Friday, June 11, 2010

dEaN LiSt

Alhamdulillah, syukur ilallah...


Hari ni dapat result. Semester satu di Shah Alam yang sangat mencabar, penuh cabaran dan membuatkan aku sentiasa tercabar, membuahkan jugak hasilnya. Bukan 4 flat. Bukan dean list. Tapi cukuplah buat aku tersenyum dan sujud syukur sebab aku tahu, banyak mana aku tanam, banyak tulah aku tuai...


Aku bukanlah pandai macam maskot kucing kepala besar A.L.O.N.G yang bijak, pintar, rajin, cerdik, cerdas, cergas dan sebagainya tuh cuma biasa-biasa saja tapi tidaklah sampai ke tahap bodoh, bangang, dungu terlampau. Achik kau mintak-mintak janganlah.


Kalau tanya pasal result, semua dah memang sah akan buat muka tak puas hati pandang muka kawan-kawan cakap alaaa, aku dapat sikit je tak macam kau dean list. Dah boleh agak dah result kau tuuu. Yang dapat dean list pon hantar sms wish congrates kat semua kawan-kawan lepas tu ayat pon sama dengan orang yang tak dean list alaa, aku dapat sikit je taklah sehebat kau. Eh, eh, bukan kau laa jangan perasan pulak sebab aku punya course tak sama dengan kau kan. Dah dah tamoh taching lagi lah...


Itu orang punye rezeki kita tumpang senyum sajalah jangan gadoh-gadoh nanti bila masuk semester baru kau jumpa dia jugak buat group assignment sama-sama, buat presentation pandang muka dia jugak, bila sesi Q&A tangan dia jugak yang naik dulu bagi kau berdas-das soalan maut macam nak bagi kau muntah terguling-guling kat depan kelas tu. Rezeki masing-masing. Mana tahu semester depan rezeki kau pulak dapat dekan berdoalah kan hari ni hari jumaat... (apa hari lain tak boleh berdoa?)


Aku tak cakap aku iri hati cemburu dengki tengok orang dapat dekan ke hape sebab aku tak compete dengan dia, aku tak aim nak dapat pointer lebih dari dia, even tak pernah pulak berniat nak jerit KAU PERGI MATILAH. DEAN LIST IS MINE. ONLY MINE, MINE, MINE..!!!


Cuma kalau lagi tiga orang macam ni sudah cukup bagi pelingkup hidup aku agaknya. Tau la semua orang punya pesaing pon mesti ada nama AIN NATASHA macam susah sangat nak kalahkan dia. Kan dah dapat DEAN LIST termakbul dah hasrat itu sebab pesaing dah kecundang. Tahniah saya gembira untuk awak. Apa lagi kau nak. Blah jangan kacau hidup aku.


Tamoh la gado-gado. Nak dean list ambek nih. Sume horang pon dapat...!

2 comments:

Tieyrratieyrra said...

syg..i luv u even more after bace ape u tulis..huh,rase nak jerit2 kat dowg sumer..i x dpt dl lar!! asyik tanye jew..tau r dowg dpt..ingat i x dpt nak cek result dorg..hahaha (gelak dgn sgt over....!!)

Unknown said...

Wahaha, kantoi dah klas rep chek result suma orang... Biarlah tiara ooi, tak bawak masuk kubur pun DL tu. Tapi at least x paya la smpai nak tanya result sume org, kn. Obvious sgt...~

the history

Followers