Friday, February 25, 2011

cHiNta HaTi SaYa PaRt II



24 hari dan 2 bulan dah datang. Walaupun ini bukan 24 hari dan 2 bulan lagi dah tetapi adalah tidak adil kalau saya tak post eh bukan tak adil sebenarnya tapi tak sedap hati rasa macam bersalah pulak sebab dah lah tak bagi hadiah lepas tu tak reti-reti nak buat birthday dokumentari dekat belog ni. So sekarang dah boleh agak kan saya nak cakap apa? Yeay, sorang lagi BFF dah sambut hari tua hari dah boleh mengundi hari yang orang kata dah bebas, bebas tang mana tak tahulah.



Happy Birthday to YOU!!!



Mak cik yang baru tua ni nama dia 


Nurul Jannah @ Ummu Anisah Mohd Nidzar



Apasal ada tanda ‘@’ dekat situ awak jangan tanya sayalah eh, semua adik beradik dia pun nama begitu.



Aku panggil dia dengan semua nama di atas tadi. Nurul, Jannah dan Ummu. Anisah je terkecuali. Mohd Nidzar lagilah tak kau gila nak main nama bapak pulak aku pang kang. Nak cerita macam mana boleh kenal dia aku tak berapa nak ingatlah tau-tau je dalam kelas dah duduk sebelah menyebelah. Kalau tak silap start daripada sesi aku bahan-membahan dia dengan sorang budak lelaki kelas kitorang jugak kot. Biasalah memang bakat menggosip aku ni dah terasah semula jadi sejak dahulu sebab tu masuk u terus dapat profession jadi gossip girl.



Start daripada peristiwa bahan-membahan itulah aku makin mengenali dia chewah ayat nak spm je. Tapi masa tu form 4 baru sangat berkenal-kenalan jadi masing-masing macam malu-malu kusying la kan. So senang cerita tahun aku spm lah. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, lepas habis spm kot. Hadoi fenin buat sesi klmj ni rupanya. Ok lupakan saja.




Even dowh kitorang rapat, tapi banyak benda sebenarnya kitorang bercanggah. Macam contoh, time nak spm dulu aku ni jenis yang study siang-siang, tapi dia stail burung antu berjaga sepanjang malam series dia sorang je yang stay up kat dalam dorm. Lepas tu besok pagi susah gila nak bangun subuh dan memang aku pulak akan naik antu kalau bab mengejutkan dia di pagi hari. Series aku give up bab ni. Nampak contra nya di situ?



Dan bila pagi-pagi aku main softball dengan kawan lain, dia pulak melingkar atas katil. Aku suka gila bergambar tapi dia seboleh-bolehnya nak lari bajet macam kau artis eh Nurul Jannah?




Bila gambar keluarga, semua lengkap.



Bila gambar adik-beradik, Jannah terus ghaib sebab dia bukan photo gedik macam aku. Apa boleh buat...



Dan lagi, aku bertungkus-lumus gila ajak dia join kitorang punya vacation after spm dulu tapi dia mati-mati tak nak ikot dan masa tu agak sakit hati jugaklah sebab point yang aku nak cakap di sini Nurul ni sebenarnya keras hati. KERAS HATI GILA, DEGIL, KEPALA BATU. Haaa, kan dah teremosi. Minta maaf semua...



Contradiction yang lain cuba tengok dress up dia macam mana dress up aku macam mana? 









Okeh. Gambar last gagal nak tayangkan contradiction sebab Jannah pakai uniform koko JPA dia masa ni. Kalau tidak, dia dan tudung labuh tidak dapat dipisahkan. Percayalah.




Hebatnya Jannah di mata aku ialah sebab dia yang paling banyak buat aku menangis tapi aku masih sayang gila kat dia. Ini rahsia so please keep it private and confidential. Satu. Masa aku nak ajak dia pergi vacation tu aku menangis gila pujuk dia ajak ikut sekali tapi dia punya kepala bukan setakat batu tapi konkrit langsung tak kesian kat aku. Memang taklah aku nangis depan dia. Guna orang tengah lah tapi tu pun tak berjaya jugak fine.



Dua. Aku menangis sebab series tak nak tinggalkan dia masa form 6 dulu dan cabut pergi Kedah tapi aku tak nak disebabkan aku dia tak boleh belajar sebab aku selalu kacau dia dalam kelas, ajak berboraklah, ajak mengumpatlah, ajak tido lah, memang kalau buat karangan tentang pengaruh rakan sebaya memang karangan dia yang paling panjang berjela lah kalau tulis pasal aku. Sungguh aku berat hati gila nak pergi tapi demi dia aku gigih jugak tinggalkan kawan paling gila yang aku ada kat sekolah tu dan blah pergi jauh-jauh. (hembus hidung dekat tisu tujoh belas saat)



Sebenarnya tak banyak benda gila-gila yang aku dengan dia pernah buat dekat sekolah dulu maklumlah budak baik kan Jannah kan? Cuma setakat ponteng kelas tu biasalah, tapau dekat dewan makan banyak-banyak walaupun tak boleh, malas turun riadah petang-petang, tido dalam kelas time cikgu mengajar, melalak-lalak nyanyi lagu inteam atas katil, curi-curi masuk bilik percussion dewan sekolah, bergaduh dengan budak lelaki, usya budak lelaki, eeeehhh dengan budak perempuan kitorang baik, agaknya sebab tu kena sumpah tak berlaki sampai sekarang kot. Tekan buzzer teeeeet.




Dan kepada Nurul Jannah, aku mintak maaf sebab tak dapat datang USIM macam tahun lepas nak celebrate birthday kau. Aku cuma mampu hantar doa agar Allah sihatkan kau selalu, permudahkan segala urusan harian kau, murahkan rezeki kau, cepatkan jodoh kau, dan paling penting kekalkan persahabatan aku dan kau. Amin insyaAllah. Selamat 21 tahun weh. Aku sayang kau.




Disebabkan aku dah ‘TER’hilangkan keychain couple kita yang aku bagi dulu, 




aku akan jaga yang kau bagi ni baik-baik.
arigatou gozaimas me amigo
anti daiman fi qolbi...


the history

Followers