Monday, September 20, 2010

aWe sOmE pUnYe HaRi RaYa

Hari raya was absolutely awesome. Nak cerita dari hari raya pertama. Of course balik kampung ayah dekat Rembau. Saudara mara yang datang tahun ni gila ramai. Ini bukan saudara mara yang sedarah sedaging yang tido setilam sebantal seselimut dengan ayah tapi hat yang jauh-jauh tu. Yang jumpa setahun sekali. Yang kadang-kadang kalau jumpa kat pasar malam boleh buat muka eh-aku-macam-familiar-la-dengan-muka-kau-ni haa, itulah dia. Yelah boleh jadi semua pak-pak sedara dah sambut menantu. Raya bawak menantu sekali la. Mungkin kakak-kakak sedara dah dapat title mommy. Raya bawak baby sekali la.


Riuh series tak hengat. Aku and sepupu and the gang sampai terpaksa bawak diri duduk bawah pokok rambutan sibukkan diri main mercun sebab semua penjuru rumah atok dah penuh dari atas serambi bawak ke ruang tamu bawak ke dapur pergh, ini raya ke kenduri ni? Malam raya lagi best. Pak-pak sedara berganding bahu dengan sepupu maskulin semua dok semelih ayam lima enam tujuh lapan ekoq buat barbeku. Series heaven balik kampung raya tahun ni. Heaven menggemukkan badan dengan gigih.


Raya kedua dekat rumah nenek belah emak dekat palong 3. Tak ramai adik-beradik mak yang balik tapi seronok sebab adik beradik atok konvoi raya tiga empat lima buah kereta yang saiz ala-ala avanza punya kereta, jadi logiklah kalau I nak tergolek terlentang lepas main masak-masak semua kan? Hee. Raya seterus seterus dan seterusnya di rumah sahaja. Menerima kunjungan tetamu. Takkan nak list semua tetamu yang datang kot agak-agak la kaaan.


Tapi aish, rasa bengkek pulak semenjak makin tua ni kan, makin nipis dah duit raya. Haram jadah betul. Ada tu pak ngah siap boleh lagi cakap ‘Tahun ni siapa yang form five ke bawah je dapat duit raya’. Aicheh pak ngah ni, tahun lepas dapat je duit raya. Jangan nak bagi I rasa tua sangatlah pak ngah. Tarik misai tu kang.


Teringat raya ke-enam. Gathering rumah Encik Mastermind. Since semua dah pakat nak konvoi raya. Owh yang ini memang boleh buat satu karangan kalau cikgu suruh time sekolah dulu sebab lepas cuti lama, bukak sekolah je cikgu akan suruh tulis karangan tentang 'CUTI SAYA'. Haa, ni cikgu suruh la ni. Siap ada gambar lagi. Tapi faham-faham la itu hak cipta terpelihara wokeh! Jangan curik. Alif lam lam ha..


Ni pakat-pakat kumpul kat rumah Encik Mastermind. Nampak lengan baju bersinsing tu. Hampir tiga jam dok sana, macam-macam profesion I dapat. Tukang lap pinggan, tukang basuh pinggan, tukang potong fishcake, tukang kupas telur, tukang hidang makanan, tukang pergi kedai beli ais.


Ish, itu bukan mengeluh. Tapi luahan hati sebab rasa seronok rasa macam kat rumah sendiri. Haaa, orang kuat dalam misi membuat mee kari hari tu tau. Nanti besok-besok kalau rasa macam dah miang gadang sangat nak langkah bendul nak kahwin sebelum I, jangan lupa masukkan nama I dalam senarai ajk gotong royong ye Encik Mastermind. Wajib. Tak ada kompromi. Sekian, pesanan ikhlas dari pihak penaja.


Rasa macam nak delete gambar ni tapi rasa macam tak sampai hati. Baik tak aku weh?


Duduk 1st class dari kiri: Encik Mastermind a.k.a Mudd, Kudrat, Ihsan, Yin.
Duduk 2nd class dari kiri: Kak Mun, Beha, Ocha, Aza.
Nama bajet nak glamer je masing-masing.

Ini kat rumah Kak Mun. (Yang pakai tudung labuh muka bulat-bulat comel-comel tu). Ya, tahun ni tak raya kat Morocco so of course kat Malaysia. Seronok gila Kak Mun cuti lima bulan kalau aku boleh tambah berat badan berpaun-paun ni. Aktiviti wajib yang seronok nak buat tapi boleh histeria kalau tengok hasilnya nanti. Dah cukup jangan cakap apa-apa lagi!


Lepas rumah Kak Mun rumah Aza. Ini je yang sempat aku snap Aza. Kat rumah kau tak teruja pulak nak bergambar sebab masing-masinng muka gila pelahap nak makan mee bandung kakak kau. Lepas tu asyik dok gelak-gelak tengok bekas garfu kau apasal ntah. Lepas tu lagi dok meraban-raban tak habis-habis asyik nak kenakan Beha dengan Ihsan. Teruja kau orang sebab sedondon kaler ungu kan?


Aicheh, aku tumpang gembira sambil jeling-jeling je sebab tak ada siapa pon sedondon dengan aku. Haramjadah. Oh by the way lupa nak cakap. Tadi kat rumah Kak Mun makan Mee Hailam. Dah boleh start berapa banyak menu mee kitorang dari sekarang. On your mark!


Kalau tadi geng teruna. Kalau terunalah. Ni geng dara. Kalau daralah. Chooooy. Mangkuk oih aku macam geli nak taip je sebab tu tulis gila tak pakai insuran. Haa, ni kat rumah Ihsan. Seriyes Ihsan, teruja ya amat nampak decoration depan rumah kau rasa macam nak tanya weh-deco-bersama-eric-datang-rumah-kau-ke? Kau-menang-peraduan-casa-impian-ke-ihsan. Kejam tak soalan aku?


Agak-agak kalau aku cakap mee-laksa-mak-kau-memang-sedap-giler-sampai-batang-bunga-kantan-pon-aku-makan-kasi-licin-habis agak-agak kau nak bunuh aku tak? Ok, jangan marah Ihsan. Kau dah la dapat rating baju raya paling menyerlah. Itu pun tak puas hati lagi ke? Siap baju melayu pekej dengan seluar tambah samping lagi dengan stokin belang-belang kau tu. Teruja aku kau menang anugerah baju raya paling anggun tahun ni. Rasa tercabar tau tak!


Next destination rumah Maisarah. Macam nak kena hempuk dengan bapak Yin aku punya mulut macam hampeh kejap cakap nak pergi kejap cakap tak nak pergi. Hee, aku datang jugak kan Mai. Ko jangan taching lagi la lepas ni. Tahun depan jangan kau ungkit kisah silam cakap kitorang tak nak datang rumah kau. Kitorang dah sampai kan. Sangat teruja cari Taman Exora walaupun sesat masuk Taman Jasmine macam explorace pulak rasa.


"Ocha, kau masuk simpang pertama belah kanan lepas tu cari rumah tak ada pagar" katakau masa dalam telefon. Like what rumah kau tak ada pagar Mai? Kau ni mengundang gelak tawa dari kami ahli rombongan saja. Aduuuh. Tapi sorry bangat tak dapat singgah lama. Sekadar tumpang untuk solat asar sahaja. Semoga jangan kecik hati ye tuan rumah. Tunggu kau kahwin dulu baru aku ambik pekej penginapan tujuhharitujuhmalam kat rumah kau. Konfirm!


On the way nak pergi umah Shaley, berhenti dekat R&R tepi Highway LEKAS sebab nak solat maghrib cheh R&R konon bajet nak macam highway PLUS je. Ini yang sempat aku capture. Waktu ni masing-masing baru sedar dah kesuntukan masa jadi tak ada masa nak bergambar kat tengah-tengah highway begini. Semua nekad cakap macam ni Weh-kita-pergi-umah-Shaley-salam-salam-lepas-tu-blah. Ok set! Semua bajet capai kata sepakat.



Sekali sampai umah Shaley... (tu yang serba merah tu)

Kau orang yang paling hebat bergambar. Aku yang dah keluar salam mak Shaley pon terpaksa masuk dalam rumah balik takkan nak biarkan korang bergambar tanpa aku kan. Macam tak sampai hati la pulak. Oh lupa nak cakap. Shaley jugak macam Kak Mun. Belajar kat Morocco tapi sekarang tengah cuti tak tahu berapa lama. Lima bulan jugak barangkali.


Tapi siyes aku tak puas jumpe kau Shaley. Muka kau yang bukan main berseri-seri macam pengantin itu amat sungguh menjeleskan aku. Kalau macam ni punya hasil muka dan kulit wajah, aku rasa macam nak pergi Morocco jugaklah weh. One way ticket please. Aku nak pergi sana tak moh balik-balik Malaysia lagi dah. And thanks for the gift anyway sayang. I'm really touched.



AND LASTLY SEBAGAI PENUTUP...

Semua beratur dengan penuh sabar untuk mendapatkan snack plate sepinggan sorang. Sehari suntuk beraya makan kat rumah semua orang tak pernah miss, aku masih tak faham kenapa ada permintaan untuk makan KFC jugak dari ahli rombongan nih. Aku ikut saja sebab ALA-BUKAN-SELALU-KAAAN. Walaupun tak berapa lapar habis jugaklah zinger beger itu kan kawan-kawan.


Gamber Beha tak ada. Jadi sila salahkan jurugambar
.
Ni jurugambar dia. Gamber geng maskulin pon dah tak ada so ini sahaja untuk tatapan semua. Sekian terima kasih. Harap anda teruja.

It’s freaking awesome. Nak cerita semua memang takkan habis. Geng zaman muda mudi I memang terbaik. Lagi-lagi dapat jumpa Shaliza dengan Kak Mun yang balik cuti raya kat Malaysia tahun ni. Series happy like hell. Rasa macam tak cukup satu hari jalan-jalan. Penat satu badan pun rasa berbaloi. Berbaloi-baloi.

Nak bagi lengkap seminggu berhari raya macam lagu senario tu, mak kasi chan satu hari lagi keluar jalan sakan bawak adik jalan-jalan keluar tengok movie and main boling and shopping apa yang kau nak la. Aku macam berat hati since badan masih penat dan lenguh dan sengal dalam erti kata sebenar tapi sebab dah janji dengan adik-adik jadi harus dikotakan. Baik tak aku sebagai seorang kakak? Hee. Iyee, itu annoying punye soalan. Lepas tu dah tak ada jalan mana-mana dah. Sekian terima kasih. Tamat la cerita pasal hari raya. Jumpa lagi raya tahun depan! Chiou OoOoOo...



p/s: Panjangkan post aku kali nih...huweeee...~

No comments:

the history

Followers