Tuesday, October 19, 2010

pErGi DuLu SeMuA

Study week sudah beberapa hari senyum-senyum pandang I macam nak cakap OCHA-KENAPA-KAU TAK-STUDY-LAGI-NI-HAA? Mujur beliau tak mampu berbuat apa-apa. Pandang dari jauh sambil main-main mata macamlah boleh buat I jatuh cinta pada dia. Buku-buku di Melati rasanya dah licin I hangkut bawak balik last Saturday. Obviously memang konon berniat nak bertapa di rumah la tu. Sekali minggu depan kau tengok meja study tu penuh balik dengan buku-buku dia semua. Kau tengoklah orang gila ni buat perangai gila dia tu macam mana nanti.


Kalau dah sampai minggu-minggu terakhir pun masih bertungkus-lumus untuk menyiapkan assignment nak buat presentation, nak edit itu, nak edit ini, nak re-test la bagai, study week ini dah macam satu Rahmat Tuhan yang tidak ternilai rasanya. Jadi, harus berterima kasih kepada Tuhan dan harus memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya, tak ada alasan untuk fail any paper or dapat result cukup-cukup makan. Wajib sukses. Wajib!





Dengan bekalan dadah seperti ini, 










I think tiga subjek pertama dah buleh cover. Tapi kau pandai-pandai la nak sorok eye-bag tu nanti macam mana ye. Dan juga dengan kepala hotak yang rasa boleh meletup bila-bila masa ini, errr... tengok movie, main boling, shopping, create cerpen, baking, pasang lagu kuat-kuat, karaoke, mana satu nak buat dulu ya? Bunyi macam stress sangat la tu. Cakap dengan dia, BOLEH BLAH!


Ok kawan-kawan. Minggu terakhir semester ini tak berapa nak rock sangat. Kelas biasa-biasa saja. Makin banyak konflik ada la. Carry mark pun menunjukkan masa depan macam dah gelap. Choooy... Sengaja nak doakan malapetaka untuk diri sendiri ke hapa ni? Ok, tak, tak. Kawan-kawan semua, doaka Ocha berjaya ya. Ocha juga doakan kalian, mudah-mudahan usaha kita mendapat balasan yang setimpal. Amin.


Jaga diri, jaga kesihatan, jaga makan – jangan gelojoh sangat. Nanti banyak makan malas pulak. Jaga mulut – kurangkan kontroversi. Asyik bergosip je bertambah dosa kang. Jaga mata – jangan dok tengok benda-benda tak senonoh. Postpone sex and the city after exam ok. Jaga telinga – Jangan asyik melayan lagu Lady Gaga je. Tukar Rabbani, In-Team, Hijjaz sekarang. Jangn lupa juga minta restu ayah bunda – salam cium tangan cium kaki cium pipi dahi sampai mak ayah cakap ‘MAK-AMPUNKANKAN-KAU-NAK’ ok, baru berhenti. Dan paling penting restu Yang Maha Esa. Jangan sesekali tinggal sembahyang. Kalau boleh upgrade lagi dengan sembahyang hajat, sembahyang tahajut dan sambahyang sunat-sunat yang lain. Baca yaasin, baca Quran. Kenapa nak exam baru kau insaf macam ni weh?



Sebab aku manusia biasa yang sering lalai dengan godaan dan hasutan syaitan. Wahai orang-orang yang beriman, pimpinlah aku ke jalan yang benar...



Kawan-kawan, saya minta maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan kepada anda semua. Kalau ada hutang, sila tuntut dengan saya. Dan kalau anda berhutang dengan saya, saya halalkan. Doakan saya berjaya dalam peperiksaan nanti. Itu saja. Sekian, pesanan ikhlas ini dibawakan khas kepada anda oleh Pati Ayam Brands. Wah, bajet jadi duta Brands dengan Shahir...






No comments:

the history

Followers