Pertama nak cakap,
Tentang betapa teruknya saya kerana langsung tidak menyapa entry September. So, hello, hai, hola September. Long time no see huh. By the way, SELAMAT HARI RAYA GUYS. Sorry for my busyness as well as my laziness (Pfft, cakap nak macam artis je). Biasa la sejak mula cuti raya sampai sekarang (which is petang raya) saya langsung tak menang tangan tolong bunda di dapur. Hello, there’s no bibik in my house so I have to do all the things buat kuih raya, jadi driver untuk shopping raya, rearrange perabot raya like baru realize Hari Raya merupakan hari yang sangat penat rasa tak mau hari itu datang. (Memang nak matilah kau buat wish macam tu)
Kedua nak cakap,
Sejak mula cuti hari tu sudah berapa kali bunda jeling-jeling setiap kali dengar mesej alert telefon saya. Tengok saya bergayut pun dia buat muka like eh-bergayut-dengan-boyfriend-ke?-tak-kenalkan-dekat-mak-pon. Dan kadang-kadang pon masa tengah buat kuih raya, dah tak ada topik nak cerita maka boleh keluar soalan boyfriend-nak-datang-raya-ke-berapa-ni?. Maaaaakkk.... (Sabar jela aku)
Ketiga nak cakap,
Tahun ini saya sangat gembira sebab berjaya puasa penuh jadi tahun depan tak payah ganti puasa yeay yeay. Kepada Haajar dan Hani, tahniah sebab korang berjaya membuktikan bahawa korang lebih subur dari aku ngahahaha. Tahniah, tahniah masuk Ocha's Book of Record jadi kau orang harus berbangga dengan pencapaian itu. Eh by the way, sorry there's no post for our last jjcm. Oleh itu terimalah tatapan ini buat pengubat rindu di petang raya.
Dari kiri: Haajar, Hani, Haramjadah
Keempat nak cakap,
Hati saya ada something wrong sejak kebelakangan ini. Bukan ada penyakit hati ke apa ke, tapi perasaan rasa macam tak sedap tak sesedap rendang wan kat kampung tu yang kalau ratah seperiuk pon belum tentu cukup untuk perut aku. Tapi abaikan sajalah. Malas nak fikir sebab assignment masih berlegar-legar di kepala jadi tidak releven rasanya kalau nak campur adukkan urusan kerja dan urusan peribadi cheewah ayat kau lagi.
Kelima nak cakap,
Saya dah penat menaip. Oleh itu, bye!
2 comments:
السلام عليكم
كل عام وانت بخير
عيد سعيد
تشرفت بزيارة مدونتك
معذرة علي عدم تعليقي علي الموضوع
لاني لا أعرف اي لغات اخري
غير اللغة العربية فقط
اخوك
عمار
بلاد العرب - مصر - القاهرة
Peace be upon you
Each year and you are fine
Happy Holiday
I had the honor to visit your blog
Sorry for not my comment on the issue
Because I do not know any other languages
Non-Arabic only
Brother
Amar
Arab countries - Egypt - Cairo
peace be upon u too my dear akhi..
syukran for the comment..
anyway, it was my honor actually to have u here visiting mine~
sister,
ain natasha,
malaysia, shah alam~
Post a Comment