Perasaan tak berapa nak ceria hari ni. Semalaman tak tidur sebab dok menghafal management dari bab satu sampai bab lima, tapi apakah yang termaktub dalam kertas jawapan tadi wo puchetaw. Cuma definisi je yang agak pasti dapat markah penuh haha gelak dua harkat je tak boleh lebih-lebih sekali kang memang markah definisi semata yang kau dapat haa hambek.
Mood spoil lagi melihat perangai annoying seorang classmate ini yang terlalu lantang dalam kelas tadi macam nak buat opera punya gaya. Memang aku datang kelas nak dengar suara kau jelah kan. Lepas tu asyik nak pandang aku kasi flaring eyes bajet kau sorang yang ada kebolehan begitu damn haa kan dah termaki. Nasib baik kak Tiya ajak ronda-ronda kenanga jadi tak ada masa nak melayan suara gagak kau tu ok dah habis mengumpat classmate.
Balik Melati, melantak pisang tiga biji sebagai lunch dan online sekejap dan bergelak ketawa tengok idol army MBLAQ dan tiba-tiba ayah call cakap nak datang bawak comforter disamping bawak nasik sebagai piala iringan. Waktu ni memang tak fikir diet dah lantaklah aku bengang tahap gaban ni dah lah makcik cleaner tu tak reti-reti nak hapuskan segala sampah yang dah termuntah-muntah dalam tong depan toilet tu hingga mencemarkan deria bau aku waah, tiba-tiba nak hangin dengan makcik cleaner pulak. Lantak aku tak kira.
Yelah, sebab mood dari pagi dah K.O, jadi dia akan continuous lah sampai ke petang. Mujur mood kembali stabil lepas makan nasi dengan milo ais yang ayah bawak. Dapat angpaw, lagi bertambah stabil. Lepas tu entah angin apa datang si kezen terchenta pulak tiba-tiba rajin memanfaatkan kredit percuma dia tu. Memang hebat timing kau ni, siyesly rotate 360 degree happening sangat dapat bahan kau even dow setakat dalam telefon je. Sementara gossip girl tengah siap-siap untuk berdinner, ada satu mesej dari sorang ni tiba-tiba men'SPOIL'kan mood aku kembali.
"Bengang, janji *****, tapi xsmpai lg. dah la kna tnggu *****"
Lepas tu aku terus call sebab kebengangan yang melampau. Rasa macam nak nangis pun ada. Ini bukan cerita tipu ok. Aku bukan nak cakap apalah. Benda ni dah selalu sangat dah jadi. Yang mesej aku tu pun dah selalu sangat cerita merengek-rengek luahkan perasaan heart to heart lah semua apakejadah dekat aku smpai aku rasa sangat-sangat MELUAT bercakap pasal ni. Bukan meluat dengar dia merengek tu tapi MELUAT sebab topik yang sama dan orang yang sama dan BAHAN GOSSIP yang sama. Sampai dah naik trauma dah ni.
Tapi tak kuasalah nak panjang-panjangkan isu sebab dah teramat bosan dan MELUAT. Sampai satu tahap tu rasa macam nak jerit kuat-kuat kat telinga yang berkenaan BIAQ-PI-LANTAK-KAU-LAH. Kalau rasa-rasa kau perlukan kawan macam aku ni, pandai-pandailah jaga. Jangan nak salahkan aku kalau kau sendiri yang ketepikan aku. Kalau kau suka kawan dengan dia sebab dia lebih memahami dan sehati sejiwa dengan kau, pergilah. Aku pun tak kuasa nak mebuih-buihkan mulut aku bercakap benda yang sama je setiap kali.
Read my lips - A to the N to the N to the O to the Y to the I to the N to the G.