Thursday, December 30, 2010

JJCM PeNuTuP 2 ThOuSaNd 10



 
Masa orang semua tengah sibuk tonton piala Suzuki AFF sambil jerit GO MALAYSIA GO depan tv, aku pun sibuk jugak depan Beno yang dibawa khas dari dalam bilik dengan berhati-hati dan penuh jimat cermat sebab tak mahu charger dia berpisah dari soket aaa macam mana kau nak bayang tu? Dan masa itulah aku pun terjerit-jerit GO BEROK GO apakah tidak makhluk BEROKBAND ini sungguh menguji kesabaran apa orang semua tonton bola pakai setelit broadband ka? Dah duaempetbelas ni aku tak tidur lagi ni. Dah la Ayoub tak ada tadi rasa nak saman je tivitiga tu kalau buleh nak kasi sound sikit apa tak ada cerita lain ke selain Indiana Jones tu kau nak siarkan hah?


Iklan penaja;

Hei tivitiga! Kau ni memang &%#!#@$^%#@ tau tak! Tergamak kau pisahkan Ayoub dari haku? Kau kejam kejam KEJAAAM!!!



Ehem, ehem. (throat clearing 4 a second.) Jadi penghujung cuti sudahlah tiba. Shah Alam pun sudah menyeru pulanglah pulanglah pulangkaaan, haaa ala-ala Pontianak Harum Sundal Malam giteew. Dan, kesedihan pun mula tiba dan semakin berleluasa sebab masa untuk bermalas-malasan, masa untuk menggemukkan badan, masa untuk tebus azam lama juga sudah la tamat. Letakkan pen semua orang!



I thought I could write another two or three more posts for December but I guess CANNOT LA WEH like kau orang pun tak pedulik aku tulis ke tidak kan weh kan. Ada apa dengan cinta belog ini? Buat geli aku baca saja. Dahlah sampah sarap rubbish haramjadah tak berilmu dan tak bermanfaat. Ini yang rasa macam nak berazam buat belog ni jadi belog untuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tahun baru ni! untung-untung lecturer TERsinggah boleh dapat side marks sebab memperkasakan bahasa baku dalam kehidupan seharian. Dah la geli lagi aku dengar azam diri sendiri.








Ooouh, enaflah. Actually last Tuesday, I had my laaaast family vacation. Since ayah kerja, then kerja akulah untuk mengangkut segala beruangs beserta Bunda untuk ke Ulu Bendul ooh I manalah kaya sangat nak bawak all those bears to oversea but over the hill I guess no problemo kan kan kan? Cukuplah semua ini akan buat aku rindu untuk lima bulan akan datang. Cepatlah cuti sem lagi sekali...!!! (orang gila memang akan cakap macam ni.)







Jadi sebaik tiba di lokasi pengambaran, bunda dan dua ekor beruang di atas saling bertungkus lumus mengaplikasikan teori-teori pengakap masa koko di sekolah. Waktu nilah nak menyesal sebab tak beri perhatian pada kelas teori haa padan muka kau! Dan sila abaikan orang gila tadi. Dia tak ada kesedaran sivik untuk membantu.





Bunda paling hebak terbaik dari ladang . Tak ada Pak Omar di sisi pun, masih berwajah tabah dan penuh cekal jujur dan amanah biarpun bergelar ibu tunggal sementara. Itu yang kita mahu ya para hadirin dan hadirat. Chalo mere beteh!





Wajah suci dan murni para beruang sebab teruja seumur hidup ini pertama kali mandi air terjun. Memang nak mati punya statement!





Memang dasar beruang gayat dan jakun. Tengok batu pun boleh teruja.






Ini bukan jakun ni dah tahap beruang terencat dan menghidapi sindrom kronik dah kau tahu.





Ya, masing-masing sudah kembali normal.





Semenjak faktor cuaca tak mengizinkan, semenjak air bertukar kelabu, aku dan cik tomato terus naik ke darat dan tukar baju dan duduk melepak menikmati Cosmopolitan dengan orang tersayang. Masa nilah aku mesej korang pasal wedges hitam idaman kalbu tu ye BFF sekalian! Sila semak halaman 69 kalau tak silap.

* sdah chek dah. It's 83.



Dan inilah orang tersayang yang saya maksudkan tadi, Kak Zue. Alahai, macam comel je panggil mama sendiri kakak. Perasanlah awak ni, Puan Zubaidah...





Ooh, giliran dia pulak terencat. Beruang pun join sekali naik ke darat dengan muka yang sungguh berlagak enter frame dalam photo shoot insan lain. Kenapa kau naik darat cepat sangat? Air bertambah keruh ke?





Mungkin juga. Maka terbentuklah The Bears Gang atau dalam bahasa melayunya, Geng Beruang-Beruang! Chop. Yang tengah tu tak termasuk okeh!





Tomato tak join sebab dia sayur. Jadi dia department lain iaitu kemaskan barang-barang dalam khemah. Arigatou gozaimasu tomato.






Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bagus. Anda semua layak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara!





Bagus lagi dan lagi dan lagi. Majulah camping untuk negara!





Cik Tomato naik pangkat jadi supervisor. Tak gulung khemah dengan kemas dan saksama siaplah kau kena maki dengan aku! Yang benar, tomato.





Kak Zue, sudah-sudahlah jadi camere lady tu. Jom kita balik jom. I drop by dekat Giant Supermarket kita shopping voucher yang bapak beri itu ye!






Yeah, then tamatlah sudah JJCM Family Version untuk 2 thousand n 10. Memang tak nampak makanan sebab tak teringat pulak nak kelik kelik. Halalkan sajalah gulai lemak cili api ayam dengan sayur kangkung dengan ikan masin dengan fries dengan nugget ayam dengan buah pisang dengan buah mangga itu dihadamkan di dalam perut kami semua okeh. MINNA SAYONARA!




2 thousand 11, CAN'T WAIT 2 SEE YOU!!!





No comments:

the history

Followers