Thursday, May 14, 2015

KnOcK kNoCk - LiStEn hErE, LeLaKi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



*warning: this is an essay-like-entry*




Kalau nak faham perempuan, senang je. Pergi dengar lagu Elizabeth Tan yang tajuk dia Knock Knock tu. As simple as that. "Mahuku perhatian". "Mahuku kau buktikan". "Jangan sakiti aku". "Jangan abaikan ku". "Haruslah setia". "Jangan cakap bohong". "Buatku tersenyum". Ohmai. Rabak poket ke nak buat semua tu? Rabak saving account ke? Seriously, itu benda yang susah, susah, susah, susaaaaah gila nak jumpa dekat lelaki zaman sekarang ni. Bila dah berkali-kali aku taip perkataan susah tu, maknanya memang susah gila nak jumpa la hoi!






Sejak break-up dengan Encik Domoi, baru aku celik mata pandang lelaki lain. Macam-macam jenis lelaki aku jumpa. Seriously. Macam-macam. Yang sorang ni nama dia aku letak Encik MA jelah ea. 29 tahun. Orang Johor. Kerja dekat Hospital Segamat. Kenal macam mana tu tak pelu ceritalah. Baru 6 hari breakup dengan girlfriend dia. Kesian. Sebab kita faham apa perasaan putus cinta. Tapi silap. Dia kenal aku, terus ajak couple. Yang ajak couple tu boleh tahan lagi. Tapi ni dok ajak aku buat apa yang dia dengan girlfriend dia pernah buat, I mean, exactly apa yang dia dengan girlfriend dia pernah buatlah. Dating dekat tempat ni, makan dekat tempat ni, dengar lagu ni, tengok movie ni. Tiga hari. Aku block nombor dia. Nak rebound pun agak-agaklah. I'm so kenot with this guy. Sebab aku tau dia belum move on dengan ex-girlfriend dia lagi sebenarnya.





Lepas tu  kenal Encik Chef. (actually aku tak ingat nama dia). Orang Penang. *again* Chef dekat hotel dekat JB. Umur dalam early 30s macam tu. (tak ingat jugak exactly). Also desperately nak bercinta sebab bagi dia umur da lanjut and dia nak settle down as soon as possible agaknya. Anak tunggal. So, the way he approached me like pretty much dengan cara dok mention pasal harta mak bapak dia sebab... yelah... anak tunggal. Repeat lagu Elizabeth. "Bulan bintang kau janjikan tidak aku teruja". I'm not interested dengan harta mak apak kau. Too much bragging and too desperate. So, aku blah.





Encik MS come next. Umur 27. Orang KL. Kerja dekat KL. (to be honest aku tak tahu dia kerja apa exactly) Yang ni lama jugak berkawan. Sebulan lebih camtu. Memang betul-betul kawan. Tak ada sayang-sayang, tak ada taching-taching, fefeeling apa pun takde. Pernah lepak tengok movie, makan-makan, jalan-jalan dengan dia. Everything ok. But somehow, ada something yang tak kena. Don't know what it is. Bila aku tegur, dia reply. Bila aku senyap, dia pun senyap. Yes. Sampai sekarang aku senyap. And dia pun senyap. Ntah. Tak ada chemistry agaknya. Dua-dua pun faham la tu. Tapi kalau ikutkan pengalaman, orang bila tak make effort, simple, maksudnya dia taknak. Dah. Jangan banyak tanya. Move on Natasha.




Then datang Encik MAS. Sebab dia kerja MAS. Orang Pahang. Dia tak desperate. Dia ok. Kitorang kawan. Sembang-sembang. Tapi aku jenis on off dengan dia. Malas nak beriya sebab umur dia sebaya adik aku. Adik wei. That's the only reason aku tak berminat. Sounds macam tak logik, hek eleh kawan je apa masalahnya. Tapi bagi aku kalau dah muda tu kau tetap muda. Dan muda daripada aku equal to, tak-mature. (sorry sebab stereotype dekat sini.) Tapi, kau mengakulah kau mature macam mana pun, aku jelak dah dengan lelaki bawah umur. I mean yang bawah umur daripada aku. So, ok bye!





Encik Detective pulak tiba-tiba tegur. 28 tahun kot umur dia. Orang Alor Setaq. Mula-mula dia ok. Tapi terlampau straight forward. Tak sampai 24 jam dia dah 'memintak'. Samalah macam sorang lagi ni, Encik JPJ. Sebab dia pulis JPJ. Sebaya aku. Umur 25. Muka macam Fizz Fairuz. Pergh, cair la kejap hensem bak retis kau. Ingatkan hado harapan. Sekali nak memintak jugak. Kang aku stereotype polis semua pervert kang haaa kena penampo free je kang. Maknanya, dua-dua pun aku block. Lepas tu ada sorang lagi. Pun sebaya. Engineer dekat Sony, Bangi. Sama jugak perangailah senang cerita. So, aku stop. Tarik nafas jap. Gimme a break!





Aku terus buat conclusion. Lelaki ni, baik macam mana pun, buruk macam mana pun, tua ke muda ke, dok mana-manalah, when it comes to women, dalam kepala otak diorang ni ada satu benda je. Nak bawak perempuan tu masuk bilik. Semua Encik yang aku sebut tadi, hah, kerat jarilah kalau aku cakap diorang ni innocent. Yes. Perempuan pun sama je. Kadang-kadang lagi extreme, kadang-kadang lagi advance. Tapi bila lelaki, gunakan alasan 'sayang' atau 'cinta' untuk dapatkan apa yang ada dalam kepala otak dia tu, yuno what guys? Korang silap. Korang silap besar. Selain daripada korang hilang korang punya 'innocent-ness' tu, korang juga hilang respect from us. Bukan kitorang tak faham, tapi belajar kawal diri daripada 'memintak'. (kalau dah kawen tu lainlah cerita)






Yang direct to the point nak ajak masuk bilik tu, ok la. Senang. Sebab dah tau intention dia awal-awal, So, boleh elak awal-awal. Ni bila dah masuk bab-bab feeling semua, dia dah jadi lain. Buang masa aku. Main-mainkan perasaan aku. *mode: terus rasa nak maki hamun semua lelaki*





Cukuplah sekali tu je silap aku bagi muka dekat seorang lelaki *pergh ayat*. I mean, it obviously shows that aku belajar daripada previous relationship. Lelaki lain yang datang lepas ni, I don't care kau baik macam mana, kau kaya macam mana, kau handsome atau kau kelakar macam mana pun. Once you disrespect me, you will lost my respect immediately. Maka sila lupakan perkataan 'peluang kedua' because I'm so sick and I'm so tired bila lelaki sekarang siapa-siapa and mana-mana aku jumpa pun, they hardly walk their talk yang diorang tau asyik nak ajak masuk dalam bilik je. Blergh.






Macam biasa, my full time penasihat akan comfort aku kaw-kaw punya. 
Tapi macam biasa, aku akan buat perangai degil kaw-kaw punya jugak.





Dan kalau ikutkan hati, aku nak je list kan satu-satu perangai diorang yang aku mention dekat atas tu tadi. Tapi bila aku cakap "lelaki-semuanya-sama" kang, aku pulak yang kena. Padahal, it's true. Jadi aku simpan their similarities tu buat collection. Bukan nak compare kan diorang to each other, tapi senang nanti di kemudian hari. Scan je dah tau. Oooh, dia ni macam ni, macam ni, macam ni. Ok bye. Lapa, Nak makan jap!





By the way... nah, knock knock.










Wednesday, May 13, 2015

iT's a GraDuaTiOn DaY, pEopLe! (PaRt I)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Was having my second graduation last week. 1st day. 1st sidang. Even though ini graduation yang kedua tapi feeling tetap lain. The moment melangkah masuk dalam Dewan Agung Tuanku Canseleri tu tetap semacam dua macam tiga macam empat macam bermacam-macamlah. Excited sebab finally graduate, sebak bila teringat susah payah mak ayah, sedih konon-konon nak celebrate dengan orang kesayangan tapi orang kesayangan hilang mana ntah, geram sebab besties tak ada untuk celebrate together but isokey everything went well tu yang penting.






Alhamdulillah, it's officially a wrap up. I know ayah nak aku move on to another step dalam hidup. Dah ada degree dan ada masters, cukup-cukuplah tu katanya. Berlapis. Kalau direct sangat agaknya ayat ayah macam ni "Kawenlah copek den nak timang cucu ni haa" Gitu bahaso ea kolua. So, macam biasa sebab gambar sangatlah banyak, maka wajiblah jadi entry bersambung. Kalau hari tu brother bear yang beriya catwalk dengan jubah, ini kakak bear pulak nak ambek mood. 






Sempat gegedik sebelum gerak balik nilai pagi minggu lepas.
Ni mood dah mula masuk dalam 30 percent camtu agaknyalah. 
Dengan dress belang-belang. Urgh, Cliche.






And this is dalam convocation hall.
Seat betul-betul depan stage chu ols.
Ok. Tak boleh nak selfie beriya. Ok. Fine. Ok.
Okaaaaayyy!




Tuesday, May 12, 2015

HaNtU bELaNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



I'm wearing too much stripes. Entah macam mana boleh terperasan belek-belek gamba boleh katakan almost semua gamba pun pakai stripes. Tak kiralah dress ke, t-shirt ke, baju kurung ke amaigash mengeluh kejap baru sedar rupanya tak ada sense of fasion punya perempuan. Bayangkan bukak almari baju tu kalau pejam mata smbil pilih baju chances nak dapat stripes ada la dalam 60 ke 70 percent macam tu. Aku baru letak few gambar je ni, kalau letak semua gambar baju stripes yang ada dalam folder ni kang memang alamatnya magkatlah sumorang.






So, itu je nak cakap.











See, korang pun mesti tak perasan kan?





Sebab currently tak berapa nak ada kerja sangat dekat opis tengok gamba makan texas chicken dekat atas tu menggeletar pulak perut ni rasa. Well, more entry coming soon. Ni pun kebetulan tengok entry yang dua, tiga minggu lepas ke camana ntah yang aku cakap pasal misson seminggu tu yes inilah missionnya nak pakai stripes seminggu lepas tu nak selfie setiap hari tapi kononnyalah ntah mana pergi ntah mood masuk hari rabu je dah swing from the chandelier..... so tak jadi mission I godek-godek segala gamba stripes instead. 





And also, honestly, tengah ambek mood nak menulis balik. Lagipun,  bila kita dah cakap nak buat something, so kita buatlah. Jangan pandai cakap jeee...





Ok bye!















                                                                                               Ye, saya hantu belang!





Sunday, May 3, 2015

aFteR fOrTNiGhT


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Ampuuunnn tuanku beribu ampun. Lama hoi tak update belog nak kata bersalah tu tidaklah sebab belog sendiri kisah pulak aku update ke tidak tapi nak mintak ampun tu sebab ada jugaklah satu dua stalker yang bertanya tak ada cerita baru ke oh terima kasihlah stalker sebab bertanyakan khabar saya to be honest tak ada benda yang baaammm sangat nak cerita baaammm tu maksud dia macam gempak laaa. So tak ada cerita baaammm, maka tak adalah update. Jujur tak ada.






Last two weeks, told you my worst day of my life. Nak cerita pasal ex lagi ke? Cukuplah. Masih tak boleh bayangkan betapa dasyatnya aku punya kecewa masa tu like if you ask me what is my biggest disappointment in life well you know the answer. Him. Kecewa yang teramat sangat sampaikan aku tak tahu nak describe macam mana perkataan kecewa tu kalau ada level kecewa yang paling tinggi dalam kamus dewan bahasa haaa itulah perkataan yang akan aku letak dekat sini.





Things happened for reasons. Walaupun aku belum nampak hikmah di sebalik semua benda yang jadi, tapi aku tahu, aku takkan selamanya kecewa macam ni. Yuno, the healing process pun bukan sebulan dua. Tapi belajarlah. This is life. Lately, aku sibukkan diri dengan macam-macam benda. Sebab tu tak larat nak update. Kerja. Cari kerja. Buat kerja. Buat-buat ada kerja. Ni kebetulan cuti labor day, sambung wesak day, sambung cuti weekend, tu yang TER- rajin nak update belog, oh lupa nak bagitau satu benda lagi...






This is my graduation invitation. Will be this coming Saturday. Pernah berangan nak konvo dengan future-partner-to-be la kononnya. Rupanya this time around pun single jugak. But still mak ayah adik-adik semua ada. They deserve this the most. Kalau entry ni letak kad konvo, next next entry letak kad kahwin insyaAllah. Kau jangan esaited sangat tuan tanah kedaun pun aku tak jumpa lagi.






Sekian. Itu saja update kali ini. Featuring brother bear in da haus esaited tahap apa ntah yang kakak beliau tak pulak heran nak terkinja-kinja berjubah dalam rumah sungguh tak ada perasaan nak pegang skrol ke apa beli baju hari tu pun sebab kena paksa dengan mak omaigad semangat tak sampai lagi barangkali ok bye kita tengoklah dua tiga hari ni macam mana.





Friday, May 1, 2015

eXaCtLy Us




"Moving on and getting over someone is one of the hardest things you have to do in life. Especially if it's with someone you saw future with. So you have to move on the right way. Get your closure from them and tell them everything you ever wanted to tell them, how much you love them, how much you hate them, etc. So you will have no regrets or what ifs. Then tell them goodbye forever. If they let you leave without fight for you, then they're not wroth any of it any ways. It's going to hurt like hell. Allow yourself to be sad. To be angry. But you have to wake up every day and continue your life without them. It's always easier said than done. So just let time heal your wound. This is a time for you to heal. To take care of your heart. One day you will wake up and you won't miss them anymore."





~ when he said he won't let me leave but he did ~





Thursday, April 23, 2015

FaMiLy bbq OuTiNg - MiSsiOn SuCcEeD!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




It was the busiest weekend ever. Like the whole week I felt like the clock was ticking so fast. Eh, sekejap dah habis kerja. Eh, sekejap dah weekend. Eh, sekejap aku dah drive sampai utara. Eh, sekejap aku dah patah balik Negeri Sembilan. Eh, sekejap aku meroyan. Eh, sekejap aku dah cool down balik. Tak sempat nak digest emosi. Sungguh. Syaitonirrojim apakah yang masuk dalam badan aku ntah.





Anyway, abaikan syaiton-syaiton itu semua. Just nak share event yang aku manage last Saturday. The first event ever sejak aku bekerja obviously it wasn't perfect but I pretty much satisfied and impressed with myself hey kamon, I will never be able to do it without diorang kat bawah ni...






So, thank you my orang kuat. Kak Wan, Lala and Iman.
And Ferra. Tapi masa kitorang shopping ni dia datang lambat sikit. Haaa, kan da takda gamba. Hah!






Thanks to anak-anak yang tolong prepare all the foods. Tukang bakar chicken and lamb and sausages and burger patty and served all of us with nasi and spaghetti and tembikai and rebina semua tu amaigad seriously that was definitely the best part of all laaa. Makan hoi, siapa tak bahagia?






Also thanks to all the colleagues yang datang and support the event. 






Sorry, I snap my portion je. Lupa nak capture yang lelain. Tapi dalam kepala otak ni actually masih dok terbayangkan semua makanan dekat sana rasa menyesal tak habeskan semua hari tu demit!






And all the tukang gila dekat sana.






Amaigad.. I love beach so much! (and diorang pun yea i know)
Tak tahu sejak bila but this is my another pleasure yang tak berapa nak guilty sangat after fireworks. Haa, tibe-tibe rasa nak tengok fireworks jugak.






Oh yes. Tak lupa to my partner in crime, Amin. Event kita berjaya, babe. Tak sesia menari sakitnya tuh di sini. Urgh! I hate you tak pasal-pasal mabuk berjugit segala tepi pantai tu dengan kau. Anyway, you are awesome. You guys are awesome. Yes, sumorang pun awesome. Those who help and support me throughout the event thank you eberibodi. Yuno what? Natasha loves you!!!





Maka sekian habislah sudah reportnya. Kang sembang panjang-panjang korang jugak yang meroyan, muntah segala so baiklah aku berhenti dan sekian kita kembali ke sri pentas. Bye!





Wednesday, April 22, 2015

CoWaRd


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM




"You will never know your limit until you push yourself to them."





True. Aku sendiri tak tahu jauh mana limitation aku. Sebab sebelum ni tak pernah bercinta, now aku rasa. Sebelum ni tak pernah rasa kecewa. Now aku rasa. Sebelum ni tak pernah tahu yang aku sangat penyabar dan determined. Now aku tahu. Sebelum ni tak pernah tahu gila aku tahap mana. Now aku tahu. I found out a lot of new things about myself. It was fun and miserable at the same time. But at least now I know how it feels. And one day, I will look back at this day, cerita dekat anak-anak aku, 





'yuno girls, mak dulu pernah ...', 

'yuno boys, kalau mak tak kenal ex mak dulu, mungkin sekarang ...'

'yuno anak-anak, how I met your apak? he was ...'





Senyum terbayangkan dialog masa hadapan. *imagine I'm smiling right now*. Imagine jugak macam mana my next person will be? Macam mana aku punya sayang dekat dia. Sebab orang yang salah pun aku dah sayang gila macam ni, so I have no idea how I will love the 'right-one' nanti. 





Well, ini tulis dalam keadaan emosi dah stabil... nak baca apa yang aku tulis masa aku emosi tak stabil and meroyan gila-gila past few days...? Nah!





Dibaca dari bawah ke atas. Kiri ke kanan. Tq.





Anyway.. twitter memang selalu jadi tempat aku luahkan every single thing right away tanpa memikirkan perasaan sesiapa. On the spot. Yes. On the spot. Sebab tu bila now dah hari ketiga, bila emosi dah ok, and bila aku baca balik, rasa nak gelak je. Such a kid! Ntah pape ntah perangai seketul Ain Natasha ni. Eh, you takut ke baca ayat I? (takut-kan? yea-I know. because you always are.) Oh, don't worry. Now I doakan you panjang umur. No car crash will happen to you. And your sister too. Semoga tak ada lelaki yang mess and screw up her life. Ok. Bye!





Thursday, April 16, 2015

DeGiL daN DeSpEraTE


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




It's been a month. (plus 2 hari). Konon-konon hebat laaa mengaku dah move on. No. I'm still not. Banyak kali jugak fikir nak tulis ke tanak dekat sini. Dah puas conteng diari, dah puas semakkan whatssap girlfriend, dah puas pekakkan telinga orang, now I know broken heart is not easy to heal. Sampai satu tahap, serius aku tak tahan. Rasa nak call dia, rasa nak text dia, rasa nak stalk dia (walaupun tak ada benda yang nak di'stalk' kan), even worse rasa nak drive pergi jumpa dia... for no reason. Ntah. First love maybe. Dia melekat lama sikit. Gam gajah habes dia letak. Ignore ayat last.





Boleh rebound. I mean, nak cari orang lain bukan susah. Tapi bila gaduh pasal suka dengan sayang, memang dari dulu aku rasa, suka tu semua orang boleh dapat. Tapi nak sayang orang bukan senang. Nak buang rasa sayang pun bukan senang. Rasa nak tutup blog ni and create blog baru. Punyalah broken-hearted sampai nak buang segala laptop, telefon, tak nak ada communication langsung dengan sesiapa. Tak nak dah bercinta. Tak nak dah kenal siapa-siapa. Tak nak orang lain. Haaa, bunyi macam degil dan desperate kan? Yes. Memang pun. 'I-haven't-moved-on'. Have not. STILL NOT.





Aku tak cakap pun aku kuat. Aku tahu aku akan end up pathetic macam ni. Aku manusia hoi. Manusia perempuan. Manusia perempuan yang rajin meroyan. Berapa tahun baca belog aku takkan tak kenal aku lagi? Aku marah, aku maki orang. Habis semua sumpah seranah keluar. Dah tak jadi perempuan dah. Tapi bila aku maki orang yang aku sayang, maknanya aku memang sayang dia gila-gila-gila sebab dengan cara memaki tu aku rasa boleh tukarkan rasa sayang jadi benci tapi sebenarnya aku tahu sampai bila-bila pun aku takkan boleh nak benci dia ohmai ni pathetic tahap apa ntah...





Mungkin dia akan baca. Mungkin dia tak baca. Kalau boleh memang taknak dia baca. Tapi nak tutup belog ni semata-mata tak nak bagi dia baca macam... 'takkanlah-sampai-macam-tu'. Tapi kalau tak luahkan kat sini tak boleh jugak. So, I will keep writing. Keep on meroyan. Keep on admitting that I haven't moved on. Keep on saying, that...





If I have another chance to fix our relationship...





Maybe I will take that...





It's not because I'm a damn degil or desperate human being, 





It's because I'm not yet to give up. 





*maksudnya degil la tuuu*





yes. i won't give up on you too honey mustard fries beli dekat sunway pyramid haritu ohmai jatuh cinta serious ni nak cakap sedap dia camana ntah.





Tuesday, April 14, 2015

i'M wOnDeRiNg...




"I love you more than you love me."
- was that true?



Friday, April 10, 2015

IrMa & IrPaN bELaTeD BiRtHdaY


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Promise, aku akan tulis entry ni pendek je. Sebab ni pun dah almost Saturday, lepas tu nak cerita pasal last Saturday, nampak tak perangai macam mana? So, tak ada cerita. Itu je nak bagitahu. And nak wish happy belated birthday to my besfreng Irma (akibat typo yang keselaluan, aku tukar jela nama ko terus) and my boipreng, Irpan.





Semuga anda berdua membesar dengan sihat wahai kesayangans
*muahciked*






And when I say sihat, I mean please be S.I.H.A.T ok chu ols.





This time, masa tengah tunggu mama and papa beli set hot wheels dia, so both aunties jadi baby sitter kejap. Layan je dia punya cam whore and hyper. Yes, we don't mind becuz we love you so much Irpan.






Seriously, he was so hyper on that day. *dok bagi budak tu choco milk kaw kaw punya apa tak*. Actually, nak suruh Iema kandid gambar konon-konon I pandang Irpan, Irpan pandang I macam yang first picture tu. Sekali Irpan keluarkan dia punya random laugh tu seriously I kenot tahan. I ask him to stop but he keep laughing. And Iema pun keep kandid. Langsung tak jadi gamba romantik. Jadi gamba macam nilah. Last skali tu, muka dah malas nak layan dah. I am so kenot la dengan this boipren. Anis, sila ambek balik anak awak ni. I buleh mati sebab terlebih gelak taw.






Ok last. Gamba kaum-kaum ibu. Well, gossip tetap gossip. Just I sometimes imagine kalau I ada anak nanti, by that time Irpan pun dah boleh harap. So sebagai seorang abang, apa lagi aunty ocha akan kerah abang Irpan untuk jaga dia punya adik-adik. Heks. He will be a good brother. *nada yakin*






And yang tengah tu, do you know how excited I am dengar your call to be a cabin crew? Tengok dia punya inci pun dah tau layak tak layak kan. Super excited. Sumpah esaited rasa macam aku pulak yang nak fly. Amaigash. Aku tak patut upload gamba ni. Dah macam berdiri sebelah america next top model pun ada rasanya. *menyesal*






So, Puan Anis. Cik Irma dah move on, Puan Peah dah move on. Kita bila lagi???
*oh, awak dah ada ig. so tahniah. awak pun dah move on*



Thursday, April 9, 2015

NeXt WeEk MiSsiOn


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




I am getting excited. New semester is opening. It's a registration week. The kids are back. Can see their excitement as well (ke I yang excited?) What a typical early semester. Let's see for another three weeks. Hah. Don't know whether they can remain that excitement or not. As for me, everything is in position. Can't wait to shoot them with notes, assignments, tests, tutorial, exams (evil laugh). No idea how this short semester will be. So lets see.





Anyway, I have no intention to membebel panjang-panjang over here. Just nak bagi tau, next week I have mission for myself. And it has something to do with this picture...





Cuba teka apa dia...???





No idea kan? Ke dah tau?
Tapi still tak sure jugak kan?



Tuesday, April 7, 2015

mOviNg iN, mOviNg oN, MoViNg Up uP Up To ThE sKy!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Dua tiga hari ni busy. Actually, miggu lepas busy. Macam-macam jadi. Biol kepala. Ahad, tayar kereta meletup langgar bucu boarder jalan. Isnin tukar tayar. 140 hengget itupun selepas puas gedik-gedik dengan abang kedai tayar. Malam tu pulak, teman Kak Wan pergi KL. Honestly, that was my first time pergi UTC. (yang selalu nyanyi-nyanyi 'U.T.C, U.T.C, dekat tv tuuu). Selasa rasa macam dah loya-loya. Morning sickness datang balik agaknya. Rabu pergi teman Miss Neela cari kasut untuk wedding photoshoot dia. Fefeeling bridesmaid sekejap.





Khamis rasa macam nak angkut barang sikit-sikit pergi rumah baru, tapi pengsan jugak. Punyalah malas. (pembawakan budak kali ni teruk sikit. kembar agaknya). Jumaat, dating dengan Kak Wan lagi. Perempuan tu meroyan habis nak tengok Fast 7 tak dan nak tunggu gaji gigih booking tiket online cabut pergi Seremban terus lepas kerja (dengan alasan pakai baju kerja nampak macam wanita berkerjaya rasa nak lepuk je dengar jawapan macamtu). Sabtu, pergi opis macam biasa lepas kerja shoot Subang celebrate belated birthday bestfriend and boyfriend told you I was so busy. Itu saja summary seminggu. Tapi sebenarnya nak cerita pasal pindah rumah je.





Yang hari khamis tu la katanya nak angkut barang sikit-sikit. Actually plan nak tunggu semester bukak dengan niat bila anak-anak dah balik boleh la kerah sorang dua bujang-bujang sado tu mengangkut barang. Tapi spesis manusia yang takda kesabaran dan keimanan macam aku ni memang tak sanggup nak tunggu semester bukak even Encik Fatburner (nanti kita story behind the scene of fat burner tu kay), siap offer nak datang Nilai tolong pindah barang semua tapi dari Khamis nak ke Isnin tu rasa macam lamaaaaa gila tak boleh nak tunggu dah so aku pindah je sendiri. Khamis, Jumaat, Sabtu angkut barang. Ahad mengemas. Ada isu dengan access card sikit tapi alhamdulillah now dah settle. (thanks to Lala and abang-abang jiran)





So, my rumah basically...






I think, complete dah semua jenis rumah aku pernah duduk. Teres. Single story. Double story. Flat. Rumah kedai. Now aprtment. Next time, nak duduk rumah papan, rumah panjang, rumah atas air pulak. Tak complete lagi. Tapi basically semua jenis rumah pun dah pernah rasa. So, lepas ni kalau mati, tak terkilan sangatlah.






Ni siap dengan swimming pool bagai. Mulalah berangan nak kawen cepat, nak beranak cepat, nak main campak-campak anak dalam swimming pool, piknik-piknik, tak payah pergi holiday memana dah bawah rumah pon boleh fefeeling. *tasaba-berangan*






And ini rupanya bilik sebelum dan sebelum. Nak tengok keadaan bilik selepas? 
Sorry, untuk simpanan peribadi sahaja.
(sebab sebelum dan selepas tak jauh beza. kah)






And the very first morning. The very first view dari balkoni rumah. The day yang mengemas bagai nak gila. Dari tingkat berapa? Kiralah sendiri. Dengan ini, sekian sahaja entry pasal pindah rumah. Sebab sekarang dah mula berfikir secara serius demi masa depan diri sendiri, suami dan anak-anak. Family first. Ni nak ambek mood berkeluarga agaknya. Dah sampai seru? Agaknya. Agaknyalaaah...



Saturday, April 4, 2015

bUkaN sUsaH saNgaT NaK FaHaM LelaKi


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Lelaki, bukanlah complicated sangat macam yang kita fikirkan. Walaupun diorang ni spesis yang suka bagi 'mix-signal' kejap cakap macam tu, kejap cakap macam ni, kejap nak, kejap taknak, kejap sayang, kejap benci, ntah pape ntah kan perangai...




Dan memandangkan aku punya pengalaman banyak bagi tips and tricks macamana nak detect diorang ni punya perangai, I mean, lelaki punya perangai, so dengan konfiden dan angkuh dan riaknya, aku nak bagitau, sebenarnya lelaki ni senang je nak interpret. Seriously, diorang ni memang BANYAK menipu. Tapi TAK RETI menipu. Kadang-kadang nak gelak bila dengar diorang punya alasan, diorang punya jawapan, lagi best bila tengok riak muka diorang depan-depan. Padahal kita dah tau dah, saja buat-buat bodoh, iyakan jela semua yang diorang ni cakap sebab malas nak dengar cerita rekaan semua tu meleret-leret. Compare dengan perempuan yang bukan selalu sangat menipu, tapi kalau sekali menipu, well... you never know, baby. Especially yang drama queen... Like me. Or... it could be me. Or...





Whatever. So, 1st thing pasal lelaki. Diorang memang naturally a sweet talker. Mana-mana lelaki. Diorang akan cakap segala benda-benda yang sweet, yang manis, macam contoh ea, benda paling simple. Bila dia cakap 'I-call-you-back' tapi end up dia tak call kau sampai bila-bila, you know what it means? It means, dia cuma nak sedapkan hati kau je. Dia rasa, itu yang kau nak dengar, so itulah yang dia cakap. Simple. Yes. Walaupun apa yang dia cakap tu bukan kehendak dia ataupun dalam hati dia.







Samala macam.. commitment? Aku pernah baca satu ayat ni, "He'll kiss you, but he won't date you. He'll sleep with you, but he won't meet your parents". Pernah fikir tak kenapa? Again. Senang je nak interpret. Yang jenis mengelak-ngelak untuk commit in relationship macam ni, first, because he's not serious about you. He just wants all of the benefits (maybe nak teman dia bila dia boring) but at the same time dia nak bebas. Bebas date dengan orang lain without our presence. Long-distance relationship, lagi bonus. Dah la tak commit, lepas tu tak nak jumpa mak ayah. Seriously, kalau dia cakap dia commit, believe me, 'he just say it'. Words, without action, that's bullshit. He's not serious about you. Nampak? Senang kan nak faham?





Ok, macam mana kalau situasi lain sikit. Kalau nak detect lelaki tu ada perasaan atau tidak? Let's say, he's trying to talk to you, he teases you, well, my observation, lelaki kalau start suka dekat kita (actually sesiapa yang suka dekat kita tak semestinya lelaki lah), they will mirror our actions. Dia akan ejek cara kita cakap, cara kita gelak, cara kita buat sesuatu. Itu senang nak faham. Kalau dia text dulu, or call dulu, pun sama jugak. Meaning that he's trying to start a conversation with us, tapi dia tak nak bagitahu yang dia suka dekat kita (dulu). Eh, tak pernah dengar formula ni? LELAKI = EGO.





So macam mana nak tau? Through action. Hei hei, 'actions speak louder than words'. So, kalau dia tak cakap apa-apa, tapi dia buat, perhatikanlah apa yang dia buat tuuu. Tapi kalau dia cakap, dan dia buat, maigod, ini memang seriously kena respek gila-gila-gila. Kau sado tak sado, bagi aku, lelaki yang 'walk-the-talk' ni memang the real man. Tapi, kalau dia just cakap sembang kencang lebat sampai guruh petir berdentam-dentum tapi action zero, benda apa pun tak buat, my precious ladies, please walk away. Lelaki macam tu, worthless and pointless.





Oh, yang cakap pasal text dengan call tadi tu. Yang tu pun senang nak interpret. Kalau dia reply text, dia return call, maknanya dia memang nak dekat kita. Cara lelaki text kita pun kita buleh tau dia macam mana. Kalau dia reply, maknanya dia berminat, dia suka, dia care, dia akan cari masa, dia akan make sure dia ada masa. (for someone he wants). And kalau tunggu sampai 3 hari, 13 hari, 30 hari, no reply, no return call, apa kau expect itu bermaksud dia nak kau lagi ke? Dear my precious baby girls, tak susah nak faham lelaki. Kalau dia senyap lama-lama-lama-lama-lama gila tu maknanya dia memang dah taknak. Walaupun mulut dia cakap nak, mulut dia bagi macam-macam alasan, reasons, excuses, remember 'actions speak louder that words' tadi... so maknanya, dia tak nak. TAK NAK. Dah, pergi main jauh-jauh sana. Senang kan?





Well, last sekali. Kalau lelaki yang kategori selalu hanta 'mixed signal', camana nak buat? Mixed signal ni macam, hari ni dia cakap dia suka, besok dia cakap dia tak suka. Hari ni dia cakap dia nak kawen, tapi tak nampak pun any steps yang dia ambek untuk kawen. It's like kita sendiri pun konfius dengan dia. Kejap macam tu, kejap macam ni. So, maksudnya, kita ni only 'his-options'. Dia tengah konpius. Tak tahu nak pilih kita atau pilih orang lain. In other words, dia tak tahu apa yang dia nak. In other words, dia tak tahu arah tuju hidup dia. In other words, dia mungkin juga tamak. In other words, tak payahlah buang masa tunggu lelaki macam ni untuk 'dewasa'. Bagi dia masa 'growing-up' sampai satu masa dia sedar apa yang dia nak sebenarnya, and in the mean time, kita cari je lelaki lain yang dah ready untuk kita.





Tak susah kan. Nak baca lelaki. Tu laaa, actually dulu masa belajar memang ada niat nak ambek bidang 'lelaki'. But later I realize that, bidang 'lelaki' ni tak payah belajar pun takpe. Sebab senang sangat. Semua orang pun boleh score agaknya kalau bukak universiti dengan course untuk belajar pasal lelaki, hhmmph, every semester pun semua orang dekan for sure. Oh, please. No offense you guys out there. I'm not referring to any particular 'lelaki'... tapi kalau nak terasa ke, nak sentap ke, buat bodoh ke, nak gelak ke, mind you, ini pendapat sendiri. Kalau rasa apa yang aku cakap ni salah, salahlah. Kalau rasa agree, agreelah.




Ye. Tau. Panjang sangat. Membebel. Eh. Tapi. Betul kan?



Wednesday, April 1, 2015

KaN DaH RiNdU aDiK-aDiK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT



Dalam dunia ni, relationship paling best sekali nama dia "adik-beradik". Yuno. Kalau kau buat lawak depan kawan-kawan, tapi punchline tak sampai, but then bila kau buat lawak yang sama depan adik-beradik, adik-beradik kau mesti gelak kaw-kaw punya sebab walaupun diorang tak paham lawak kau tapi dia gelak sebab lawak kau tak sampai but the point is, adik beradik mesti akan gelak dan faham dengan ke'bangang'an kau bila buat lawak faham tak?





And adik-beradik is the best when it comes to family matter. Family frustration precisely. They know exactly what happen in your family, masalah sedara-mara kau pun dia tau, apa buruk baik perangai masing-masing, definitely they know you way better than any other people. Katalah kau pernah cerita masalah family kau dakat kawan-kawan, kawan-kawan punya understanding tetap takkan sama dengan adik-beradik punya understanding. Yelah. Sebab adik-beradik.





Bonus point kalau adik-beradik sama kepala. Let say, in term of shopping. Kadang-kadang kawan tak faham kenapa mak tak kasi keluar shopping, kenapa tak boleh balik lambat, kenapa tak boleh beli certain things, again, adik beradik jugak yang akan paham. Sebab mak kita mak dia, sama, apak kita, apak dia, sama. Sebab tu baju kita dengan baju dia, sama. Barang kita dengan barang dia, sama. Duit kita, duit dia pun kengkadang sama. Kawan manade buat macam tu... right?




Dan paling best, bila dah besar-besar macam ni, masing-masing dah matang, masing-masing dah pandai dah bagi nasihat, pujuk-pujuk, bagi kata-kata semangat kalau ada masalah bagai, kadang-kadang drama sangat tapi yelah... siapa je yang paham drama kau kalau bukan adik-beradik kan? Walaupun kadang-kadang aku bukan rajin sangat nak dengar masalah orang, tapi bila dengan adik-beradik, rasa macam terus berubah pulak sistem saraf. Ye. Memanglah tak sepanjang masa bantuan boleh sampai. Tapi most of the time... rasa best taw bila boleh berlagak dengan adik-adik. Kah!





Ok, that's the best part being a sister. You feel needed. You feel like a survivor. Kadang-kadang rasa macam tak ada sapa boleh lawan kau. Tak ada sapa boleh menang kalau gaduh dengan kau. (not physically of course). But I know, I'm always their best sister ever. Ni entry macam syok sendiri macam riak pun ada dah kenapa? Amaigash, ampunkan aku Tuhan. Kang turun malapetaka pulak angkuh sangat tulis kat sini. So, because this makes me miss you so much adik-adik...





Haaa, sapa suruh post macam ni. Kan dah rindu. Bila nak balik rumah?



Monday, March 30, 2015

I'm WaiTiNg


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Susah nak rasa bahagia dalam hidup ni kalau hati asyik nak rasa dengki, sakit hati, benci, dendam dekat semua orang, setiap masa. Susah nak enjoy. Tak rasa fun dalam hidup. Lepas tu, dah tau dok bercinta dengan orang yang salah tapi tak nak break up. Lepas tu tak nak move on. Lepas tu tak nak buat perubahan. Tak nak start something new. Lepas tu tak nak keluar memana. Tak nak bercampur dengan orang. Lepas tu tak nak luahkan apa dalam hati. Lepas tu bila orang tanya, mula nak cover up everything. Lepas tu tak nak buat decision. Tak tahu arah tuju nak ke mana. Lepas tu asyik nak avoid masalah instead of selesaikan masalah. Kamon. Sampai bila?





Serius, ramai suruh aku fight balik. Ramai bagi aku idea ala-ala-revenge giteeew. And serius, bukan aku tak nak. Bukan aku tak boleh. Benda gila apa aku tak pernah buat kau tanyalah. Tapi sebab benda-benda revenge ni bukan fun pun nak buat. Bagi syitonirrojim lompat-lompat bahagia semata....





So, aku senang macam ni...









Kalau aku memang ada sakitkan hati orang, kalau Tuhan turunkan segala bala dekat aku, really, I will tell myself, "I deserve this". So, kalau aku pulak yang disakitkan, whateverlah. I do believe in karma (well, it actually really does exists). So...




Alash nak layan.
I'm gonna wait. You oso gonna wait. Lets wait togedaaaaa!!!





p/s: itu gamba dua minggu lepas ke apa ntah tunggu traffic light ijau kemainlah lama hah.

Saturday, March 28, 2015

BiaRkaN sCrEeNsHoT iTu bErCaKaP


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




AMARAN: Segala screenshot perbualan yang terkandung di bawah sudah mendapat kebenaran daripada tuan tanah kedaun otherwise saya bukanlah jenis suka buka aib orang walaupun content perbualan tersebut melibatkan orang-orang tertentu I mean, ada orang-orang tertentu yang kita tak perlu sangat nak jaga perasaan dia selepas apa yang dia pernah buat dekat kita panjangnya aku punya 'amaran'. Ok bye.






Honestly, nak sebut nama dia pun malas. Yuno. Malas yang macam malaslah. Macam setiap kali keluar nama tu amaigash rasa sedepuk beban jatuh atas kepala terus pengsan kena himpit ke camana ntah nak cakap macam penat gila ni tengah taip ni pun rasa penat jugak dia punya malas tu was like malas gilalah, dahlah screenshot tu pun dah berapa hari ntah, tapi sebab ramai yang bertanya, (ramai rupanya yang follow up relationship aku rasa macam retis tetibe) well, dengan ini secara rasminya saya mengumumkan HEY SINGLE LADIES, I'M BACK AS YOUR PRESIDENT!!!





Reasons? Sangat banyak. Serious aku boleh buat entry bersiri untuk keluarkan segala flaws mention every single thing tapi kan aku dah cakap tadi. Malas. But Anis was super super fun. Yuno bila kau ada kawan yang memang spesis masuk air like everything yang kau cakap pun dia layaaaaannnkan je. At my worst, at my best, Anis seriously deserve a "Bestfriend Award" of the year. So, itu je yang aku mampu. Anyway, kalau kau rasa apa yang aku buat ni tak patut, kalau kau rasa apa yang aku buat ni as like membuka aib orang ke apa, well, you-never-know-how-i've-been-treated.





Anis, thank you for allowing me naikkan nama awak dekat sini. 
Mesti rasa pemes kan lately...hah!








Thank you so much Anis. For always be there for me. (Lap air mata)




Ok dahlah. Aku cuma mampu cakap yang aku boleh jadi sejahat-jahat manusia dan sebaik-baik manusia atas muka bumi ni. But honestly, sebagai seorang perempuan, aku harap dia tak treat mana-mana perempuan macam mana dia treat aku. Sebab tak nak perempuan lain rasa apa yang aku pernah rasa. And hopefully mana-mana perempuan tu bukan adik dia atau kakak dia atau mak dia atau 'perempuan' dia sekarang...





Aku bukanlah jahat sangat sampai nak mintak yang bukan-bukan jadi dekat dia. Tapi aku pun taklah baik mana nak doa semoga dia berbahagia apatah lagi nak halalkan orang makan duit aku. Return my money. And say sorry (kalau rasa bersalah). And I shall delete this entry. That's all. Thank you.




p/s: kelakarnya bila teringat balik ntah macamana ntah boleh sayang orang macam ni.

Wednesday, March 25, 2015

bLuR


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT





Yuno perasaan aku at the moment?





Macam ni...



 Blank




Nak dekat dua jam jugak ah aku dok hadap screen macam ni dari tadi. Bukan sebab tak tahu nak cakap apa, tapi sebab tengah organize, apa benda yang aku patut cakap dulu. Nak bagi nasihat ke, nak meroyan ke, nak perli orang ke, nak buat luahan perasaan ke, nak menggila ke, rasanya semua tu pun boleh masuk dalam satu entry ni. Tapi... Tetap blank.





Blank tu sebab lost sebenarnya. Sebab dia hang. Student aku selalu tambah 'hangover'. Kadang-kadang kalau kita pandang something, otak akan automatik analyze what when who which how semua soalan akan keluar. Tapi aku dua tiga hari ni macam loading sket. Maybe you can say in term of feeling, I am feeling-less at the moment. Walaupun Encik ______ (still tak tahu nak letak nickname apa) selalu bagi aku mengilai sorang-sorang tetengah malam, tapi masih lagi... yuno... blur...




Ntah apasal ntah?
Any idea folks? - Jauh daripada Tuhan? - Mungkin





 Nah. Selfie bawah meja...



Friday, March 20, 2015

cHu oLs CaKapLaH aPa-aPa... i-don't-care


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Life is so unfair. Kadang-kadang kita buat macam-macam but we got nothing in return. Kita sayang orang, tapi orang tak sayang kita balik. Belajar penat-penat tapi kerja ntah apa-apa. Gaji kecik. Boss annoying. Nak kena lempang? Perlu ke buat something for reasons? Perlu ke sayang orang for conditions? Kerja ntah apa-apa tapi kau enjoy kerja, tak stress tak pressure. Boss annoying tapi kau dapat opismet yang cool. Gaji tak banyak tapi still every month pun kau boleh shopping. Yuno, life is actually fair. Yang cakap life is unfair tu orang yang tak bersyukur je.





Kenapa nak kena kisah pasal orang? Orang gaji kecik, orang gaji besar, orang beli itu, orang beli ini, orang tu cantik, orang tu kurus, orang tu dapat husband macam tu, macam ni, maigod tahu tak apa yang kita nampak semua tu orang punya luaran je pernah tak fikir sebalik tabir orang gaji besar tu ntah-ntah dia sakit ke, orang yang beli macam-macam tu ntah-ntah dia tak bahagia ke, perhaps, dia nak jadi macam kita ke, and orang yang miskin tu mana tau sebenarnya dia tak ada masalah, hidup dia rasa cukup, tenang, bahagia... 





Tak faham, dengan orang yang suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kalau dah semua orang merasa benda yang sama... itu bukan life yaw. Come on, stop comparing our life with others. Belajar bersyukur. Belajar untuk rasa cukup. Belajar untuk tidak menghina kekurangan orang lain. Yes. I'm talking about perangai orang yang suka menghina as well. Sebab kadang-kadang dia tak sedar yang dia menghina orang. Konon-konon nak tunjuk dia cool la selamba cakap direct dengan orang, kau-pendek, kau-bumper-besar, kau-gigi-senget, kau-breast-kecik, kau dah apahal?





Well, if you ask me, seriously, I don't give a damn care dengan orang-orang macam ni. Memang menyakitkan hati. Especially bila kita tak cari pasal dengan dia and suddenly dia nak menghina kita like excuse-me-do-i-know-you? - So kalau kau rasa macam something is wrong with me out of sudden maknanya memang ada la yang 'wrong' di situ sebab I seriously am very transparent. You can see me inside and out clearly. So, bila aku rasa sentap, aku takkan counter balik. Aku diam, aku malas nak layan, now check balik ada derhaka dengan sambadi tak???





And please people, life is too short. So don't make things complicated. Tak payah nak perbesarkan benda yang kecik. Serabut tau tak. People say sorry, forgive them. People ask question, answer them. People do wrong, guide them. People hate you, let them. People hurt you, kill them. Ok, tak. What I meant to say is apa yang orang anggap tentang kita, apa yang orang fikir tentang kita, apa yang orang tak puas hati dekat kita, it is none of our business. Biarkan dia. Dia buat apa yang dia rasa bahagia, so kita buat apa yang kita rasa bahagia.




Tak perlu serius dalam hidup. Nak kejar itu nak kejar ini, percayalah, Tuhan akan bantu. Tapi masih dengan effort. Apa kau expect duit turun dari langit ke kalau kau tak bekerja? Just take a breath. Enjoy the moment. Tak dapat kerja yang better, maknanya belum ada rezeki. Tak jumpa calon suami, maknanya belum ada jodoh. Tak mampu beli itu ini, maknanya ada benda lain yang lebih penting untuk kita beli.






Ye, saya bahagia selfie sensorang dalam opis acah-acah bawal hijabisteeerrrrrr buat tutorial pakai tudung rasa nak lempang laju-laju kan?






Dan disamping acah-acah buat bawal tutorial, aku tengah fikir nak letak nickname 'Encik ______' apa pulak untuk beliau kat atas ni. (Amaigash, kenapa awak chumel sangat?) Ok guys, I don't have time to care about others. Sooooo busy enjoying myself. Encik Domoi? Let's pretend we dont' know him, ok? Let him rest in peace. Amin. Ok bye readers. Soon I reveal the story ya! (hugs and kisses)



Wednesday, March 18, 2015

fRiEnDs AnD maTuRiTy aNd... (what exactly the title - idontknow)


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT




Kadang-kadang aku rasa aku punya maturity level ni jauh gila daripada umur sebenar. Tak tahu kenapa. Mungkin faktor 'kakak-kakak' atau faktor 'dah-suku-abad' atau mungkin juga faktor 'senang-piss-off-dengan-perangai-orang' sebab kadang-kadang age does not define maturity so kita tak tahu umur dia 30 tahun atau 35 tahun tapi sebenarnya dia takut nak tengok wayang sorang-sorang atau masih mengadu dengan kakak bila gaduh dengan girlfriend tapi wujud jugak manusia umur 19 tahun atau 22 tahun tapi dah mula bina empire sendiri manage their life from head to toe you know tak mintak sesen pun duit mak apak... or duit girlfriend... well, that kind of people does exists.




Mungkin itu reason kenapa aku suka Anis. Bunyi macam gay tibe-tibe. (Abang Nabil dengan I memang selalu bermadu berebutkan Anis) - So last week memang random sangat. Pagi Jumaat hari tu jenjalan cari buku dekat Popular teringat buku yang Iema beli kat Borders masa reunion previously borak-borak ntah camana terus deal dengan Anis nak coffee date so aku pun terus shoot malam tu pergi Upstairs Subang and there you go, kaum-kaum ibu buat meeting sampai tengah malam...






This time dating berduet saja. Yes, my boyfriend Iron-Irfan-man memang always akan tag along.
Rindu mummy Ocha latew...kah.





Mula-mula buat homework, lepas tu boring men game, sambil tu minum choco drink dia, 10 minit kemudian dan terbaring dah kat kerusi. Ohmai, kesian menantu ai. 





Apa nak caption sebenarnya ni? Ok. I don't know the reason why I write this entry. Serius tak tahu. Tak rasa nak cakap pasal apa-apa. Maki orang pun tak. (Next entry probably) Mungkin sebab rindu kot. Rindu nak menulis. Dulu masa gigih buat thesis rasa macam nak patah segala jejari. Memanglah kopipes, tapi still kopipes guna jari taip sesatu ayat tu yuno. Well now, bila lama tak tekan keyboard mulalah rasa something wrong somewhere. I guess I will never stop blogging forever.






Well, dah alang-alang sembang pasal mature tadi, boleh je kalau nak relate kan dengan Anis. Yelah, kalau dalam group friday night ladies tu, Anis la yang paling veteran sekali. Memang kena dengan umur kena dengan perangai dengan muka kan kan kan ok muka tak. Kalau ikutkan muka tua memang akulah yang paling veteran (fine-kau-tunggu-aku-pakai-susuk-nanti).





Sebab dah terbiasa meng'kakak' kan orang, yuno, I don't really like kalau ada orang lain meng'kakak' kan aku I mean, memanjakan aku, treat aku macam adik amaigash I'm so kenot lah dengan orang macam tu. That's why kawan-kawan aku ramai yang kategori 'kakak-kakak' jugak macam anis, dia anak sulong, Peah pun anak perempuan sulong, Iema also walaupun dia bukan kakak dalam family tapi dia super super super independant so secara tak langsung, kriteria 'kakak' tu ada dekat dia. Mungkin itulah faktornya kenapa aku boleh melekat acah-acah sisters dengan mereka dan tak kisah sangat kalau nak dikakakkan oleh mereka haaa giteeewww.





Maka kesimpulannya di sini, now yuno kadang-kadang bila aku punya natural spirit tu hilang, aku tahu mana nak pergi. Ini bukan cerita tentang Tuhan. Aku tahu aku dah jauh menyimpang. Tapi kadang-kadang bila kita tahu ada kawan-kawan yang Tuhan hantar sebagai teman, what else can I say... Aku tahu ayat ni cliche, tapi kawan waktu suka merata kita boleh jumpa, kawan yang senyum waktu kita jatuh lagilah bersepah. Tapi kawan yang sudi nak pinjamkan bahu untuk menangis, kawan yang tepuk-tepuk paha kita bagi syaitonirrojim keluar sebab dia tahu kita punya meroyan macam mana hah mengarut dah... 





Ok, I really am thankful for each and everyone of you. Tetibe nak sedih padahal cerita pasal maturity kan tadi ni apahal dah lari jauh sangat? Dem. Later gais, later. Cari tune nak menulis jap, berteraboq pi mana ntah...



the history

Followers