Saturday, September 18, 2010

DaH MuLa TuLiS PaNjaNg SiKiT

Menulis. Bukan senang. Nak tulis sesuatu yang seronok dibaca. Setakat benda merepek-repek, senang la. Tulis benda-benda yang ada manfaat, yang ada faedah, yang ada maklumat, bukan semua orang boleh buat. Kadang-kadang kita kena tulis sesuatu yang boleh buat orang berfikir. Bukan tulis ikut suka hati. Cakap benda-benda merepek. Mengumpat pasal orang lain. Itu tak patut.


Dan menulis pun kena tengok masa yang sesuai. Kena ikut mood. Kena ada environment dan condition yang sesuai. Kalau lepas clash dengan boyfriend nak tulis essay yang lecturer suruh, boleh jamin agak-agak setengah daripada essay itu konfirm lingkup. Silap-silap essay tajuk ‘Why I’m proud be Malaysian’ boleh bertukar jadi ‘why my ex is so stupid like hell’. Tu belum masuk lagi sumpah seranah untuk bekas boyfriend tersayang. Gilalah.


Heee. Senyum la kejap sebab dok cakap pasal orang tak sedar diri sendiri pun tengah merepek tak ada motif. Dah lama tak update blog jadi blur sikit. Tak tahu apa topik nak keluar. Nak cakap pasal hari raya boleh tapi nanti. Nak cakap pasal tak buat assignment time cuti asyik duduk depan tv sambil kunyah beskot raya yang sungguh berpotensi untuk naikkan berat badan pun boleh tapi nanti. Nak cakap pasal gila movie kalau masuk bilik bukak laptop bukan nak taip assignment tapi nak tengok witch yoo-hee dengan lovely complex anime pon boleh tapi nanti.


Tu belum masuk siaran ulangan boys over flower, my girl, sassy girl, proposal daisakusen. Group mate boleh la siapkan senapang gajah untuk tembak ahli group hampeh macam saya ini. Nah peluru nuklear.


Memang. Cuti sepatutnya jadi waktu yang paling sesuai nak update blog banyak-banyak. Nak update status facebook lima minit sekali. Tapi bukan saya. Nak kata macam alien sesat kat bumi sampai lost connection nak contact kawan-kawan dekat planet asal pun tak boleh. Haa, boleh dikatakan macam tulah.


Tak ada selera langsung nak text or call or write dekat mana-mana wall fesbuk kawan-kawan buat attitude gila stok nak kena delete dari friend list dia nih. Langsung tak tahu perkembangan. Bajet artis tak kalau nak cakap macam ni “Sorry la I dah lama tak update status facebook. I nak rehat buat sementara waktu. Nak cari privacy. Anyway thanks buat semua peminat yang masih setia menyokong I.” Haik tuih.


Tapi cuti best sebab benda lain. Seperti contoh, tido lebih tujuh jam sehari plus kalau datang bulan mengambang lagi hebat sengaja buat-buat terlajak sampai mak dah jerit-jerit ketuk pintu bilik pakai sudip baru nak bangun. Kat kolej tak dapat macam tu. Mengambang ke tak mengambang ke tetap kena bangun awal. Sebab hari-hari kelas lapan setengah kecuali hari rabu. Untuk makluman sahaja. Terima kasih.


Lagi cuti best sebab tahun ni jalan raya sakan. Especially konvoi raya dengan geng zaman muda-muda dulu. Best dapat call dari kawan-kawan kat mesir ucap selamat hari raya. Cakap next year diorang nak balik jadi tahun depan harus siap sedia untuk menggemukkan mereka. Best lagi sebab mak masak macam-macam sampai setiap kali masuk dapur je mesti keluar dengan sendawa yang sungguh kuat boleh kasi rembatan kencang kalau ada anak dara begini ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Dan best jugak sebab duit poket dan duit raya habis dok shopping sakan tengok movie makan nak Kenny Rogers je apakah tidak.


Selain tu tak ada apa nak cerita. Lepas ni dah boleh update belog tiap-tiap hari sebab mood menulis macam dah mula datang. Biasalah dah nak habis cuti jadi perlu pupuk diri untuk rajin kembali. Mulakan dengan menulis cerpen. Seronok. Of course sebab banyak masa untuk berangan. Itulah benefit cuti mid-semester. Idea datang mencurah-curah.


Tapi bukan itu saja yang seronok about mid-sem break. Nanti saya cerita lagi. Nanti. Orang kata nanti nanti la. Sayonara. Perlu packing sekarang sebab besok flight nak berlepas sebelum subuh. Heee. Rasa release about something. Dan, itu pun akan diberitahu kemudian. Kemudian. Orang kata kemudian kemudian laaa...!


No comments:

the history

Followers