Ok darling, it's time to 'HEART TO HEART'.
Aku dah muak bila semua orang asyik mempergunakan aku. Kau ingat aku diam, aku senyap, aku boleh terima semua sumpah seranah kau ke? Aku seboleh-boleh nak jaga hati kau, tapi kau suka-suka je buat aku macam ni. Macam orang yang takde perasaan. Ingat aku ni kerusi ke apa?
Sepuluh tahun aku kenal kau, tiba-tiba bila masuk unversiti, dah jadi tak kenal. Kalau berselisih bahu, boleh je buat tak tahu. Kalau aku 'hai', kau pun 'hai'. Kalau aku senyum, baru kau nak senyum. Aku jugak yang nak kena 'move' dulu. Penat. Tapi aku buat jugak. Kalau tak, mulalah hati ni nak rasa serba salah je.
Kau tak boleh la buat macam ni. Aku kawan kau. Sejak dari sekolah lagi. Aku expact, bila kita dah lama berkawan, kat universiti ni boleh la kau 'IN' dengan aku. Faham la perangai aku. Tak payah banyak, sikit pun jadilah. Tapi kau ikut kepala kau je. Aku jugak yang terhegeh-hegeh nak datang dekat kau. Macamlah tak ada benda lain yang aku nak hegehkan.
Adoooi, dah mula panjang dah 'heart to heart' session aku ni. Tamau la cakap lagi. Makin aku cerita kang, makin banyak dosa, makin sakit hati, makin retak pulak hubungan. Huhu, geli, geli. Aku tak tahu pulak selama ni kita pernah menjalinkan hubungan, hwahaha...!!!
Ehem... Tapi kalau kau baca, kalau kau terasa, aku mintak, kau berilah sedikit ruang dalam hati kau tu untuk cuba memahami aku pulak. We're friends, right...? Apalah salah kalau kita 'GIVE AND TAKE.'
p/s 1: Tadi aku kena tahan polis traffic. Tiba-tiba dia mintak lesen. Aku pun dengan bangganya tunjuk kad matrik uitm aku kat beliau.
p/s 2: Aku nak bunuh diri boleh tak weh...???
1 comment:
touching lak kali ni ko nye cite..anyway..tabah ye hadapi ni sume...
Post a Comment