Yaaa... bercakap pasal semangat, ini ada lagi satu benda yang boleh buat aku rasa macam hilang nyawa kalau tak ada ‘dia’.
Iaitu...
TELEFON BIMBIT
(Kamus dewan punye ayat. Sila abaikan!)
Ye tuan-tuan. Memang kelemahan aku kalau tak ada benda ni di sisi. Macam orang lain, mungkin tak boleh keluar kalau tak bawak dompet ke, jam tangan ke, perfume ke, tapi aku... Sanggup buat kuak lentang nak patah balik kalau tertinggal handphone aku ye...~
Bayangkanlah. W508 itulah handphone aku, itulah kamera aku, itulah mp3, itulah jam tangan, itulah notepad, notebook, address book, itulah segalanya...! So, macam mana aku nak cakap yang aku boleh melangkah keluar tanpa ‘private assistant’ itu? Sangat tak berdikari kan? And again, this is another disadvantage of technology. (Eh, salinlah. Nanti keluar dalam speaking MUET punye tajuk!)
Now, almost 3 weeks after handphone aku yang rosak hari tu tersadai kat kedai. Tak tahulah apa cina tu buat. Kerja makan gaji rabun barangkali. Because every week aku datang, dia kata dah siap. Tapi bila aku test balik, sama jugak. Memang nak kena campak dari tingkat tiga puloh lapan diorang ni. Tension lak aaai...! Ingat kerja aku nak buat lawatan sambil belajar kat kedai diorang tiap-tiap minggu agaknya...
1st week pergi hantar repair dengan En. Mastermind. 2nd week pergi dengan Cik Nurul. Tapi still tak siap. And 3rd week, aku pergi dengan Bunda. Still tak siap jugak. Lalu aku pun dengan marah yang membuak-buak, menarik salah seorang daripada cina tersebut dan terus humban beliau dari tingkat tiga terminal one seremban itu. Okeh, aku tipu.
Masa pergi kali ketiga tu. Bunda brainwash mereka. Padan muka. Kan dah kena ceramah dan tazkirah secara percuma. Mujur ada sesi berbalas pantun selama enam saat, taklah boring sangat. Dan cina yang aku hampir-hampir nak campak tadi akhirnya memberi jaminan handphone aku kali ini akan benar-benar siap. Dan sebagai jaminan lagi, cina itu memberikan aku handphone beliau. Yang memang sebijik sebijan macam aku. Macam ni...
TADAAAAA.....!!!
Ini depan...
Ini belakang...
Dan ini dalam...
Sama, kan?
(Jap, bagi aku pengsan dulu sebab terlampau hebat..!)
Dasyat lak aai cina ni... Tak tahu dari planet mana dia dapat cover macam ni... And I'm totally have no idea. Adakah dari Planet Namek? Planet of the Apes? Planet Hollywood? CSI masih belum memberi laporan kepada I. Sabarlah yee...~
Aaah, walau dari planet mana pun, aku tak pedulik! Setakat cover lain, apalah kisah? Yang penting, nyawa aku sudah kembali. So I can breath again!
Anyway, yang lama tetap dirindui. Sebab, mesej-mesej yang jiwang bagai nak mati pemberian rakan taulan dalam inbox tu, kini hanya tinggal bayangan. (gile hiperbola ayat.) Eeeh, handphone pinjam ni pun tak kurang hebatnya...~
Cuma... kalau ada yang lebih baik, untuk apa setia pada yang lama...?
(Ada makna tersirat? Ya, mungkin juga.)
p/s: Steven yang comel, tak payah pulangkan handphone I lah. I pakai handphone U terus ek...? Kui3.
No comments:
Post a Comment