak pernah tak menjadi.
Crazy like always. Especially yang paling kiri dan yang paling kanan.
Pasal Kak Long dia kan kakak, so, dia behave sikit laa.
Kau wanita melayu terakhir kan kak...;)




Ini nak dijadikan cerita, on the way nak pergi Kalumpang Resort tu bas kitorang tersesat sampai ke hutan Amazon. Semuanya gara-gara pakcik bas nak elak traffic jam la sangat almaklumlah cuti Hari Wesak yaw, kereta dekat highway pun haruslah mampat-mampat belaka kan. Maka disinilah berakhirnya kisah Kalumpang Resort I hari ini. Ok, bye. Entry dah habis...




Nampak sangat menipu. Ok, finally we reached there. Nampak sign dekat batu belakang tu? Pasal kepala besar sangat aku bagitau kat sini apa dia tulis.

"KALUMPANG RESORT AND TRAINING CENTRE"

Dah, itu je.




Sesi warming up di 'markas' kami. 
It was so fresh and clean and sangat-sangat hijau rasa macam kalau nak compare jerebu hari ini dengan udara yang nyaman di Kalumpang Resort itu sebulan yang lalu oh, Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya berada di sana kan Kak Long, kan Roy, kan Yaya kan kan kan...




Thanks to our Nasha-Aziz-like photographer yang memang sporting habis snap pictures budak-budak gila macam kami kau tengoklah siapa dekat front line kan?




Time for bara-bara-bere-bere. Omaigod korang sangat happening. Pening dan silau aku tengok 'benda' yang warna merah jambu itu. (kalau korang ingatlah 'banda' apakah)




Sesi barbeque sedang dijalankan.
Look who's the busiest?




And now, masa untuk belajar berenang. Yang ni memang muka-muka gigih nak naikkan kaki almaklumlah first step nak belajar berenang kena kasi berenang-renang ketepian. Haaa, ketepian sangat dah tuu.




Dah pandai berenang, baru bulih buat renang berirama macam ni.
Yang ni, renang berirama FREE-STYLE nama dia.




Yang ni pulak nama dia nama dia renang berirama HIDE-AND-SEEK.
Haaa, jeles la tuu tak reti buat macam kitorang kaaan..




Kembali menikmati suasana mandi-manda. 
Feeling makcik-makcik sedang basuh baju ditepi sungai gitew.




Dan itu sajalah.
Kak Ngah dah penat menaip dah dik. Dari subuh semalam bawak ke maghrib hari ni.
Sila buat Domino Delivery dekat I sekarang sebagai upah.




Well, sebagai penutup, I would like to thank to MCC for inviting us, mantan u ols yang tak berapa nak siuman ni. We had so much fun there. And of course, kalau ada event macam ni lagi, we're more than happy to be part of the crew. As long as tak kena bayarlah eh...haha.




Sekian, kita kembali ke sri pentas.

Thursday, June 20, 2013

iT's TiMe FoR pLaYgRoUnD..!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I really appreciate those who are willing to listen to me. Especially when I keep talking about my work, how delightful I am spending time with those ahli syurga. Sebab memang ada yang annoying bila aku bercerita about all that like tak apalah kalau tak nak dengar, tapi tak payahlah cakap yang aku ni dah terpengaruh dengan budak-budak seolah-olah budak-budak tu bagi effect negatif pulak dekat aku. Thanks for your concern. But they bring no harm for me in fact they really made my day.




Urgh, I don't expect people to like everything I like. So lantaklah. At least I got some reason to smile especially bila balik dari kelas malam-malam and feel so penat and macam nak mati sangat kan, yes yes yes, I'm basically died while living. Memang itu ayat yang paling kena sekali dengan condition aku sekarang. Tapi tak apalah, yang mati tu aku, korang sihat walafiat kan Alhamdulillah, hargai nikmat sihat yang Allah pinjamkan tu. Cakap Alhamdulillah sekarang!




And cerita terkini, aku tak jadi ke BSP. Atas alasan Kak Yana (one of the teacher here) took a long leave, so aku akan stay di Putrajaya sampai early of July sebab center dekat sini kekurangan teacher apatah lagi teacher macam I yang menjadi feveret kids dekat sini (bolehbelah). InsyaAllah. Lagipun, for some reason, I'm quite happy stay dekat sini lama-lama. Masih boleh makan nasi arab dekat Cyberjaya, masih boleh lepak dekat Alamanda dan buang duit dekat sana, masih boleh duduk dekat rumah yang feel like home sangat ni. And of course yang paling penting, boleh berkasih-sayang lebih lama dengan my boyfriends and girlfriends dekat sini...




Oh, lupa nak kembali ke landasan tajuk. It's time for playground hari ni. Bawak anak-anak buat outdoor activity. And below, some pictures to remember. I'm smile happily right now walaupun besok ada test and next week ada timbunan assignment nak submit. Ada aku kisah?




Tengok budak-budak ni lagi bahagia.
Nampak tak kreativiti diorang ni memanfaatkan playground macam mana?
Skrol bawah lagi kalau nak senyum kambing macam I.




Aqeef, what happen to your face? 




See, I told you diorang ni kreatif.




 And critical thinking as well.
Instead of main playground semata-mata, main pasir pun best jugak.




Atau memusnahkan bunga-bunga majlis pembandaran Putrajaya ke kan Farhan.




And Imani pulak boleh buat teacher cair bila posing macam tu okeh. 




 Menghabiskan air dalam tumbler teacher.
(mujur capacity bekas ayaq tu besaq)




Instead of turun slide ke bawah, dia naik ke atas. Oh Faiq. Sabar jelah I dengan you ni. 




The ladies. 
Posing mesti mahu vogue eh Dhiya and Arissa.
(vouge apakah aku pun tak tahu.)




Another creative thinker. Gasak koranglah nak main macam mana pun.




Yang muka sedih-sedih pun tapi gigih jugak nak pandang teacher dia kat belakang. Tak jadi nak candid. 




Lepas tu semua orang pun request for candid yang tak berapa nak candid. 




Yang ni apahal posisi mencurigakan ni?
Haha, suwit you ols ni.
Ok lah. Nak tido dah. Last sekali.




Yang paling suka menyakitkan hati, yang paling suka membuli dan dibuli oleh teacher, nama dia Amirun Muhaimin.




Sekian, good night you beautiful people. Terima kasih sebab hilangkan stress teacher hari ni and hari-hari jugak. I love you and always...

Tuesday, June 18, 2013

KaLaULaH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Tau tak yang sekarang ni aku rasa kepala aku dah makin membesar macam kepala alien workshop yang dulu masa kecik-kecik pemes sangat budak lelaki dok suka jadikan idola diorang masa sekolah dulu. Semua benda pun nak alien workshop memang iconic sangat. Yuno right? So, aku bukan nak cakap pasal alien workshop tu, tapi about kepala aku kononnyalah dah jadi macam tu. Just imagine jelah sebab bukan betul pun. Nak cakap kepala otak dia banyak sangat benda nak pikiaq sampai jadi besarlah agaknya.




Weh, kalau nak cakap pasal pressure, enamratuslapanpuluhsembilan page pun aku boleh tulis pasal pressure. Tapi tadi aku jumpa video lagu ni terus buat nawaitu aku nak potpet pasal pressure terbatal. Bukanlah nak cakap pressure aku terus hilang, tapi aku boleh tergelak sorang-sorang jugaklah instead of nak layan running man yang sejam lebih tu. Yang ni pun bulihlah.








Tibe-tibe terminat pulak dekat Altimet.
Omaigod! Cuba dengar lagu Pak Pung 2013. Aku suka jugak!

Thursday, June 13, 2013

UnSTaBLe


ASSALAMUALAIKUM WBT



Baru je semalam cakap pasal menipu. Hei, pantang betul kalau cerita pasal benda-benda emosional macam ni. Tapi memang sometimes akan ada masa aku jadi emosional rasa macam semua benda nak buat jadi upside down. (Pinjamkan sedikit kesabaran-Mu kepadaku Ya Allah) - Aku memang tengah emosi sekarang. Entah. Nak cakap point penting dia yang mana satu pun aku tak tahu. Disebabkan pak guard uitm tu gedik dengan aku pun mungkin. Disebabkan classmate pun mungkin. Tadika yang chaos lately pun mungkin jugak (Kak Zai, sihatlah cepat!). Atau maybe jugak sebab assignment yang melimpah-ruah. Yang pasal susah sangat nak mintak tolong dekat orang pun boleh jadi one of the reason jugak. Tak tahu. Lantaklah. Yang aku pening nak sibuk tolong orang, orang lain sikit pun tak peduli nak tolong aku. Tak kuasa nak melayan. Tengok running man lagi bagus.




Dah tu kalau aku cakap aku ok, aku tak emosi, aku happy go lucky like always, memang aku pun tak ada bezalah dengan liars and fakers yang konon aku benci sangat tu. Baiklah, now I'm telling you this. I'm not ok. I'm not in a stable emotion. I'm not in a good mood. I'm not a good liar. Daripada aku berlagak macam ok, macam tak ada apa-apa, macam cool sangat dengan segala huru-hara yang melanda dan yang menyakitkan hati, baik aku diam. Biar aku tahan sakit hati sorang-sorang daripada menipu orang. 




Time-time macam ni, tolonglah bersabar dan becareful dengan aku. Salah cakap, salah approach, habislah semua aku tunggang terbalikkan. Sekian terima kasih.




Sure Mr.Twain




p/s: ini emosi bukan sebab datang bulan ok. 

Tuesday, June 11, 2013

i DoN't KnOw, WhaTeVeR..


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Aku bukan macam orang lain yang bijak pandai yang sekali baca buku boleh terus masuk like zupp ingat forever after eh eh aku kalau tak lunyai buku memang bodoh banganglah jawabnye. So bila aku dah jumpa mood dan feeling untuk merajinkan diri menelaah nak buat assignment dengan penuh semangat dan keyakinan, tolonglah jangan sesekali bermain dengan emosi aku sampai aku rasa nak pandang buku atau buat apa-apa kerja tanpa perasaan. Or maybe worst, nak pandang kau pun aku tak sudi. Aku ada tiga assignment due date minggu ni. Dan persoalannnya, kau memang saja nak down kan aku dengan mengganggu emosi aku atau memang tak sengaja menggedik 'bergurau' dengan aku macam tu.




Aku benci dengan orang yang suka menipu. Apa yang kau dapat hah?








i don't know, whatever...

Friday, June 7, 2013

WiSh i NeVeR GrOw Up


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Nak dekat seminggu lebih menahan perasaan takut nak luahkan kat sini rasa macam insecure sebab semua orang pun dah jadi stalker setia I kan kan kan terus rasa macam artis tibe-tibe. Eleh. But I really want to tell you thing yang I rasa serba-salah sangat lately which is about moving to Bandar Saujana Putra (BSP). Tahu tak, hari-hari I travelling back and forth to Shah Alam dari putrajaya sejauh 43KM which took almost an hour dan bila dah sampai rumah semestinya dah tak ingat apa-apa melainkan tido!




Sebab tu assignment banyak yang berterabur. Sebab tu sekarang dah pandai ponteng kelas. Time management jadi tunggang langgang. Tidur tak reti nak cukup. Makan tak tentu hala. Main cekup je mana yang dapat. But I'm quite happy sebab 3KG dah terbang pergi mana I pun tak tahu. Jadi atas sebab hidup dalam keadaan huru-hara beitulah I've decided to move ke BSP walaupun I tahu yang I mesti akan menangis sebab tak nak berpisah dengan Aqeel and Amirun especially. Celoteh Hanis Insyairah and Alya Batrisya pun mesti buat I rindu dan senyum sorang-sorang dekat BSP nanti.




Yes. Kalau nak ikutkan, duduk dekat Putrajaya is jauh sangat selesa compare to any other places I've ever stay. Rumah besar, luas, memang kalau nak cakap RM90 per month untuk sewa rumah sebesar ni I bet memang takkan jumpa dekat mana-mana pun. In term of study, seriously, selain daripada rumah dekat Gemencheh tu, rumah ini saja yang I boleh buat assignment dengan buku bersepah di sekeliling sebab bila buat assignment dengan buku bersepah di sekeliling for me is baru betul buat assignment. Bagi I laaa... 




So, ok lah. I told meself to be determine! Once I said BSP, then it will be BSP. Pegang pada janji sebab I'm the who asked to be transfer to BSP at the first place. Jangan menyusahkan orang. I know, I can't effort to take care of everyone's feeling. Memanglah bila I tanya semua teachers dekat sini semuanya vote for me to stay. And definitely kalau I tanya anak-anak I pun diorang mesti akan vote for Teacher Ain to stay. Mujur budak-budak ni kecik dan tak faham apa-apa lagi. Kalau tak for sure I akan kalah dan finally I might decided to stay jugak because the biggest reason is tak nak berpisah dengan ahli-ahli syurga ni semua.




Well, try jadi Ain Nathasha Binti Omar dalam masa satu hari. Then you know how hard I try to put everything as my priority. Itu belum cakap pasal how many times I call mak ayah and adik-adik lagi. Tak tahulah kalau dah kahwin nanti macam mana, tak tahulah kalau dah kerja full time nanti macam mana, tak tahulah kalau dah beranak-pinak nanti macam mana, rasa macam nak cakap dekat anak-anak I sekarang yang dekat tadika ni, 




"Teacher tak nak awak besar. Stay little forever please..."




Bukanlah I nak cakap jadi orang dewasa ni menyusahkan. It's just mencabar. But I guess, hidup ni kalau tak mencabar tak fun lah kot. It's ok. Belajar didahulukan. Tapi gila tetap gila.







Going to miss my little children here. Take care darlings...

Thursday, May 30, 2013

bEdTiMe StOrY - bLaCk FoReSt ChEeSe CaKe



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Hari ni emosi macam tak berapa nak baik sangat. Jadi after balik keje I godek-godek folder dalam thumbdrive and baca tulisan 'angan-angan' sendiri. Walaupun macam entah apa-apa, like ada aku kisah pulak kan. And this is just a part of it. Adalah dalam bab yang ketiga kot. Yang full chapter so far dah sampai 33 camtu la lebih kurang. Jauh lagi perjalanan sebenarnya. Tengah boring sangat. Nak tido pun tak boleh pasal hidung tersumbat aaah annoying sungguh. So, itu saja. Bye!




"UNTITLED"




Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Lalu dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa bahan lain untuk memulakan kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang juga merupakan pekerjanya di kedai itu memandang pelik.


“Amboi Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa ni?” Gadis itu menegur.


Dia mengerut dahi memandang majikannya itu, namun tangannya tetap juga ligat meneruskan kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan di hadapan kedai. Hanis yang mesra dipanggil Kak Hanis itu terkebil-kebil memandangnya.


“Hmm, lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan gadis itu tidak pula dijawab.


“Kek kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai.


Hanis menuruti langkah gadis itu keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira memerhatikan satu demi satu nama kek yang dipamerkan.


“Black forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah bercakap sendirian.


“Tu. Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.


Hanis menghela nafas. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi agak membongkok tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?


“Kak Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan berfikir dengan agak lama.


Hanis sekadar mengangguk perlahan. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan empat ketul brownies coklat bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan kerja agaknya. Entah. Dia malas mahu peduli.


Kaira pula bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan meja pelanggan yang baru sahaja keluar sebentar tadi. Gadis sebayanya itu memberikan isyarat mata kepadanya merujuk kepada Hanis. Kaira mengangkat bahu. Bunyi loceng pintu yang kedengaran, menandakan ada pelanggan masuk ke kedai mereka itu, membuatkan Kaira dan Susan menoleh hampir serentak. Hanis yang masih diam berfikir turut menoleh ke arah pintu masuk.


“Auntie Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun berlari-lari anak mendapatkannya.


Adrianna yang muncul dari belakang sekadar memberi isyarat untuk pulang sebaik sahaja memastikan anak kecil itu selamat bersama Hanis.


Hanis mengangguk seraya mencapai tangan kanak-kanak perempuan itu.


“Lily tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily yang sedang meletakkan beg sandang bewarna ungu lembut bergambar kartun kesukaannya, Tangled, di salah sebuah meja di dalam kedai itu.


“Auntie Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali sambil mencapai tangan Hanis.


Hanis tersenyum lalu mengangguk.


“Tak naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily menggoyang-goyangkan tangan Hanis membuatkan gadis itu tertawa perlahan.


“Ok, Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis lagi.


Lily kelihatan berfikir sejenak. Hanis juga mengelamun seketika. Cuppies? Kek?


“Alamak, Anna!” Hanis seraya berlari mendapatkan pintu masuk kedai cuba mencari kelibat Adrianna di luar.


“Aaahh...” Gadis itu mengeluh berat melihat Altis milik kawan baiknya itu baru sahaja meluncur keluar dari simpang jalan utama.


Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu mendail nombor gadis itu.


“Yup.” Adrianna menjawab dihujung talian.


“Aku lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.


“Tak ada? Buatlah.” selamba Adrianna menjawab. Gadis itu terkekek-kekek ketawa mengusik.


“Kalau boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan kek lain atau nak aku beli je?” soal gadis itu lalu mengambil tempat di hadapan Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar sesuatu di atasnya.


“Hmmm...” Adrianna berjeda agak lama.


“Itulah, lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni kau cakap.” Hanis terus mengomel. Jarinya turut mencapai beberapa batang pensel warna Lily dan turut sama mewarna bersama gadis kecil itu.


“Sorry lah beb. Kes banyak minggu ni.” ujar Adrianna lagi.


“Banyak pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.


Adrianna turut ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia seharian ini. Ibunya menelifon mengingatkan dia membuat tempahan kek dan restoran. Balqish pula menggesanya untuk ke lapangan terbang bersama kerana keretanya masih diservis. Dalam perjalanannya menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru meminta Hanis menyediakan kek tersebut.


“Ok kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Mahfuz tak kisah makan kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar Adrianna lalu ketawa lagi.


Mendengar kata-kata gadis itu, Hanis ketawa kuat. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap mengerutkan kening lagi.


“Sabar jelah. So pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk memastikan.


“Yup. Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Adrianna menggelabah mematikan taliannya.


Hanis sekadar tersenyum lalu kembali menumpukan perhatiannya kepada Lily yang leka menyudahkan kerja-kerja mewarnanya tadi.


“Lily, apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.


“Nak!” ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab.


Hanis tersenyum girang lantas memimpin tangan Lily dan mencapai beg tangannya di dapur sebelum melangkah keluar.




* Sekian, sebarang cadangan amatlah dialu-alukan walaupun aku rasa korang mesti tak faham apatah lagi nak bagi cadangan kan kan kan. Whatever. Yang penting aku tak ada kena mengena dengan cerita ini. Ok bye! - Now dah mengidam nak makan black forest cheese cake. Delivery service apa nombor dia weh?





Monday, May 27, 2013

My gRaTiTuDe To all Of yOu - PaRt II


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Entry ini saya tujukan khas kepada sesiapa yang ada kena-mengena dalam hidup saya, yang ada cerita di sebalik perjalanan yang saya tempuh semasa belajar dahulu. Sorry for did't mentioned you guys in my previous entry like my precious bestfriend Jannah, Nurul, Zura, kawan-kawan sekolah rendah, menengah, kawan-kawan sepanjang di UiTM Merbok, UiTM Shah Alam, Geng Puaka, oh yaaa, teachers and lecturers, thank you so much for the supports. Kawan-kawan PPD yang cool always like keep in touch sampai sekarang ni. Never dream to get 'A' for my practical subject. And saudara-mara kat kampung, jiran-jiran tetangga, kawan-kawan sepermainan. Minta maaf la kalau ada yang tak sebut lagi tuu. Anyhow, you guys are meant so much to me. 




And this is for you...








p/s: makan sayur banyak-banyak okeh...^_^ (tibe-tibe)

the history

Followers