Hari ni tiba-tiba 'ter'mengidam nak makan mi kari. Tapi kalau part kari mengari ni, I tak boleh masak sendiri. Mesti serahkan pada yang pakar. Jadi bundalah si pakar itu. Dengan syarat kena bangun pagi-pagi hantar beliau pergi pasarlah.
Any how, entry ni bukan nak cerita pasal mi kari or cara-cara membuat mi kari atau bagaimana cara nak makan mi kari sampai licin mangkuk atau tentera-tentera yang seangkatan dengannyalah. Sebab nak bagi pendek ini entry, sebab sekarang ni dah pukul tiga pagi, sebab mata pun dah tertutup setakat nampak taskbar kat bawah skrin laptop ni je. Gilalah kalau nak cerita tu semua kan.
Sebabkan bunda dengan baik hati buatkan mi kari untuk saya, sorry la, gambar mi kari tak ada sebab sekarang dah pukul tiga pagi gila ke kau nak terjah peti ais cairkan kuah kari yang dah tinggal kuah dan daun kari tu? Dah la segala ramuan ayam, tauhu, kerang dan rencah-rencah lain sudah lenyap dalam tu. Kalau nak pun kau kenalah menyelam ke dasar lautan kari tu dan memang bukan kerja yang komersial la untuk aku dikala pukul tiga pagi ni.
Oleh itu, popia ini saya buat sebab bunda dah penat masak memenuhi permintaan tekak gedik saya ni. Susah-susah je...hihi. - (Cheh, tukar-tukar makanan macam tinggal berjiran pulak.)
Ni popia yang sangat komersial okeh. Sebab mengandungi unsur-unsur kesenian yang sungguh tidak ternilai. Aku sendiri tak sanggup nak makan sebab dah penat-penat bikin kasi comel-comel dan montel-montel adakah patut bila masuk mulut hilang begitu saja? (Nak jadi apa kalau masuk mulut tak hilang?)
Ada rasa macam kaler bendera Afrika tak?
Kalau minum petang punya cerita, memanglah pendek macam ni. Lainlah kalau cerita pasal candle light dinner ke, kenduri kendara ke, majlis tilawah al-quran ke? Ok, mata dah tak nampak skrin dah!
p/s: Gilalah website UiTM ni haram jadah tak dapat bukak...!
No comments:
Post a Comment