Sunday, March 14, 2010

ceRiTa pAsAL Si aBu (bukan nama sebenar)

Again, i spend my weekend alone with me myself n i... Bila la agaknye aku dapat luangkan masa weekend ni dengan rumet aku ek...? Asyik balik jela keje ko ye fay...! hehe, never mind, i used to it. Aku pun selalu gak balik. Sama je kita berdua...heh.

Well, mesej entry i kali ini, sangat mudah. Dan ditujukan terus kepada si penghantar mesej yang berbunyi begini,

"Salam Ain, pa hbq?
Awat yg u lani dh mcm lrikan diri pd i?
(sepatutnya 'dari i', bm pon kantoi.)
U dh ada org laen d aty kew?
Hurm..xpelah i x nak gnggu u lg.
Huhu. Bye"
(dihantar tepat 4.04 am)

Bangun pagi je, terus rasa annoying bila bace mesej tu. Beginikah permulaan hari ahad aku? Sumpah x komersial. Tutup flip telefon, dan terus sambung tidur dengan harapan bila aku bangun semula, mesej itu hanyalah lakonan semata-mata.

Lakonan habah kau. Betul la tu. And otak yang lembab giler pukul tujuh tu, mula la terkial-kial nak berfungsi. "Bila masa pulak aku pernah ada hati dekat mamat nih?" Adoi, statement x boleh belah an. Cuba baca balik mesej kat atas tu. "U dah ada org laen di aty kew?" Pergh, nak muntah balik lauk ayam tengah hari semalam boleh tak...?

Alamak hai, bukan setakat dah ada orang laen di hati, tapi memang dah lama ada dah. Nama U, x pernah masuk dalam hati i ni. Sipi2 pun tak. So x ada istilah 'Dah ada orang lain' di sini. Alahai, boleh mati kesengalan aku kalau semua orang berfikiran macam mamat ni. Mau describe ka? Hah ni, aku ceghita sikit.

Abu (bukan nama sebenar) ni dulu, sama2 pre- dengan haku kat uitm kedah merbok nun. Lani, sambung degree kat shah alam jugak. Satu kos ah senang crite. Disebabkan satu kos la aku mula kawan dgn dia. Padahal kat kedah dulu, tegur pun x pernah. Nak kawan, lagilah haram jadah an.

Ni sume setat sejak si Abu (bukan nama sebenar) ni jatuh sakit. Ade la lecturer haku ni, tegur aku n the gang kat dalam kelas, "Kesian kawan kamu si Abu (bukan nama sebenar) tu, dia mesej saya cakap tak ada siapa pun datang melawat dia dekat PK". Dush, aku yang sensitif ni ape lagi, terasa la. Langsung la aku hantar mesej bertanya khabar, tanye perkembangan si Abu (bukan nama sebenar) ni. Hitu, hini, hitu, hini. Lama2 kami pon kawan.

Dah nama pon kawan. Tak pernah pulak aku fikir lain ke hapa ke bila dia dok 'syg2' dgn aku dalam mesej. Dah dgn kawan2 aku yang lain pun cmtu. Nak kisah hape. Normal je bagi aku. Heh, tapi kadang2 ade gak rasa nak bagi penampar, tapi kuang haja sangat la pulak rasanya an. Makin hari makin la kerap. Dan aku yang gila2 ni, dok gedik pulak melayan. Sampaikan dah x de 'aku' 'kau' lagi dah, terus tukar 'i' 'u', even jumpe depan2 pon cakap mcm tu. Heh, pelik tu ada jugak la. Tapi dah terlajak berkawan, nak buat macam mana. Kang kena cop title sombong kang, mula la semua orang buat2 x kenal.

Tapi tu semua x lama. Makin aku kenal si Abu (bukan nama sebenar) ni, makin meningkat kadar alergik aku. Just becareful la ek, lelaki, kalau baru beberapa hari kenal and dah pandai mintak top up dari kau, itulah nama yang pertama sekali kau harus padam dalam senarai nama bakal menantu mak bapak kau. Mungkin sekali dua tu kau boleh konsider lagi. Tapi bila everytime kau mesej, everytime jugak la dia mintak top up, itu memang sah2 nak kena boikot la tu. Mujur aku x buat kempen tau. Kalau x, memang habis la kau Abu (bukan nama sebenar).

Dan cukuplah sampai di situ. Aku rasa, kau memang takde peluang kot untuk ambik hati aku. Memang aku x pernah ada hati dekat kau, sebab aku sendiri pon x ada hati. Dan lupakanlah niat nak hantar cincin meminang kat rumah aku tu. Sebab tanda2 'aku akan tanggung hidup kau' aku dah nampak sekarang. Thats not a gentleman namanya. Aku lebih rela adopt satu rumah anak2 yatim atau oku atau sapa2 saja yang x berkemampuan, asalkan bukan kau yang gagah perkasa yang mampu tanggung hidup kau sendiri nih.

Dan mintak maaflah, aku bukan berniat nak menyinggung perasaan kau, tapi kau memang terlebih suda...! Mujur aku tak bukak keburukan kau dengan lebih banyak tau...

p/s: mintak2 la Abu (bukan nama sebenar) tu x baca entry aku nih..fuhh~

No comments:

the history

Followers