Final exam dah lama dah tutup tirai kan? Ye saya tahu. Perasaan semua orang sama je. Kalau boleh memang nak kasi tutup terus tak mau bukak-bukak dah sampai bila-bila pun. Tapi apa boleh buat sem depan ada lagi, sem depan lagi ada lagi, ada lagi dan ada lagi.
Dan sebab hari tu sudah berjanji dengan budak kecik ni nak post lirik lagu frust yang saya cipta malam-malam buta yang lirik macam hampeh seperti di bawah ni, jadi tertunailah sudah janji. Jangan tuntut kat akhirat nanti ye cik nafeesa. And sorry juga sebab tak boleh nak upload lagu yang aku nyanyi tu kat sini. Technical problem. (Pssst, lagipun suara tu aurat kau tau...!!!) Haha, hambek sebijik.
Jadi kalau nak dengar nyanyian ekslusif tu, rajin-rajinkanlah tangan kau tu menekan nombor aku. Sekian... Sebelum berpisah, terimalah LAGU FRUST dari Ocha Septriasa...huwahahaha. Hangat gila hati baca post ni kan. Aku tak pedulik. Terima jela...
Tajuk: Lagu Frust
Lirik/Lagu: Ocha
Penyanyi: Ocha
Kupandang langit yang membumbung gelap di luar sana
Kujeling nota yang masih terbiar di atas meja
Mataku dah layu macam nak lelap
Kepala pun rasa makin memberat
Oh Tuhan apa patut kubuat
Apa patut kubuat
Fikiranku melayang-layang teringatkan si dia
Buat apa agaknya, dia dengan siapa, kutertanya-tanya
Bila datang perasaan begini
Mulalah malas nak study
Apa aku nak buat
Apa patut kubuat
Mahu menyanyi, suaraku bukannya merdu
Mahu menari, kau harus tahu badanku kayu
Nak sms, katakan kurindu
Oh please, dia bukan boyfriend ku
Pandang langit lagi
Kira bintang sampai pagi
Masa terus berjalan dan aku aku masih berjaga
Angin malam menggoda, katanya kau tidurlah saja
Notaku masih lagi tak berusik
Asyik ingat nak balik
Oh Tuhan apa patut kubuat
Apa patut kubuat
Mahu menyanyi, suaraku bukannya merdu
Mahu menari, kau harus tahu badanku kayu
Nak sms, katakan kurindu
Oh please, dia bukan boyfriend ku
Pandang langit lagi
Kira bintang sampai pagi
Nak tengok movie, rasa bersalah di hati
Nak sambung study, tak masuk pula dalam kepala punya list
Nota tak ingat, semuanya tak lekat
Oh no, mana boleh tahan
Pandang kiri kanan
Rasa nak terjun bangunan
Oh apa lagi nak buat
Oh apa harus kubuat
Oh apa patut kubuat
Oh apa patut kubuat...
~Alahai malu la pulak post lagu sendiri kat sini aaaaaa~
2 comments:
hahaha..kelakar la!
macam mane plk nk dgr lagu ni?
adoi..
haha, adooi.. aku pon x tau la weh..~
yeannaday, tipon la saya untuk maklumat lanjut. nak tau apa yang lanjutnya... satu tigaratos empat ratos, limaratos.
Post a Comment