Saturday, November 13, 2010

TaG fRoM kAk eYjaZ. p/s: SorRy KaKaK 4 da LaTe PoSt :P

Assalamualaikum,



Ke hadapan Kak eyjaz, (amboih, dah macam tulis surat layang pulak)



Tak kisah la ye. Asalkan tulis. Kak Eyjaz oooh Kak Eyjaz. Mintak maap le bebanyak sebab lambat bebenau jawab tag akak ni. Al-maklum la baru je lepas habis final paper hari tu. Kelam kabut balik kampung uruskan rumah tangga walaupun tak tahu mana datang entah tangga rumah tu siyes konfius sampai sekarang.



Tapi walau apa pun, jutaan terima kasih mucho gracias arigato gozaimas bohot-bohot syukriya sebab kak Eyjaz sudi tag Ocha ni haa. Dah tu siap bagi award lagi mana tak kembang hidung.


Walaupun gambar award masih mengundang ????? sampai sekarang, tapi tak mengapa.
Ini pun dah cukup terharu dan taching ni. Siyes kak!


1. Apa yang bermain di fikiran y0u all sekarang?


Aaaa, tak ada yang spesifik sebab dah habis final jadi perasaan rasa aman makmur bahagia dan sejahtera yang teramat. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. And recently, tengah mengunyah coklat gelap perisa almond dan hazel sambil buat konklusi bahawa coklat gelap perisa almond lebih sedap dan enak berbanding coklat gelap perisa hazel yang rasa pahit dan berhabuk-habuk sikit tu. Siapa mengajar istilah berhabuk tu tak tahulah. Tapi itulah yang Ocha fikirkan sekarang ni ye. Tak percaya, apa kata akak pergi kedai beli coklat macam kat bawah ni, cuba terai test. Dan satu lagi perkara yang bermain di fikiran Ocha sekarang ni ialah nak jawab tag kak Eyjaz ni versi unplug ke, siyes ke, versi main-main ke. Aaaaa.....


Ini yang Ocha tengah mengadap depan mata sekarang, jadi ini jela yang Ocha upload okeh!



2. Apakah nama samaran y0u all?


Ocha. Nak panjang sikit, Ocha Septriasa. Nak panjang dan sedap lagi sikit, Acha Septriasa. Nak nama samaran lain, Si Comel. (Woih bila masa orang panggil aku macam nama kucing ni?)



3. Berikan nama 3 orang yang y0u all sayang?


Sayang macam mana tu? Sayang sampai mati? Sayang main-main? Sayang gileeeee? Okeh, Ocha list dua je. Yang ketiga tu boleh isi sendiri bagi siapa yang berminat. Terima kasih.

  • -          Saya sayang mama saya, Puan Sri Zubaidah Omar
  • -          Saya sayang papa saya, Tan Sri Omar Mohd Noor
  • -          Saya sayang awak juga, __________.





4. Panggilan untuk si dia?

Saya panggil dia oppa. Lepas tu dia bagi saya penampar jepun satu. Dia cakap, "Nak mati ke panggil I macam tu?". Terus I panggil dia kambing tua sampai sekarang. Ok, jangan gelak sebab tak lawak. Kak Eyjaz, lain kali 'si dia' tu spesifikkan lagi sikit ea. Ocha tak faham sebab ini manusia sepisis pembaris, lurus punya orang, huwahaha boleh blah!




5. Hadiah yang y0u all impikan dari seseorang yang istimewa?


Istilah 'orang istimewa' ni pun satu hal. Tapi selalunya yang ehem-ehem tu kan? Sebab Ocha dah dapat penampar jepun tu satu, cukuplah. Tak mau hadiah apa-apa lagi. (Gila sedih cerita kau ni.) Ok ok. Buat insan istimewa saya (yang belum wujud lagi tu), saya cuma mahu cinta dan kasih sayang dan anak seberapa ramai yang boleh. Dah, ni paling senang punya permintaan ni. Tak dapat jugak tak tau laaa... (muka series)


6. Bl0g mana yang y0u all suka visit?


Belog sendiri. Pasti dan tidak perlu talian hayat. Yakin suci dan murni tanpa kompromi. Apasal? Tak puas hati? Jumpa kat court lawan belog siapa lagi best. Siapa kalah belanja sundae mekdi!


7.Tag kan 15 bl0gger y0u all?


Malas nak tag orang. Sebab semua orang yang Ocha tag semuanya buat dono dan lansung tak memberikan respon memberansangkan terhadap keprihatinan Ocha terhadap mereka. 


Apa aku merepek ni? Inilah padahnya menulis tanpa mendapatkan permit lesen daripada dewan bahasa dan pustaka. Mengarut sesedap rasa sampaikan semua orang rasa nak kelik pangkah sebelah kanan atas tu dan tidur. Untung-untung dapat mimpi basah indah dengan putera idaman. Baca belog ni apa yang dapat? Haaa, kan dah teremosyenal. And by the way, motif gambar sebelah ni saja nak bagitau, itu wallpaper saya (buat masa sekarang). Alaaa, yang saya addicted gila bagai nak mati tuuu. Ini bukan addicted gila sebab cinta nak pupuk perasaan lesbian ke hapa kau agak-agak sikit ea. Tapi sebab minat dan suka dan enjoy sangat sebab mereka cumel dan cumel dan cumel bila menyanyi dan menari dan rasa macam nak jadi ahli ke sepuloh dah merepek lagi. Sekian...

No comments:

the history

Followers