Thursday, February 10, 2011

tOnToN mOviE daN bErJiMbA Di PiZzA hUt


Suka betul dengan trademark Pizza Hut yang baru ni. EAT LAUGH SHARE. Macam happy je bila dengar, kan? Bila nampak je dekat advertisement poster atas meja pizza tu semalam, automatik masing-masing imitate dengan gaya tersendiri.  Caranya begini. 1.Gigit pizza. 2.Buat-buat ketawa macam badak terencat. 3.Suruh kawan kau pulak gigit pizza tu. 4.Teruskan ketawa macam badak tadi sampailah pizza tu habis. Owh, bahagianya rasa.




Memang sangat bahagia. Sebab dalam seminggu boleh kira berapa kali je dapat menikmati hari-hari macam ni. Daaaaan, jangan tak tahu, bas rapid dah baru. Keluaran Scania. Cermin berkilat you. Sungguh kagum rasa di hati. Ingatkan cermin bergerak tadi. Nampak bayang-bayang sendiri terpampang depan mata, terus ambik gambar. Sekali eh kenapa ada tulis rapid ni? Oh cermin bas rapid baru rupanya. No wonder la pwincess tu dok kirai-kirai rambut dia. Sebab serabut sangat tak tahu nak makan pizza pakai baju apa, terus tak sempat nak dandan rambut.















Tapi kan kan kan, sebelum nak melantak Encik Pizza, kena pergi TGV Cinema  dulu. Sebab tak mahu balik lewat sangat, so beli jela yang pukul 6.30 punya show dan tahan jela kelaparan yang sedang membuak-buak dalam perut. The Green Hornet tuuuuu, memang dah lama memanggil dah actually. Asyik terpampang kat majalah, internet, apakejadah gempak sangat promo ni? Best sangat ke? Sekali baca sinopsis ooooooh. Menarik menarik. Sebab ada Jay Chow tu. Nak tengok jugak dia speaking cammana. Dan overall? Haa, silalah rajin-rajinkan diri baca post sebelum ni tak kuasa la mak nak tulis dua tiga kali haish.



Habis movie je, tak pandang kiri kanan dah. Terus serbu Pizza Hut yang memang strategik dah ada depan mata. Kau jangan tanya memang masing-masing kebulur tahap gaban aah waktu tu. Bukak menu semua benda pun rasa nak order. Mujurlah kepala otak waras lagi. Alhamdulillah.



Tengok muka tak sabar nak mintak order.




"Kak, kitorang nak ni. Bla bla bla, dengan bla bla bla, lepas tu bla bla bla.



Apa tu bla bla bla? Mari saya perkenalkan menu yang siriyes tak pernah cuba dekat Pizza Hut sebelum ni. (Muka tak berapa nak kagum sangat.)


 Ring of Fortune. 



Tapi ambik combo 1 sebab perut masing-masing tengah kecik sekarang. Tu pun tak habes okeh. Haa, ini baru boleh kagum. Padahal selalu order papperoni dengan super supreme rileks je melantak. Tapi yang ni tak tahu macam mana boleh tergamak nak bungkus. (Sampai sekarang pun masih kagum lagi.)





Pilihan juri yang seterusnya. Tempura Clamari Rings. Lebih hangat daripada biasa. Memang hangat sebab tak menyabau nak rembat sekali baru keluar dari kuali kan dah kena renjatan minyak panas. Aku kagum juga. Pizza dah ada improvement di situ.





Dan terakhir. Tripple Platter yang ada Popia Masala tu, BBQ Chicken Wings tu dan fries tu. Kenyang. Seriyes kenyang. Yang air, bread dengan soup tu macam biasalah ye. Kau jangan pelik pulak aku tak letak gambar mereka di sini. Tak ada apa yang nak dikagumkan sangat.



Habis cerita pizza. Cerita apa lagi kau nak cakap je. Aku akan suruh bukak laptop masing-masing, godek-godek apa yang patut, mana-mana cerita yang kau rasa berkenan tu kau tontonlah ye. Aku dah tengok The Green Hornet. Dan sangat puas hati. Dan kau pun HARUS ikut jejak langkah aku. Jika tidak...  

...kau akan menyesal.




p/s: Nak sambung marketing yang tergendala tadi. Bye!

No comments:

the history

Followers