Selang empat hari lepas birthday Nurul Jannah tu, then it’s my mom’s turn. (Nasib baik bukan 29 Februari weh). HAPPY BIRTHDAY TO YOU BUNDA!!! p/s: memang mak saya tak baca entry ni, tapi saya simpan saja dalam blog ni manalah tahu kalau suatu hari nanti saya pergi dulu u allz bukaklah dan tunjukkan dekat bunda saya okei.
Ini gambarnya in case kalau u all tak pernah jumpa bunda sayalah.
Sila ingat dan beruang dalam kepala.
Actually kalau nak ikutkan malas dan sakit, memang sejak minggu lepas lagi saya dah sakit dan memang sejak dahulu lagi memanglah pemalas. Ingat lagi yang cerita pasal pengsan dekat luar kelas tu? Ok, tak prihatinlah u allz. Bila saya tulis entry mengundi dulu, dari situlah mulanya sesi sakit menyakit ni dan weekend yang lalu berakhir dengan sore throat dan kejang kaki dan nose bleeding dan rasa macam kenapa complete package sangat fever kali ni? Sampaikan terlanggar dinding sikit pun boleh ‘ouch’ macam kena hentam dengan kayu. Eh, mengada pulak rasa cerita sakit-sakit dekat sini ingat orang nak heran? Okeh, tak payah kesian. Saya tengah menaip entry ni sambil makan Mc Donald double cheese burger pemberian Cik Haajar tadi. (Buat muka bahagia.)
Eh, ni muka bahagia dengan mama. Haajar sorry aku harus ketepikan kau hari ini. Hani pon sekali. Nuruls pun. Senang cerita korang semualah.
Dan kembali kepada cerita bunda yang sudah 45 tahun hari ini. Actually, sakit tak sakit, saya tetap akan balik setiap kali ada hari istimewa. Lagi-lagi bila dapat tahu ada sepasukan tentera bergajah yang dengar-dengarnya mahu datang menziarah. Woih, kawan-kawan dari Mesir nak datang melawat alasan kukuh ke tak kukuh tu nak balik? Ingat senang nak jumpa? Nasib baik terdetik dalam hati, mujurlah ada rusuhan dekat Mesir tu kalau tak memang empat tahun kemudianlah aku tatap wajah kau orang semua. Nak doa Mesir selalu ada rusuhan boleh tak? Okeh tak baik.
Oh ya, thanks to Siti Nabeha (refer gambar awek cun di atas) sebab sudi ambil pekej penginapan dua hari satu malam kalau kau tak ada weh, memang patah kaki jugak nak layan peminat setia mak aku ni. PEMINAT SETIA HABES WA CAKAP LU. Kau tahu masa diorang pergi Mesir mana diorang nak ingat kat aku? Tau-tau je bila balik rumah, mak cakap “Hari tu, Sya’rani baru telefon mak.” Dan aku pun membalas dengan muka tak puas hati. “Eh, dia tak telefon along pun.” Mak aku pun membalas "Apakejadah dia telefon kau?" Eh mana ada. Dialog last tu pengarah dah cut.
Memang. Memang, tentera bergajah tu semua memang kesayangan mak haku. Termasuklah tentera-tentera kelas sebelah. Bila dia bergabung dan meletup, jadilah macam lagu Adam dengan Stacy 'Menggegar Dunia' tajuknya tu kalau tak pernah dengar boleh search dekat u-tube sekarang. Dan setiap kali kalau nak datang rumah, tak ada haku pun tak apa asalkan ada mak. Memang motif nak datang rumah tu semata-mata nak jumpa mak, mak dan MAK! (Dan juga makan masakan MAK sebab mak memang sangat memberi muka kepada mereka!)
Tapi semenjak tengok muka mak macam bercahaya dan berseri-seri sungguh macam anak sendiri yang pulang dari perantauan soksek-soksek lepas sorang-sorang bukak cerita, aku pun tumpang bahagia. Yelah, bayangkan sebelas anak yang datang, masing-masing ada cerita sendiri. Anak yang ni bukak cerita macam mana nak goreng telur dua biji tapi besar macam lapan bijiklah, anak yang ni pulak bukak cerita macam mana nak buat serbuk teh bertukar warna kalau-kalau berlaku kes teh tak berubah warna haaa, anak yang lain pulak cerita pasal kebun stroberi dengan tomato bajet macam dia punya kebunlah siap buat promotion dengan efek makan tomato hari-hari konon kulit masing-masing halus dan mulus padahal baru setahun kat sana cheh. Sampai aku pun dah tertidur sebaik saja anak yang ke sebelas habis bercerita. Okeh yang last tu tipu lagi.
Dan setiap tahun memang adatlah tak pernah bagi apa-apa hadiah kat mak sempena Hari Jadi, Hari Ibu atau Hari Guru sebab memang muka aku memang bukan muka bagi hadiah kepada ibu bapa selagi tak pegang duit sendiri. Sebab tu satu-satunya yang mampu dilakukan ialah hadiahkan orang-orang tersayang dengan sedikit masa untuk membuat kad dengan sisa tangan sendiri. Sebab itu yang paling sentimental value dan sebab bukan semua orang boleh buat kad sendiri okei walaupun kadang-kadang bila idea stuck aku pun jadi kategori orang begitu juga.
Ini masa mee kari baru keluar dari dapur, jadi masing-masing malu-malu ayam macam saja nak buat aku tergelak guling-guling dengan aksi kau orang yang begitu bersopan santun. Sejak bila pandai berperngai begini hah?
Tapi semenjak tengok muka mak macam bercahaya dan berseri-seri sungguh macam anak sendiri yang pulang dari perantauan soksek-soksek lepas sorang-sorang bukak cerita, aku pun tumpang bahagia. Yelah, bayangkan sebelas anak yang datang, masing-masing ada cerita sendiri. Anak yang ni bukak cerita macam mana nak goreng telur dua biji tapi besar macam lapan bijiklah, anak yang ni pulak bukak cerita macam mana nak buat serbuk teh bertukar warna kalau-kalau berlaku kes teh tak berubah warna haaa, anak yang lain pulak cerita pasal kebun stroberi dengan tomato bajet macam dia punya kebunlah siap buat promotion dengan efek makan tomato hari-hari konon kulit masing-masing halus dan mulus padahal baru setahun kat sana cheh. Sampai aku pun dah tertidur sebaik saja anak yang ke sebelas habis bercerita. Okeh yang last tu tipu lagi.
Inilah gambar sebelas tentera bergajah yang aku maksudkan tadi. Dua orang sudah balik terlebih dahulu jadi tinggal sembilan sahaja.
Dan setiap tahun memang adatlah tak pernah bagi apa-apa hadiah kat mak sempena Hari Jadi, Hari Ibu atau Hari Guru sebab memang muka aku memang bukan muka bagi hadiah kepada ibu bapa selagi tak pegang duit sendiri. Sebab tu satu-satunya yang mampu dilakukan ialah hadiahkan orang-orang tersayang dengan sedikit masa untuk membuat kad dengan sisa tangan sendiri. Sebab itu yang paling sentimental value dan sebab bukan semua orang boleh buat kad sendiri okei walaupun kadang-kadang bila idea stuck aku pun jadi kategori orang begitu juga.
Dan bukan nak panjang lebar dekat belog ni (walaupun belog sendiri) tapi sebab entry ini khas untuk emak sendiri jadi apa salahnya berfalsampah seketika kan kawan-kawan sebab sebenarnya aku terlalu amatlah gembira bila tengok tentera-tentera
p/s untuk maklang: Kalau ain buat kenduri, bukan setakat dua bijik kereta je yang datang maklang. silap-silap tepi jalan besar tu pun orang parking sebab dah penuh. hek eleh perasan.
Jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasihlah kawan-kawan kerana masih sudi datang dan masih ingat dekat mak aku (walaupun kau orang tak hengin sangat nak jumpa aku kaaan). Sebab kehadiran anda sangatlah menggembirakan hati mak aku. Baiklah, sekian aku nak blah. Efek ubat batuk ini sangatlah melampau sampai aku rasa macam nak minum lagi. Maksudnya, aku nak tidur tak moh bangun-bangun dah. Tiba-tiba rasa ayat dalam entry ni ngeri-ngeri belaka. Petandakah?
Baiklah sebelum saya beradu, sekali lagi,
MAK SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA TUHAN PANJANGKAN UMUR MAK, MURAHKAN REZEKI MAK (dan anak-anak mak), SEMOGA MAK SENTIASA SIHAT WALAFIAT, BERKEKALAN USIA SEHINGGA KE ANAK CUCU CICIT DAN SEBAGAINYA.
i love u mak.
macam tak dramatis pulak tulis uruf kecik begini,
OK I LOVE YOU, MAK!!!