Kau tahu x betapa aku melebelkan minggu ni sebagai minggu yang paling 'WORST N TERRIBLE' dalam hidup aku...? Rasa macam kau dalam tahanan dekat guantanamo tau tak..! Mintak maaf la, saye x pernah sampai ke sana, tapi agak-agaknye 'worst' sampai tahap itu la kot.
Ok, first thing yang amat sakit, my ptptn form was rejected hari ahad ari tu. Hampas punye kejadian. Seminggu suntuk aku bersangkak-sangkak meng'complete'kan segala benda pekejadah tu, sampai sanggup balik rumah semata-mata nak ambik sijil spm padahal boleh je mintak tolong dekat mar, kelasmet aku yang dok kat tampin tu jugak. X pasal2 da membazir duit tol dan minyak RM80 campur tolak tambah darab bahagi pergi balik rumah atok nk mintak cop ketua kampung sume.
Heh, pesan la awal2 bang, x boleh pakai cop ketua kampung. Sampai la hari selasa aku dok ke hulu, ke hiliaq, dah naik berbulu aku tengok muke 'abang syawal' ptptn tu ha. Yela, asyik dok reject borang aku je. Hitu salah hini salah, hitu x boleh, hini x boleh. Kalau abang masuk meminang saye, saye reject abang macam tu, abang mau...? Abang tau x saye tengah trauma dengan abang ni...?
Dah la, tutup pintu ptptn. Pintu worst yang lain, my academic writing presentation jugak was rejected. Ini memang sangat aku x boleh nak terima. Mentang-mentang aku jadi group last yang buat pembentangan, baru intro je, dah kena hentam. Intro beb, intro. Belum masuk isi lagi tu. Tau la dah lewat petang, tapi...
Haish, cakap lebih-lebih kang, x pasal-pasal fail paper aku. Apa kau buat...? Menangis sorang-sorang dalam kelas, after sume orang dah balik kan. Pastu lepas geram pusing-pusingkan cubic square kau tu sampai bile rasa macam kenanga tu dah sunyi giler nak masuk senja, baru la kau terkial-kial nak balik, jalan kaki, slow motion gile, macam kau stroll tepi pantai, muhasabah diri habis-habisan. Siapa yang ada di sisi kau...? Nobody...!
X pe, n by the way, tahniah la kepada group kakak2 dan abang2 yang berjaya mendapat pujian dari Dr.Noorida dan juga group kakak2 yang konon2 mintak softcopy my linguistik assignment dan copy habis-habisan masuk dalam presentation kakak tu ek... Damn...!
And the last day of that week, hari jumaat hari tu, aku ada test academic writing. Kali ni kena buat analisis pulak. Masa yang diberikan, 2 jam. Ade lima soalan esey, eh silap, empat je. Tapi, jawab semua soalan ok. And lepas tu, ade kelas bel492, presentation skills pulak. Then, my klasmet sorang ni, yang namanya 'kakak' tapi tamau dipanggil kakak tiba2 dok datang suoh aku tuliskan teks speech untuk presentation bel dia kejap lagi.
Hanya disebabkan main point tu aku yang bagi, teruigh dia mintak aku tuliskan the whole teks 4 her. Aku bagi main point je kot. Pandai-pandai la nak elaborate macam mana. Dah berapa minggu da, x kan x sempat nak google langsung. Dengan mata berguli-guli, aku pun pandang muka dia yang macam 'Oh plez, i beg ur pardon' tu, sambil cakap dalam hati. "Gila ke apa? Orang tengah dok buat test, dia suruh tulis teks bel." Tapi, akhirnya aku tolong la jugak.
Then, dah siap, even masa tinggal lagi satu jam ni kan, ah, jawab jela. Tang mana yang agak susah tu, jeling2 la orang sebelah sikit, sekali kau... Haram jadah, depa suma yang dok jeling2 kat aku. Sengalnye perasaan, hanya Tuhan yang tahu. And bertambah sengal bila x lama lepas tu:
"Ain, boleh check kan grammar akak ni tak?"
"Ain, boleh tolong betulkan ayat akak ni?"
"Ain boleh buatkan slide untuk akak x?"
"Ain, boleh x tolong tukarkan gambar dalam slide ni?"
"Ain, tolong tukar ayat ni dalam bi."
"Ain, boleh tak kalau akak nak cakap macam ni?"
"Kak, ain tengah jawab test ni."
dan dalam hati pun mula la nak keluar semua segala
what the _ _ _ _ tu...
Macam mana tak terrible weyh, bile aku cakap aku x nak datang kelas bel, tup2 depa suma pon pakat-pakat tamau datang kelas. Apekejadah tu...?
p/s: Saye x berniat pun nak mencarut,
tapi bila hati dah x sanggup tahan lagi...
No comments:
Post a Comment