Wednesday, May 19, 2010

sEmAnGaT kEmBaLi DaTaNg

Aku tibe-tibe ‘ter’ perasan yang dua tiga entry aku sebelum ni, macam hiba je intonasinya. Macam orang putus cinta, kan? Dah tu pendek-pendek pulak entry tu semua.


Adoi, semua ni gara-gara hilang semangat weh, hilang, hilang, hilaaaaannnggg...!!!!!


Tapi, siape yang rasa-rasa dia member akrab (pergh, akrab), okeh, ulang suara. Sapa yang rasa-rasa dia member akrab aku tu, tahulah kot kenapa puncanya. Bagi yang tak tahu tu, semangat yang hilang (macam lagu la pulak), aah, semangat yang hilang tu actually adalah akibat serangan makhluk-makhluk pengkhianat beno kesayangan aku yang bernama ‘virus trojen’ ye. (padan muke kau, ocha. orang suruh hantar servis tamau!)


Beliau, (virus itu laaa), yang dengan bangganya menakhluki tanah jajahan external hard disk aku, especially folder yang bernama ‘cerpen ocha’ yang mengandungi lebih daripada 10 cerpen yang aku tulis sendiri yang tidak di simpan di mana-mana folder lain atau thumdrive atau emel atau peti besi atau peti surat atau peti ais atau apa-apa saja petilah yang rasa-rasanya boleh selamat. Maknanya? HILANG! Hilang weh semua cerpen tu.


Aku dendam kau penjajah!


Seharusnya, memang sugul lah aku 2,3 minggu kebelakangan ini. Tak tahu kenapa begitu mudah semangat aku diragut hanya kerana kehilangan cerpen-cerpen itu. Mungkin benda ni ‘hal kecik’ bagi sesetengah orang. Tapi tidak bagi aku. Jadilah aku, seperti wanita yang berkabung di atas kematian suaminya. Konon-konon balu lah ni ea... (gedik!)


Tapi sekarang, setelah puas berikhtiar pelbagai cara, tapi tetap tak berhasil jugak. So, aku putuskan, untuk meredhakan sahaja pemergian ‘cerpen-cerpen’ aku tu. Walaupun masih ada sisa-sisa yang dapat diselamatkan, tapi memang tak boleh tipulah. Sedih tetap sedih. Sampai bila nak bersedih? Tak tahulah. Hanya berserah pada Allah yang lebih mengetahui hikmah yang terhijab disebalik semua ni. Inilah dugaan namanya ye, Ocha.


Kepada kawan-kawan semua, maaflah andai terbeban dengan masalah ‘kecik’ aku ni, yang terpaksa menahan telinga dengar aku merengek-rengek dekat telefon tu. Minta maaf yang teramat sangat. Aku harap korang faham weh. Betapa susah payahnya aku menulis dan menaip cerpen-cerpen tu. Dan bayangkan bila hasil susah payah itu ‘hilang’ macam tu saja, agak-agak berat ke tak berat dugaan tu...?


(dalam hati pun berkata: this is the disadvantage of technology)


Apa pun, aku masih bersyukur. At least, bukan semua ‘folder’ dalam hard disk tu kena serang. At least, aku masih ada 2,3 cerpen yang ‘hard copy’, yang aku tulis sendiri pakai tangan. Dan yang paling penting, aku masih lagi ada sisa-sisa semangat untuk terus menulis walaupun proses ‘pemulihan’ tu memakan masa yang agak lama.


Don’t worry, I’ll keep writing!


Anyway, thanks to my supportive friends. Especially to Nurul Nabihah. And also Nurul Jannah, Haajar and Hani Afiqah yang oweys standing behind me. You girls are the best buddy ever.~ (asal macam poyo nih?)


Not to forget to say thanks to THE MOST SUPPORTIVE FRIEND, My beloved Bunda. Which only she knows how was I since I’d lost all those ‘cerpens’ tu.


And thanks Allah. I’ve learn the meaning of ‘SABAR’ through all these things. Alhamdulillah, it strengthened me.


p/s: semangat sudah kembali bukan sebab aku pergi jumpa dukun atau bomoh ok!

No comments:

the history

Followers