Thursday, April 8, 2010

pEnYaKiT DaH MuLa SeMbUh~

I've just finished my laaaaaast killer presentation... Finally, alhamdulillah. Walaupun bukan dalam erti kata 'finish' yang sebenar, tapi at least, aku tak perlu la meneruskan hasrat untuk suicide beramai-ramai lagi lepas ni. Dan bilik yang aku book dekat tanjung rambutan tu, dah boleh cancel kot. Oouh my dolce gabbana, group assingment teramat sangatlah mendatangkan banyak wabak penyakit kepada aku yang masih muda remaja ni. Apa kejadah an? Kesian betul aku dengan diri aku sendiri. Muda-muda dah dapat penyakit. (Haa, korang yang tengah skodeng belog aku tu pon, sila kesian jugak...!)


Geramnya akuu...! Ini semua gara-gara..... Ok, tak mau kutuk-kutuk orang dah. Mengumpat-ngumpat pon tamau. Cukuplah segala dosa yang telah aku lakukan selama ini. Pahala dah la tak seberapa. Amal ntah ke mana? Mana nak cover yang lain-lain lagi? Haaa, jawablah kalau berani? Konfirm masuk syurga ke nih? Konfirm jadi bidadari syurga ke? Jadi mak guard pon belum tentu layak, ade hati eh kau nak jadi bidadari? Maksiat dah la tak terkira. Yang kau tahu, berfoya-foya je. Apakejadahnye? Apakebanefitnye? Boleh bagitau saya sekarang...? Haa, encik yang baju biru yang kat hujung tu sila bangun dan jawab...~


And done pasal assignment sume. I just need as many ecstasy as i can, to help me stay up every night without leave the eye bag circle around my eyes. Hahaha haduuuh, nak mintak supply kat sapa ni haa? Sape pengedar ecstasy kat sini, angkat tangan! (Ahaaa, abang joe..~)


Tak pe, tak pe. Tu kita cerita di belakang tabir ye. Recently, terasa amat rindu pada pintu pagar bewarna maroon yang berkerawang-kerawang keemasan setinggi dua kali ganda dari aku tu, dengan cat dinding kuning terang yang mengalahkan istana YDP Agong di istana negara, yang dihiasi pokok-pokok bunga yang tidak berbunga, (itu pokok hiasan namanya), beserta lampu bulat comel di atas tiga tiang kecil di atas tembok yang tertera nombor 3882 itu, waaa, sesungguhnya kerinduanku sudah sampai ke tahap kritikal.. (Naaa, tipu la tu).


Ape pulak tipu, i story yang benar ni. I rindu betul kat rumah. Maksud i, isi-isi dalam rumah tu. My bunda, my ayahanda, my beruang2, my little soldiers, my peachy bedroom, my mom's kitchen yang dah lama aku tak kerjakan... (buat gaya tengah berfikir nak buat kek ape balik weekend ni ye..?). Hmmm, kalau sebelum ni i akan balik bila tiba rasa stress ya amat, tapi kali ni lain pulak ceghitanya. Dah release presentation, dah release assingment, dah release segala test yang macam nak mati kau mengadap hari-hari sebelum ni, haaaa, barulah kerinduan dan perasaan nak balik tu membuak-buak u noe.


Eh, tapi logik jugak what? Kalo x release, ada kau nak bersenang lenang kat rumah tu...? Haa, logikal thinking laa kan... Betul, betul. "Saya setuju lah dengan ststement awak tu.." - si baju biru yang duduk kat hujung tadi tiba-tiba menyampuk. (eh, ape kes?)


Daaaan, as 4 conclusion, in the nutshell and in the coconut shell,



Ntah, tak tau apa nak conlude di sini. Entry tamat. Sebab termasuk kat jalan mati pulak... haish.... (reverse balik, reverse balik...)



p/s: bundaaaa, i'm coming home.....~!!!

No comments:

the history

Followers