Selepas sekian lama, akhirnya dapat juga saya men'register course' for next semester. Rasa seronok weh nampak page kat student portal tu tulis 'please-select-a-group-for-courses' rasa macam nak berguling-guling sebab gembira punya pasal. Yela, rumet dah boleh daftar course. Dah bising-bising mau pilih subjek apa untuk elektif. Suara huru-hara kolejmet pon dah bingit dok tanya nak ambik 3rd language ape sem depan. Classmate pulak sengaja penuhkan fesbuk page survey sesama sendiri koko ape nak pilih nanti. Mau saja kutulis besar gedabak di wall mereka WEH-KORANG-AMBEK-KOKO-KRUNCH-JELA
Haa, tapi saya rilek saja. Buat muka konfiden. Third language dah set up. Of kos bahasa Arab is the most commercial option since there' is no Nihongo or Spanish provided. Tak apa, Go bahasa Arab Go! And koko memang I'd no choice. Commercial or not, I must say KEMBARA is the best. And elective course? Ape elektif-elektif? Dah la tak ada kena mengena dengan aku itu semua. Saya tak ambik LAW. Tak ambek, Tak ambek, TAK AMBEK!!!
Maka, di sini, tibalah masa untuk sesi meluahkan emosi. Saya tak berapa nak konfident gambar di bawah ni jelas atau tidak tapi yang pasti, ada dua subjek untuk sem hadapan, iaitu management dan marketing membuatkan saya sudah ketaq lutut. ADAKAH-SUBJEK-ITU-BERNOMBOR? oOoUhh Noooo. Fobia, fobiaaaaa!!!
Nampak tak yang nombor 5 dan 6 itu. Yang PRINCIPLES-AND-PRACTICE-OF-MANAGEMENT dan PRINCIPLES-AND-PRACTICE-OF-MARKETING wahahaha, apa lagi kau boleh buat CIKOCHA, buka mulut luas-luas sampai lalat boleh berkampung kat dalam tu sambil picit-picit kepala bajet nak migrain la sebab dapat tahu semester hadapan akan mula jadi budak BUSINESS padahal KAU-MINOR-SAJA tak payah berlagak macam budak MAJOR sangat la. Okeh, okeh. Fine!
Dan satu lagi sebab sem depan jugak ada subjek CTU. Okeh, okeh. Fine!
Dan juga masih ada subjek DISCOURSE-ANALYSIS. Tak tahu analisis apa tapi harap-harap seronok macam CONTRASTIVE-ANALYSIS semester ini la. Mungkin sequel subjek itu? Ntah tak tahu. Tak buat ice-breaking lagi. Okeh, okeh. Fine!
Dan juga subjek PROTOCOL-AND-SOCIAL-ETIQUETTE yang langsung tak terlintas gambaran di kepala macam mana subjek itu. Mungkin etika-etika macam mana nak makan steamboat dekat Jhonny's Restaurant menggunakan chopstik dan bukannya sudu atau garfu. Okeh, okeh. Fine!
Dan yang first sekali tu saya sudah mula menunjukkan KETERUJAAN sebab subjek TRANSLATION-THEORY-AND-PRACTICE itu nampak sangat menarik dan komersial. Aaaww. Okeh, okeh. Fine I stop sekarang.
Setelah selesai semuanya, jadi semua orang boleh buat muka teruja sebab dengan ter'register' nye kursus saya seperti di atas (tak termasuk 3rd languange dan ko-ko), maka konfirm lah semester hadapan kita akan berjumpa. Konfirm ye, dengan penuh yakin dan konfident saya tulis ni jangan tak percaya pulak.
Jadi, mesyuarat kita pada hari ini ditangguhkan,
Kepada yang membaca,
TERIMA-KASIH-DAUN-KELADI
lain kali saya bagi daun ubi pulak.
~sesi emosi sekali lagi~
p/s: Kadang-kadang, insan itu hanya teman di waktu suka dan bukan teman di waktu duka...~
No comments:
Post a Comment