Aku ada seorang kawan. Nama dia Nur Atiqah Binti Rosli. Aku panggil dia Tikah. Dia panggil aku Tasha (promote la nama sikit). Masa dekat Kedah dulu, selain Haajar dengan Hani, Tikah la kawan aku yang paling rapat. Setiap petang kitorang pergi makan dekat dining hall sama-sama. Sebabkan Tikah duduk bilik bawah, dia akan miskol dulu bagi hint nak makan. Aku buatkan ringtone khas untuk nombor dia. Sebab bila ringtone dia bunyi, aku fahamlah dan terus siap-siap turun bawah tanpa perlu tengok handphone dah tertanya-tanya siapalah yang gedik miskol aku petang-petang ni.
Kalau kat dining, Tikah suka makan nasi goreng abang Vietnam tu. Hari ni nasi goreng cina, besok nasi goreng kampung, lusa nasi goreng kerabu, suka hati selera dialah. Tapi Tikah ada alergi. Dia tak boleh makan seafood. Sebab tu kalau makan char kuey teow dengan Tikah, udang aku jadi empat padahal sepatutnya dua ekoq jaa. Haha, aku suka part ni. Terima kasih Tikah. Dan Tikah juga alergi dengan sabun. Maksud aku, sabun basuh baju. Sebab tu setiap minggu dia mesti balik rumah untuk basuh baju. Kalau tak nanti tangan dia pecah-pecah. Bukan pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas tu. Ni pecah kira macam kulit sensitif laa.

Macam mana boleh rapat dengan Tikah? Aku tak tahu. Tapi Tikah pernah cakap, roommate dia takut nak tegur dia. Setiap hari pergi kelas sama-sama. Duduk dalam kelas pun sama-sama. Assignment group pun hampir selalu sama-sama. Mungkin sebab dari part one lagi kitorang sekelas, sebab tulah kot. Kadang-kadang waktu malam dia akan datang dekat blok aku untuk tengok tv sama-sama. Kalau datang bilik aku pun macam tu jugak. Laptop aku, al-sama al-dengan al-laptop al-dia al-juga. Comel di situ.
Dress up Tikah sangat sempoi. T-Shirt dengan seluar jeans dengan kasut sport. Tudung dia pun main campak kiri kanan. Tak ada pun nak pin sana brooch sini, melainkan hari Isnin di mana semua orang wajib pakai baju kurung. Waktu tulah baru nampak Tikah girly sikit. Kalau tidak, hari-hari aku akan cakap dalam hati, TIKAH KAU MEMANG ROCK!
Tengok trademark pun tau.
Tikah tak banyak cakap. Maksud aku bukan potpet-potpet jumpa orang ni gossip, jumpa orang ni mengumpat. Itu tidaklah. Tapi walaupun dia diam, dia tahu banyak benda. Pasal current issues, movie, cerita korea terbaru, channel Astro dekat dining, semua dia tahu dan siap bagi sinopsis dekat aku. Bila bercakap pulak, dia akan gunakan ‘kami’ sebagai pronoun untuk diri dia. Memang Kedah sejati. Kalau bukak folder gambar masa dekat kedah dulu, memang banyak gambar dengan Tikah. Especially masa part 1.
Cuma, mungkin sebab kitorang sama-sama CENCER, perangai pun hampir sama KOT. Aku assume macam ni saja. Aku ingat dekat Tikah. Tikah ingat dekat aku. Tapi aku ni bukanlah peMESEJ orangnya. Dan dia pun sama. Jadi persamaan ini buatkan kitorang dah tak contact lagi dah lepas tamat pre-law. Anyhow, aku tahu dia sekarang dekat UiTM Melaka. Sekarang Tikah dah rapat dengan Bella, dengan Rain, dengan Cya. Aku tumpang gembira saja. Cuma aku harap, Tikah tak lupakan aku macam mana aku pun takkan lupakan dia.
TIKAH, RINDU KAU!
Rindu jalan-jalan kat vm same-same dengan kau.
Untuk Tikah,
Kalau kau membaca karangan aku ni, aku cuma nak cakap, aku rindu sangat-sangat dekat kau. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku selama ni. Kalau ada salah dan silap yang tak terampun lagi, maafkan aku ye Tikah. Zahir dan batin. Dunia dan akhirat. Kalau senang-senang nanti kita reunion okeh. Sayang kau. Rindu kau. Sumpah tak tipu!
p/s: tikah, kenapa kau tak reply mesej aku?
No comments:
Post a Comment