Sunday, April 11, 2010

KaU Ni CoPyCaT Laa~

Seronok kalau dapat jalan-jalan cuci mata... Sambil tengok gelagat orang... tengok perangai orang yang kadang-kadang boleh terkeluar statement like "Ooouh, what a cutie cutie boy" (dasar gatal kau ni, ocha) Or maybe like, "How sweet...~" Especially bila kau nampak a loving husband and wife tengah jalan2 pimpin2 tangan, sambil 'i tenung mata u, u tenung mata i.' (Owh, pasangan boifrend dgn gefrend yang buat macam tu x masuk dalam kategori terbabit ea. Perhaps aku akan cakap macam ni, "Oh my esprit, gelinya aku tengok kau." (tambah-tambah pulak bila dok tengok teenage2 nowadays ni yang feshion depa dok loklaq memanjang tuu, haish!) Haa, kan, kan? Seronok tengok gelagat orang ni. Sometimes, dari sini la idea-idea bernas aku untuk menulis cerpen akan muncul. (Idea bernas? Nak pergi muntah jap lepas bace ayat sendiri...~)


Ermm, apa-apa pon, i dont think that i would like to post about all those statement seperti yang tertera di atas. Bukan apa, aku tulis intro macam tu pon sebab nak cakap, kadang-kadang bila tengah dok usya-usya orang tu kan, tanpa kau sedari, tiba-tiba akan keluar statement macam ni pulak; "Eh, handphone dia sama macam aku la" "Aaai, macam kenal je corak tudung minah ni." "Alamak, macam mana baju yang dia pakai ni sama macam yang aku pakai?" "Adoi, sama la pulak design kasut dia dengan kasut aku. Setakat kaler je lain, heh."


Naaaah... Sebab dah selalu jumpa orang yang sama taste macam aku, tiba-tiba teringat pulak dialog Bib kawan baik aku yang sama sengal dan sama penin yang sama-sama panjat pokok rambutan belakang asrama waktu form 3 dulu...


Ocha: Weh bib, jam kau ni sama la macam jam yang ayah aku beli hari tu.
Bib: Abis kau ingat, kilang jam tu buat jam untuk kau sorang ke?


Bhaaa, ambek kau sebijik jawapan dia. Sampai sekarang aku ingat lagi ayat minah tu. Because of what...??? Practice makes perfect...ngahaha. (kantoi ar ko selalu bagi bijik2 tu kat orang, kan?)


Tapi x pe, biase la tu semua. Bumi mane yang tak ditimpa hujan? Laut mana yang tak pernah bergelora..? (Pedia budak ocha nih?) Haaa, sengal dia dah mula dah. Ok2, masuk point terus...


Awak... kalau dah 'TER'beli barang tu tak apalah. Ni kalau yang saje-saje nak beli nak tiru barang orang. "Eleeeeh, ingat kilang tu buat jam untuk kau sorang?" "Ada nama kau ke?" Hek eleh... Meh sini aku pulak nak eleeeeh ngan kau. Masalahnye, kau beli jam tu lepas nampak aku pakai. Maknanya, kau beli jam tu sebab kau nak pakai jam yang macam aku pakai jugak, kan?


Kau ni COPY PASTE laa.. Eh silap. Kau ni COPYCAT laa.. Aku tak suka orang macam kau ni tau. Sebab bagi aku, orang macam kau ni tak ada pendirian. Suka jadi pengikut. Orang buat macam tu, kau pon buat. Orang buat macam ni, kau pon buat. Tak geti nak tegak. Macam lalang di padang rumput... (aicheh)


Dulu aku pernah jumpe sorang. Suka tiru apa yang aku buat. Aku pakai jubah dia nak pakai jubah. Aku beli wedges, dia pon nak beli wedges. Aku suka handphone flip, dia pon nak suka jugak. Sampai mamat yang aku suka pon dia gedik nak suka jugak. Punyalah bengkek hati aku time tu. Bersungguh-sungguh aku separuh mati nak reka stail sendiri supaya tak sama macam orang lain. Saaangat weh. Saaangat x suka bila ada persamaan dengan orang lain. Aku nak aku soraaaang je yang pakai barang tu, yang ada barang tu, yang guna benda tu, yang jadi tuan benda tu. Tak kisah la walaupun sebenarnya ada orang lain jugak yang guna. As long as aku tak tau, it's FINE..!


But this is soOo... OBVIOUS! Tak sangka kat sini pon aku jumpa lagi orang macam tu. Si Copy Paste. Eh, salah lagi. Si Copycat...! Haa, COPYCAT. Yang terlalu amat sangat sangat dan sangat nak ADA APA YANG AKU ADA. Apa perasaan kalau kau jadi aku? Apa yang kau buat semua orang ikut? Apa yang kau ada, semua orang nak? Apa yang kau buat, semua orang nak buat? Sampaikan orang lain mengiktiraf orang yang copycat kau tu yang mulakan stail tu dulu. Meluat an? Haaa, pandai. Macam tu la aku rasa. Bengkek, bengkok, bengkung, bengkarung... (???) Semua ada..!


So, kepada kau... Just SATU je yang aku nak pesan. Aku tak kisah kalau kau betul-betul berkenan tahap nak mati dekat barang-barang yang aku pon berkenan jugak tu. Tapi PLEASE, jangan la sampai menampakkan barang yang kau berkenan tu sebijik macam yang aku berkenan. Orang lain mungkin bangga kot bila orang lain suka ikut fashion or style macam dia. Tapi bukan aku ea..! Bukan Cik Ocha. Aku tak suka sama sekali. AND NEVER EVER LIKE IT...!



Haa, kau COPY la diri kau sendiri, CAT...~

2 comments:

yana said...

samalah! saya pn tak suka! :)

Unknown said...

stuju ngan yana juga.. yeay, ada gang..!

the history

Followers