Friday, February 18, 2011

JaGaLaH kEsiHaTaN aNda


Aku sangat risau bila dengar kawan-kawan aku mengadu sakit atau tak sihat atau tak sedap badan pening kepala dan sebagainya. Macam masa aku dilanda crush pada zaman bodoh dahulu, rasa hati ni sangat dirundung dukacita bila si crush sms cakap pening kepala dengan assignment la, sakit kepala la, rasa macam nak demam la, gila kentang la hapakejadah ntah. Masa tu setiap kali sembahyang mesti menangis mohon doa pada Tuhan agar si crush itu sentiasa sihat walafiat dan sentiasa dilindungi. Punya sayang pada si crush kau tahu padahal itu baru CRUSH saja belom jadi laki lagi. Sebab gamaknya kalau dah jadi laki nanti opkos aku akan baca doa lain pulak macam doa dia tak main kayu tiga ke, doa rumah tangga rukun dan damai ke kan. Tapi in reality memang dah dikayukan pun jadi tak perlu bazirkan doa lagilah. Dia nak meletop kepala pun aku dah tak pedulik.


Macam kat rumah pulak, bila bonda tiba-tiba moody satu hari berkurung dalam bilik, tu tandanya senggugut beliau dah datang. Dan aku pun mula tak senang duduk dalam bilik. Nak tengok we got married pon rasa bersalah padahal bonda dalam bilik tengah menahan sakit uish kau sedap-sedap berangan dapat kawen dengan jung yong hwa tapi naseb baek tangan ni rasa macam automatik bergerak ambik minyak angin, ambik panadol serius sungguh dasyat orang senggugut ni okeh. Wa tada tipu punya. Jadi siapa yang tidak mengalami masalah senggugut tu ucapkanlah syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan perut yang selesa setiap kali datang bulan. Alhamdulillah.


Dan sekali lagi, macam manalah tak risau bila dapat tahu pulak kalau si besfwen yang hari-hari gelak bagai nak gila tiba-tiba masuk hospital kena denggi or kena senggugut gila babeng macam orang nak beranak dah punya stail tonggang terbalik atas katil, sekali tiba-tiba dapat tahu itu fybroid. Binatang apa fybroid? Macam mana tak meleleh air mata beb bila tengok kesayangan dalam kesakitan macam tu. Pergi melawat dekat hospital pun terpaksa bermuka tabah dan gagah padahal dalam hati rasa dah banjir dengan air mata serius bila cerita pasal air mata wa bukan buat sketsa atau drama sebabak. Itu kelemahan gua lu kena tau bro.


Even roommate sekarang pun kalau tiba-tiba mensenyapkan diri tak pot-pet dengan aku macam selalu mesti aku pelik dan teruslah bertanya. Rupanya sakit kepala, sakit gigi, sakit hati dengan aku eh mana ada aku buat dia sakit hati. Jadi kesimpulannya kawan-kawan sekalian, do take care of ur health. Even stress pun namanya penyakit jugak. Jadi kalau rasa tengok muka boyfriend boleh buat kau stress, hantar surat cerai kat dia. Kalau rasa kawan-kawan kau selalu kasi kau stress, cakap boleh blah kat dia walaupun bestfwen sendiri. Kalau rasa-rasa roomate kau pun boleh kasi kau stress, pergi pejabat kolej mintak tukar kolej tu pun kalau kau mampu nak buatlah. 




Sebab saya sangat susah hati kalau anda sakit dan tidak sihat seolah-olah saya juga turut menanggung kesakitan itu. Janganlah sakit. Sebab anda buat saya sedih...


Terima kasih...


Yang benar,  
Wakil Kementerian Kesihatan Malaysia.


the history

Followers