Sunday, June 13, 2010

kEnaPa TaK BoLeH?

Semenjak kebelakangan ni, selalu mandi tengah-tengah malam. Bukan sebab Malaysia mencapai suhu kepanasan yang terlampau atau disebabkan sistem saraf bertukar kepada mode pamalas bak kata oghang kedah macam balok liat tuh. Bukan, bukan. Tapi sebab memang suka mandi tengah-tengah malam laa. Saje suka-suka. Boring. Saje nak bagi bil air melambung tinggi tiap-tiap bulan.



Tak, tak. Aku tak sekejam itu untuk menambah beban kepada ibu bapa aku. Reasonnya cuma satu. Sebab lepas mandi, automatik badan akan rasa macam baru telan sebotol pil tidur. Aku tahulah, ‘orang lain lepas mandi segar bugar macam sayur-sayuran yang baru petik sebelum subuh nak hantar pegi pasar, tapi kau tak’. Sebab aku tuan tanah kedaun, aku tuan badan, aku tau la badan aku punye antibody macam mana.






Lagipun tiap-tiap hari punye rutin, lepas habis shif keje dalam pukul lima petang kadang-kadang pukul enam tu, badan of coz la letih konon-konon kau buruh kasar yang dikerah oleh tentere jepun untuk membina landasan kereta api maut zaman penjajah dulu, tapi nak tido petang-petang tak boleh atau telinga kau harus jadi kebal untuk menahan segala caci maki dari bunda, eh taklah, itu bukan maki, cuma peringatan yang tipikal tapi masih tak tembus-tembus kepala batu ini. Tak payah la tanya aku kerja apa. Gaji, setakat nak beli coki-coki, small the pisces itu...~






Kemudian, untuk memastikan mata tak berat pada waktu petang atau lebih tepat, waktu maghrib, selalulah bukak laptop sambil bukak movie yang rasa-rasa takkan buat aku terlelap sebelum maghrib, macam contoh hana kimi extended ke, hana kimi the series gile bapak segala panjang, malas nak layan. Charlie and the chocolate factory ke, Alice in wonderland ke, Pirates of the Caribbean dari ‘The curse of the black pearl’ sampai la ke pirates yang ‘At world’s end’ tu. Siapa cakap tengok Jhonny Depp hari-hari bosan? Aku tak, tak, TAAAAKKK...!!!






Lepas tu bila dah malam, bila time sepatutnya kena tido, dah tak boleh nak tido pulak. Aneh dan ajaib sungguh antibody aku sejak duduk rumah ni. Bila seisi rumah dah gelap gelita, dah sunyi sepi, aku pun keluar la menggelabah pegi dapur tu sebab hari-hari asyik online resipi kek lepas tu pegi la menghuru-harakan dapur, buat kuak lentang, kuak kupu-kupu, lontar telur, tepung, gula dan sebagainya stail lontar peluru dalam sukan olimpik masuk dalam mixer bowl dengan harapan besok pagi bunda bangun pagi tengok-tengok dah ada breakfast atas meja, macam la aku rajin sangat bangun pagi buat sarapan padahal tengah-tengah malam tak tidur menganggu jiran tetangga dengan bunyi pinggan mangkuk belanga tu semua.






Sebab tulah aku cakap, aku suka mandi tengah-tengah malam. Bila dah berhempas pulas bekerja over shift sampai tengah malam, sampai baju yang harum berbau downy sudah bertukar menjadi bau sarung kaki, memang la kena mandi. Takkan nak tidur dengan titik peluh yang berbau hapak itu semua. Lepas tu bila dah tidur, terus tak sedar diri konon la putera raja datang dalam mimpi naik kuda putih bawak jalan-jalan tepi pantai atau putera raja datang bawak gitar dan mainkan beberapa buah lagu jiwang untuk aku. Wah, hebat juga putera raja main gitar...






Padahal bukan nak cakap pasal putera raja. Sebab semalam nampak satu artikel, artikel tu cakap tak elok mandi tengah-tengah malam sebab nanti banyak side effect. Setakat paru-paru berair tu, itu memang sejak dari dulu aku dah tau. Tapi tak tahu pulak kalau mandi tengah-tengah malam ni boleh jadi tidak subur. Nanti muka jadi tak berseri. Kononlah selama ni berseri sangat. Lepas tu cepat tua. Cepat penat. Jalan pun termengah-mengah. Batuk, selsema. Boleh bayangkan tak anak dara yang tak subur muka dahlah tak berseri jalan termengah-mengah sebab cepat penat sambil terbatuk-batuk? Aku tak mahu jadi seperti itu.






Kesimpulannya, tapayah mandi langsung...!!!

No comments:

the history

Followers