Saturday, October 16, 2010

HeRo SaYa, 51 TaHuN...

Saya tulis entry ini khas buat insan yang paling saya sayang

Buat insan yang menjadi asas dan tulang belakang saya,
Buat seorang HERO yang paling, amat, sangat saya kagumi,
Yang melihat jatuh bangun saya selama 20 tahun ini,
Yang mengesat air mata saya saat saya bersedih,
Yang ketawa bersama saat saya gembira,
Yang melangkah seiring dengan saya ke mana saja,




AYAH...

Terima kasih kerana telah membesarkan along,

Terima kasih kerana banyak bekorban untuk along,

Terima kasih kerana sentiasa menyokong along,

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang along,

Terima kasih kerana selalu bersabar dengan along,

Terima kasih kerana menjadi kawan baik along,

Terima kasih untuk segala-galanya,

Along sayang ayah...

Along akan sentiasa kenang jasa dan pengorbanan ayah,


TUHAN...

Aku mohon pada-MU...

Sihatkan ayahku selalu,

Panjangkan usianya,

Murahkan rezekinya,

Permudahkan segala kerjanya,

Makbulkan segala doanya,

Berkati hidupnya di dunia dan akhirat,

Amin ya Robb...



kepada ayah,
OMAR BIN MOHD NOR

ini sahaja kad yang sempat along buat,


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-51,

~thank you for always there for me~

I LOVE YOU AYAH


Ya, saya tahu kad saya buruk. Tapi tu tak penting.
Asalkan senyuman itu terpancar dari bibirnya, akulah manusia paling gembira di atas muka bumi ini.
Tuhan, kekalkan senyuman itu selalu.

~Amin~

No comments:

the history

Followers