Assalamualaikum, hai, hello, apa khabar semua...? Ada satu soalan. Agak sulit untuk dibincangkan di ‘muka buku’. Tapi tak berapa sulit untuk dibincangkan di sini. Aku tahu laa, berapa kerat je yang baca ‘blog haram jadah’ ni... Sebab tu aku berani tulis...:) Wahaha, bijak, bijak. Oleh itu, soalannya di sini, terimalaaah...
“KAU SANGGUP TAK NAK TERIMA ORANG YANG 5 TAHUN LEBIH MUDA DARI KAU JADI BOYFRIEND KAU?”
Ditujukan khusus kepada kaum wanita (macam tua sangat je), ok tak. Ditujukan khusus kepada gadis-gadis di luar sana, tak kiralah sudah berpunya atau akan berpunya. Sebab tiada diskriminasi status ye di sini. And anyway, soalan itu tidak ada kena mengena dengan tuan rumah. Ciaou...~
So, macam mana pendapatan anda? Eh, silap. Pendapat anda?
Ok. Memang aku dah agak. Konfirm kau akan cakap, “KALAU DAH JODOH...”. Iyeee... memang tak dinafikan, jodoh itu ketentuan dan ketetapan Tuhan. Allah swt. Tapi yang mencarinya, kita. Yang berusahanya, kita. Kalau tak cari, kalau tak usaha, takkan tiba-tiba ada budak lelaki bawah umur tergedik-gedik nak datang meminang kau.
Situasinya di sini, tidakkah kau akan merasa seperti, “Ooouh, tuanya aku.”
Haaa, aku tau, aku tau. Orang perempuan memang sangat alergik dengan perkataan ‘TUA’ tuu... Dah, dah. Berbalik pada topik asal. Pada dasarnya, mungkin kau akan terima pasangan kau tu atas dasar ‘cinta’ atau ‘sayang’ pada si dia. Tapi jangan nak tipulah, mesti akan terdetik rasa ‘tua’ dalam hati tu, kan? Pengalaman? Oouh, tidak, tidak. Aku tidak pernah bercinta dengan orang yang empat atau lima atau enam tahun lagi muda dari aku. Enam belas tahun lebih muda, PERNAH La. (Paaaang! Hambek kau pelempang jepun satu...~)
Yela, yela. Maksud aku, rakan-rakan aku. Rasanya tak ada pulak diorang berpasangan dengan orang yang jauh lebih muda. Setakat muda beberapa bulan tu, biasalah. Kalau nak kirakan macam tu, confirm ramai...! Kalau muda setahun dua pulak... Adalah sikit. A few. Tak kisahlah, kawan perempuan aku yang berpasangan dengan lelaki lebih muda ke, atau kawan lelaki aku yang berpasangan dengan perempuan yang lebih tua ke. Yang penting... Ado...!
Tapi pokok pangkalnya, terpulang pada diri masing-masing. Untuk gadis-gadis di luar sana, pendapat aku pulak macam ni.
"Berpasangan dengan orang muda ni, obviously, ada pro and con dia jugak. Paling penting, his ‘life experience’. Tak kisahlah berapa muda pun dia. But if he is matured enough, why not? Lagi satu, chemistry. That is another thing that you should look over. Understand each other. And love him forever. That’s a secret for a happy ending life."
(Mak aaih, boleh tahan aku bagi motiBASI cinta kat hangpa noh...)
Aku punya sukalah... By the way, kalau kau nak kahwin 15 tahun lagi pon takpe. Umur kau masa tu BARU 35. Budak yang tadika sekarang, dah umur 20 tahun masa tu. Apakah salah? Ada orang nak baling buah tomato depan pagar rumah kau ke kalau jarak umur kau dengan boyfriend kau tu lima belas tahun? Nak tunggu ekonomi stabil, nak tunggu boyfriend kau tu bekerja? Apa susah? Tambah je lagi 5 tahun. Genaplah budak itu 25. Dan kau...?
(Takkan aku nak cakap kau tu masih kategori anak dara sunti lagi. Berdosalah aku sebab menipu!)
Orang lain punya anak dah bersemangat nak masuk universiti, anak kau pulak bersemangat nak masuk tadika. Oleh kerana matematik kau A1, kau fikirlah sendiri...
Kesimpulannya, kahwin awal...!
Dan pastinya dengan lelaki yang lebih tua ye...
Tapi kalau kau nak yang muda jugak pon boley laa...
p/s: Jodoh itu di tangan TUHAN. Tua atau muda? Cepat atau lambat? Terserahlah padaNYA... :)
No comments:
Post a Comment